Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelik. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2016

TERKEJUT BAYI `DUYUNG` DALAM KANDUNGAN


Seorang wanita di Yichang, wilayah Hubei, memutuskan menggugurkan kandungannya berusia enam bulan selepas mendapati janin berkenaan seperti ikan duyung kerana kaki terbentuk seperti ekor.

Wanita berusia 23 tahun itu dikenali sebagai Wu, mengesan keganjilan pada kandungannya selepas melakukan imbasan menunjukkan ia tiada dua kaki, sebaliknya seperti ekor yang tumbuh serta tiada pundi kencing dan hati terbantut pembesaran.

Menurut doktor, kandungannya itu mengalami keadaan dipanggil sirenomelia atau ‘Sindrom Mermaid’ yang kedua-dua kaki bercantum menyebabkan ia kelihatan seperti ekor duyung yang berkemungkinan berlaku satu bagi setiap 100,000 kehamilan.

Wu memutuskan menggugurkan kandungannya kerana yakin bayi berkenaan tidak akan berpeluang hidup selepas dilahirkan.

Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat, Shiloh Pepin, digelar ‘Budak Duyung’ kerana mengalami keadaan yang sama, menjalani 150 pembedahan selepas dilahirkan sebelum meninggal dunia ketika berusia 10 tahun pada 2009.


Share:

Isnin, 1 Ogos 2016

NELAYAN AUSTRALIA TERSEREMPAK DENGAN MAKHLUK ASING?


Nelayan Australia yang memancing di laut Bunbury, selatan Perth negara itu terkejut besar, apabila menemui sebuah benda MISTERI seolah-olah berbentuk `alien` yang mengembang dilautan berkenaan.

Memetik laporan The West Australia, melaporkan bahawa benda itu ditemui oleh Mark Watkins dan ayahnya, yang pada mulanya mereka menyangka bahawa benda itu merupakan belon udara yang terhempas dilaut tersebut.

Namun demikian, setelah diteliti lebih dekat, mereka menyedari bahawa benda tersebut adalah bangkai seekor paus yang sudah mulai menggembung.

"Perutnya sudah dipenuhi gas sehingga menggembung dengan begitu besar sekali.

"Ketika kami mendekatinya, kami menyedari bahawa benda itu merupakan bangkai paus kerana baunya," kata Watkins.

Mengikut kelaziman paus akan melintasi lautan tenggara Australia tujuan untuk migrasi, iaitu bermula dari bulan Jun sehingga Ogos setiap tahun.
Share:

Isnin, 11 Julai 2016

JUMPA KUBUR TENGAH JALAN


Sebuah kubur terletak di sebuah bandar di Jiangxi menjadi tumpuan sejak Februari lalu kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan raya yang telah siap dibina, lapor Daily Mail.

Bukan milik pemimpin negara mahupun orang yang terkenal, sebaliknya ia kubur ibu kepada seorang petani, Zhang Rongsheng.

Pernah beberapa kali dirundingi oleh pihak pemaju dengan tawaran ganti rugi agar kubur itu dipindahkan, namun Zhang tetap menolak.

Difahamkan beliau menolak pemindahan kubur ibunya itu kerana harga ganti rugi ditawarkan pihak pemaju tidak sesuai dengan harga yang dimintanya.

Zhang menuntut harga ganti rugi sebanyak 1.3 juta Renmimbi (RM700,000) untuk memindahkan kubur ibunya itu.

Menurut akhbar China Daily, jalan raya itu merupakan projek besar daripada pemerintah setempat dan beberapa perusahaan yang dianggarkan bernilai 27.8 juta Renmimbi (RM16.8 juta).

Ganti rugi yang diminta gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya pihak pemaju tetap membina jalan di sekitar kubur itu. Pembinaan jalan itu dimulakan pada Disember 2013 dan hanya selesai pada Februari lalu.

Namun ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan lokasi kubur yang diletakkan di tengah-tengah jalan raya itu kerana kubur tersebut bukan milik pahlawan komunis mahupun saintis.
Share:

Ahad, 26 Jun 2016

IBU KAMBING LAHIRKAN ANAK KAMBING KEMBAR BERMATA SATU


Seorang penternak kambing di Kampung Limau Kasturi di sini dikejutkan dengan kejadian cukup unik apabila salah seekor haiwan ternakannya itu melahirkan sepasang anak kembar yang bermata satu.

Pemilik kambing tersebut, Zabidah Mat,50, berkata, kambing betina itu melahirkan anak kembar berkenaan pada lewat petang kelmarin. Bagaimanapun, salah seekor daripada anak kam­bing berkenaan telah mati.


Katanya, sejak memelihara kambing 15 tahun lalu, dia tidak pernah lagi melihat kambing bermata satu. Baginya kejadian yang berlaku itu agak pelik selain amat memeranjatkan seluruh keluarga.

“Ibu kambing ini beranak sepasang kembar. Anak kambing jantan telah mati manakala yang betina masih hidup. Saya terkejut melihat fizikal kedua-dua anak kambing ini yang hanya memiliki satu mata di tengah-tengah serta tiada hidung.

“Kambing itu sungguh unik apabila ia hanya bernafas menggunakan mulut sahaja. Sehingga kini, anak kambing betina ini masih aktif," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Share:

Khamis, 16 Jun 2016

AKTIVITI PARANORMAL DI DALAM MASJID JAMEK TADONG DAPAT DI RAKAM CCTV


Rakaman CCTV mengenai kejadian penghadang ruang solat yang didakwa bergerak sendiri di Masjid Jamek Tadong, dekat sini, mendapat perhatian orang ramai sejak ia mula diviralkan di laman sosial, kelmarin.

Pengerusi lembaga masjid berkenaan, Datuk Akhbar Ali berkata, beliau turut memuat naik rakaman video berdurasi 1.48 saat di Facebooknya setelah dimaklumkan oleh salah seorang jawatankuasa masjid mengenai kejadian pelik yang berlaku di bahagian pintu belakang masjid sebelum Ramadan ini.

Menurutnya, tujuan beliau memuat naik rakaman berkenaan bukanlah untuk menakutkan jemaah yang hendak bersolat di masjid itu, namun kejadian itu seharusnya dipandang positif tentang kebesaran ALLAH SWT, lebih-lebih lagi ianya berlaku di rumah ALLAH.

Katanya, usaha itu juga dapat menyangkal pandangan orang ramai yang mengaitkan kejadian terbabit dengan perkara mistik susulan sejak ia diviralkan, terdapat pelbagai komen daripada netizen sama ada positif mahupun negatif.

"Mungkin ada yang pandang kejadian pelik itu untuk menakutkan-menakutkan jemaah tetapi nawaitu saya hendak menunjukkan kebesaran ALLAH SWT yang ada di mana-mana.

"Kita juga kena yakin wujudnya makhluk ghaib dan sebagainya, namun semuanya terpulang kepada persepsi masyarakat itu sendiri. Malah, kejadian ini sekali gus mempopularkan nama masjid yang baharu dibina atas tanah wakaf," katanya.

Sementara itu, bagi siak masjid, Zakaria Lani, yang merupakan orang terawal melihat rakaman video CCTV itu berkata, rakaman berkenaan berlaku pada 25 Mei lalu ketika dia mahu menyaksikan rakaman aktiviti pelajar yang menjalankan program qiamullail di masjid tersebut.

Menurutnya, dia yang menonton bersama seorang lagi ahli jawatankuasa masjid pada mulanya terkejut memandangkan penghadang itu seolah-olah digerakkan oleh seseorang dalam beberapa meter bermula di belakang pintu solat wanita hingga ke bahagian tepi masjid.

Bagaimanapun, kata Zakaria, dia menganggap kejadian itu sebagai satu hikmah apabila golongan muda kampung itu merancang untuk beriktikaf di masjid pada waktu malam sekali gus dapat mengimarahkan masjid berkenaan.

"Kita tak pernah menghalang mereka yang ingin beriktikaf di masjid, walaupun pada mulanya niat mereka nak terserempak dengan kejadian seperti itu, namun saya difahamkan mereka juga nak melakukan qiamullail.

"Saya tak rasa ia bertujuan nak menakutkan tapi lebih kepada kebesaran Yang Maha Esa," katanya.

Share:

Sabtu, 14 Mei 2016

MAKMAL SAHKAN TIADA DNA MANUSIA PADA ANAK KAMBING YANG DIKATAKAN MEMPUNYAI WAJAH MANUSIA


Gambar anak kambing ini dikatakan ada menyerupai wajah manusia dan menjadi viral dalam media sosial.

Ujian makmal veterinar mendapati tiada asid deoksiribonukleik (DNA) manusia pada anak kambing yang dikatakan berwajah seperti manusia di Kota Tinggi, Johor seperti diviralkan di media sosial, kata Ketua Pengarah Veterinar Datuk Kamarudin Md Isa.

Beliau berkata, secara genetik anak kambing itu tidak normal dan ia mati dalam kandungan.

“Ia merupakan satu keganjilan janin, semua pihak diminta menghentikan spekulasi negatif dan tidak menyebarkan fakta tidak benar.

“Tidak ada isu yang mengatakan anak kambing itu adalah hasil salah laku seks manusia ke atas ibu kambing. 

Itu persepsi salah,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan kes anak kambing yang dikatakan berwajah manusia itu.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang peneroka di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi terkejut apabila mendapati kambing peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik yang didakwanya seakan-akan manusia, termasuk berhidung kemek dan berkaki pendek.

Share:

Selasa, 26 April 2016

AGAK AGAK KORANG SANGGUP TAK MAKAN KEK DESIGN MACAM NI?


SEBAGAI jururawat terlatih, Katherine Dey sudah lali melihat anatomi manusia dan organ. Namun, apabila dia kembali ke kabinnya di Nunda, New York, jururawat berusia 30 tahun itu mempamerkan sisi lainnya dengan mencipta semula anatomi dan organ manusia dalam bentuk kek.

Katherine, pelajar ilustrasi dan arca di Rhode Island School of Design dan bekerja dalam bidang robotik sebelum menjalani latihan sebagai jururawat, mengkhusus dalam pembuatan kek berdasarkan organ dan bahagian anggota manusia.

Ibu kepada dua anak ini mula membuat kek beberapa tahun lalu sebagai hobi. Projek pertamanya adalah tunggul pokok yang dipenuhi cendawan sebelum beralih kepada subjek yang lebih mengerikan.

“Saya mula membuat kek cendawan untuk kelab cendawan saya, Rochester Area Mycological Association.

“Saya menghasilkan tunggul kayu dipenuhi ‘cendawan’ yang diukir daripada marshmallow. Nyata pengalaman itu sangat menyeronokkan menyebabkan saya terus menjadikannya satu hobi selepas itu.”

Selain tugasnya sebagai jururawat dan membuat kek, Katherine sudah berkahwin dengan dua orang anak kecil menyebabkannya perlu bijak membahagikan masa.

“Selalu saja saya bergelut mencari masa melakukan semuanya. Saya bekerja sebagai jururawat, berkahwin dan mempunyai dua anak, mempunyai seekor anak anjing dan 30 ayam. Jadi bahan diperlukan mesti sentiasa ada supaya boleh dilakukan bila-bila masa terluang,” katanya.

Pada masa kini, dia menghasilkan kek hanya untuk suka-suka tetapi mahu menjadikannya sebagai satu perniagaan satu hari nanti.

“Saya berharap dapat membuka kedai roti. Saya sangat sukakan semua proses membuat kek ini dan tidak mustahil melakukannya sepenuh masa. “Saya suka mencipta rekaan yang membuatkan orang merasai pelbagai emosi dalam satu masa.

“Inspirasi yang saya dapat, datang dari pelbagai perkara. Saya suka perasaan aneh yang saya rasa apabila sesuatu itu nampak benar tetapi tidak.

“Atau kek yang nampak tidak menyelerakan tetapi sebenarnya sangat sedap. Saya suka membuat orang merasai konflik mengenai dua perkara pada satu masa,” katanya.

Biarpun mengerikan, Katherine berkata setakat ini belum ada yang menolak untuk menikmati kek ciptaannya.

Katherine turut menghasilkan video bagaimana membuat kek selepas menerima permintaan dari orang ramai yang ingin mengetahui bagaimana dia melakukannya.

Share:

Selasa, 12 April 2016

GANGGUAN API MISTERI MULA SERANG KEJIRANAN


Kejadian api misteri yang mengganggu sebuah keluarga di Taman Rima Gamelan, Bercham di sini semakin membimbangkan kejiranan di kawasan berkenaan apabila mula merebak ke rumah penduduk lain.

Dalam kejadian terbaharu semalam, sebuah kotak fius di salah sebuah rumah penduduk di situ menjadi sasaran apabila dipercayai terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu mengejutkan penghuni rumah berkenaan, S. Ratha, 40, apabila dia mendengar bunyi letupan di luar rumahnya.

Menurut Ratha, dia yang merasa cemas keluar rumah sebelum terlihat percikan api pada kotak suis itu.

“Saya merasa pelik bagaimana kotak fius rumah boleh terbakar secara tiba-tiba.

“Mujurlah kebakaran tidak merebak ke bahagian lain dan api berjaya dipadamkan bomba yang tiba kemudian,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Share:

Jumaat, 1 April 2016

KEWUJUDAN MANUSIA `HOBBIT` DI KEPULAUAN INDONESIA?


Satu kajian mendapati spesies manusia kenit yang digelar Hobbit te­lah pupus lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Penyelidik kelmarin berkata, pengiraan semula usia tulang spesies yang dinamakan sebagai Homo floresiensis dan ditemui di dalam sebuah gua di Flores itu dijangka pupus kira-kira 500,000 tahun lalu berbanding 12,000 tahun se­perti jangkaan sebelum ini.


Penemuan Hobbit pada 2003 mewujudkan sensasi saintifik. Homo floresiensis mempunyai ketinggian cuma 106 sentimeter, bertubuh kecil, mempunyai saiz otak cimpanzi, menggunakan peralatan daripada batu dan mungkin memburu gajah pigmi.

Menurut penyelidik, tiada bukti langsung yang menunjukkan manusia Hobbit bertemu manusia moden, namun dinyatakan bahawa spesies manusia kini telah mendiami pulau-pulau lain di rantau itu sekitar waktu tersebut dan telah tiba di Australia kira-kira 50,000 tahun lalu.

Ahli kronologi geografi, Bert Roberts daripada Universiti Wollongong, Australia berkata, kajian tidak menolak kemungkinan manusia moden memainkan peranan kepada kepupusan manusia Hobbit dan isu itu akan menjadi fokus utama penyelidikan seterusnya.

“Bagi saya, persoalannya ialah adakah Hobbit akan pupus jika manusia tidak pernah menjejaki Pulau Flores? dan jawapannya adalah tidak.

“Kami percaya ada faktor penentu dalam kematian mereka, namun kami masih perlu mencari bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini,” kata Roberts.

Banyak haiwan telah pupus di Pulau Flores pada masa itu, kata ahli antropologi paleo, Matt Tocheri daripada Universiti Lakehead, Kanada termasuk gajah kecil, burung botak marabou gergasi, burung hering dan cicak naga Komodo gergasi.


Share:

Isnin, 21 Mac 2016

SEORANG PETANI DAKWA `ALIEN` SURUH DIA BINA PIRAMID DI KAWASAN GURUN


Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

Memetik laporan media tempatan Mexico, alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran  20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya. Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

"Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa  piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh  ke atas,", katanya.
Share:

Rabu, 17 Februari 2016

KEPALA IKAN LUMBA-LUMBA BADAN MACAM BELUT


Seekor ikan pelik menyerupai buaya di bahagian ekor badan macam belut dan kepala seperti ikan lumba-lumba ditemui terdampar. Ikan tersebut ditemui terdampar di tebing Tasik Macquarie di New South Wales, Australia.

Ethan Tipper merakamkan gambar ikan pelik itu dan memuat naik dilaman sosial namun tiada siapa yang dapat meneka spesis ikan tersebut.

Ikan tersebut mempunyai badan panjang dengan ekor seperti buaya tanpa kaki manakala kepalanya berbentuk seperti ikan lumba-lumba dan mulut yang dipenuhi gigi tajam.

Sementara itu, pengumpul ikan sebuah muzium di Australia, Mark McGraouter berkata, ikan tersebut berkemungkinan dari spesis belut yang berasal dari laut dalam di pantai timur Australia.

"Ini adalah pertama kali dia melihat spesis ikan seperti itu dan mengesyaki ia ditangkap oleh nelayan," katanya.

Spesis belut tersebut yang mengelupur apabila ditangkap sehingga merosakkan jaring nelayan boleh membesar sehingga 1.8 meter panjang.

TONTON INI

Share:

Khamis, 28 Januari 2016

MAIN POKER DENGAN MAYAT KAWAN


Mayat seorang lelaki yang meninggal dunia akibat pengambilan arak dan dadah berlebihan telah diawet untuk 'turut serta' dalam permainan kad.

Menurut laporan Dailymail, Henry Rosario Martinez yang meninggal dunia pada usia 31 tahun pada 19 Januari lalu sangat suka berjudi dan bergaduh.

Selepas pemergian Henry, ayahnya meminta bantuan pemilik syarikat pengurusan pengebumian, Jose Mendelez untuk menghias anaknya di meja poker.

"Ini kali pertama kami terpaksa berbuat begini, tapi perkara sebegini pernah dilakukan di beberapa negara lain," kata Jose.

Kata Jose, ahli keluarga Henry kemudian duduk dan bermain poker bersama mayat tersebut.

Seorang artis tempatan, Kinki membuat satu video muzik yang menampilkan Henry bertajuk "Pergi dengan tenang, adikku" (Rest in peace, my little brother).

TONTON INI

Share:

Sabtu, 16 Januari 2016

SEHIDUP SEMATI, WANITA KAHWIN DENGAN MAYAT KEKASIH


Pelik tapi benar. Itu apa yang dapat digambarkan apabila seorang wanita tetap mahu melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya yang meninggal dunia pada hari pengembumian lelaki itu.

Nan Thippharat, dari wilayah Changhoengsao, tengah Thailand tetap meneruskan rancangannya untuk berkahwin walaupun kekasih yang dikenali sebagai Fiat  telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Menurut laporan Mirror.uk, wanita itu memuatnaik gambar serta video perkahwinan uniknya itu ke laman sosial miliknya.

Dalam rakaman video tersebut, Nan dilihat berpakaian pengantin, berada di sebelah mayat lelaki itu sambil memengang tangan 'suaminya' itu dan di kelilingi orang ramai yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Nan berkata, ini adalah cara untuk saya memberi penghormatan kepadanya dan saya percaya kami pasti akan bersama pada kehidupan seterusnya.

"Saya sangat sayangkanya sepenuh hati dan sukar menerima kenyataan dia telah meninggal dunia. Dia kelihatan indah pada hari perkahwinannya dan saya yakin dia pasti sukakannya," katanya.

Bagaimanapun, perkahwinan yang di jalankan di Phanom Sarakham itu tidak diiktiraf undang-undang.
Share:

Rabu, 13 Januari 2016

NGERI!! DALAM PERUT ADA SI KEMBAR PARASIT?


Seorang remaja yang sering mengadu sakit perut terkejut selepas diberitahu punca penyakitnya itu adalah disebabkan oleh "kembarnya" yang hidup didalam perutnya sejak dia dilahirkan.

Doktor yang merawat Narendra Kumar, 18, menjumpai  janin  yang mempunyai 2.6 kg jisim tulang, rambut serta gigi di dalam abdomen remaja itu.

Menurut doktor Hospital Swaroop Narayan di utara India di Uttar Pradesh, Dr Rajeev Singh  berkata, ia telah hidup seperti parasit dalam badan remaja berkenaan sejak dia dilahirkan.

"Keadaan tersebut berlaku ketika peringkat awal kehamilan kembar apabila salah satu fetus memasuki fetus yang lain melalui tali pusat.

"Ia menjadi parasit dan akan 'hidup' di dalam kembar yang lagi satu," katanya.

Narendra menderita sakit dan sering muntah-muntah malah turut hilang berat badan sejak bertahun lalu namun keluarganya gagal mengetahui punca mengapa berlaku demikian.

Perkara itu hanya diketahui selepas doktor melakukan pembedahan pada Isnin dan menemui janin tersebut yang menjadi punca penyakitnya itu.

Sementara itu, bapa remaja itu, Prem Chandra berkata, dia berasa lega kerana penyakit anaknya itu sembuh.

"Ia telah menyeksanya sejak bertahun dulu dan  kini telah dibuang. Saya berasa lega dan kini dia boleh ke sekolah dan mampu menjalani kehidupan seperti biasa," ujarnya.
Share:

Isnin, 11 Januari 2016

GUNA BISA ULAR UBATI PENYAKIT ANAK?


Seorang penduduk miskin di wilayah Hebei menjadi terkenal selepas cuba mengubati anaknya yang sakit dengan menggunakan ular tedung.

Menurut portal berita Net-Ease, Wang Sianghsuai, 33, mula menghadapi masalah kewangan selepas ibu bapanya sakit.

Bapanya lumpuh akibat serangan jantung lapan tahun lalu sementara kesihatan ibunya juga semakin teruk.

Keadaan bertambah buruk apabila anaknya Wang Menyao tiba-tiba sakit. Dia kemudian disahkan menghidap anemia aplastik.

Wang membelanjakan semua simpanannya untuk merawat ibu, bapa dan anaknya. Tidak cukup dengan itu, dia meminjam wang daripada anggota keluarga yang lain.

Share:

Sabtu, 5 Disember 2015

GARA-GARA NAK TUAH PUNYA PASAL..


Penduduk di sebuah kampung kecil di India dilapor menggolekkan anak mereka dalam najis lembu dengan kepercayaan ia akan membawa tuah kepada kanak-kanak itu.

Tradisi itu dikatakan menjadi amalan penduduk di kampung Betul di Madya Pradesh sejak dulu lagi.

Penduduk berkenaan percaya dengan mengotorkan anak mereka dengan najis haiwan itu akan membantu mereka menjalani kehidupan sihat dan bebas daripada penyakit.

Mereka juga yakin ‘kesucian’ lembu itu akan membawa nasib yang baik kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.

Beberapa minggu sebelum ketibaan Deepavali, ibu bapa akan mengumpulkan najis berkenaan dan melonggokkannya di satu tempat.
Share:

Rabu, 25 November 2015

AKTIVITI PARANORMAL DI RAKAM OLEH PENGHUNI HOTEL


Seorang penginap di hotel terbabit telah berjaya merakam satu kejadian aneh yang dianggap oleh pengkaji paranormal sebagai `fenomena aktiviti paranormal`. Kejadian pelik itu disahkan oleh perakam yang bernama Doug.

Pada mulanya dia merasakan ianya litar pintas, namun setelah di teliti dengan betul dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada hotel terbabit. Beliau pun terus mengambil kamera untuk merakam apa yang sedang berlaku.

Kelihatan seperti di dalam filem, katanya. Lampu terbuka dan tertutup seperti dalam filem hantu dan filem seram. Doug pun memberanikan diri untuk terus merakam fenomena terbabit.

VIDEO RAKAMAN AKTIVITI PARANORMAL
Share:

Jumaat, 30 Oktober 2015

TERBITNYA DUA MATAHARI DI AMERIKA UTARA..FAKTA ATAU AUTA?


KUALA LUMPUR - "Itu hanya ilusi optik," demikian penjelasan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa keping gambar yang viral di media sosial berkenaan penampakan dua matahari yang kononya berlaku di Amerika Utara.

Beberapa hari lalu, tersebar di WhatsApp, beberapa keping gambar yang menunjukkan seoalah-olah terdapat dua matahari timbul, yang mana ada sesetengah pihak berkata fenomena itu berlaku di Kanada dan ada juga yang mengatakan bahawa ia berlaku di Manhattan dan New York.

Noordin berkata dalam isu ini, ramai pihak yang cuba mengaitkan ia dengan fenomena angkasa dengan aspek fantasi dan misteri, namun ujarnya sebagai manusia yang diberi akal fikiran,  kita perlu mendapatkan bukti yang sahih, dengan cara merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar.

"Ada juga yang ingin meletakkan fenomena sebegini seiring dengan hadith dan tanda kiamat. Ilmu Islam itu menyokong sains jadi fenomena yang berlaku perlu dikaji dengan fakta dan secara menyeluruh dan bukan sekadar agakan pemikiran.

"Dalam pada itu, telah ada banyak fenomena angkasa pelik yang tersebar sebelum ini seperti bumi bergelap, cuaca angkasa yang ganggu telefon bimbit dan matahari makin dekat dengan bumi. Elok masyarakat menghubungi Angkasa agar tidak mudah menyebarkan berita palsu yang boleh membuat negara gelisah," katanya.
Share:

Ahad, 18 Oktober 2015

TAKSUB BEDAH MUKA JADI SEPERTI HAIWAN PELIHARAAN?


Kerana taasub dengan haiwan peliharaannya, seorang lelaki melalui pelbagai pembedahan untuk kelihatan seperti burung kakak tua, termasuk selama 6 jam untuk memotong telinganya.

Ted Richards, 56, dari Hartcliffe, Bristol, kini berazam mengubah hidungnya supaya berupa paruh.

Katanya, dia mendermakan telinganya yang dikerat itu kepada seorang rakan yang dianggap ‘tahu cara menghargainya’ dan kini menanti tarikh seterusnya untuk pembedahan selanjutnya.

Richards yang mempunyai 110 tatu, selain menindik badannya 50 kali dan membuat pembedahan membelahkan lidahnya, amat bangga dengan perubahan dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap lima burung kakak tua kesayangannya, Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi.

“Saya melakukannya kerana mahu kelihatan sama seperti burung kakak tua kesayangan saya. Sebelum ini rambut saya panjang untuk menutup telinga,” katanya.
Share:

Jumaat, 3 April 2015

EMPAT BULAN BURU HAIWAN ANEH INI..AKHIRNYA JUMPA JUA


Selepas empat bulan diburu, beruang matahari yang ditemui pekerja ladang sawit dalam keadaan kekurangan zat berjaya diselamatkan semalam.

Beruang matahari atau nama saintifiknya ‘Helarctos Malayanus’ diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini, sekitar jam 9 pagi.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan.

“Disebabkan keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC.

“Susulan itu, SFC menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini.

“Sebaik tiba, kami akan menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan untuk mengenal pasti punca penyakit dan memberi rawatan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, SFC mengesahkan haiwan misteri ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari.

Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Pasukan SFC berusaha menyelamatkan haiwan, namun mereka dilaporkan tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih ditenggelami air akibat banjir.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog