Seorang penternak kambing di Kampung Limau Kasturi di sini dikejutkan dengan kejadian cukup unik apabila salah seekor haiwan ternakannya itu melahirkan sepasang anak kembar yang bermata satu.
Pemilik kambing tersebut, Zabidah Mat,50, berkata, kambing betina itu melahirkan anak kembar berkenaan pada lewat petang kelmarin. Bagaimanapun, salah seekor daripada anak kambing berkenaan telah mati.
Katanya, sejak memelihara kambing 15 tahun lalu, dia tidak pernah lagi melihat kambing bermata satu. Baginya kejadian yang berlaku itu agak pelik selain amat memeranjatkan seluruh keluarga.
“Ibu kambing ini beranak sepasang kembar. Anak kambing jantan telah mati manakala yang betina masih hidup. Saya terkejut melihat fizikal kedua-dua anak kambing ini yang hanya memiliki satu mata di tengah-tengah serta tiada hidung.
“Kambing itu sungguh unik apabila ia hanya bernafas menggunakan mulut sahaja. Sehingga kini, anak kambing betina ini masih aktif," katanya ketika ditemui di sini semalam.
1 comments:
Jasa paranormal aliran jawa, ilmu warisan leluhur jawa atasi problem2 kehidupan.Hubungi: 0815 6766 2467.Simpan no.hp tersebut.
Catat Ulasan