Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 15 April 2013

TAMAN TEMA MIMALAND BERHANTU?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.First of all kami dari team PAG ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini dan Fan FB kami kerana kami tidak berkesempatan meng-update dan meneruskan kajian-kajian paranormal kami.


Kami sedar pada tahun ini (2013) agak `kureng` skit atas sebab kesibukan kru kru yang mempunnyai kerja tetap.Namun kami sentiasa merangka perjalanan program paranormal PAG demi mencapai visi dan misi PAGparanormal.

Kesulitan amat dikesali.Untuk pendapat semua PAG juga tertarik dengan cadangan-cadangan yang dikemukan oleh peminat di FB dan salah satu lokasi yang menarik minat kami ialah Mimaland.

Sebelum ini kami juga pernah ke lokasi tersebut namun tidak dapat memasukinya kerana `guard` yang bertugas menjaga kawasan terbabit tidak membenarkan kami memasuki `KAWASAN LARANGAN` oleh kerana ianya kawasan Tanah Persendirian.

Demi kajian paranormal dan sejarah tempat itu, InsyaAllah kami akan cuba untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang kes paranormal yang berlaku disitu.

Dari Petikan Wikipedia
Mimaland ialah sebuah taman rekreasi di Gombak, Selangor, Malaysia. Ia dibuka pada tahun 1975. Pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh tanah runtuh berbahaya.

Sejarah...


Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland itu sebenarnya adalah merupakan singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Mimaland dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.

Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan dan menjadi tumpuan bagi beberapa penggambaran filem tempatan, seperti Filem Mekanik (1983).

Selain itu filem Gila-Gila Remaja (1986), filem Tempo '88(1987), filem Dendang Perantau (1979) dan filem Suara Kekasih (1986) juga membuat penggambarannya di situ. Dalam filem Gila-Gila Remaja antara dialog popular adalah "Esok jangan lupa, Mimaland!" yang diucapkan oleh pelakon Faizal Hussein.

Juga terdapat adegan Azroy dan Suzana singgah minum di restoran tepi tasik. Dalam filem Dendang Perantau, logo lama Mimaland kelihatan pada pintu gerbangnya, yang berbeza dari logo tahun 1980-an.

Dalam filem tu Latiff Ibrahim menumpangkan saudaranya dari Indonesia untuk menginap di chalet terapung di Mimaland.

Dalam filem Suara Kekasih pula, Ogy & Azmil Mustapha dating di restoran tepi tasik di Mimaland. Pada tahun 1984 satu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara telah dilancarkan sebagai satu lagi tarikan terbaru Mimaland.

Ia turut menawarkan papan luncur air gergasi yang tinggi dan menjadi kegemaran para pengunjung. Kawasan kolam renang terbesar di Asia Tenggara dan papan luncur air gergasi tersebut telah menjadi latar adegan dalam filem Tempo '88.

Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.

Setelah bertahun-tahun Mimaland beroperasi, seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993.

Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai dan memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya.

Selepas kerja-kerja penambahbaikan dilakukan Mimaland kembali dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994.

Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.

Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan kemudiannya telah menyeret pihak pengurusan Mimaland ke mahkamah di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah.

Sepanjang perbicaraan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.





HAK CIPTA
P A R A N O R M A L   M A L A Y S I A 
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog