Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label PENGEMBARAAN ALAM GHAIB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGEMBARAAN ALAM GHAIB. Papar semua catatan

Ahad, 20 September 2015

PAG BERKONGSI CERITA SERAM BERSAMA WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA


KISAH SERAM mengenai jalan Bentong lama dan juga sebuah bangunan yang digelar sebagai Balai Polis Lama Gombak sentiasa dibualkan oleh orang ramai.

Memang boleh dikatakan tempat ini selalu menjadi tumpuan pengkaji paranormal seperti kami yang ingin mendapatkan bukti mengenai fenomena atau kejadian-kejadian mistik yang dikaitkan dengan kehadiran hantu-hantu yang menyeramkan.

Kru PAGparanormal tidak melepaskan peluang berkongsi cerita dan kajian kami bersama akhbar tempatan iaitu Akhbar Utusan Malaysia. 

Selepas berkongsi cerita mengenai kejadian aneh di Highland Tower, pihak Utusan telah menghubungi kami untuk input mengenai kajian kami di Jalan Bentong lama dan Balai Polis Lama Gombak. Anda boleh klik gambar untuk baca artikel.


Klik gambar untuk besarkan.
Share:

Selasa, 20 Januari 2015

POSTER PAG TERPAMPANG DALAM FILEM PUAKA X


Salam sejahtera buat semua. Cerita meletop lagi hangat sejak dua menjak ini iaitu kisah mengenai sebuah produksi yang telah `menempelkan` gambar (poster) PAGparanormal di dinding dalam sebuah filem terbaru mereka.

Sebenarnya isu ini adalah isu kecil namun ianya dipandang serius oleh beberapa individu yang nampak tidak berpuashati dengan tindakan produksi filem terbabit yang tidak memohon kebenaran dan memperlihatkan mereka seolah olah `senang` mengambil kesempatan yang ada pada PAGparanormal.

PAGparanormal bukanlah sebuah pasukan paranormal yang sangat terkenal di Malaysia namun segala hasil titik peluh mereka membuat kajian dan mempromosi nama mereka dianggap berharga dan tidak boleh sewenang wenangnya di ambil begitu sahaja.




Share:

Selasa, 21 Oktober 2014

SESI RAKAMAN - PARANORMAL TEAM vs PUAKA X


Buat julung kali 'joint task' terbesar team-team paranormal dari Malaysia di dalam sebuah sesi rakaman bersama team 'nakal' iaitu Puaka X. Di dalam sesi rakaman ini penglibatan Syai Seekers bersama beberapa lagi team paranormal iaitu Wujud Paranormal Team, Poseidon, Puaka X dan PAGparanormal sendiri.

Saksikan video-video pendek yang telah di ambil ketika di lokasi penggambaran: KLIK LINK




















Share:

Selasa, 28 Januari 2014

RUMAH PUNTIANAK DI JOHOR


Kembara 8 anak muda dari pasukan PAGparanormal Malaysia memulakan pengembaraan mereka ke selatan tanah air dan memberi tajuk baru pada episod-episod kajian mengenai kejadian fenomena paranormal di setiap pelusuk di semenanjung Malaysia.

Chapter 1 Season 5 bertajuk Rumah Pagar Ghaib ini diceritakan oleh beberapa individu yang mendakwa pernah terlihat kelibat perempuan yang betul-betul menjengah mereka dari tingkap atas.

Terdapat juga cerita yang boleh mengaitkan dengan cerita pertama iaitu kisah rumah ini yang pernah di pagar `ghaib` oleh seorang bomoh kerana terdapat gangguan pada penduduk setempat yang menceritakan satu `saka` di rumah itu telah mengganggu kehidupan seharian mereka.

Adakah saka yang dimaksudkan itu ialah entiti wanita terbabit??Kenapa dan mengapa ia mula merayau dan mengganggu orang kampung??

Dan kenapa rumah terbabit ditinggalkan begitu sahaja??Adakah kisah-kisah seram yang di bualkan oleh masyarakat setempat itu benar atau hanya sekadar penyedap cerita yang di tokok tambah?

Team PAGparanormal kali ini terpanggil untuk membuat tinjauan di rumah banglo terbabit.Saksikan sedikit gambar & video yang dirakamkan oleh krew PAGparanormal ini..

Krew PAGparanormal yang terlibat pada malam itu Az,Ash,AJ,Ron Asraff,Mirol,Yuyie,Basid & Yusz.

Share:

Khamis, 23 Januari 2014

LI YEENZ CIPTA FOTO MENARIK KRU PAGPARANORMAL


Sesi fotografi PAGparanormal di JB baru-baru ini di sponsor khas oleh seorang fotografer profesional. Untuk mengenali beliau bolehlah klik link gambar page peribadi beliau di bawah :-


Terima Kasih daun keladi..next time kita try fotoshot lagi.. ;)
Kredit to Mr. Li Yeenz Profesional Photography

Share:

Sabtu, 18 Januari 2014

CENDERAHATI TANDA PENGHARGAAN BUAT JASA KRU PAGPARANORMAL


Sesi penyampaian cenderahati ihklas dari PAGparanormal Malaysia kepada kru di bilik penginapan krew di Grand Bluewave Johor Bahru.

Cenderahati disampaikan oleh founder PAGparanormal En. Az PAG tanda penghargaan kepada krew yang masih terus bersama dan tidak putus-putus menjadi tulang belakang kepada kejayaan PAG selama 5 tahun ini.

Tidak dilupa juga penyerahan baju baru PAGparanormal kepada krew PAG Selatan (JB) En. Yusz.
Share:

Sabtu, 7 Disember 2013

PERKONGSIAN KISAH SERAM TRAGEDI HIGHLAND TOWER BERSAMA UTUSAN MALAYSIA


Pengembaraan Alam Ghaib (PAG Paranormal) cuba merungkai kesahihan kisah misteri disebalik Highland Tower tersebut wujud ataupun sekadar rekaan yang digembar gemburkan banyak pihak.

Menurut jurucakap PAG Paranormal, Azree Jaafar, 33, kawasan tersebut sebelum ini dipenuhi semak samun dan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang penyeliaan menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti berlukar.

"Tambahan pula, terdapat dua bangunan usang kosong dan ditinggalkan hampir 20 tahun menampakkan tempat tersebut menjadi suatu tempat yang seram," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hakikatnya, ujar Azree, sepanjang kajian yang dijalankan PAG Paranormal, tiada sebarang bukti yang boleh mengklasifikasikan tempat terbabit adalah tempat berhantu.


"Mungkin pihak yang mendakwa kawasan yang pernah menjadi sisa runtuhan bangunan itu berhantu hanyalah secara kebetulan ataupun sekadar bualan mulut sahaja.

"Mereka mungkin hanya untuk menakut-nakutkan orang ramai dengan merekayasa cerita untuk lebih menarik dan menyedapkan telinga mendengar," jelasnya.

PAG Paranormal yang ditubuhkan sejak 2009 telah banyak membuat kajian berkenaan dengan alam ghaib menggunakan cara tradisional dan moden.

"Sepanjang kajian, pengalaman yang menyeramkan adalah semasa membuat kajian di Penjara Pudu dan jalan lama Karak, Pahang.

"Kajian tersebut jelas membuktikan bahawa wujud kejadian aneh seperti kedengaran suara perempuan yang mengilai dan menjerit," ceritanya.

Kejadian aneh di Highland Towers pula tidak pernah dirasainya, namun tidak dinafikan bahawa tempat itu turut mempunyai 'penghuni' ekoran dua bangunan yang sudah lama dibiarkan begitu sahaja dan tidak dihuni.


Artikel Penuh: Klik Sini
© Utusan Melayu (M) Bhd                                                                                                                  7/12/2013


Share:

Isnin, 18 November 2013

KES REMAJA HILANG DI BANGLO VILLA NABILA JOHOR


Berita Paranormal dari JB : Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah 'ghaib' di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.Sebilangan mereka adalah lepasan SPM.Ya atau tidak berita ini belum di sahihkan.

*Krew PAG dari JB (Tengku Yusz) akan melaporkan keadaan semasa disana.

 Kisah yang pernah kami (PAG) dengar 5 tahun lepas sebelum kami pergi sendiri ke lokasi yang dikenali Banglo Villa Nabila.Benar atau tidak hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Info dari seorang individu yang lebih ...dikenali sebagai guru silat dari Perak.Beliau pernah menceritakan kisah suku sakat jin ifrit dan iblis dari setiap pelusuk dunia berkumpul seolah olah bermesyuarat di rumah terbabit pada malam dan tarikh tertentu.

Ada diantara mahluk terbabit bukan sahaja berbentuk ngeri dan menakutkan dan ada di kalangan mereka mampu menyerupai seekor biawak besar,labah-labah besar dan juga kelawar besar.

Saiznya boleh dikatakan luar biasa jika ia menjelma di depan manusia. Kita sebagai manusia yang tidak nampak akan kewujudan mereka mungkin melakukan kesilapan ketika berada di lokasi terbabit dan membuatkan mereka marah..Wallahu a'lam.

"This property located at hillside of Johor known as Danga Bay. Villa Nabila has been evacuated and abandoned as result of robbery incident which claims the life of the entire tenants residing in it previously. Basically, it was learnt that the building belongs to a rich family, and it was attacked by armed robbers who went ahead and kills all the occupants’ ‘what a wickedness’’. It was reported that the souls of those killed were roaming around the compound which turn the place to be very haunting. Actually, some ghost investigators went in and miss on the process ,only to escape right after dawn."

InsyaAllah penghujung tahun 2013 ini PAGparanormal akan kembali merungkai segala kisah mistik banglo misteri ini.

Jom tonton video ketika PAGparanormal melakukan tinjauan di villa terbabit. Klik Sini

Update berita terkini dari Krew PAG Ron Asraff Tengku Yusz.

Share:

PAG & WPT BUAT KAJIAN PARANORMAL BERSAMA SECARA LIVE STREAMING


Buat pertama kali PAGparanormal Malaysia dan Wujud Paranormal Team melakukan kajian bersama.Kajian kali ini memperlihatkan sesi rakaman secara live streaming oleh pihak WPT dan rakaman offline (youtube) oleh pihak PAGparanormal.

Dua sukarelawan akan di bawa ke lokasi dan masing-masing dibawa oleh WPT & PAG sendiri.Sila layari Facebook PAGparanormal untuk keterangan lebih lanjut.Sekian terima kasih.
Share:

Khamis, 12 September 2013

PASIFIC MALL BANKRUP KERANA GANGGUAN MAHKLUK HALUS?


Kenalkah anda pada bangunan ini??Ya..ini adalah bangunan Pacific Mall yang terletak di Jalan Storey JB.Mungkin anda berasa hairan mengapa bangunan ini menjadi begini?Sekilas pandang mungkin terlintas di benak fikiran kita bahawa `company` Mall ini jatuh bankrupt atau juga tidak dapat disiapkan.

Krew PAG pernah ke selatan Tanah air untuk membuat beberapa tinjauan lokasi angker untuk kajian edisi Jelajah Selatan.Apa yang admin diberitahu tentang bangunan ni mungkin ada kaitan dengan tanah yang di beli untuk mendirikan Pacific Mall ini.

Dari sumber yang admin terima dari cicit kepada tuan Tanah yang tinggal berdekatan dengan jalan Storey terbabit, pada zaman jajahan jepun dahulu Tanah Jalan Storey mempunyai beberapa kubur lama yang tidak dialihkan ketika melakukan pembangunan.

Dan admin juga dapat info dari seseorang yang mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi di dalam bangunan itu.Individu terbabit menyatakan ada terdapat gangguan mistik yang amat kuat di setiap floor bangunan ini sehinggakan suasana keadaan kelam kabut itu tidak dapat di pulihkan dan Pacific Mall terpaksa ditutup dalam tempoh setahun beroperasi.Adakah kisah misteri ini benar-benar belaku??Adakah ia rekaan semata-mata??Hanya Allah yang maha mengetahui..Wallahu a’lam.


Share:

Ahad, 28 April 2013

KAJIAN PARANORMAL DI BANGLO TINGGAL JALAN AMPANG


Pada hari Jumaat lalu Krew Unit PAGparanormal Ron Asraff telah membawa Team PAG ke satu lokasi banglo lama yang masih terselit di celah celah bandaraya Kuala Lumpur.

Setibanya di lokasi kami tergamam seketika kerana tidak tahu menahu langsung kewujudan banglo terbabit.Kredit kepada Krew Peninjau Ron Asraff yang sentiasa rajin mencari lokasi-lokasi baru untuk PAGparanormal membuat kajian.

Pada malam itu kami tiba tepat 12 malam.Waktu itu keadaan sekeliling basah.Kehadiran kami dijemput oleh sang `Nyamuk banduan`.

Tanpa melengah lengahkan waktu kami meneruskan kajian di banglo ini.Bukan sekadar struktur banglo ini sahaja yang kami temui malah ia mempunyai sebuah kabin di belakang.Ia mengingatkan saya kepada cerita `Cabin in the wood`.


Disekeliling kawasan banglo ini di penuhi dengan belukar dan pokok besar. Memang agak meyeramkan apabila melihat rumah tinggal yang telah ditumbuhi pokok-pokok besar setinggi 5 tingkat.

Seorang krew PAG - Mirol mendakwa melihat kelibat meninjau ninjau dari dalam banglo terbabit namun setelah disiasat kami tidak menemui apa-apa.Adakah ianya kelibat orang (manusia) atau orang-orang (entiti).


Beginilah keadaan di dalam kabin.Pohon ara telah menjadi pengganti kepada bumbung.Pada waktu itu krew PAG Ron Asraff sedang menggunakan EVPnya untuk cuba berkomunikasi dengan entiti yang berada di kawasan terbabit dan kami dikejutkan dengan bunyi `tebasan` di atas pokok besar yang berada di atas kepala kami.

Ia didengari oleh Krew kameraman AJ,kameraman dslr Yuyie dan Ron sendiri.Manakala 2 org krew lagi Tengku Asy dan Mirol yang sedang berada di luar pintu kabin itu tidak mendengari apa yang telah kami dengari dari dalam.


Lebih mengejutkan kami ketika meninjau keadaan sekeliling banglo terbabit kami telah menemui beberapa lilin merah dan putih.

Kami mengesyaki ada unsur-unsur pemujaan yang telah dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa itu juga kesemua krew disarankan lebih berhati-hati.Kita tidak mahu perkara khurafat yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu memudaratkan orang lain yang berada disitu dengan tujuan baik.

Di akhir kajian kami didatangai bau wangi dan pada waktu itu kesemua krew PAG terkedu dan memandang muka sesama sendiri.

Mungkin pada masa itu terlintas pelbagai imaginasi di benak fikirian krew krew yang terlibat pada malam itu.JANGAN TEGUR!!

Share:

Isnin, 15 April 2013

TAMAN TEMA MIMALAND BERHANTU?


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.First of all kami dari team PAG ingin memohon maaf kepada pembaca-pembaca blog ini dan Fan FB kami kerana kami tidak berkesempatan meng-update dan meneruskan kajian-kajian paranormal kami.
Share:

Isnin, 4 Mac 2013

KAJIAN PARANORMAL DI SEBUAH BANGLO LAMA DI BUKIT TUNKU


Video kajian PAG episod 1 season 2 bertajuk Misteri Banglo 50an aka Saloma Bistro telah membawa kembali kesemua kru untuk meninjau semula keadaan banglo terbabit.
Share:

Isnin, 21 Januari 2013

SUMBANGAN TIM PARANORMAL BERSAMA AMAN PALESTIN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat julung julung kalinya di Malaysia sebuah team paranormal iaitu Wujud Paranormal telah bergandingan bersama Kabus Studio mengikuti aktiviti kemanusiaan iaitu AMAN PALESTIN dilancarkan pada 28 Jan ini. 
Share:

Rabu, 2 Januari 2013

MERUNGKAI KISAH SERAM BANGLO VILLA NABILA


Menyingkap kisah misteri banglo mewah yang dikatakan berhantu.Akhir tahun 2012 menjadi titik permulaan kami menyingkap kisah sebenar di sebalik cerita-cerita seram yang sentiasa dibualkan oleh masyarakat.Kru PAG berkesempatan membuat tinjauan di siang hari untuk meneliti laluan masuk sebenar ke lokasi yang dikatakan berpuaka atau berhantu itu.

Share:

Khamis, 27 Disember 2012

KISAH SERAM HOSPITAL SAKIT MENTAL WAVERLY HILLS


Waverly Hills Sanatarium terletak di Jefferson County,Kentucky Amerika Syarikat. Ia dibuka pada tahun 1910 sebagai sebuah hospital dua tingkat untuk menampung 40-50 pesakit tuberkulosis . Pada awal 1900-an, Jefferson County telah dimusnahkan oleh wabak batuk kering ("Wabak Putih") yang mendorong pembinaan hospital baru. Hospital ditutup pada tahun 1962, disebabkan oleh antibiotik streptomycin dadah yang merendahkan keperluan untuk hospital.

Waverly Hills telah dipopularkan di televisyen paranormal sebagai salah satu "yang paling berhantu hospital "di timur Amerika Syarikat . Sanatorium telah dipaparkan pada ABC / FOX Family Channel ini Tempat paling menakutkan Pada Bumi , VH1 's Selebriti Paranormal Projek Syfy 's Ghost Hunters , Zon Realiti 's Creepy , yang menunjukkan British yang Haunted , Cabaran Paranormal, dan Ghost Adventures di Channel Travel.


Sejarah

Tanah yang hari ini dikenali sebagai Waverly Hill telah dibeli oleh Mejar Thomas H. Hays pada tahun 1883 sebagai rumah keluarga Hays '.Sejak rumah baru adalah jauh daripada mana-mana sekolah yang sedia ada, Encik Hays memutuskan untuk membuka sebuah sekolah tempatan untuk anak-anak perempuannya hadir. Beliau memulakan rumah sekolah satu bilik pada Lane Pages dan mengupah Lizzie Lee Harris sebagai guru.  Disebabkan Miss 'kesukaan untuk Harris Walter Scott 's Waverley novel ,dia menamakan rumah sekolah Waverley Sekolah.Major Hays menyukai nama-membunyikan aman, jadi dia menamakan harta beliau Waverley Hill.Lembaga Tuberculosis Hospital disimpan nama apabila mereka membeli tanah dan membuka sanatorium.Ia tidak diketahui dengan tepat apabila ejaan berubah untuk mengecualikan kedua "e" dan menjadi Waverly Hills. Walau bagaimanapun ejaan berubah-ubah antara kedua-dua ejaan banyak kali sejak bertahun-tahun.


Sanatorium Asal

Pada awal abad ke-20,Jefferson County teruk dilanda dengan wabak batuk kering .Terdapat kes-kes tuberkulosis ramai di Louisville pada masa kerana semua tanah paya, yang sesuai untuk bakteria tibi.Untuk cuba mengandungi penyakit, sanatorium kayu dua tingkat telah dibuka yang terdiri daripada bangunan pentadbiran / utama dan dua udara astaka terbuka, perumahan setiap 20 pesakit bagi rawatan "kes awal".

"Pada awal tahun 1911 , bandar Louisville bermula untuk membuat persiapan untuk membina Louisville baru City Hospital, dan pesuruhjaya hospital memutuskan dalam rancangan mereka bahawa tidak akan ada peruntukan yang dibuat di Hospital Bandar baru untuk kemasukan tuberkulosis pulmonari, dan Lembaga Tuberculosis Hospital telah diberikan $ 25,000 untuk mendirikan sebuah hospital untuk penjagaan maju kes tuberkulosis pulmonari ".

Pada 31 Ogos 1912, semua pesakit tibi dari Hospital Kota dipindahkan ke tempat tinggal sementara di dalam khemah atas alasan Waverly Hills sementara menunggu selesainya hospital bagi kes-kes maju. Pada Disember 1912 hospital bagi kes-kes maju dibuka untuk rawatan 40 pesakit lagi. Pada tahun 1914, pavilion kanak-kanak ditambah lagi 50 katil membuat yang terkenal "kapasiti" sekitar 130 pesakit.pavilion The kanak-kanak itu adalah bukan sahaja untuk kanak-kanak sakit tetapi juga untuk yang kanak-kanak pesakit tuberculosis yang tidak boleh akan dijaga untuk betul sebaliknya . Laporan ini juga menyebut bahawa matlamat adalah untuk menambah sebuah bangunan baru setiap tahun untuk terus berkembang supaya ada mungkin telah menjadi lebih katil didapati daripada khusus disenaraikan.


Sanatorium pengembangan

Disebabkan keperluan berterusan bagi pembaikan pada struktur kayu, perlukan untuk struktur yang lebih tahan lama, serta perlu untuk katil-katil yang lebih supaya orang tidak akan berpaling kerana kekurangan ruang,  pembinaan bangunan lima tingkat yang boleh memegang lebih daripada 400 pesakit bermula Mac 1924. Bangunan baru dibuka pada 17 Oktober, 1926, tetapi selepas pengenalan streptomycin pada tahun 1943, bilangan kes-kes tuberkulosis secara beransur-ansur diturunkan, sehingga tidak ada lagi keperluan untuk seperti hospital besar. Para pesakit yang selebihnya telah dihantar kepada Hazelwood Sanatorium di Louisville. Waverly Hills ditutup pada bulan Jun 1961.


Woodhaven Perkhidmatan Perubatan

Bangunan itu dibuka semula pada tahun 1962 sebagai Pusat Woodhaven Geriatrik , rumah kejururawatan. Terutamanya merawat pesakit penuaan dengan pelbagai peringkat demensia dan mobiliti had, serta teruk terbantut, Woodhaven telah ditutup oleh kerajaan pada tahun 1982 dikatakan akibat pengabaian pesakit, seperti yang kadang-kadang biasa dalam persekitaran institusi bawah dikendalikan dan penuh sesak. Khabar angin kemudian tidak tepat diistilahkan Woodhaven sebagai pinjaman suaka gila kepada banyak legenda bandar.


Terowong

Terowong telah dibina pada masa yang sama sebagai bangunan utama bermula pada tingkat pertama dan perjalanan 500 kaki (150 m) ke bawah bukit. Sebelah pihak mempunyai langkah-langkah untuk membolehkan pekerja untuk masuk dan keluar hospital tanpa perlu berjalan berbahaya, bukit curam. Sampingan yang lain mempunyai satu set rel dan troli yang dikuasakan oleh sistem kabel bermotor supaya bekalan dengan mudah boleh diangkut ke atas. Saluran udara terkemuka dari bumbung terowong ke tahap atas tanah telah dimasukkan setiap seratus kaki membiarkan di udara ringan dan segar.


Pemecatan badan

Sebagai antibiotik telah tidak ditemui apabila Waverly dibuka, rawatan terdiri lampu haba, udara segar, semangat yang tinggi, dan reassurances pemulihan penuh akhirnya. Apabila batuk kering melanda kemuncaknya, kematian yang berlaku kira-kira satu setiap hari lain. Penglihatan yang mati sedang diambil memandangkan pesakit tidak baik untuk semangat yang menjunam, menyebabkan mereka kehilangan harapan atau akan hidup dan menjadi tertekan, yang hanya menyumbang lebih kepada kadar kematian. Dengan kematian yang berlaku pada kadar yang tinggi, terowong mengambil kegunaan lain, dan apabila pesakit meninggal dunia, mayat diletakkan di atas troli dan diturunkan ke bawah mana jenazah akan menunggu untuk membawa mereka jauh berhati-hati, daripada pandangan pesakit, doktor morale.The penjimatan juga fikir ini akan memerangi penyakit dan memastikan ia daripada merebak.

Kisah tentang hospital ini lebih kurang sikit dengan Penjara Pudu.Apa kata kita lihat video ini yang telah diadaptasikan dari kisah sebenar.Selamat menonton..
Share:

Isnin, 22 Oktober 2012

KAJIAN PARANORMAL TERAKAM SUARA DARI ALAM GHAIB?


Episod kali ini kru PAG memaparkan siasatan aktiviti paranormal di sebuah kawasan bekas tapak tanah runtuh yang mengorbankan 4 nyawa dan meranapkan 14 buah biji banglo.

Share:

Selasa, 17 Julai 2012

EMF TAK HENTI BERTINDAK BALAS TANDA MAHLUK ALAM GHAIB ADA DI SEKELILING


Episod seterusnya kami ke sebuah lokasi yang menempatkan sebuah bangunan tinggal yang dikatakan tidak berpenghuni selama lebih 6 tahun.

Share:

Ahad, 5 Februari 2012

GERBANG GHAIB DI SHAH ALAM?

Gambar pintu gerbang ghaib yang berjaya dirakam oleh crew PAGparanormal

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu.Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu.
Share:

Sabtu, 14 Januari 2012

KAJIAN PARANORMAL DI BALAI POLIS LAMA GOMBAK


Episod 1 tirai pembukaan bagi tahun 2012 bersama 6 kru Az PAG, AJ, Ash, Atoi, Mirol, Yusri dan seorang rakan jemputan dari fan page FB kami yang bernama Ron pergi ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan. Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog