Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Sabtu, 14 Januari 2012

KAJIAN PARANORMAL DI BALAI POLIS LAMA GOMBAK


Episod 1 tirai pembukaan bagi tahun 2012 bersama 6 kru Az PAG, AJ, Ash, Atoi, Mirol, Yusri dan seorang rakan jemputan dari fan page FB kami yang bernama Ron pergi ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan. Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.


Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kajian disana. Kes paranormal ini banyak berhubung kait dengan `rezki`. Kalau ada rezki kita, adalah.Ianya tidak sesekali untuk mematahkan semangat kru-kru PAG untuk terus membuat kajian dan berkongsi dengan orang ramai tentang kejadian dan kewujudan entiti paranormal ini.

Pada mulanya kami tidak bersetuju untuk ke lokasi tersebut atas faktor keselamatan kru.Kru `peninjau` telah pergi ke lokasi itu pada akhir tahun 2011 untuk melihat sendiri kesesuaian bagi kru PAG membuat kajian.

Dalam pada masa itu juga Kru kami sempat berjumpa dan bertanya dengan penduduk kampung orang asli tempatan tentang kisah tempat itu,dan majoriti menyatakan bahawa tempat itu sangat merbahaya untuk orang luar kerana ia terletak jauh dari penempatan dan terletak betul-betul ditengah hutan.

Ada juga yang menyatakan ada warga asing yang hilang dikawasan itu dan paling menakutkan kehadiran `pak belang` dan babi hutan yang gemar berkeliaran pada waktu malam. Setelah kru PAG membuat keputusan bersama, kami menyediakan kesemua peralatan dan terus ke kawasan terbabit pada tepat jam 12 malam 14 Jan 2012.

 Sedikit gambar di lokasi..

Pintu masuk telah ditutup dangan kayu untuk ke kawasan balai Polis lama Gombak

Selepas melepasi pintu masuk,pokok besar misteri di sebelah kiri menjadikan bulu tengkuk anda naik menegak.Ada pihak yang memberi maklumat bahawa pontianak dan langsuir ada muncul dan menjelma di pokok besar ini. 

Kru PAG berseorangan ketika membuat tinjauan dan dia menyatakan pada masa itu angin kuat bertiup membuai buai pohon pohon di sekeliling sehinggakan langkah Kru terhenti seketika.


Tepat jam 12 malam 14 Jan 2012..kami PAG ti ba di lokasi..

Atoi (hadapan) sedang menggunakan EVP gabungan Parabolic dan sedang diperhatikan oleh Mirol (belakang)

Gambar dalam bangunan terbabit yang telah di conteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pintu masuk hadapan.

Keadaan bumbung bilik kecil di belakang balai.

Bentuk tingkap rumah lama yang terbuka luas dan agak menyeramkan.

Az PAG sedang mencatit segala kajian yang kami buat pada malam terbabit untuk di failkan dalam arkib PAG.

Lorong ke tandas di belakang rumah yang menakutkan.

Mirol diberikan tugas untuk meneliti tenaga yang ada di sekeliling dengan menggunakan EMF.

Az PAG (kiri) Atoi PAG (tengah) Ash PAG (kanan) sentiasa bersama dan akrab sejak kecil lagi.

Alat yang digunakan untuk berhubung dan melihat melalui kegelapan.

CCTV Infra Merah (1) di letakkan di hot spot.

CCTV Infra Merah (2) di sudut yang berlainan.

Sony Still Motion Sensor dapat merakam kemunculan kelibat lembaga hitam.

Inilah dia bukti yang mensahihkan lagi bukti tentang kehadiran entiti paranormal berbentuk kelibat atau bayang.

Kelibat itu mula menghilang dari pandangan.


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Total Pageviews

Facebook Followers

Google+ Followers

Follow by Email

Sign up here with your email address to receive our all news and updates about blogger in your inbox. Its free.

Rakan Blog