Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 29 November 2011

KAJIAN PARANORMAL DI SEBUAH BANGLO MISTERI DI PUNCAK BUKIT KINRARA


28 November 2011 jam 10.30 malam, 2 Orang kru PAG bersama 3 orang lagi kru PF bergerak ke satu lokasi yang dikatakan mempunyai kisah mistik dan misteri yang selalu diperkatakan oleh masyarakat sekitar yang duduk berhampiran dengan kawasan tersebut.


Ada yang menyatakan banglo tersebut dibina pada tahun 1979 oleh sebuah keluarga yang begitu kaya raya.Bayangkan di waktu tahun 70an dan orang tersebut mampu membeli sebuah tanah di puncak bukit dan membina sebuah banglo idaman.

Banglo 3 tingkat tersebut yang  mempunyai 8 bilik tidur dan 4 bilik mandi.Bayangkan betapa mewahnya keluarga tersebut di zaman itu.Difahamkan menurur cerita cerita mulut ke mulut,ada yang menyatakan 4 atau 5 orang ahli keluarga tersebut dibunuh atau membunuh diri.

Kesahihannya kenapa dan atas sebab apa mereka mati masih tidak dapat terjawad dengan jelas.Walau apa pun 5 orang kru ini masih tetap ingin menyingkap fakta sejarah banglo terbabit.Ada sedikit gambar di lokasi untuk tatapan anda.

Laluan masuk yang dahulunya ber-tar kini telah di litupi hutan.

Tibanya kami di dalam rumah tersebut yang kelihatan dindingnya telah di conteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan keadaan lantainya yang agak bersih.

Kru memulakan siasatan di tingkat 1.

Atoi PAG bersama Suhaimi kru PF meninjau suasana tangga di belakang rumah.

Mazidul berehat seketika.

CCTV Infra Merah siap sedia untuk dipasang..

Beginilah keadaan di bahagian hadapan pintu masuk banglo tersebut.

Suasana di bahagian lobi yang di penuhi semak samun.

Mazidul terus menangkap gambar pegun di sekitar banglo terbabit.

Zali sedang menerangkan sesuatu kepada Suhaimi.


Setelah selesai membuat kajian paranormal di seluruh banglo tersebut, kesemua kru bersetuju memberi rating terhadap tahap keseraman banglo tersebut.Kesemua kru bersetuju memberi 2 bintang sahaja daripada 5.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog