Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label KES ORANG HILANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KES ORANG HILANG. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Februari 2017

TAK SEDAR LAPAN HARI KENA SOROK


Selepas lapan hari hilang, empat sekeluarga dan seorang pekerja akhirnya ditemui selamat di kedai makan di Kampung Neting, di sini.

Mereka ditemui di kedai berkenaan kira-kira 12 tengah malam tadi oleh orang kampung yang kemudian memaklumkan kepada wakil keluarga, Mafauzi Kamaruddin, 38.

Mafauzi berkata, penemuan tiba-tiba itu mengejutkan dia sekeluarga yang tidak menyangka anak, tiga adik dan seorang pekerjanya ditemui selamat.

"Orang kampung menghubungi saya memaklumkan melihat kereta dinaiki mereka di kedai makan itu sedang membeli roti canai dan saya segera menghubungi pihak polis.

"Mereka berlima dibawa ke balai polis untuk siasatan dan adik saya, Ilham, 35, mendakwa mereka hilang seperti dibawa ke dunia lain.

"Keadaan mereka pun antara sedar atau tidak dan masih terpinga-pinga dengan kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan penemuan itu, Mafauzi berkata, kelima-limanya dibawa untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam di sini.

Dalam kejadian 25 Januari lalu, empat sekeluarga dan seorang pekerja dilapor hilang selepas keluar dari rumah mereka di Taman Sri Pengkalan, Jalan Besar, Pengkalan Kubor, di sini.

Mereka dipercayai keluar rumah pada 4.30 petang untuk makan di kedai berhampiran sebelum gagal ditemui.

Selain Ilham, mereka yang hilang adalah anak Mafauzi, Muhammad Amirul Hakimi, 16; adik Mafauzi, Nasrullah, 28, dan Syarunniza Kamaruddin, 24, serta seorang pekerjanya, Siti Aishah Zailani, 18.
Share:

Isnin, 30 Januari 2017

TUJUH HARI HILANG DALAM HUTAN DITEMANI SESEORANG??


BUKIT BROGA : Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang ditemui selamat semalam, selepas hilang selama tujuh hari di Bukit Broga 'dijaga' seseorang.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad, 59 berkata, Azarul ada memberitahunya dia dijaga seseorang ketika kehilangannya di Bukit Broga.

"Namun dia (Azarul) tidak mendedahkan siapa dan bagaimana orang yang menjaganya itu, dia hanya memberitahu makan buah hutan dan minum air terjun untuk kelangsungan hidup.

"Keadaannya kini bertambah baik dan kami berharap dia dapat dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan akan membawanya pulang ke Kedah," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Mohd Azarul sebelum ini hilang selama tujuh hari selepas mendaki Bukit Broga pada 22 Januari lalu.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui empat pendaki termasuk dua warga Britain pada jam 9.30 pagi dalam keadaan keletihan serta berkaki ayam kira-kira 250 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Share:

Sabtu, 28 Januari 2017

SEMINGGU GHAIB DI ALAM BROGA AKHIRNYA..


BUKIT BROGA : "Memang masih tak nampak walaupun dekat kawasan itu. Saya kemudian minta dia menggoyangkan ranting kayu atau daun supaya senang dilihat.

"Akhirnya tidak lama kemudian saya berjaya menjumpai Azarul," kata Muhammar Ridhallah Ariffin, 27.

Ridhallah adalah pendaki dan individu pertama mememui Mohd Azarul Mukriz Abdul, 20, remaja yang hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.

Katanya, Mohd Azarul ditemui kira-kira 700 meter dari puncak Gunung Tok Wan.

Mohd Azarul ditemui pada 11.15 pagi ini, selepas enam hari misi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Ridhallah berkata, penemuan itu bermula apabila dia dan rakannya terdengar suara meminta tolong.

"Saya terdengar laungan itu ketika melalui laluan trek dan suara itu muncul pada sebelah kanan,” katanya.

Menurutnya, kehadirannya ke Bukit Broga bagaikan 'langkah kanan' kerana tujuan utama dia bersama tiga rakannya ke tempat itu bukan untuk menyertai misi pencarian itu.

“Kami tidak tahu pun ada mangsa yang sesat. Malah, penemuan secara kebetulan," katanya.

Mohd Azarul pula berkata: “Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama.”

Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi remaja itu ditemui.

Sementara itu, Ibu mangsa, Rohana Saad, 49, ketika dihubungi, berkata perasaannya ketika ini sukar untuk digambarkan.

“Di saat saya hampir berhenti berharap, Allah SWT makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat,” katanya.

Rohana berkata, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari anaknya itu.

"Hanya Allah SWT mampu balas jasa budi semua. Biarpun tiada pertalian darah, anda semua sanggup bergadai nyawa mencari anak saya, terima kasih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mangsa dalam keadaan lemah namun dilaporkan stabil.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kajang utk pemeriksaan perubatan," katanya.
Share:

Isnin, 16 Januari 2017

ANAK GADIS HILANG DIJUMPA SEMULA DI KAWASAN KUBUR LAMA SELEPAS LAUNGAN AZAN


Seorang ibu melahirkan rasa syukur apabila anaknya yang hilang selama enam jam ditemui selamat meski pun kehilangannya penuh misteri.

Difahamkan anak gadisnya itu berjalan dalam keadaan separa sedar ke tanah perkuburan di belakang rumahnya di Kampung Kutan Hilir.

Wan Masitah Wan Ismail, 14, dari sebuah sekolah agama di daerah ini ditemui oleh ayahnya, Wan Ismail Wan Ahmad, 58, pada jam 8.30 pagi selepas melaungkan azan di kawasan tanah perkuburan lama itu.

Ibunya, Mastura Abdullah, 51, berkata, selepas dilaungkan azan suaminya ternampak kelibat anaknya berdiri di bawah rimbunan pokok buluh di tepi tanah perkuburan itu yang dikelilingi semak.

“Dia terus pegang Wan Masitah untuk dibawa pulang ke rumah, ketika dalam perjalanan pulang anak saya itu pengsan kerana keletihan.

“Tetapi alhamdullilah dia dah beransur pulih sekarang ini,” katanya.

Menurutnya, dia menyedari Wan Masitah hilang pada jam 2.30 pagi apabila salah seorang anaknya, Norazlin, 22 mendengar pintu dibuka.

Katanya, anaknya itu terus mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain untuk mencari Wan Masitah kerana menyangka dia diculik.

“Kami terus mencari ke jalan utama dengan harapan dapat menemui dia tetapi tidak jumpa.

“Selepas subuh suami saya adakan solat hajat dan selepas itu tergerak hati untuk mencari di belakang rumah yang bersemak dan pencarian itu hingga kawasan tanah perkuburan kira-kira 50 meter dari rumah,” katanya.

Menurutnya, Wan Masitah ditemui selamat dan bila ditanya dia tidak menyedari bagaimana dia boleh berjalan sejauh itu sehingga masuk di kawasan tanah perkuburan dan kemudiannya berteduh di bawah pokok buluh itu.
Share:

Isnin, 12 Oktober 2015

MISTERI KEHILANGAN ANAK-ANAK ORANG ASLI MASIH MENJADI TANDA TANYA..


Misteri kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, ternyata memberi impak mendalam kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

Sejak seminggu lalu, berita mengenai kes tersebut mula menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas penemuan dua orang mangsa yang masih hidup iaitu Mirsudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob,10 di tebing Sungai Perias, Gua Musang Jumaat lalu.


Turut dijumpai bersama kedua-dua kanak-kanak tersebut ialah mayat seorang lagi rakan mereka iaitu Ika Ayel, 9 yang dipercayai baru mati beberapa hari sebelum penemuan.

Selang sehari kemudian, rangka seorang lagi mangsa yang dipercayai milik salah seorang daripada tiga mangsa yang masih hilang iaitu Haikal Yaacob, 8, dan Juvina Daud, 7, Linda Rosli, 8, berjaya ditemui oleh pasukan pencari dan menyelamat tidak jauh daripada lokasi penemuan Mirsudiar dan Norieen.

Sebelum itu pada 7 dan 8 Oktober lalu, polis telah menemui dua rangka kanak-kanak dan salah satunya disahkan milik Sasa Sobrie, 8, yang dijumpai kira-kira 500 meter dari SK Tohoi.

Pada 23 Ogos lalu, media melaporkan kehilangan tujuh murid SK Tohoi dipercayai melarikan diri ke dalam hutan kerana takut dimarahi oleh guru mereka gara-gara mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Rentetan itu, pelbagai spekulasi telah dilontarkan oleh orang ramai di laman sosial, antaranya ialah kisah kanak-kanak tersebut disorok oleh makhluk halus dan dilarikan oleh penculik.

Luar biasa
Penemuan Mirsudiar dan Norieen menimbulkan seribu persoalan dalam kalangan orang ramai termasuk pakar-pakar dalam bidang perhutanan.

Walaupun ditemui dalam keadaan cukup menyedihkan dengan sosok tubuh kurus kering sehingga menampakkan tulang, tidak bermaya, kelaparan dan ketakutan, namun kemampuan mereka meneruskan hidup di dalam hutan tebal selama 47 hari begitu luar biasa.

Kemampuan kanak-kanak tersebut untuk terus hidup tanpa bekalan makanan yang mencukupi dan tempat berlindung bagaimanapun masih kekal misteri.

Memetik kenyataan yang diberikan oleh Ketua Platun RELA Orang Asli Kelantan, Kamal Rami, 50, kehilangan kanak-kanak tersebut merupakan satu misteri yang sukar dirungkai.

Saya percaya sebelum mereka lari meninggalkan asrama sekolah kerana takut dimarahi guru gara-gara mandi sungai, mereka membawa makanan seperti keropok dan biskut tetapi bekalan itu hanya mampu bertahan sehari.

“Apabila makanan tersebut telah habis, mereka mungkin bergantung kepada tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di dalam hutan,” katanya.

Mirsudiar (kiri) dan Norieen mampu bertahan selama 47 hari di dalam hutan tanpa bekalan makanan.

Kenyataan tersebut turut diakui oleh Pengiring Pendaki Gunung Jerai, Kedah, Wan Teh Wan Shaari, 49, yang percaya manusia mampu meneruskan hidup di dalam hutan dalam tempoh waktu panjang.

Beliau yang juga anggota pasukan RELA itu memaklumkan bahawa di dalam hutan terdapat banyak tumbuhan dan buah-buahan yang boleh dimakan oleh manusia.

Saya percaya kanak-kanak ini pasti mahir dengan selok-belok hutan berkenaan memandangkan mereka merupakan anak Orang Asli yang mendiami kawasan tersebut.

“Justeru, mereka sudah mengetahui buah-buahan dan tumbuhan yang boleh dimakan misalnya ubi kayu, pucuk paku, perah dan pisang ,” katanya baru-baru ini.

Wan Teh yang berpengalaman selama hampir 15 tahun sebagai pengiring pendakian menambah kanak-kanak tersebut juga mungkin berlindung di sebuah tempat persembunyian yang selamat.

Ujarnya, tempat tersebut membolehkan mereka berlindung daripada hujan panas dan binatang-binatang buas di dalam hutan.

Masih menjadi persoalan kepada saya bagaimana mereka boleh bertahan dengan begitu lama dengan faktor cuaca dan binatang liar seperti ular, lipan dan kala jengking.

“Di dalam hutan sangat sukar mencari tempat berteduh kecuali di bawah rimbunan pokok besar atau celah-celah akar kayu,” terangnya.

Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan pelajar tersebut.

Jelas Wan Teh, kawasan hutan terkenal dengan pelbagai kisah mistik yang kadangkala sukar dipercayai oleh akal manusia.

Kebanyakan hutan mempunyai kisah mistik tersendiri terutamanya mengenai kewujudan makhluk halus seperti perkampungan bunian.

“Jadi, sebelum pendakian saya lebih suka mengingatkan pendaki supaya menjaga adab dan tingkah laku mereka ketika berada di dalam hutan,” katanya yang mempunyai pengalaman sesat di dalam hutan selama tiga jam ketika mendaki Gunung Jerai.

P/S : Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka yang telah meninggal dunia.
Share:

Isnin, 21 September 2015

BOMOH DAN PAWANG TERUS BUNTU MENGESAN KANAK-KANAK ORANG ASLI YANG HILANG


Gua Musang: Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.

Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.

Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.

Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.

Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil.

Share:

Jumaat, 18 September 2015

JANGAN MAIN MAIN DENGAN HUTAN SIMPAN AYER HITAM PUCHONG


PUCHONG : Keterujaan dua remaja merentas Hutan Simpan berhampiran dengan Taman Wawasan dekat sini kelmarin, berakhir tragedi apabila kedua-duanya sesat hampir 15 jam sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, mangsa yang pertama kali masuk ke hutan simpan berkenaan menuju ke satu lokasi air terjun pagi kelmarin untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, selepas dikatakan meminum seteguk air terjun terbabit, kedua-duanya tidak nampak dan buntu mencari jalan keluar.

Difahamkan kawasan hutan simpan terbabit memang di akui mempunyai kisah mistiknya. Mungkin kerana lokasinya terletak di tengah-tengah bandar metropolitan, orang beranggapan ianya tempat yang mungkin menyeronokan untuk beriadah.

Ada juga pihak mendakwa kawasan terbabit tempat perkampungan bunian dan dan tempat orang membuang saka suatu ketika dahulu.

Orang tempatan juga menasihatkan supaya setiap individu yang ingin memasuki ke kawasan terbabit perlu mengesahkan dahulu kepada balai polis berdekatan agar perkara tidak diingini berlaku.


Share:

Isnin, 18 November 2013

KES REMAJA HILANG DI BANGLO VILLA NABILA JOHOR


Berita Paranormal dari JB : Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah 'ghaib' di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.Sebilangan mereka adalah lepasan SPM.Ya atau tidak berita ini belum di sahihkan.

*Krew PAG dari JB (Tengku Yusz) akan melaporkan keadaan semasa disana.

 Kisah yang pernah kami (PAG) dengar 5 tahun lepas sebelum kami pergi sendiri ke lokasi yang dikenali Banglo Villa Nabila.Benar atau tidak hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Info dari seorang individu yang lebih ...dikenali sebagai guru silat dari Perak.Beliau pernah menceritakan kisah suku sakat jin ifrit dan iblis dari setiap pelusuk dunia berkumpul seolah olah bermesyuarat di rumah terbabit pada malam dan tarikh tertentu.

Ada diantara mahluk terbabit bukan sahaja berbentuk ngeri dan menakutkan dan ada di kalangan mereka mampu menyerupai seekor biawak besar,labah-labah besar dan juga kelawar besar.

Saiznya boleh dikatakan luar biasa jika ia menjelma di depan manusia. Kita sebagai manusia yang tidak nampak akan kewujudan mereka mungkin melakukan kesilapan ketika berada di lokasi terbabit dan membuatkan mereka marah..Wallahu a'lam.

"This property located at hillside of Johor known as Danga Bay. Villa Nabila has been evacuated and abandoned as result of robbery incident which claims the life of the entire tenants residing in it previously. Basically, it was learnt that the building belongs to a rich family, and it was attacked by armed robbers who went ahead and kills all the occupants’ ‘what a wickedness’’. It was reported that the souls of those killed were roaming around the compound which turn the place to be very haunting. Actually, some ghost investigators went in and miss on the process ,only to escape right after dawn."

InsyaAllah penghujung tahun 2013 ini PAGparanormal akan kembali merungkai segala kisah mistik banglo misteri ini.

Jom tonton video ketika PAGparanormal melakukan tinjauan di villa terbabit. Klik Sini

Update berita terkini dari Krew PAG Ron Asraff Tengku Yusz.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog