Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label BOMOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOMOH. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Mac 2017

PADAH JIKA TERKENA ILMU SIHIR


Kebanyakan kita tahu mengenai sihir, namun masih ramai yang tidak memahami apa sebenarnya disebut sebagai ilmu sihir. Dalam kebanyakan hal berkaitan sihir, ia berpunca daripada perasaan dengki, cemburu, cinta, kasih dan marah serta pelbagai emosi yang sukar dikawal. Dari sisi perubatan Islam, sihir terbahagi kepada sembilan jenis.

1. Sihir pemisah suami isteri (tafriq)

Sihir jenis ini memang secara jelas kewujudannya berdasarkan dalil al-Quran. Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102, yang bermaksud:

“Mereka mempelajari daripada kedua-dua malaikat ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.”

Antara tanda seseorang itu terkena sihir jenis ini termasuk perubahan tiba-tiba daripada cinta menjadi benci, enggan memohon maaf, timbul keraguan, memperbesarkan perselisihan faham, melihat suami atau isteri dalam rupa menakutkan atau hodoh. Orang yang terkena sihir pemisah ini akan membenci setiap perbuatan yang dilakukan pasangan, tidak betah tinggal bersama dan mudah rasa amat benci.

2. Sihir percintaan

Banyak petanda yang boleh dikesan sekiranya terkena sihir percintaan. Biasanya seseorang itu akan berubah menjadi angau, sukar mengawal perasaan, rindu bayang berlebihan, gelora cinta membuak-buak dan mengikut kata pasangan secara membuta tuli.

3. Sihir pandangan

Mereka melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya, melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya, nampak sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya.

4. Sihir buat seseorang menjadi gila

Orang yang terkena sihir ini menjadi bingung, bodoh dan pelupa. Bercakap yang tidak berkaitan, matanya layu, sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini, enggan duduk diam, tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu, selekeh, tidak tentu arah dan suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir membuatkan seseorang tidak bermaya

Seorang yang normal akan berubah menjadi pasif, suka berseorangan, memencilkan diri sepenuhnya, diam berterusan, tidak suka bertemu orang, fikiran melayang, selalu pening, lesu dan tidak bermaya.

6. Sihir panggilan

Selalu mengalami mimpi ngeri, mendengar suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orangnya, kerap waswas, meragukan teman dan orang yang dicintainya, mimpi seakan-akan jatuh dari tempat tinggi atau mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir membuat penyakit

Kebiasaannya mangsa yang disihir akan menderita penyakit tertentu. Contohnya jika disihir lumpuh maka orang yang terkena sihir akan benar-benar lumpuh. Tanda seseorang yang menjadi mangsa sihir ini termasuk selalu sakit pada salah satu anggota badan, saraf tersumbat, lumpuh salah satu anggota tubuh, lumpuh menyeluruh dan kegagalan fungsi salah satu pancaindera.

8. Sihir pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Tandanya mudah. Seorang perempuan yang terkena sihir ini akan mengalami masalah kedatangan haid yang tidak berhenti-henti, ataupun tempohnya lebih panjang daripada kebiasaan.

9. Sihir menahan pernikahan

Mereka yang terkena sihir ini akan berubah menjadi takut, marah yang sukar dikawal dan lalai. Tanda sihir ini ialah pening yang berterusan, sesak di dada terutama antara waktu Asar hingga tengah malam, fikiran melayang, gelisah ketika tidur, selalu sakit di perut dan sakit di tulang punggung.

Antara rawatan yang disarankan untuk merawat sihir adalah dengan membawa surah al-Fatihah, diikuti ayat Kursi. Kemudian susuli bacaan surah al-Furqan (ayat 23), surah Yunus (ayat 81 hingga 83), surah al-Anbiya (ayat 87), akhir surah al-Mukminun diakhiri surah al-Hashr (ayat 21).

Perlu diketahui juga antara barang yang selalu digunakan dalam menundukkan pasangan ialah:

• Nasi tangas

• Tulang kera duku

• Tulang burung jampok

• Azimat tertentu yang biasanya dibalut kain kuning, hitam, merah

• Beri makan kotoran seperti rambut, debu atau kuku
Share:

Khamis, 13 Oktober 2016

BOMOH UPAH PEMBURU BUNUH MANUSIA ALBINO?


Ini adalah tempat perlindungan untuk golongan albino yang berdepan ancaman berterusan daripada pemburu manusia yang mahu menjual bahagian badan mereka kepada bomoh.

Kekejaman terhadap golongan ini semakin meluas disebabkan kepercayaan anggota badan mereka mempunyai kuasa ajaib, namun lebih sedih lagi apabila mereka turut dipulaukan golongan yang percaya mereka terkena sumpahan dan membawa sial.

Di sesetengah tempat pula, golongan ini dibunuh sebaik dilahirkan sebagai korban, malah ada juga dirogol kerana kepercayaan melakukan seks dengan albino mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

Ramai yang memilih melarikan diri tetapi ada juga yang ditinggalkan keluarga yang malu dan tidak tahan menanggung penganiayaan kerana mempunyai anak ‘putih.’

Wartawan foto Ana Palacios, 43, melawat Pusat Perlindungan Kabanga di Tanzania tiga kali antara 2012 dan 2016 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai golongan itu.

Pertubuhan Albinisme Tanzania menganggarkan 8,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak albino, tetapi menjangkakan sebenarnya jauh lebih ramai jumlah itu ada di Tanzania yang masih belum dikesan.

Kebanyakan mereka yang datang ke pusat itu melarikan diri dari kampung halaman kerana bimbang dibunuh, namun ada juga yang ditinggalkan keluarga yang malu dengan keadaan mereka.

“Ada keluarga merasakan golongan ‘putih’ ini memalukan mereka, menyebabkan mereka tidak diberikan penjagaan, makanan dan didikan. Malah, ada juga yang membunuh mereka sebaik dilahirkan, atau dijadikan korban untuk upacara ritual.

“Sukar untuk mereka mencari teman hidup, kerana keadaan yang menakutkan orang lain,” kata Ana.

Ana berharap imej yang dirakamnya membuka mata manusia mengenai kekejaman dihadapi golongan itu. Dia juga percaya kepercayaan karut hanya akan berubah apabila kempen kesedaran tersebar dalam kalangan mereka yang bukan albinisme.

Golongan albino sangat mudah terkesan jika terdedah kepada sinar UV dan tanpa perlindungan yang mencukupi daripada matahari, mereka berkemungkinan tinggi mendapat kanser kulit.
Share:

Selasa, 23 Februari 2016

BAHAYA KALAU TERKENA SANTET (SANTAU)

Apakah Santau?

Santau (atau dalam bahasa Indonesia disebut ‘Santet’); ialah sejenis sihir yang melibatkan penggunaan ramuan santau (beracun) tertentu yang didampingi oleh jin dan syaitan.

Dalam kebanyakan kes, santau yang dikenakan ke atas mangsa akan membunuh secara perlahan-lahan, di mana mangsa akan menderita kesakitan fizikal yang kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala, kerosakan organ jantung, paru-paru mengecut atau bernanah, perut mengembung, usus berdarah, buah pinggang, hati membengkak, hempedu rosak, gangguan emosi dan/atau sebagainya, dalam tempoh masa yang panjang (berbulan-bulan ke bertahun-tahun) sebelum menemui ajal.

PERHATIAN: Santau juga kadangkala ‘dilepaskan’ secara terbuka dan boleh terkena sesiapa sahaja atas kehendak amalan sihir berkenaan. 

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum

Antara ramuan Santau
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.   

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

Bahan-bahan Membuat Santau 

1. Bahan Bisa - boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal – di antaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) - yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Simptom-simptom Terkena Santau

Dalam kebanyakan kes, serangan santau ke atas mangsa berlaku secara perlahan-lahan dan secara berperingkat yang mungkin mula menyerang sistem badan mangsa selepas 7 hari, 21 hari, 30 hari, 40 hari, 100 hari, atau mungkin beberapa bulan; selepas hari mangsa terkena santau (mengikut jenis dan tahap amalan sihir).

Simptom-simptom awal seseorang itu terkena santau ialah seperti berikut (tidak semestinya semua):
1. Batuk yang berpanjangan (kering atau berlendir).
2. Sakit kepala berpanjangan (seperti migraine).
3. Demam dan/atau selsema.
4. Hilang selera makan atau tiada rasa lapar (kerosakan deria di perut).
5. Pedih atau mungkin senak di dalam perut (seperti gastrik).
6. Sukar untuk bernafas, sakit dada dan/atau selalu berdebar tanpa sebab.
7. Cepat penat, lesu atau tidak bermaya.
8 .Sakit di bahagian sendi-sendi badan seperti pinggang, tengkuk, bahu, belikat, lutut dan sebagainya.
9. Tekak selalu rasa pahit dan/atau nafas berbau hanyir.
10. Sukar tidur malam.
11. Kerap kebas tangan dan/atau kaki.

Sekiranya tidak dikesan dan dirawat dengan segera, mangsa santau berkemungkinan akan mengalami salah satu (atau lebih) simptom-simptom yang lebih serius sebagaimana berikut:
1.  Batuk berdarah.
2.  Gangguan emosi, panas baran atau kemurungan – sehingga boleh menjadi gila.
3.  Badan menjadi kurus, kulit pucat dan semakin lemah.
4.  Hilang daya tumpuan dan ingatan.
5.  Penyakit kulit seperti gatal, ruam dan kudis.
6.  Mata menjadi kuning serta jari tangan dan kaki kehitaman.
7.  Sukar untuk berjalan atau mungkin jadi lumpuh dari pinggang ke bawah.
8.  Kerosakan organ dalaman seperti jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, rahim dan sebagainya yang akan menjadi semakin kronik (seperti radang, ketumbuhan atau kanser) dan akhirnya membawa maut.

Cara Merawat Pesakit Santau

1. Mangsa yang terkena santau hendaklah dirawat secara berterusan (istiqomah) sehingga sembuh sepenuhnya (dengan izin Allah) kerana ramuan santau yang telah masuk ke dalam badan akan kembali ‘membiak’ sekiranya tidak dirawat selalu.

2. Rawatan hendaklah berdasarkan Perubatan Islam yang diyakini menggunakan ayat-ayat suci Quran (Ruqyah Syar'iyah) serta bahan-bahan rawatan tidak bertentangan dengan Syariat Islam dan Hukum Syarak DAN tidak memudaratkan Pesakit (bertepatan dengan kondisi Pesakit).

3. Pesakit santau perlu berpantang makanan-makanan berikut serta merta sehingga benar-benar sembuh atau sehingga bila-bila: semua jenis limau, cendawan, rebung, serai, nenas, cuka, pulut, organ-organ dalaman haiwan seperti perut, hati, paru-paru, limpa, kaki ayam, tengkuk ayam, durian, nangka, cempedak, makanan yang masam, berjeruk, terlampau masin, ikan berduri dan sebagainya. Juga, kurangkan makanan bercili dan minuman berais. Gagal berpantang makanan-makanan tersebut berkemungkinan boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih parah.

EPISOD SANTAU



TONTON INI
Share:

Isnin, 21 September 2015

BOMOH DAN PAWANG TERUS BUNTU MENGESAN KANAK-KANAK ORANG ASLI YANG HILANG


Gua Musang: Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.

Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.

Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.

Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.

Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil.

Share:

Jumaat, 3 Julai 2015

[EKSKLUSIF] KETAHUI KISAH SEBENAR MONA FANDEY SEBELUM DIA DI GANTUNG SAMPAI MATI


Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey?

Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.

Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu?

Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantung dengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?

Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu?

Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.

Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.

Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

“Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.

"Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,

“Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.

"Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,

“Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.

"Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya,” katanya.

Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona.


Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.

Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu.

Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya.

“Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.

"Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.

"Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona, 

Sarjan Azizah (kiri) bersama Mona Fandey

“Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,

“Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,

“Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas,” katanya.

Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.

Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.

“Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.

"Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,

“Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.

"Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.

Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya.

Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.

Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.

Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.

Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris?

Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.



Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan.

Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan... (Azizah terdiam)

“Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.

"Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah membuktikan dia bukanlah dalang dalam kejadian ini. cuma silapnya Mona berada di tempat kejadian. Dia tidak bersalah sebenarnya. Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT-1, OKT-2 dan OKT-3. Peguambela Mona tidak berputus asa dan telah membuat rayuan,

"Hakim mempertimbangkan perkara itu kerana Mona hanya OKT-3 dan Mona boleh dibebaskan. Peguambelanya memujuk Mona untuk pulang bersama anak-anak yang sedang menantinya. Ujar Mona,  jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,

" Itu pilihan Mona. Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,

“Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi.


Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.

Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:

‘Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia."

Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.

Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya.

Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.

Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.

“Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?

"Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?

“Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?

"Mona jawab dia nak pergi 'shopping'! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di 'corner' bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.

"Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok, 

“Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia. 


"Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.

Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.

Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.

Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.

Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.

Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:

"Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua." – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.

Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?

Atau anda lebih selesa untuk terus memahami ‘cakap-cakap’ orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan ‘trend’ bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia?


Terima kasih kepada Malaysian Digest kerana memberi kebenaran kepada kami untuk berkongsi artikel ini bersama peminat.Al fatihah dan semoga rohnya (mona fendy@maznah ismail) dicucuri rahmat.

*Cerita ini adalah eksklusif dan hak milik Malaysian Digest sepenuhnya.
Share:

Sabtu, 23 Mei 2015

DUKUN PAKSA BAYI 2 HARI BERJALAN


Assam (India): Seorang bayi yang baru berusia dua hari dipaksa ‘berjalan’ oleh seorang dukun wanita, kononnya untuk mengubati demam panas yang dihidapi kanak-kanak itu.

Video yang dirakam seorang lelaki menunjukkan dukun berkenaan memegang tengkuk kanak-kanak itu dan memaksanya berjalan di depan puluhan penduduk kampung di daerah Morigaon.

Ibu bapa bayi itu membawa anak mereka kepada wanita berusia 50-an itu kerana percaya dia boleh mengubatinya.

Mereka diarah menanggalkan lampinnya sebelum dukun itu melakukan ‘ritual’ berkenaan yang didakwa untuk menurunkan suhu badannya.Bayi itu menangis sekuat-kuatnya sepanjang ritual itu.

Share:

Rabu, 14 Januari 2015

AWIE DI SIHIR ISTERI?


Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.

Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Mohd. Zaidi berkata demikian semasa memberi hujahan lisan ketika kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) bagi hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain yang dimohon Rozana, 37.

Share:

Rabu, 12 November 2014

BOMOH AUTA TARIK WANG DARI ALAM JIN


Di Ampang seorang 'bomoh' warga Georgia mendakwa mampu menarik wang dari alam jin sebanyak 1.6 bilion.

Suspek juga mendakwa mampu berkomunikasi dengan mahluk dari alam ghaib untuk berurusan menyedut wang jenis dolar dari alam ghaib.

Pembohongan licik itu bagaimanapun dapat memperdaya seorang ahli perniagaan tempatan berusia 40an yang sanggup memberikan suspek wang tunai RM393,500.

Bomoh auta itu turut mengarahkan mangsa membeli sebentuk cincin sakti berharga RM2,000 kononnya sebagai 'kunci' untuk menarik wang daripada alam jin.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penipuan itu dikesan bermula selepas mangsa bertemu suspek di kawasan Pandan Indah, di sini, September lalu.

Share:

Selasa, 14 Oktober 2014

BOMOH AJARAN SESAT SEMBAH KUIL BERLIAN


Seorang Bomoh disyaki mengajar ajaran sesat di sekitar Butterworth telah di tangkap oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kelmarin.

Mengikut risikan yang telah di buat berbulan-bulan, bomoh terbabit telah merekrut masyarakat setempat untuk mengikut ajarannya dan menyembah sebuah (kuil) kubah berlian.

Dalam pada itu dia juga didapati telah mengubah cara solat dan mengubah mengucap dua kalimah syahadah dengan separah sebutan sahaja.

Lelaki terbabit yang berumur dalam lingkungan 48 tahun turut menjadikan sebuah rumah di atas bukit dalam kawasan hutan yang agak terpencil untuk menyebarkan ajarannya kepada pengikutnya.

Rumah itu yang dikenali sebagai 'Kubah Berlian' atau `Diamond Temple` oleh pengikutnya turut dijadikan sebagai tempat mengubati pesakit yang kononnya terkena ilmu sihir dan pelbagai kelengkapan perubatan seperti keranda, tembikar, keris serta kain tertera tulisan jawi disimpan dalam rumah terbabit.

Malah, bomoh itu yang tinggal bersama seorang wanita berusia 42 tahun mendakwa wanita terbabit isterinya dan meminta pengikutnya memanggil isterinya itu dengan gelaran puteri seawang-awangan.

Bagaimanapun, perbuatan bomoh itu terbongkar baru-baru ini apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas kedua ibu bapanya tidak pulang selama dua bulan sejurus mendapatkan rawatan dengan bomoh terbabit kerana mendakwa terkena sihir.

Susulan laporan itu, polis melakukan serbuan awal pagi Jumaat lalu dan menahan lima individu bagi membantu siasatan dan kes mereka kemudian diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), untuk tindakan selanjutnya.
Share:

Selasa, 30 September 2014

AUTA BOMOH ARAB SAUDI MENJADI


Arab Saudi: Seorang "bomoh" sempat memperkosa seorang remaja yang sedang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.

Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya.

Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya.

Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.

“Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis.

Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.

“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza.

“Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya.

Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” - Agensi
Share:

Selasa, 8 Julai 2014

BRAZIL UPAH "DUKUN" IKAT KAKI PEMAIN JERMAN?


Rio de Janeiro: Selain terpaksa berdepan dengan Brazil, pasukan Jerman juga akan bertarung dengan ilmu hitam seorang dukun tempatan pada perlawanan separuh akhir esok.

Brazil akan turun tanpa bintang mereka, Neymar di Belo Horizonte. 

Bagaimanapun, dukun Helio Sillman dari Rio de Janeiro berkata, dia akan mengguna ilmu hitam untuk menghalang pasukan bimbingan Joachim Loew daripada mara ke perlawanan separuh akhir.

“Saya akan memilih pemain utama mereka dan mengikat kakinya bagi memastikan dia tidak boleh berlari ketika perlawanan,” kata Sillman, merujuk anak patung voodoo seorang pemain Jerman yang tidak dinamakannya yang akan disihir dalam satu majlis sebelum perlawanan bermula.

Foto di atas
GAMBAR menunjukkan patung voodoo mewakili pemain bola sepak Brazil ditempatkan dalam kotak khas, kononnya untuk memberikan tenaga dan tuah kepada mereka. Ia sebahagian daripada ilmu hitam seorang dukun tempatan di Rio ketika pasukan tuan rumah itu bertemu Colombia, Jumaat lalu.

Di kedainya, ‘World of Orixas’ di kawasan kejiranan Madureira, utara Rio, Sillman menjalankan ritual ilmu hitam setiap kali sebelum perlawanan Brazil bermula.

Dengan menggunakan padang bola sepak kecil berbentuk kotak sebagai perantara ilmu hitamnya, dia meletakkan lilin yang dinyalakan mengikut warna kumpulan lawan dan patung voodoo pemain penting mereka.

Bagaimanapun, sumpahan Sillman ke atas bintang Colombia, James Rodriguez tidak mampu menghalang pemain itu menjaringkan gol dalam perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Brazil dalam perlawanan suku akhir Jumaat lalu.

Selain itu, Sillman juga tidak berkuasa menghalang bintang Brazil Neymar daripada cedera tulang belakang ketika beraksi menentang Colombia, sekali gus memaksanya mengundur diri daripada perlawanan menentang Jerman.

Namun, Sillman berkata, keputusan perlawanan Brazil ketika menentang Cameroon, Chile, Croatia dan Mexico adalah hasil keberkesanan sihirnya.

“Brazil tidak berjaya dikalahkan oleh keempat-empat pasukan itu kerana sihir saya,” katanya. - AFP
Share:

Khamis, 15 Mei 2014

PERLUKAH MEWUJUDKAN AKTA JENAYAH SIHIR?


Zaman Perkembangan Ilmu Sains dan Teknologi di era moden ini masih wujudkah lagi amalan-amalan sihir?

Japapannya: selagi ada orang yang hasad dan dengki, selagi wujud jin dan syaitan, sihir akan wujud.

Malah al-Quran menyebutkan di dalam Surah al-Baqarah, ayat 102:
MAksud: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ILMU SIHIR YANG BOLEH MENCERAIKAN ANTARA SEORANG SUAMI DENGAN ISTERINYA, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Ilmu sihir bukan hanya bertujuan memecahbelahkan dan mencerai-beraikan keluarga dan masyarakat, tetapi sihir boleh diamalkan sehingga menyebabkan kematian.

Oleh itu, di saat sihir masih berleluasa di amalkan di negara ini, bukan hanya mangsa-mangsa yang perlu dibela dan dipertahankan, tetapi pengamal-pengamal sihir dan pengupah-pengupah sihir juga perlu diperangi dan diadili agar amalan ini boleh dibanteras.


Mangsa jenayah sihir dibela

14 Mei - Pelaku jenayah sihir jangan terfikir untuk ‘bebas’ selepas ini apabila undang-undang berkaitannya sedang digubal oleh Jawatankuasa Kajian Undang-Undang Sihir yang kini di peringkat akhir melengkapkannya.

Pengerusi Bersama jawatankuasa berkenaan, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, sudah sewajar-nya mangsa yang terkena sihir dibela, apatah lagi ia membabitkan kes penceraian kerana sihir, tertipu angkara pukau, merana sakit dan perniagaan jatuh akibat penggunaan ilmu hitam.

“Hari ini belum ada undang-undang untuk mengheret pelaku jenayah sihir dan mangsa terabai tanpa dibela, sedangkan jenayah mistik ini adalah bahaya dan kian membarah dalam masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di Klana Resort, dekat sini hari ini.

Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk, Menangani kegiatan sihir melalui mekanisme undang-undang sempena Bengkel Kes Kaunseling - Pengaruh Sihir dan Saka Dalam Kehidupan anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan majalah Al Islam, terbitan Kumpulan Utusan dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, hari ini kes berkaitan sihir banyak berlaku tetapi orang ramai tidak nampak cara mana membawa pelaku ke perundangan, malah ada yang beranggapan ia sesuatu yang terlalu peribadi.

“Biarpun usaha mewujudkan undang-undang khusus bagi pelaku sihir telah dicadangkan pada tahun 1975 yang diusahakan sebuah universiti, namun ia tidak kesinambungan.

“Sehinggalah pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 11 Oktober 1993, memutuskan bahawa perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik, malah menyebut pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal yang sabit melakukan sihir," tegas beliau.

Bagaimanapun, kata Mahyuddin, sehingga tahun 2010 gerakan untuk menggubalnya tidak disahut dan pada 2012, beliau membentangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya penggubalan undang-undang ini disegerakan.

“Dengan geran yang diperoleh Kementerian Pendidikan di bawah Knowledge Transfer Programme, sebanyak hampir RM200,000 dan kerjasama Jakim, maka satu jawatankuasa khusus dianggotai seramai 45 individu berkepakaran dalam perundangan telah mengadakan muzakarah bagi pelaksanaannya," katanya.

Kini, kata Mahyuddin, selepas tiga kali Jawatankuasa Kajian Undang-Undang Sihir bersidang dan akan bertemu sekali lagi pada Jun dan Ogos ini, ia akan dibentangkan kepada panel Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak untuk tindakan seterusnya sama ada akan dibawa ke Parlimen untuk diwartakan.

“Isu sekarang ialah pembuktian dalam mahkamah kerana orang ramai beranggapan sukar untuk membawa pelaku sihir dan tidak tahu bagaimana bukti yang perlu dibawa, apatah lagi berkaitan perkara ghaib.

“Kita perlu faham komponen-komponen yang digunakan dalam amalan sihir seperti bahan dan kaedah diguna pakai oleh pelaku," katanya.

Untuk membuktikan pelaku sihir ini, ia akan melibatkan pakar yang memahami selok belok sihir bagi mengenalpasti bahan dan kaedah sihir yang digunakan.

“Khidmat pakar forensik juga diperlukan bagi mengesan dan mengenalpasti cap jari, DNA yang ditemui pada bahan sihir seperti darah, rambut mangsa atau apa sahaja elemen tubuh badan mangsa di rumah pelaku sihir. Khidmat psikiatrik dan pakar perubatan juga diperlukan untuk mengenalpasti keadaan kesihatan mental dan fizikal mangsa," jelasnya.

Justeru, kata beliau, buat masa ini adalah dicadangkan pelaksanaan dibuat di Mahkamah Syariah de-ngan peringkat awal dalam kes cerai disebabkan angkara sihir atau ilmu hitam sebelum dikembangkan.

“Sihir ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan bukan Islam dan adalah tidak mustahil perkara ini akan dipanjangkan pelaksanaannya ke mahkamah si-vil," katanya.

Dalam program dua hari ini, ia dihadiri seramai 170 pengamal per-ubatan, wakil pertubuhan bukan kerajaan, pelajar, pegawai agama dan orang awam yang datang dari seluruh negara.

Share:

Selasa, 22 April 2014

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN PADA MANUSIA


Kepada mereka yang mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Bekemungkinan anda telah terkena gangguan jin/makhluk halus.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·
Suara berubah ketika marah.·
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.·
Berjalan terhoyong-hayang.·
Cara makannya menjijikkan.·
Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
Selalu bermimpi.·
Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapatiia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·
Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·
Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.·
Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·
Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
Waswas·
Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut. 

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh·
la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
Kerap terjaga tidur di waktu malam/serta gelisah.
Mimpi berjumpa/diserang dengan haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus·
Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
• Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
• Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
• Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
• Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja 
atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
• Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
• Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
• Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,
mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
• Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
• Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
• Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin
terpikat dan jatuh cinta.
• Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
• Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan 
seseorang yang hasad dengki.
• Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
• Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
• Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat 
yang berkait dengan jin sehingga memakan diri/sanggup terima Jin Saka 


MUKADIMAH
Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Semoga Manfaat

Artikel dari Blogger Gangguan Mahluk Halus


Share:

Isnin, 9 Disember 2013

AWAS PERMAINAN PEMUJA JELANGKUNG


Apa sebenarnya Jelangkung? Untuk mereka yang tinggal di Indonesia, bukan sesuatu yang asing terdengar di telinga mereka. Bahkan diantara mereka pernah memainkannya pada waktu dibangku sekolah dengan menggunakan peralatan tulis untuk bertanya atau meramal sesuatu. Namun apa sebenarnya jalangkung itu?

Misteri Sebalik Permainan Jelangkung

Jelangkung merupakan permainan `boneka kayu` yang berkaitan dengan pemujaan mahluk ghaib dimana para pemainnya memanggil atau memuja roh atau hantu untuk datang.Jelangkung merupakan sebuah permainan warisan nenek moyang yang berasal dari (Indonesia).


Biasanya permainan ini dilakukan oleh 3 atau 4 orang yang memangku boneka jelangkung, yang membaca mantra, dan orang yang mempersiapkan alat tulis. Permainan ini kebanyakan dilakukan di tempat yang angker dan pada waktu malam hari, biasanya antara jam 10 malam ke atas.

Permainan jelangkung ini sangat berbahaya dan memudaratkan bagi orang awam yang tidak ketahui akan `kuasa` alam ghaib, kerana biasanya orang yang memainkan permainan ini akan terkena tempias dari permainannya.Biasanya orang yang bermain jelangkung ini mudah dirasuk oleh hantu-hantu jelangkung tadi bahkan boleh membawa maut jika jelangkung tersebut tidak dapat dikawal.Maka saya sarankan lebih baik jangan!, kerana ia sangat berbahaya bagi anda sendiri dan mampu melibatkan diri anda dalam kekhurafatan dan syirik.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .

Petikan dari sahabat PAG di seberang (Indonesia)

Share:

Khamis, 31 Januari 2013

KISAH PELBAGAI JENIS SANTAU


Benarkah Limau nipis ubat santau? (HARIAN METRO). Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew ™

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog