Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label GHAIB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GHAIB. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2017

TUJUH HARI HILANG DALAM HUTAN DITEMANI SESEORANG??


BUKIT BROGA : Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang ditemui selamat semalam, selepas hilang selama tujuh hari di Bukit Broga 'dijaga' seseorang.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad, 59 berkata, Azarul ada memberitahunya dia dijaga seseorang ketika kehilangannya di Bukit Broga.

"Namun dia (Azarul) tidak mendedahkan siapa dan bagaimana orang yang menjaganya itu, dia hanya memberitahu makan buah hutan dan minum air terjun untuk kelangsungan hidup.

"Keadaannya kini bertambah baik dan kami berharap dia dapat dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan akan membawanya pulang ke Kedah," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Mohd Azarul sebelum ini hilang selama tujuh hari selepas mendaki Bukit Broga pada 22 Januari lalu.

Dia bagaimanapun berjaya ditemui empat pendaki termasuk dua warga Britain pada jam 9.30 pagi dalam keadaan keletihan serta berkaki ayam kira-kira 250 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Share:

Sabtu, 28 Januari 2017

SEMINGGU GHAIB DI ALAM BROGA AKHIRNYA..


BUKIT BROGA : "Memang masih tak nampak walaupun dekat kawasan itu. Saya kemudian minta dia menggoyangkan ranting kayu atau daun supaya senang dilihat.

"Akhirnya tidak lama kemudian saya berjaya menjumpai Azarul," kata Muhammar Ridhallah Ariffin, 27.

Ridhallah adalah pendaki dan individu pertama mememui Mohd Azarul Mukriz Abdul, 20, remaja yang hilang ketika mendaki Bukit Broga, kira-kira 6 petang, Ahad, 22 Januari lalu.

Katanya, Mohd Azarul ditemui kira-kira 700 meter dari puncak Gunung Tok Wan.

Mohd Azarul ditemui pada 11.15 pagi ini, selepas enam hari misi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Ridhallah berkata, penemuan itu bermula apabila dia dan rakannya terdengar suara meminta tolong.

"Saya terdengar laungan itu ketika melalui laluan trek dan suara itu muncul pada sebelah kanan,” katanya.

Menurutnya, kehadirannya ke Bukit Broga bagaikan 'langkah kanan' kerana tujuan utama dia bersama tiga rakannya ke tempat itu bukan untuk menyertai misi pencarian itu.

“Kami tidak tahu pun ada mangsa yang sesat. Malah, penemuan secara kebetulan," katanya.

Mohd Azarul pula berkata: “Saya ingat baru tiga hari di sini (Bukit Broga). Puas saya pusing balik-balik jumpa tempat sama.”

Mohd Azarul berkata demikian kepada seorang daripada ahli kumpulan SAR, Khairul Nizam Omar, 28, di lokasi remaja itu ditemui.

Sementara itu, Ibu mangsa, Rohana Saad, 49, ketika dihubungi, berkata perasaannya ketika ini sukar untuk digambarkan.

“Di saat saya hampir berhenti berharap, Allah SWT makbulkan doa saya. Syukur Alhamdulillah, saya lega sangat-sangat,” katanya.

Rohana berkata, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari anaknya itu.

"Hanya Allah SWT mampu balas jasa budi semua. Biarpun tiada pertalian darah, anda semua sanggup bergadai nyawa mencari anak saya, terima kasih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata mangsa dalam keadaan lemah namun dilaporkan stabil.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kajang utk pemeriksaan perubatan," katanya.
Share:

Isnin, 21 September 2015

BOMOH DAN PAWANG TERUS BUNTU MENGESAN KANAK-KANAK ORANG ASLI YANG HILANG


Gua Musang: Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.

Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.

Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.

Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.

Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil.

Share:

Jumaat, 18 September 2015

JANGAN MAIN MAIN DENGAN HUTAN SIMPAN AYER HITAM PUCHONG


PUCHONG : Keterujaan dua remaja merentas Hutan Simpan berhampiran dengan Taman Wawasan dekat sini kelmarin, berakhir tragedi apabila kedua-duanya sesat hampir 15 jam sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, mangsa yang pertama kali masuk ke hutan simpan berkenaan menuju ke satu lokasi air terjun pagi kelmarin untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, selepas dikatakan meminum seteguk air terjun terbabit, kedua-duanya tidak nampak dan buntu mencari jalan keluar.

Difahamkan kawasan hutan simpan terbabit memang di akui mempunyai kisah mistiknya. Mungkin kerana lokasinya terletak di tengah-tengah bandar metropolitan, orang beranggapan ianya tempat yang mungkin menyeronokan untuk beriadah.

Ada juga pihak mendakwa kawasan terbabit tempat perkampungan bunian dan dan tempat orang membuang saka suatu ketika dahulu.

Orang tempatan juga menasihatkan supaya setiap individu yang ingin memasuki ke kawasan terbabit perlu mengesahkan dahulu kepada balai polis berdekatan agar perkara tidak diingini berlaku.


Share:

Khamis, 26 Februari 2015

PASANGAN KEKASIH DITELAN BUMI??


Viral kini di laman Youtube, satu rakaman CCTV yang memaparkan sepasang warga Korea Selatan kelihatan melalui detik cemas apabila terjerumus secara tiba-tiba ke dalam laluan pejalan kaki.

Menerusi video kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya turun dari sebuah bas kemudiannya ketika berjalan pada bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh dan menyebabkan pasangan tersebut jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat dihubungi dan segera ke tempatkejadian untuk membantu keluarkan mangsa. Mujurlah pasangan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang itu terbentu di bawah jubin dan mungkin berpunca dari pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Setelah itu laluan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
Share:

Khamis, 13 November 2014

REMAJA HILANG DI ALAM GHAIB SELAMAT DI TEMUI

Mangsa yang selamat di temui di peluk ibu

Jitra Kedah: "Naluri saya kuat mengatakan anak saya yang hilang sejak petang semalam (kelmarin), masih berada di Hutan Lipur Bukit Wang ini. Alhamdulillah, dia ditemui selamat walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dengan iringan doa, bacaan Yasin dan solat hajat di lokasi pencarian malam tadi (kelmarin), dia selamat ditemui," kata Sahidah Azizan ibu Mohd Yahya Ahmad Bakri, 24, yang ditemui pada jam 10.15 pagi semalam, tiga kilometer (km) di hilir Sungai Bukit Wang dari lokasinya dilaporkan hilang petang kelmarin ketika berkelah bersama keluarga.

Sebaik mangsa ditemui, keluarga, terutama ibu bapanya, Ahmad Bakri Rejab, 55, kelihatan sebak dan berpelukan.

Mangsa ditemui tidak bermaya di kawasan sungai oleh penduduk kampung kebetulan melalui kawasan itu. Ketika ditemui dia hanya berseluar panjang tanpa baju dan tidak berkasut.

Sahidah, 52, berkata, dia gembira sebaik anak kedua daripada tujuh beradik itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Share:

Rabu, 5 November 2014

TUBUH AHMAD RAFIKIN DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN DAN BACAAN YASIN


Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.



“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew ™

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog