Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label PUAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PUAKA. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Julai 2016

PUAKA LUBUK MERAH TELAN TIGA NYAWA


Lokasi yang meragut nyawa tiga bersaudara di Hutan Lipur Chakah di sini, kelmarin turut dikenali sebagai Lubuk Merah kerana kawasan berkenaan d idakwa ‘keras’ dan berpenunggu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Man berusia 36 tahun mendakwa penduduk tempatan biasanya tidak mandi di kawasan berkenaan kerana keadaan paras airnya dalam selain terdapat pasir jerlus.

“Menurut cerita orang lama sebelum ini, tempat itu dianggap ‘keras’ kerana ada penunggu tetapi sejauh mana kebenarannya, saya sendiri tidak pasti.

“Namun, memang penduduk kampung tahu kawasan itu agak ‘keras’ dan biasanya memang kita tidak mandi di kawasan itu.

“Kita tidak boleh menafikan perkara sebegini kerana ia memang wujud dan orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan terlalu suka jika berada di kawasan hutan atau tempat perkelahan seperti itu.
Share:

Ahad, 27 Disember 2015

PENDAKI MERACAU LALU HILANG KETIKA MENDAKI BUKIT FRASER


PAHANG - Hasrat sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur menghabiskan masa cuti menjejaki Pine Tree Trail di Bukit Fraser bertukar tragedi apabila seorang daripada 22 pelancong terbabit sesat dalam perjalanan keluar.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki dikatakan bersama tiga lagi rakannya tertinggal dari kumpulan berkenaan kerana seorang remaja perempuan dari kumpulan tersebut mengalami kekejangan otot.

Mangsa dikatakan telah meracau seperti dirasuk sebelum lari memasuki laluan trail meninggalkan rakannya lalu hilang.
Share:

Jumaat, 18 September 2015

JANGAN MAIN MAIN DENGAN HUTAN SIMPAN AYER HITAM PUCHONG


PUCHONG : Keterujaan dua remaja merentas Hutan Simpan berhampiran dengan Taman Wawasan dekat sini kelmarin, berakhir tragedi apabila kedua-duanya sesat hampir 15 jam sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, mangsa yang pertama kali masuk ke hutan simpan berkenaan menuju ke satu lokasi air terjun pagi kelmarin untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, selepas dikatakan meminum seteguk air terjun terbabit, kedua-duanya tidak nampak dan buntu mencari jalan keluar.

Difahamkan kawasan hutan simpan terbabit memang di akui mempunyai kisah mistiknya. Mungkin kerana lokasinya terletak di tengah-tengah bandar metropolitan, orang beranggapan ianya tempat yang mungkin menyeronokan untuk beriadah.

Ada juga pihak mendakwa kawasan terbabit tempat perkampungan bunian dan dan tempat orang membuang saka suatu ketika dahulu.

Orang tempatan juga menasihatkan supaya setiap individu yang ingin memasuki ke kawasan terbabit perlu mengesahkan dahulu kepada balai polis berdekatan agar perkara tidak diingini berlaku.


Share:

Isnin, 8 Jun 2015

MALIM GUNUNG PERCAYA ITU SUMPAHAN PENUNGGU GUNUNG KINABALU


RANAU 6 Jun - Kejadian gempa bumi khususnya di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa dikatakan sebagai sumpahan si penunggu gunung.

Dalam kalangan malim gunung, mereka percaya sumpahan itu memuncak ekoran tindakan biadab sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung itu pada 31 Mei lalu.

Bagi mereka terutama penduduk setempat, Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari perbuatan tidak senonoh.

Seorang malim gunung, Suhaikan Guhai, 35, memberitahu, semangat gunung merupakan perkara utama dalam masyarakat Kadazandusun memandangkan mereka percaya kepada maksud Kinabalu itu sendiri.

Jelasnya, Kinabalu adalah pecahan perkataan ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’ pula bermaksud gunung.

“Jangan kau (kamu) sesekali buat tidak senonoh di gunung ini. Ini tempat suci,” katanya yang ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.Semalam, gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan bumi Sabah.

Gegaran paling teruk dirasai di Gunung Kinabalu dengan laluan utama pendakian musnah akibat runtuhan batu-batu besar.

Suhaikan percaya, setiap perbuatan tidak senonoh di puncak Kinabalu akan mengundang marah si penunggu gunung yang menjaga kesucian gunung itu.

Kenyataan beliau itu disokong seorang lagi malim gunung, Junaidi Sihan, 37, yang sentiasa menekankan sikap hormat-menghormati kepada pendaki sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung. Tetapi kalau sudah sampai berani berbogel, ini telah melanggar kesucian gunung, telah langgar pantang larang.

“Saya beragama Islam tetapi sentiasa diingatkan amalan menghormati persekitaran Gunung Kinabalu,” katanya.

Share:

Jumaat, 13 Februari 2015

KOMPUTER RIBA BERPUAKA JADI REBUTAN!!


Amerika Syarikat: Sebuah komputer riba Apple MacBook yang didakwa dikuasai makhluk halus kini menjadi rebutan di Internet.Ia ditawar untuk dijual menerusi eBay oleh seorang lelaki di sini.

Sekurang-kurangnya 130 bidaan diterima dan ia membantu meningkatkan harga komputer itu kepada AS$3,000 (RM10,800). Tawaran itu akan ditutup Ahad depan.

Lelaki berkenaan mendakwa komputer itu mula dirasuk selepas dia secara tidak sengaja meninggalkannya di sebuah tanah perkuburan berhampiran sebuah hospital sakit jiwa.

Menurutnya, dia melakar batu nisan dan menggunakan komputer itu untuk memainkan muzik bagi menemaninya ketika berada di tanah perkuburan itu, tetapi terlupa untuk membawanya pulang.

“Kejadian pelik mula berlaku apabila saya kembali ke tanah perkuburan itu untuk mengambilnya. Semua lagu dalam iTune bertukar menjadi muzik yang menakutkan. Latar belakang komputer itu berubah menjadi gambar menyeramkan.

“Saya pernah melihat komputer itu terangkat sendiri. Ada beberapa kejadian menunjukkan skrin dan papan kekunci buka dan tutup seolah-olah mahu bercakap,” kata lelaki itu yang hanya menamakan dirinya Wfatzinger.Dia juga berkata, komputer itu berkomunikasi dengan menulis mesej dari kubur.

“Ia akan mengambil pen antara papan kekunci dan skrin dan menulis pada kertas di pejabat saya. Saya yakin makhluk halus yang menguasai komputer saya hidup sebelum era komputer kerana ia kelihatan tidak tahu menggunakan komputer itu yang kini menjadi tempat tinggalnya,” kata Wfatzinger.Katanya, dia cuba mengusir makluk itu daripada komputer riba model 2007 itu tetapi tidak berjaya.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew ™

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog