Amerika Syarikat: Sebuah komputer riba Apple MacBook yang didakwa dikuasai makhluk halus kini menjadi rebutan di Internet.Ia ditawar untuk dijual menerusi eBay oleh seorang lelaki di sini.
Sekurang-kurangnya 130 bidaan diterima dan ia membantu meningkatkan harga komputer itu kepada AS$3,000 (RM10,800). Tawaran itu akan ditutup Ahad depan.
Lelaki berkenaan mendakwa komputer itu mula dirasuk selepas dia secara tidak sengaja meninggalkannya di sebuah tanah perkuburan berhampiran sebuah hospital sakit jiwa.
Menurutnya, dia melakar batu nisan dan menggunakan komputer itu untuk memainkan muzik bagi menemaninya ketika berada di tanah perkuburan itu, tetapi terlupa untuk membawanya pulang.
“Kejadian pelik mula berlaku apabila saya kembali ke tanah perkuburan itu untuk mengambilnya. Semua lagu dalam iTune bertukar menjadi muzik yang menakutkan. Latar belakang komputer itu berubah menjadi gambar menyeramkan.
“Saya pernah melihat komputer itu terangkat sendiri. Ada beberapa kejadian menunjukkan skrin dan papan kekunci buka dan tutup seolah-olah mahu bercakap,” kata lelaki itu yang hanya menamakan dirinya Wfatzinger.Dia juga berkata, komputer itu berkomunikasi dengan menulis mesej dari kubur.
“Ia akan mengambil pen antara papan kekunci dan skrin dan menulis pada kertas di pejabat saya. Saya yakin makhluk halus yang menguasai komputer saya hidup sebelum era komputer kerana ia kelihatan tidak tahu menggunakan komputer itu yang kini menjadi tempat tinggalnya,” kata Wfatzinger.Katanya, dia cuba mengusir makluk itu daripada komputer riba model 2007 itu tetapi tidak berjaya.
0 comments:
Catat Ulasan