Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label Gangguan Jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gangguan Jin. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2020

DUA KAMPUNG DI SABAK BERNAM DIKEJUTKAN DENGAN KETUKAN PINTU MISTERI

 

Bunyi ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah Sabak Bernam sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih berterusan hingga menakutkan penduduk.

Difahamkan, gangguan ketukan yang sebelum ini berlaku di beberapa kampung, kini berlaku di dua taman perumahan dan rumah petugas kesihatan.

Penduduk Taman Cahaya 2, Sungai Besar, Syed Amir Syed Azizi, 16, berkata, kejadian sama dialami ketika dia berada di dapur rumahn bersama kakaknya kira-kira 8.30 malam tadi.

"Waktu itu, saya dan kakak baru selesai memasak. Tiba-tiba, saya ternampak kelibat seseorang di tingkap.

"Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi ketukan pintu yang laju seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

"Seluruh keluarga terdiam seketika apabila mendengar bunyi ketukan itu. Saya beranikan diri keluar dan pergi ke belakang rumah untuk melihat siapa yang mengetuk pintu. Ternyata, tiada siapa di situ," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Kata Syed Amir, dia mengetepikan perasaan takut kerana memikirkan keselamatan keluarga dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Saya tak pasti siapa yang lakukan perkara (ketukan pintu) itu. Yang pasti, kejadian ini pertama kali berlaku dan harap ia tidak berulang kembali," katanya.

Sementara itu petugas kesihatan Klinik Desa Sungai Burong, Sungai Besar, Siti Nur Ain Remli, 27, berkata, dia mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh di dapur rumahnya, kira-kira 1 pagi tadi.

"Bunyi ketukan itu berlangsung selama lima minit. Kemudian, ia bersambung pula dengan ketukan pada pintu kayu dapur.

"Khuatir ada individu tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan, saya menghubungi pihak polis dan mereka datang meronda kira-kira 1.30 pagi," katanya.

Dia berkata, suaminya, Mohammad Aminuddin Abd Rahman, 27, turut mendengar bunyi seakan ketukan besi mesin basuh itu.

Sementara itu, Pengerusi Taman Budi, Batu 40, di sini, Abu Hasan Ashari, berkata, seorang penduduk di taman itu menerima gangguan ketukan itu kira-kira 12.45 tengah malam tadi.

"Sebelum ketukan itu terjadi, berlaku gangguan bekalan elektrik di perumahan ini kira-kira 11.24 malam tadi dan pulih pada 12.15 tengah malam.

"Kira-kira 30 minit kemudian, dia (penduduk) memaklumkan di dalam kumpulan WhatsApp pintu belakang rumahnya diketuk sebanyak dua kali," katanya.

Kata Abu Hasan, susulan kejadian itu, pihaknya mengetatkan lagi rondaan di taman perumahan terbabit bermula waktu malam hingga awal pagi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba menakutkan penduduk susulan kejadian itu.

"Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegusaran kepada orang awam.

"Individu atau pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atau Seksyen 13(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Share:

Selasa, 8 November 2016

KAJIAN PARANORMAL GANGGUAN MISTERI DI RUANG PEJABAT


Episod terbaru dari PAGparanormal setelah lama berehat. Lokasi yang didakwa ada gangguan mistik oleh penghuninya menarik perhatian dua tim paranormal iaitu PAGparanormal dan WujudParanormal.

Didakwa ada unsur-unsur khianat yang menjadikan pekerja-pekerja wanita terkena histeria dan takut untuk ke pejabat setelah melihat benda-benda ghaib yang menyeramkan.

Saksikan kajian menyeluruh di bangunan terbabit di http://bit.ly/2ehibRW

Share:

Isnin, 20 Jun 2016

PAKAR TANGKAP `JIN` BANTU MASJID JAMEK TEDONG MELAKA


Sekumpulan  pengamal perubatan alternatif mendakwa berjaya menangkap kesemua ‘jin’ yang mendiami Masjid Baru Tedong.

Mereka mendakwa ada dalam kalangan jin berkenaan telah menghuni kawasan sekitar masjid itu sejak 400 juta tahun lalu.

Sa'ad Jaafar, 49, salah seorang pengamal perubatan terbabit menolak dakwaan pergerakan penghadang di masjid berkenaan berpunca daripada tiupan angin. Sebaliknya dia yakin ia angkara perbuatan jin.

“Apabila telah viral video mengenai penghadang yang bergerak itu, dan kemudian pengerusi masjid ini telah memohon bantuan sesiapa yang ada kemampuan atau ilmu untuk bantu sama, maka apa yang telah saya belajar jadi saya (gunakan) untuk membantu,” ujarnya.

Jelas Sa’ad, dia yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung telah singgah ke masjid itu, untuk memanfaatkan ilmunya dan memberikan bantuan.

“Saya kepung, dan kami tangkap (entiti) supaya jemaah ini tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kita telah kenal pasti penghadang yang bergerak ini (angkara) jin yang menolaknya. Tujuannya adalah untuk menakutkan dan mengganggu manusia,” jelasnya lagi.

Dia yang hadir bersama anak keduanya, Uwais Al-Qarni Sa'ad, 16, juga sempat mengadakan sesi ‘perbualan’ bersama ketua ‘jin’ yang ditangkap dan disaksikan beberapa jawatankuasa masjid.

Katanya, hasil perbualan menggunakan anaknya sebagai pengantara itu, ketua ‘jin’ tersebut mengaku telah menggerakkan papan penghadang  yang beratnya dianggarkan mencecah 20 kilogram itu.

Sa'ad yang merupakan anak jati Melaka mendakwa sudah mengamalkan kaedah perubatan ini sejak empat tahun lalu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Masjid Tedong, Datuk Akbar Ali berkata, pasukan perubatan ini datang atas inisiatif mereka sendiri tanpa dipelawa oleh pihaknya.

“Dia datang tanpa meberitahu kami,. Kami pun sebagai pihak masjid tidak patut lah buat sesuatu yang kurang elok terhadap beliau. Kita anggap niat beliau itu baik, tapi saya tegaskan, dia datang bukan atas undangan tapi secara sukarela.

“Perkara ini juga saya tak berani nak komen lebih sebab saya pun tak faham ilmu mistik. Cuma saya fikir elok saya berpegang balik pada saranan Ketua Menteri iaitu kita serahkan pada pihak berkuasa,” ujar beliau.

Pada Sabtu , Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menolak kemungkinan kaitan ‘makhluk halus’ yang dikatakan menggerakkan papan penghadang solat itu dan mendakwa ia berpunca daripada faktor angin.
Share:

Khamis, 21 April 2016

RAKAM KELIBAT LEMBAGA HITAM DI PERCAYAI POCONG


KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diberi cuti peristiwa hari ini berikutan kes histeria sejak Isnin lalu.

Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya sebentar tadi, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

"Ia adalah bagi memberi peluang kepada pelajar terutama yang diserang histeria memulihkan semula semangat mereka.

"Kesempatan itu juga digunakan memulihkan keadaan sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan berjalan semula seperti biasa," katanya.

Siti Hawa berkata, dalam usaha pemulihan, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu.

Beliau dimaklumkan oleh pengamal perubatan Islam terbabit terdapat beberapa kawasan yang didakwa 'keras' dan usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

"Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir.

"Buat masa kini keadaan sudah semakin pulih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan terus kepada Jabatan Pendidikan negeri (JPN) termasuk menyambung cuti jika diperlukan," katanya.

Dalam kejadian bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 50 pelajar termasuk lapan guru mengalami histeria yang menyebabkan mereka menjerit dan meracau.

Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan waktu persekolahan ditamatkan sedikit awal pada hari pertama.

Seorang mangsa yang juga guru Pendidikan Jasmani, Norlelawati Ramli, 32, berkata beliau hampir dirasuk sebaik selesai menenangkan mangsa histeria di sebuah kelas di tingkat empat.

"Saya rasa kedua-dua tangan menjadi berat dan ternampak sekilas kelibat lembaga hitam di hadapan.

"Saya cuba lawan dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah keadaan saya tidak serius," katanya
Share:

Rabu, 13 April 2016

HANTU-HANTU TU DAH MULA BERANI MENJELMA DI KAWASAN KAMPUNG KAMI


Gangguan makhluk halus dialami penduduk Kampung Lapan, Tengkera di sini, bukan lagi kisah dongeng atau tahyul apabila sebahagian besar daripada mereka terserempak jelmaan puntianak, pocong dan toyol sejak tiga minggu lalu.

Pelbagai gangguan dialami penduduk seperti melihat jelmaan puntianak melayang melewati pokok pisang selain kanak-kanak bertelanjang bulat dipercayai toyol berjalan di semak berhampiran kediaman mereka pada waktu malam.

Untuk rekod, kampung berkenaan dihuni 1,000 penduduk.

Penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata, gangguan makhluk halus atau hantu terbabit menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekali gus menjadikan kampung terbabit sunyi sepi.

“Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.
Share:

GURU DAN PELAJAR HISTERIA NAMPAK KELIBAT HANTU POCONG


Lebih 50 pelajar dan guru sekolah di Pengkalan Chepa di sini yang diserang histeria sejak Isnin lalu, semakin pulih dengan bantuan ustaz.

Dalam kejadian berkenaan, difahamkan pelajar ternampak makhluk halus dipercayai pocong di kelas dan tandas sebelum merebak kepada pelajar dan guru lain.

Seorang bapa pelajar berusia 50an yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anaknya yang turut bersekolah di sekolah berkenaan.

"Anak saya maklumkan lebih 50 pelajar dan guru wanita dilihat meracau sebelum ditenangkan oleh ustaz di sekolah itu.

"Saya difahamkan esok sekolah ditutup sementara pihak sekolah mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jaafar Ismail ketika dihubungi berkata, siasatan mengenai perkara itu sedang jalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah.

"Sidang media dijangka dibuat esok untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu," katanya.
Share:

Khamis, 28 Ogos 2014

MAMPUKAH "JIN" MENYETUBUHI MANUSIA DAN CARA ATASI GANGGUANNYA


Boleh kah jin menyetubuhi manusia?
Jawapannya - boleh.

Bagaimana jin menyetubuhi manusia?
Jawapannya - ada dalam tidur, ada separa sedar dan ada disetubuhi sewaktu jaga
.
Bolehkah manusia melahirkan anak Jin?
Jawapannya - boleh. Jin perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jika bersetubuh dengan manusia lelaki dan manusia perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jin jika disetubuhi jin.

Bolehkah seseorang perempuan yang disetubuhi jin hilang dara?
Jawapannya ialah besar kemungkinannya. Apa yang berlaku dikebanyakkan kes ialah tangan mangsa digunakan jin untuk dimasukkan kedalam kemaluan. Ada juga kes simangsa dapat rasa kemasukan kemaluan jin secara fizikal kedalam kemalaun dimangsa. Mudah cakap boleh hilang dara.

Apakah Simptom seseorang yang disetubuhi dengan jin / bunian?
Jawapannya ialah banyak simptom yang ada. Antara simptom yang jelas dan amat ketara adalah seperti berikut:-
bermimpi dalam tidur atau separa tidur melakukan hubungan seks dengan sesuatu atau seseorang dan perasaan mimpi itu dirasakan seolah olah benar-benar berlaku.

Mimpi. iaitu mimpi berkahwin dengan seseorang dan mempunyai bayi dan menjaga bayi tersebut. Perasaan sayang yang terlampau pada pasangan 'mimpi' dan juga pada bayi 'mimpi' tersebut.

Simptom-Simptom Awal Gangguan Jin

A) Di dalam keadaan berjaga
Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
Bau nafas yang terlalu busuk
Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
Bayi kerap menangis
Belakang tengkuk / bahu terasa berat
Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya
Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
Bunyi guli di atas syiling
Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
Darah haid turun lebih dari 15 hari
Gagal melakukan hubungan kelamin
Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
KemurunganKerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
Kerap keguguran
Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
Malas mengerjakan Solat dan beribadat
Marah secara keterlaluan / panas baran
Melihat jin / hantu secara terus
Mendengar suara berbisik / menyergah
Nafsu seks yang melampau / tidak normal
Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
Sakit Jiwa / Mental
Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
Sakit perut tanpa sebab klinikal
Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
Sering pengsan tanpa sebab klinikal
Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
Suka bangun tidur selepas tengahari
Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
Suka melihat diri di dalam cermin
Suka menggulung rambut dengan jari
Suka tidur pada siang hari
Sukar mendapat jodoh
Sukar mendapat zuriat / Mandul
Sukar tidur malam
Tanda lebam pada anggota badan
Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
Terasa bahu ditepuk dari belakang
Terasa terkena renjisan air

B) Di dalam tidur
Bermimpi bayi / kanak-kanak 
Mengunyah gigi sewaktu tidur
Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
Mimpi makan 
Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
Mimpi yang menakutkan
Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab.

Cara penyelesaiannya?
Bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus.
Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya.

Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya.

Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya.

Susunan Ayat-Ayat Ruqyah

Al-Fatihah
Al-Baqarah 1-5
Al-Baqarah 102
Al-Baqarah 163-164
Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
Al-Baqarah 285-286
Ali-Imran 18-19
Al-'Araf 54-56
Al-'Araf 117-122
Yunus 81-82
Toha 69
Al-Mukminun 115-118
As-Soffaat 1-10
Al-Ahqaaf 29-32
Ar-Rahman 33-36
Al-Hasyr 21-24
Al-Jin 1-9
Al-Ikhlas
Al-Falaq

Cukupkan enam perkara ini di dalam diri kita..InsyaAllah selamat dunia akhirat.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Share:

Selasa, 22 April 2014

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN PADA MANUSIA


Kepada mereka yang mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Bekemungkinan anda telah terkena gangguan jin/makhluk halus.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·
Suara berubah ketika marah.·
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.·
Berjalan terhoyong-hayang.·
Cara makannya menjijikkan.·
Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
Selalu bermimpi.·
Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapatiia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·
Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·
Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.·
Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·
Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
Waswas·
Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut. 

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh·
la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
Kerap terjaga tidur di waktu malam/serta gelisah.
Mimpi berjumpa/diserang dengan haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus·
Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
• Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
• Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
• Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
• Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja 
atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
• Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
• Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
• Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,
mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
• Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
• Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
• Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin
terpikat dan jatuh cinta.
• Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
• Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan 
seseorang yang hasad dengki.
• Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
• Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
• Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat 
yang berkait dengan jin sehingga memakan diri/sanggup terima Jin Saka 


MUKADIMAH
Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Semoga Manfaat

Artikel dari Blogger Gangguan Mahluk Halus


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog