Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label MEXICO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEXICO. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mac 2016

SEORANG PETANI DAKWA `ALIEN` SURUH DIA BINA PIRAMID DI KAWASAN GURUN


Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

Memetik laporan media tempatan Mexico, alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran  20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya. Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

"Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa  piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh  ke atas,", katanya.
Share:

Selasa, 12 Mei 2015

MEREKA SIMPAN TENGKORAK ALIEN


NEW MEXICO 11 Mei - Dua keping gambar yang diambil oleh seorang ahli geologi, menjadi bahan bukti penting menyatakan bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas di Roswell, di sini pada tahun 1940-an, dinaiki oleh makhluk asing.

Laman web Inquisitr melaporkan, gambar yang memaparkan sebahagian daripada bentuk badan makhluk asing itu diambil oleh Bernard Ray sekitar tahun 1947 hingga 1949 dengan menggunakan filem Kodachrome.

Pakar UFO mengesahkan, gambar tersebut tulen dan tidak wujud sebarang unsur penipuan selepas menjalankan kajian selama lima tahun.

“Kami percaya gambar ber­kenaan adalah tulen kerana pada masa itu lakaran makhluk asing masih belum wujud dan tidak mungkin manusia boleh memikirkan cara menghasilkan model sedemikian.

“Ini jelas menunjukkan memang wujud perhubungan antara makhluk asing dengan Bumi sejak dahulu lagi,” kata pakar UFO Mexico, Jaime Maussan ketika menjadi pengacara dalam rancangan Be A Witness, yang memaparkan imej makhluk asing berkenaan kepada umum buat pertama kali di National Auditorium, baru-baru ini.

Kata Maussan, gambar tersebut dijumpai di dalam kotak yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama di rumah loteng milik Ray di Arizona, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pengkaji dan penulis buku UFO terkenal, Richard Dolan tidak setuju dengan keputusan kajian berkenaan dengan berkata, foto tersebut perlu dianalisis dengan lebih mendalam kerana bukti bergambar tidak memberi maklumat yang jelas.

Share:

Jumaat, 31 Oktober 2014

KISAH MISTERI "DOLLS ISLAND" DI MEXICO


Sebuah kisah di satu pulau yang suram lagi menyeramkan, paya paya di daerah Xochimico berhampiran Mexico City telah menjadi tarikan pelancong yang paling menakutkan.

Walau bagaimanapun , pulau seram ini tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi perhentian pada jadual perjalanan percutian pelancong. Pulau Anak Patung yang didedikasikan khas untuk seorang gadis kecil yang malang.

Dolls Island (Isla de las Mangaburu ) yang terletak di terusan selatan Mexico City merupakan sebuah rumah yang menakutkan sejak dahulu lagi.Jika melalui berhampirannya kita boleh melihat anak-anak patung yang menyeramkan digantung berhampiran rumah terbabit.

Kelihatan anggota badan mereka dicerai-ceraikan dan dipancung kepala menghiasi pokok, pagar dan hampir setiap permukaan.Suasana di situ boleh dikatakan amat menyeramkan - kata pelancong.

Tidak menghairankan, asal-usul pulau itu mempunyai tragedi yang amat sadis.Kisahnya - Don Julian Santana, telah menemui mayat seorang kanak-kanak lemas dalam terusan sekitar 50 tahun yang lalu.

Sehingga kini ia dihantui oleh kematian itu, dan setiap kali apabila dia melihat anak patung terapung di terusan, ia diambil dan digantung di pohon untuk membantu roh gadis itu. Beliau berharap dapat menenangkan roh yang terseksa dan melindungi pulau dari kejahatan.

FOTO-FOTO YANG MENYERAMKAN DI SEKITAR "DOLLS ISLAND" MEXICO





Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew ™

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog