Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label MANUSIA ANEH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MANUSIA ANEH. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mac 2017

PERABIS MODAL UNTUK JADI MAKHLUK ASING TANPA JANTINA


SEORANG lelaki sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan untuk memastikan hasratnya itu tercapai.

Ohh kini merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.


Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.
Share:

Rabu, 15 Februari 2017

WANITA NIGERIA LAHIR ANAK KAMBING?


Seorang wanita dilaporkan melahirkan bayi serupa kambing selepas hamil dua tahun, lapor media Nigeria. Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan hamil sejak dua tahun lalu.

Dia dikatakan pergi ke Pusat Pusat Komuniti untuk mendapatkan bantuan rawatan percuma tetapi melahirkan kandungannya di situ, makhluk seperti anak kambing.

Orang ramai turut datang melihat kejadian itu sementara media tempatan menyiarkan gambar haiwan seperti kambing terbaring penuh dengan darah di atas lantai di luar pusat berkenaan. Kejadian dilaporkan berlaku di Port Harcourt, Nigeria.
Share:

Isnin, 1 Februari 2016

LELAKI POKOK TAK MAHU MATI..


Seorang lelaki Bangladesh yang digelar ‘manusia pokok’ kerana ketuat yang tumbuh di tangan dan kakinya dimasukkan ke hospital, di sini, semalam, dalam usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Abul Bajandar, 25, yang berasal dari Khulna menderita penyakit yang dikenali sebagai Epidermodusplasia Verruciformis sejenis penyakit kecelaruan genetik kulit yang jarang berlaku sejak tujuh tahun lalu.

Doktor di Hospital dan Kolej Perubatan Dhaka akan memutuskan cara merawat bekas pemandu beca bermotor itu selepas membentuk satu pasukan terdiri daripada beberapa pakar.

Abul dikatakan orang keempat di dunia diketahui menghidap penyakit berkenaan yang dikatakan berpunca daripada virus yang dikenali sebagai papillomaviruses manusia.

Menurut maklumat yang diperoleh menerusi Internet, seorang lelaki warga Romania adalah orang pertama didiagnos dengan penyakit itu pada Mac 2007. Satu lagi kes dilaporkan di Indonesia, membabitkan seorang nelayan berusia 35 tahun.

TONTON INI

Share:

Ahad, 18 Oktober 2015

TAKSUB BEDAH MUKA JADI SEPERTI HAIWAN PELIHARAAN?


Kerana taasub dengan haiwan peliharaannya, seorang lelaki melalui pelbagai pembedahan untuk kelihatan seperti burung kakak tua, termasuk selama 6 jam untuk memotong telinganya.

Ted Richards, 56, dari Hartcliffe, Bristol, kini berazam mengubah hidungnya supaya berupa paruh.

Katanya, dia mendermakan telinganya yang dikerat itu kepada seorang rakan yang dianggap ‘tahu cara menghargainya’ dan kini menanti tarikh seterusnya untuk pembedahan selanjutnya.

Richards yang mempunyai 110 tatu, selain menindik badannya 50 kali dan membuat pembedahan membelahkan lidahnya, amat bangga dengan perubahan dilakukannya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap lima burung kakak tua kesayangannya, Ellie, Teaka, Timneh, Jake dan Bubi.

“Saya melakukannya kerana mahu kelihatan sama seperti burung kakak tua kesayangan saya. Sebelum ini rambut saya panjang untuk menutup telinga,” katanya.
Share:

Selasa, 7 April 2015

MUKA ANEH PERANGAI PUN ANEH!


Sepasang suami isteri Tito dan Amanda Watts ditahan kelmarin kerana menjual ‘tiket emas ke syurga’ kepada beratus-ratus orang.Pasangan berkenaan yang menjual tiket itu dengan harga AS$99.99 (RM362) setiap satu memberitahu pembeli tiket berkenaan dibuat daripada emas padu dan setiap tiket itu melayakkan pembelinya satu tempat di dalam syurga.

Mereka hanya perlu menunjukkan tiket itu untuk memasukinya.Seorang jurucakap polis Jacksonville, Florida berkata: “Semua orang boleh menjual tiket ke syurga. Tetapi apa yang dilakukan pasangan Watts itu ialah mereka memutar belit produk yang mereka jual.Tiket itu hanya kayu yang disembur dengan warna emas lengkap dengan kata-kata ‘Tiket ke Syurga - Untuk Seorang.’

Anda tidak boleh menjual sesuatu dengan berkata ia emas sedangkan ia sebenarnya bukan emas.”Dalam kenyataannya kepada polis, Tito berkata: Saya tidak peduli apa yang polis cakap. Tiket itu emas padu. Saya tidak menyembur cat padanya. Jesus yang memberinya kepada saya di belakang restoran KFC dan memberitahu saya boleh menjualnya supaya saya boleh pergi ke angkasa lepas.

Saya bertemu seorang makhluk asing bernama Stevie yang berkata jika saya sudah mempunyai wang secukupnya, dia akan membawa saya dan isteri terbang ke planetnya dan menghisap dadah.“Kami boleh hisap seberapa banyak dadah yang kami mahu dan ia percuma.

Kami tidak bersalah jangan cuba masukkan kami dalam penjara kerana kamu akan terima padahnya nanti. Saya bersedia untuk perangkap Jesus jika kamu mahu kami lakukannya.”Isterinya, Amanda pula memberitahu polis: “Kami hanya mahu meninggalkan bumi ini, pergi ke angkasa lepas dan hisap dadah. 

Saya tak mahu apa-apa lagi. Tito jual tiket itu. Saya hanya memerhatikannya.Polis merampas wang tunai berjumlah lebih AS$10,000 (RM36,200), tiga paip ganja dan seekor anak buaya daripada pasangan itu.

Share:

Khamis, 5 Jun 2014

PUNTIANAK GILA SEKS DAN DARAH


Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain. Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing.

Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom.Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks.

“Apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Filth.

Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi.“Ia mempunyai rasa metalik,” katanya.

Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja.Tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain.

“Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah,” kata Pyretta.Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat.

Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa.“Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya.

Menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat.“Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal.

“Kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih,” katanya.Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks.

“Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks.Kami amat bertanggungjawab,” katanya.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog