Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label KUBUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUBUR. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2016

TERKEJUT KETIKA ZIARAH KUBUR


Mereka dari Ruqyah Al Ikhlas Kuching telah pergi ke sebuah perkuburan islam (tempat dirahsiakan) untuk menghapuskan barang sihir yang ditanam diperkuburan telah di Pukau, Sihir dan Santau masih bermaharajalela. Inilah hasilnya anda boleh lihat sendiri.

Mereka yang melakukan perkara yang di laknat oleh Allah ini tidak akan ada ketenangan & kebahagiaan dalam hati mereka. 

Mereka akan sentiasa takut dengan bayang2 mereka sendiri, ada 5 benteng yang paling berkesan dengan izin Allah untuk mencegah gangguan jin,sihir, pukau & saka:

1.Jgn tinggal solat-amalkan doa harian,bc quran,benteng diri dgn ayat kursi@3 qul,wuduk,doa2 ma'thurat,al manzil
2.Jaga hubungan dgn ibubapa jgn jd anak yg derhaka tdk ada kberkatan dlm hidup.
3.Jaga hubungan dgn suami jgn jadi isteri yg derhaka tdk ada kberkatan dlm hidup.
4.Pelihara aurat jgn mndedahkan aurat.
5.Jgn syirik@menyekutukan Allah dgn sesuatu.
Share:

Isnin, 11 Julai 2016

JUMPA KUBUR TENGAH JALAN


Sebuah kubur terletak di sebuah bandar di Jiangxi menjadi tumpuan sejak Februari lalu kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan raya yang telah siap dibina, lapor Daily Mail.

Bukan milik pemimpin negara mahupun orang yang terkenal, sebaliknya ia kubur ibu kepada seorang petani, Zhang Rongsheng.

Pernah beberapa kali dirundingi oleh pihak pemaju dengan tawaran ganti rugi agar kubur itu dipindahkan, namun Zhang tetap menolak.

Difahamkan beliau menolak pemindahan kubur ibunya itu kerana harga ganti rugi ditawarkan pihak pemaju tidak sesuai dengan harga yang dimintanya.

Zhang menuntut harga ganti rugi sebanyak 1.3 juta Renmimbi (RM700,000) untuk memindahkan kubur ibunya itu.

Menurut akhbar China Daily, jalan raya itu merupakan projek besar daripada pemerintah setempat dan beberapa perusahaan yang dianggarkan bernilai 27.8 juta Renmimbi (RM16.8 juta).

Ganti rugi yang diminta gagal mencapai kata sepakat dan akhirnya pihak pemaju tetap membina jalan di sekitar kubur itu. Pembinaan jalan itu dimulakan pada Disember 2013 dan hanya selesai pada Februari lalu.

Namun ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan lokasi kubur yang diletakkan di tengah-tengah jalan raya itu kerana kubur tersebut bukan milik pahlawan komunis mahupun saintis.
Share:

Isnin, 20 April 2015

JIRAT BERAPI


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.
   
Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, kataya dalam kenyataan di sini, malam ini.
   
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.
   
Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. - Bernama

Share:

Isnin, 22 September 2014

AHLI KUBUR DI ARAH BERPINDAH?


Berbekalkan tukul dan topeng bagi melindungi mukanya, seorang pembersih kubur di Guatemala mula menjalankan tugas memecahkan binaan kubur dan mengeluarkan apa sahaja yang berada di dalamnya.

Tengkorak manusia lengkap dengan rambut ditarik keluar daripada sebuah binaan kubur gelap dan sebuah keranda kecil bayi dihias bunga putih dikeluarkan dari satu lagi kubur.

Lelaki berkenaan memindahkan mayat yang warisnya tidak mampu membayar ‘sewa’ tapak kubur peribadi dan sebaik sahaja tempoh sewaan tamat, pekerja pembersihan kubur akan datang dan mengosongkan ruangan berkenaan untuk pelanggan baru.

Mayat yang tidak dituntut akan disimpan di dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke tanah perkuburan besar untuk dikebumikan semula.

Kebanyakan mayat yang dikeluarkan sudah reput namun mayat yang dikebumikan di ‘tingkat atas’ yang berkeadaan panas dan kering, akan terawet secara semula jadi, menjadikannya seperti mumia.

Penampilan petugas pembersihan kubur di Guatemala tidak jauh beza dengan buruh binaan atau pekerja di pusat kitar semula.

Beg berisi mayat yang reput akan ditimbunkan membuatkannya kelihatan seperti timbunan sampah sebelum dipindahkan menggunakan foklif ke kawasan perkuburan baru.

Dalam satu gambar yang dirakamkan, mayat berambut panjang yang masih elok dilihat ‘tersepit’ dicelah timbunan beg mayat yang akan dipindahkan.

Satu lagi ‘mumia’ dengan kaki dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi dinding yang tertulis ‘jangan buang sampah disini.’

Apabila mayat sudah dipindahkan, banyak keranda yang akan dilupus diletakkan di tempat pembuangan sampah dan kayu reput berhampiran kawasan perkuburan.

Mayat yang dituntut waris akan diletakkan di dalam kotak kecil dan dihantar ke tanah perkuburan awam.

Jurugambar yang merakamkan proses berkenaan, Jorge Dan Lopez berkata pemandangan itu mengerikan namun sangat menarik.

“Burung hering beterbangan mengelilingi kawasan perkuburan seolah-olah memerhatikan setiap gerak-geri pekerja yang memindahkan mayat berkenaan.

“Saya dapat melihat pelbagai keadaan mayat dan ia suatu pemandangan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Semuanya, dari tapak kubur sehingga hujung rambut mayat mengeluarkan bau yang menusuk hidung,” katanya.
Share:

Khamis, 19 Jun 2014

PENGAMAL SIHIR NODAI 100 KUBUR


Kejadian ini berlaku di daerah TEMERLOH PAHANG. Tindakan mengambil tanah kubur di Kampung Jawi-Jawi, Pelangai, Bentong, Rabu lalu, dipercayai ada kaitan dengan kerja-kerja khurafat untuk tujuan komersial.

Exco Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, kerja mengambil tanah antara dua batu nisan di kawasan kubur itu dan membabitkan 100 kubur dipercayai dilakukan individu yang arif dalam kerja sihir.

Katanya, apabila terlalu banyak tanah diambil ia mungkin bertujuan untuk memuja tanah itu dan menjualnya kepada mereka yang berniat untuk jatuhkan kawan atau lawan.

“Saya perhatikan dari dua sudut iaitu sihir untuk perniagaan dan sihir untuk memusnahkan rumah tangga orang,” katanya semalam.

Shamsuri yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi berkata, jika tanah itu diambil dalam jumlah yang sedikit mungkin itu kerja individu tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak ia hampir pasti dilakukan oleh mereka yang arif dalam ilmu sihir.

Beliau berkata, tanah itu akan dipuja dan dijual kepada pihak ketiga dan diniagakan seperti beberapa kes berdasarkan pengalaman beliau merawat pesakit yang terkena sihir.

Beliau menasihati mereka yang terlibat supaya bertaubat kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Dalam kejadian kelmarin penduduk Kampung Jawi-Jawi di Bentong gempar apabila lebih 100 kubur di perkampungan itu dikorek pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan pemujaan.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog