Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label SENI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SENI. Papar semua catatan

Selasa, 8 November 2016

RAKAMAN DARI PUNCAK PIRAMID SECARA SULIT?


Selama ini sudah banyak gambar-gambar Piramid Giza di Mesir dapat kita lihat hasil seni fotographer professional serata dunia.

Tetapi sekumpulan anak muda dari Jerman bertindak berani memanjat sehingga ke puncak Piramid dan mengambil gambar dari situ.

Setelah bersembunyi dаrіраdа ріhаk kеѕеlаmаtаn piramid dі dаlаm sebuah kubur berhampiran Pіrаmіd Chеорѕ ѕеlаmа lima jam dan mеrеkа kеmudіаnnуа memulakan реndаkіаn ѕеtіnggі 140 mеtеr kе рunсаk piramid раdа awal pagi yang mengambil masa selama 8 minit.

Ketika berada di puncak piramid, remaja terbabit dikesan oleh pihak berkuasa Mesir yang selepas itu telah menahan beliau untuk siasatan cuba menceroboh kawasan larangan namun dia di bebaskan atas jaminan polis.

Share:

Selasa, 26 April 2016

AGAK AGAK KORANG SANGGUP TAK MAKAN KEK DESIGN MACAM NI?


SEBAGAI jururawat terlatih, Katherine Dey sudah lali melihat anatomi manusia dan organ. Namun, apabila dia kembali ke kabinnya di Nunda, New York, jururawat berusia 30 tahun itu mempamerkan sisi lainnya dengan mencipta semula anatomi dan organ manusia dalam bentuk kek.

Katherine, pelajar ilustrasi dan arca di Rhode Island School of Design dan bekerja dalam bidang robotik sebelum menjalani latihan sebagai jururawat, mengkhusus dalam pembuatan kek berdasarkan organ dan bahagian anggota manusia.

Ibu kepada dua anak ini mula membuat kek beberapa tahun lalu sebagai hobi. Projek pertamanya adalah tunggul pokok yang dipenuhi cendawan sebelum beralih kepada subjek yang lebih mengerikan.

“Saya mula membuat kek cendawan untuk kelab cendawan saya, Rochester Area Mycological Association.

“Saya menghasilkan tunggul kayu dipenuhi ‘cendawan’ yang diukir daripada marshmallow. Nyata pengalaman itu sangat menyeronokkan menyebabkan saya terus menjadikannya satu hobi selepas itu.”

Selain tugasnya sebagai jururawat dan membuat kek, Katherine sudah berkahwin dengan dua orang anak kecil menyebabkannya perlu bijak membahagikan masa.

“Selalu saja saya bergelut mencari masa melakukan semuanya. Saya bekerja sebagai jururawat, berkahwin dan mempunyai dua anak, mempunyai seekor anak anjing dan 30 ayam. Jadi bahan diperlukan mesti sentiasa ada supaya boleh dilakukan bila-bila masa terluang,” katanya.

Pada masa kini, dia menghasilkan kek hanya untuk suka-suka tetapi mahu menjadikannya sebagai satu perniagaan satu hari nanti.

“Saya berharap dapat membuka kedai roti. Saya sangat sukakan semua proses membuat kek ini dan tidak mustahil melakukannya sepenuh masa. “Saya suka mencipta rekaan yang membuatkan orang merasai pelbagai emosi dalam satu masa.

“Inspirasi yang saya dapat, datang dari pelbagai perkara. Saya suka perasaan aneh yang saya rasa apabila sesuatu itu nampak benar tetapi tidak.

“Atau kek yang nampak tidak menyelerakan tetapi sebenarnya sangat sedap. Saya suka membuat orang merasai konflik mengenai dua perkara pada satu masa,” katanya.

Biarpun mengerikan, Katherine berkata setakat ini belum ada yang menolak untuk menikmati kek ciptaannya.

Katherine turut menghasilkan video bagaimana membuat kek selepas menerima permintaan dari orang ramai yang ingin mengetahui bagaimana dia melakukannya.

Share:

Rabu, 30 Disember 2015

SENI MALAPETAKA YANG SUKAR DI BAYANGKAN


Gambaran hari kiamat atau bencana alam besar yang memusnahkan bumi mungkin sukar dibayangkan malah tiada siapa yang mahu melihatnya.

Namun, lain pula ceritanya seorang artis dari Britain, Steve McGhee yang mengambil tema hari kiamat dan bencana alam untuk menghasilkan imej yang menakjubkan.

Dengan menggunakan teknik fotografi unik, McGhee menggunakan imaginasinya bagi menunjukkan keadaan yang mungkin berlaku apabila hari kiamat tiba nanti.

Kapal terbang terhempas di kota New York, lubang hitam yang menelan puluhan kapal di Pelabuhan Sydney sehinggalah tsunami setinggi pencakar langit adalah antara gambaran kiamat yang dihasilkan McGhee.

McGhee berkata, dia suka menonton filem yang berlatar belakangkan bencana alam sehingga ia mempengaruhi hasil karyanya. Mungkin saya terlalu banyak menonton filem berkaitan bencana alam dan hari kiamat.

“Saya memang terpesona dengan sesuatu yang manusia tidak mampu kawal seperti bencana alam,” katanya.

Ujarnya, bencana berlaku hampir setiap hari di seluruh dunia tetapi media hanya melaporkan kejadian yang besar sahaja. Setiap hari pasti ada seseorang di dunia yang terbabit dalam bencana yang mengancam nyawa.

“Ia tidak perlu ombak gergasi setinggi pencakar langit untuk menjadi bencana,” jelasnya.

McGhee menggunakan pelbagai teknik fotografi manipulasi untuk menghasilkan gambaran dramatik dan menakjubkan.

Reaksi dari orang ramai sangat baik dan ramai yang memuji hasil seni saya. Saya sangat menghargainya.

Karya saya mencerminkan kesilapan manusia, nasib malang dan pengalaman menakutkan yang dialami manusia.

“Ada yang menyukai hasil karya saya ini dan ada yang kurang meminatinya,” katanya.

Tambahnya, karyanya bukan bertujuan menyokong atau membenarkan tindakan keganasan atau meraikan kehilangan jutaan nyawa dalam bencana alam sebelum ini.

“Karya ini menceritakan betapa lemahnya kewujudan manusia dan sebagai menghormati mereka yang menderita akibat kehilangan orang tersayang,” ujarnya.







Share:

Ahad, 5 Oktober 2014

GEMPAR!! TERSEREMPAK DENGAN MANUSIA HALIMUNAN


Hati-hati apabila berjalan di Britain kerana mungkin anda terlanggar pula orang ‘halimunan’ yang kelihatan seakan-akan bangunan atau landskap berhampiran.

Puncanya? Pelukis berbakat, Trina Merry, 34, menghasilkan ‘karya’ uniknya di mercu tanda terkenal United Kingdom (UK) apabila mewarnakan tubuh model sehingga sebati dengan latar belakang pelbagai tempat terkenal di negara itu.

Idea menghasilkan karya prosedur yang mengambil masa sehingga lapan jam untuk disiapkan sebenarnya bermula di kota New York sebelum Trina memutuskan untuk berpindah ke UK.

Menggunakan latar belakang monumen tradisional Britain seperti Stonehenge dan gereja Westminster Abbey hinggalah struktur abad ke-21 seperti London Eye dan bangunan pencakar langit logam yang moden, Trina yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) mendapat idea untuk melukis badan manusia kira-kira setahun lalu selepas diberi tugasan untuk melukis subjek wanita dalam kuliahnya supaya ‘lenyap’ daripada pandangan apabila menyamai mercu tanda di bandar itu.

Di New York, Trina tidak menghadapi masalah melakukannya kerana undang-undang tidak menghalang sese­orang menanggalkan pakaiannya demi mengekspresikan seni.




Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog