Gambaran hari kiamat atau bencana alam besar yang memusnahkan bumi mungkin sukar dibayangkan malah tiada siapa yang mahu melihatnya.
Namun, lain pula ceritanya seorang artis dari Britain, Steve McGhee yang mengambil tema hari kiamat dan bencana alam untuk menghasilkan imej yang menakjubkan.
Dengan menggunakan teknik fotografi unik, McGhee menggunakan imaginasinya bagi menunjukkan keadaan yang mungkin berlaku apabila hari kiamat tiba nanti.
Kapal terbang terhempas di kota New York, lubang hitam yang menelan puluhan kapal di Pelabuhan Sydney sehinggalah tsunami setinggi pencakar langit adalah antara gambaran kiamat yang dihasilkan McGhee.
McGhee berkata, dia suka menonton filem yang berlatar belakangkan bencana alam sehingga ia mempengaruhi hasil karyanya. Mungkin saya terlalu banyak menonton filem berkaitan bencana alam dan hari kiamat.
“Saya memang terpesona dengan sesuatu yang manusia tidak mampu kawal seperti bencana alam,” katanya.
Ujarnya, bencana berlaku hampir setiap hari di seluruh dunia tetapi media hanya melaporkan kejadian yang besar sahaja. Setiap hari pasti ada seseorang di dunia yang terbabit dalam bencana yang mengancam nyawa.
“Ia tidak perlu ombak gergasi setinggi pencakar langit untuk menjadi bencana,” jelasnya.
McGhee menggunakan pelbagai teknik fotografi manipulasi untuk menghasilkan gambaran dramatik dan menakjubkan.
Reaksi dari orang ramai sangat baik dan ramai yang memuji hasil seni saya. Saya sangat menghargainya.
Karya saya mencerminkan kesilapan manusia, nasib malang dan pengalaman menakutkan yang dialami manusia.
“Ada yang menyukai hasil karya saya ini dan ada yang kurang meminatinya,” katanya.
Tambahnya, karyanya bukan bertujuan menyokong atau membenarkan tindakan keganasan atau meraikan kehilangan jutaan nyawa dalam bencana alam sebelum ini.
“Karya ini menceritakan betapa lemahnya kewujudan manusia dan sebagai menghormati mereka yang menderita akibat kehilangan orang tersayang,” ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan