Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label TIANG SERI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIANG SERI. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mac 2015

SYILING DALAM TIANG SERI RUMAH SERAMBI PAHANG


Pembinaan semula Rumah Serambi Pahang milik peng­hulu Kampung Kelola, Jerantut di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor mula menarik perhatian ramai.

Selasa lalu menyaksikan Majlis Menegakkan Tiang Seri rumah berkenaan yang disempurnakan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Majlis turut membabitkan proses memasukkan semula emas dan syiling perak yang ditemui dalam lubang kuku tiang seri itu ketika kerja membuka semula rumah berkenaan awal Februari lalu.


Syiling 2014 juga dimasukkan sebagai simbolik pembinaan semula rumah berkenaan. Keseluruhannya terdapat 16 tiang termasuk dua tiang seri.


Menurut Pengarah Muzium Warisan Melayu, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif, selepas berjaya dipindahkan awal bulan lalu ke Muzium Seni Warisan itu kerja mencuci semua bahagian kayu termasuk tiang, dinding dan lantainya dilakukan sepenuhnya.

“Apabila betul-betul kering, semua bahan binaan itu disembur kawalan perosak untuk menghalang pembiakan anai-anai.

“Semua proses ini membabit­kan enam tenaga kerja, sementara proses menegakkan tiang pula me­nyaksikan empat lagi tenaga kerja diperlukan,” katanya yang terbabit secara langsung dari proses menjadi rumah warisan itu hingga memastikan ia siap dipasang semula sepenuhnya.

Beliau juga tidak menafikan pel­bagai cabaran dihadapi ketika memindahkan rumah itu kerana kayu cengal yang digunakan adalah bahagian teras dan terkenal dengan ketahanan serta berat.

Menceritakan proses pembinaan semula rumah itu, beliau berkata ia bermula dengan pemasangan dua tiang seri diikuti tiang yang lain.“Seterusnya binaan tulang bumbung juga dilakukan, kemudian barulah lantai rumah dipasang.

“Disusuli dengan proses meletakkan bumbung sebelum pemasangan tingkap, pintu dan dinding,” katanya yang begitu mengagumi seni bina Melayu apabila binaannya mengambil kira situasi jangka panjang.

Dalam usaha terus mempertahankan keunikan rumah berkenaan, pada bahagian kayu yang sudah rosak, ia diganti dengan material jenis sama.“Penggunaan kayu cengal menjadi keutamaan dalam memulihara keaslian rumah ini,” katanya.

Dijangka siap sepenuhnya pada April nanti, rumah tradisional Pahang itu bakal menjadi salah satu khazanah unik di Muzium Warisan Melayu selepas Rumah Negeri Sembilan, Rumah Perak, Rumah Tereng­ganu.

Rumah Serambi Pahang
Tiga kali dilanda banjir besar iaitu pada 1926, 1971 dan tahun lalu cukup menguji ketahanan rumah tradisional berusia 91 tahun ini untuk diangkat antara kediaman paling unik dan sarat dengan nilai keindahan. Inilah antara satu-satunya yang mempunyai balai dan struktur kayunya masih utuh.

Ia dimiliki Penghulu Mukim Kelola, Ismail Khatib Bakar dan isterinya, Tijah Dolah.Dibina sendiri Ismail pada 1924 dan beliau dikatakan ada pertalian darah dengan Tok Pahlawan Gendut iaitu antara pejuang Pahang yang menentang pendudukan Inggeris di Tanah Melayu.

Share:

Selasa, 18 Februari 2014

JANGAN MAIN DEKAT TIANG SERI TU..

“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”


Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.

Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.

Menurut seorang ‘orang lama’, Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.

Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai ‘penjaga’ seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.

“Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
“Saya rasa panas dan pernah meracau,” katanya yang kini menetap di Singapura.

Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.

Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.

“Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah,” katanya.

Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.

Pantang larang
Sebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.

“Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya,” kata Rafie.

Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.

“Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.“Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya,” ujar Rafie.

SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan.

Beliau turut memberitahu, cara mendirikan tiang seri di dalam rumah pun ada kaedahnya yang tersendiri.

Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai ‘kayu pasung hantu’.

Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.

Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.“Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.

“Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas Rafie.

Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.

Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.

“Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ,” katanya.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog