Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Seram. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2022

VIDEO VIRAL AHLI PARANORMAL GANGGU ORANG SEDANG BERTAPA

 


Tular satu video di media sosial baru baru ini mengenai salah seorang ahli paranormal yang mencabar seseorang yang dikatakan sedang bertapa. Dalam video tersebut kedengaran suara perakam menasihat rakanya supaya tidak mengganggu petapa tersebut. Tak tahu apa kesudahan dan kesahihan video terbabit. Jom sama sama kita nilai..



Share:

Isnin, 28 September 2020

SEJARAH HITAM PENJARA PUDU DAN EKSPLORASI SERAM SETELAH BEBERAPA TAHUN TIDAK BERPENGHUNI.


Penjara Pudu ialah salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia yang terletak di Jalan Hang Tuah,  Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan. Penjara Pudu telah dibina di atas tapak bekas tanah perkuburan Cina secara berperingkat dengan kos sebanyak Straits $16, 000 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895 dengan menggunakan banduan sebagai tenaga kerja. Gabenor pertama Penjara Pudu adalah Lt. Col. J.A. B. Ellen.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. Setakat Disember 2012, hampir 90 peratus struktur Penjara Pudu telah menyembah bumi kecuali pintu gerbang penjara dan tembok hadapan yang hanya akan diputuskan samaada pintu itu dirizabkan atau dipindahkan ke suatu tempat yang baharu dan diratakan sepenuhnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan Bukit Bintang Triangle City.

Tahun-tahun terawal

Pada Februari 1891, dinding penjara telah mula dibina dan siap pada bulan Ogos 1892. Penjara Pudu pada asalnya dibina untuk mengurung 600 orang banduan.

Beberapa bulan selepas penjara dibina, pada Ogos 1895, wabak taun melanda penjara dan membunuh beberapa ratus banduan. Kemudian didapati bahawa penyakit itu disebabkan oleh sistem bekalan air di penjara yang bergantung pada perigi lama milik tanah perkuburan Cina sebelum ini. Pemeriksaan oleh pihak berkuasa penjajah British mendedahkan bahawa air di dalam telaga itu tercemar teruk. Masalah itu tidak dibetulkan sehingga 1898.

Setelah bilangan penghuni mula meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehingga penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6500 orang banduan telah dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Sejarah selepas 1940-an

Tembok barat terlalu besar Penjara Pudu pada bulan Februari 2011.

Kawasan setakat Jun 2013, dengan pintu masuk dan mata air air yang tinggal.

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun memenjarakan banyak tawanan perang Bersekutu sana.

Pada tahun 1986, rusuhan Penjara Pudu berlaku. Dalam kejadian ini, sekumpulan banduan menahan dua kakitangan penjara sebagai tebusan dalam tempoh enam hari. Pengepungan itu diselesaikan apabila polis Malaysia menyerbu penjara. Mereka berjaya menyelamatkan tebusan dan mudahkan tahanan tanpa kehilangan nyawa.

Pada tahun 1996, selepas 101 tahun sebagai penjara, Penjara Pudu secara rasmi ditutup dan tahanan dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh dan penjara Kajang. Ia terus digunakan sehingga tahun 2009 sebagai kemudahan hari-pegangan bagi tahanan menghadiri perbicaraan mahkamah. Ia telah digunakan sebagai sebuah muzium untuk satu tempoh pada tahun 1997. Selain itu, lapan penyokong Hindraf telah ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu berikutan perhimpunan Hindraf 2007 tersebut. Mereka kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Pada Jun 2009, kerajaan akhirnya memutuskan untuk merobohkan kompleks dengan membangunkan dalam fasa. Apabila Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun (DAP) bertanya mengapa bangunan itu tidak dikekalkan sebagai sebahagian daripada warisan Malaysia, Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (UMNO-BN) menjawab: "Untuk pendapat kami, ia bukan sesuatu yang boleh bangga dengan."

Pada Jun 2010, dinding timur kompleks Penjara Pudu telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek melebarkan jalan. Menjelang Disember 2012, semua bangunan di dalam kompleks Penjara Pudu telah benar-benar dirobohkan, dengan hanya sebahagian daripada dinding luar dan pintu utama masih berdiri.

Bekas tapak Penjara boleh pada masa ini dapat dilihat oleh orang ramai hanya dari luar. Pandangan jelas tapak ini boleh diperolehi dari kereta api monorel antara stesen Imbi dan Hang Tuah. Tapak itu sedang melanjutkan AS $ 1 bilion pelan pembangunan semula oleh Lembaga Pembangunan Bandar Malaysia yang melibatkan hab komersial dan pengangkutan bersepadu.

Lukisan mural

Pada tahun 1984, seorang banduan bernama Khong Yen Chong menggunakan kira-kira 2,000 liter cat untuk membuat mural mengesankan adegan tropika. Ia diukur beberapa 860 kaki x 14 kaki dan telah disebut dalam Guinness Book of Records sebagai mural terpanjang di dunia. Khong, sebagai banduan, tidak dapat menyiapkan mural. Beliau kembali kemudian sebagai seorang yang bebas dan menawarkan diri masa untuk menyiapkan karya beliau.

Pengarah Penjara Pudu

Penjara Pudu telah diterajui oleh beberapa pengarah bermula dari pembukaannya sehinggalah ditutup pada tahun 1996 yang lalu. Antara pengarah yang pernah menerajui Penjara Pudu adalah:

Nama Pengarah                             Tempoh perkhidmatan

R. J. Glazier                                     1957

H. G. Shorters                                     1958

Fitzpatrick                                     1960

Hussein bin Mohd Said                     15.10.1968 - 18.10.1976

Hamzah bin Mohd Wahi                     19.10.1976 - 30.11.1976

Omar bin Mohamad Amin             01.12.1976 - 28.02.1981

Hj. Abdul Rahman bin Hj. M. Ali     01.03.1981 - 15.04.1988

Mohd Nadzri bin Md. Kushairy     16.04.1988 - 31.12.1988

Abd Aziz bin Hj Idris                     01.01.1989 - 30.12.1991

Donald Wee May Keun                     01.11.1991 - 15.06.1993

Hj Omar bin Hj Mohamed Dan     16.06.1993 - 30.09.1995

Mohd Jaafar b. Hj. Yaakob             1.10.1995 - 31.10.1996


Banduan terkenal

S. A. Ganapathy, tokoh kesatuan sekerja di Tanah Melayu yang dihukum mati oleh penguatkuasa British.

Botak Chin, seorang gengster terkenal yang didakwa dikhianati oleh orang-orangnya sendiri, telah dihukum gantung di sini pada 11 Jun 1981 kerana memiliki senjata api.

Pada tahun 1986 Kevin Barlow dan Brian Chambers, dua warga Australia, telah dihukum gantung di Penjara Pudu kerana edar heroin. Pada 1989, Derrick Gregory, seorang warga Britain juga dihukum gantung kerana mengedar heroin.

Mona Fandey, bekas penyanyi dan pembunuh.

Share:

Ahad, 9 Julai 2017

FOTO HANTU FREDDY JACKSON TERSEBAR LUAS PADA TAHUN 1975


Foto hantu Freddy Jackson?" Diambil pada tahun 1919,foto kumpulan awak Skuadron Goddard yang bertugas dalam perang dunia pertama baru disebarkan secara meluas pada tahun 1975.

Keanehan pada foto ini tampak pada bahagian kiri di sebelah atas, kedudukan keempat dari kiri dimana nampaknya kelibat "hantu Freddy" yang muncul.

Kelibat itu diyakini sebagai roh Freddy Jackson iaitu seorang teknisi Skuadron Goddard yang mati tepat dua hari sebelum foto ini diambil. Acara pemakaman Freddy juga persamaan hari mengambil foto ini.

Anggota Skuadron percaya, sebelum dimakamkan, Freddy kemungkinan besar mahu memberi kenang-kenangan bersama kawan-kawannya.
Share:

Khamis, 3 November 2016

ADA HANTU TUMPANG KERETA KAMI


Kejadian misteri di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, bukanlah perkara baharu, malah ia sudah kalis menjadi bahan mulut pengguna jalan raya ini.

Terbaharu, pemilik akaun Facebook, Amin Hussin, menceritakan kejadian yang dialaminya di sekitar jam 10.30 malam di antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di Kesedar Paloh.

Ceritanya, sampai di lokasi berkenaan, kereta yang dipandu tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang sehingga langsung tidak nampak bahagian belakang.

"Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal. Cepat-cepat saya kejar kereta jenis Proton Exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat.

"Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan. Allahuakbar, saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya lagi, setibanya di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun 'kesan' yang ditinggalkan itu cukup jelas kelihatan.

"Syukur Ya ALLAH, kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku. Sampai di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.

"Nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat. Untuk pengguna jalan ini, hati-hati  memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.
Share:

Selasa, 14 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) HANTU NURE-ONNA


Hantu Nure-onna dalam kepercayaan orang Jepun di gambarkan sebagai hantu yang mempunyai badan ular dan kepala seorang wanita. 

Hantu ini penampilanya juga sangat mengerikan dengan mata yang berwarna merah serta gigi taring yang tajam dan rambut panjang sehinggakan membuat orang takut melihatnya. 


Kebiasaanya hantu Nure-onna ini sering muncul di sungai ketika ia sedang mencuci rambutnya. Zaman dulu-dulu para nelayan kecil di kawasan pendalaman Jepun amat takut untuk keluar pada waktu petang sehingga larut malam untuk mencari rezeki kerana takut terserempak dengan hantu ini.


Share:

Khamis, 9 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) KISAH ROH JAHAT SATORU KUN


Satoru Kun merupakan roh jahat yang menyerupai kanak-kanak lelaki. Dia tahu tentang segala benda dan dia juga boleh menjawab apa-apa sahaja soalan termasuk mengenai masa lalu dan juga masa depan.

Untuk menanyanya soalan perlu ada duit syiling dan juga telefon bimbit dan telefon awam.
Langkah-langkahnya:

1. Masukkan duit syiling ke dalam telefon awam dan dail nombor telefon bimbit anda.
2. Semasa ia berdering sebut " Satoru, Satoru, please come to me. Satoru, Satoru, tolong tunjukkan rupamu. Satoru, Satoru, kalau awak ada tolong jawab panggilan saya." Tutup telefon awam dan matikan telefon biimbit anda.

Satoru kun akan menelefon semula dalam masa 24 jam. Pada mulanya dia akan memberitahu di mana dia berada dan makin lama dia akan menelefon dengan kerap untuk memberitahu di mana dia dan makin lama kedudukannya akan makin dekat dengan anda dan dia akan berkata "Saya di belakang anda" Anda boleh tanya apa-apa sahaja soalan. 

Tetapi jangan telefon jika tiada soalan untuk ditanya dan jangan cuba untuk lihat Satoru Kun. Pastikan soalan juga ditanya dengan laju atau dia akan mengheret anda ke Neraka.


(Sekadar bahan bacaan hiburan)
Share:

Isnin, 15 Februari 2016

KISAH SERAM GANGGUAN PUNTIANAK JALAN SUNGAI ULAR


Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.

Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.

Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan. Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba.

Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja melepasi sebatang sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan.

Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang.

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas  mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,”katanya.

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada  seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya  malam.

Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.

Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali.

“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,”katanya.

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali.

Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak.

“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya.

Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.

“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,”katanya.

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya

TONTON INI

Share:

Selasa, 18 Februari 2014

JANGAN MAIN DEKAT TIANG SERI TU..

“JANGAN main dekat tiang seri. Nanti malam tak boleh tidur.”


Nasihat berbaur amaran oleh arwah datuk saudaranya masih terngiang-ngiang di telinga seorang kawan penulis setiap kali dia mengunjungi rumah tersebut.

Malah, hatinya berdebar apabila cuba menghampiri tiang yang terletak di tengah rumah itu.Berdasarkan seni bina orang Melayu dahulu, tiang seri merupakan tonggak sesebuah kediaman.
Terletak di tengah-tengah struktur bumbung, ciri utama yang membezakan tiang tersebut ialah jenis kayunya.

Menurut seorang ‘orang lama’, Rafie Dahlan, 57, rumah, masjid atau bangunan tanpa tiang seri tidak akan berseri.

Bagaimanapun, kata Rafie, dia tidak dapat memastikan sama ada benar atau tidak tiang seri mempunyai ‘penjaga’ seperti yang dikhabarkan oleh orang dahulukala.

“Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah diganggu ketika tidur berhampiran tiang seri.
“Saya rasa panas dan pernah meracau,” katanya yang kini menetap di Singapura.

Cerita Rafie lagi, terdapat beberapa upacara yang perlu dijalankan ketika memilih tiang seri hinggalah selesai kerja memasak.

Adat tersebut berbeza mengikut tempat dan negeri. Malah, ada juga masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai upacara ketika menegakkan tiang seri.

“Lazimnya, sebelum tiang lain ditegakkan, tiang seri ditegakkan dahulu menggunakan khidmat bomoh yang diyakini pakar mengenai rumah,” katanya.

Dalam kesamaran ingatan, Rafie menjelaskan semasa memasang tiang seri di rumah arwah bapanya di Jelutong, Pulau Pinang beberapa dekad lalu, bomoh berkenaan mengikat sehelai kain kuning pada kuda-kuda yang bersambung dengan tiang seri tersebut.

Pantang larang
Sebilah keris kecil turut diletakkan pada tiang seri yang diperbuat daripada kayu nyatuh itu.Menyentuh mengenai pantang larang , ia bermula ketika memilih pokok lagi.

“Menurut arwah ayah, pokok yang dipilih haruslah mengikut turun naik matahari. Hendak mengupas kulit pokok itu pun ada caranya,” kata Rafie.

Logik pemilihan sebegitu rupa berkait rapat dengan teknik pembinaan rumah oleh orang dahulu.Tanpa menggunakan paku dan hanya bergantung pada pasak, Rafie menyimpulkan ia sebab utama kenapa bukan sembarangan kayu boleh dijadikan tiang rumah.

“Kayu harus kuat, teguh untuk menampung bumbung serta tidak mudah pecah semasa dipahat.“Kayu juga mesti tahan panas dan hujan serta mampu merentasi masa hingga puluhan tahun lamanya,” ujar Rafie.

SAMA ada masjid atau kediaman tradisional Melayu, fungsi tiang seri adalah sama iaitu sebagai tonggak utama binaan.

Beliau turut memberitahu, cara mendirikan tiang seri di dalam rumah pun ada kaedahnya yang tersendiri.

Sambung Rafie, menurut cerita lisan orang lama, kayu tiang seri adakalanya dipilih daripada pokok yang mempunyai ‘kayu pasung hantu’.

Berbentuk seperti Hajarul Aswad, kayu pasung hantu merupakan dua batang kayu yang bercantum dan membentuk seperti lubang.

Dipercayai, makhluk halus tidak boleh menghinggapi kayu sebegitu. Secara tidak langsung, ia menjadi pendinding kepada rumah yang siap kelak.“Namun, tidak dinafikan masih terdapat makhluk halus yang singgah di tiang seri.

“Kepercayaan tersebut seringkali membawa kepada upacara tertentu ketika menegakkan tiang seri bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” jelas Rafie.

Dalam pada itu, meskipun rumah arwah bapanya telah roboh lebih 15 tahun lalu, tiang seri tersebut masih tegak berdiri di tempat asal.

Memegang nasihat bapanya agar tiang seri itu tidak diganggu, Rafie tidak mempunyai pilihan lain kecuali membiarkannya reput mengikut masanya sendiri.

“Bukan sebab percayakan perkara mistik di sebalik tiang seri itu namun disebabkan ia tiang pertama yang didirikan, jadi saya biarkan saja di situ,” katanya.
Share:

Isnin, 25 Februari 2013

JENIS HANTU-HANTU DI DALAM MASYARAKAT MELAYU KUNO DAN MODEN


Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog