Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label Kisah Hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Hantu. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2016

ADA HANTU TUMPANG KERETA KAMI


Kejadian misteri di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, bukanlah perkara baharu, malah ia sudah kalis menjadi bahan mulut pengguna jalan raya ini.

Terbaharu, pemilik akaun Facebook, Amin Hussin, menceritakan kejadian yang dialaminya di sekitar jam 10.30 malam di antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di Kesedar Paloh.

Ceritanya, sampai di lokasi berkenaan, kereta yang dipandu tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang sehingga langsung tidak nampak bahagian belakang.

"Saya jadi bingung, berulang kali saya tekan brek untuk lihat bias cahaya tapi gagal. Cepat-cepat saya kejar kereta jenis Proton Exora di hadapan saya, tiba-tiba kereta saya terasa amat berat.

"Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuan tetap perlahan. Allahuakbar, saya dan isteri rasa panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya lagi, setibanya di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun 'kesan' yang ditinggalkan itu cukup jelas kelihatan.

"Syukur Ya ALLAH, kerana selamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku. Sampai di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta.

"Nasib baik saya tidak lalai dan dapat meneruskan hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat. Untuk pengguna jalan ini, hati-hati  memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.
Share:

Selasa, 14 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) HANTU NURE-ONNA


Hantu Nure-onna dalam kepercayaan orang Jepun di gambarkan sebagai hantu yang mempunyai badan ular dan kepala seorang wanita. 

Hantu ini penampilanya juga sangat mengerikan dengan mata yang berwarna merah serta gigi taring yang tajam dan rambut panjang sehinggakan membuat orang takut melihatnya. 


Kebiasaanya hantu Nure-onna ini sering muncul di sungai ketika ia sedang mencuci rambutnya. Zaman dulu-dulu para nelayan kecil di kawasan pendalaman Jepun amat takut untuk keluar pada waktu petang sehingga larut malam untuk mencari rezeki kerana takut terserempak dengan hantu ini.


Share:

Khamis, 9 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) KISAH ROH JAHAT SATORU KUN


Satoru Kun merupakan roh jahat yang menyerupai kanak-kanak lelaki. Dia tahu tentang segala benda dan dia juga boleh menjawab apa-apa sahaja soalan termasuk mengenai masa lalu dan juga masa depan.

Untuk menanyanya soalan perlu ada duit syiling dan juga telefon bimbit dan telefon awam.
Langkah-langkahnya:

1. Masukkan duit syiling ke dalam telefon awam dan dail nombor telefon bimbit anda.
2. Semasa ia berdering sebut " Satoru, Satoru, please come to me. Satoru, Satoru, tolong tunjukkan rupamu. Satoru, Satoru, kalau awak ada tolong jawab panggilan saya." Tutup telefon awam dan matikan telefon biimbit anda.

Satoru kun akan menelefon semula dalam masa 24 jam. Pada mulanya dia akan memberitahu di mana dia berada dan makin lama dia akan menelefon dengan kerap untuk memberitahu di mana dia dan makin lama kedudukannya akan makin dekat dengan anda dan dia akan berkata "Saya di belakang anda" Anda boleh tanya apa-apa sahaja soalan. 

Tetapi jangan telefon jika tiada soalan untuk ditanya dan jangan cuba untuk lihat Satoru Kun. Pastikan soalan juga ditanya dengan laju atau dia akan mengheret anda ke Neraka.


(Sekadar bahan bacaan hiburan)
Share:

Rabu, 8 Jun 2016

(KISAH SERAM DARI JEPANG) KISAH HANTU TEKE-TEKE


Teke teke adalah bunyi yang dikeluarkan oleh hantu ini apabila bergerak (oleh sikunya). Hantu ini asalnya adalah seorang wanita yang kecewa dalam percintaan yang dikatakan telah membunuh diri dengan melompat ke landasan keretapi. 


Badannya putus dua di gilis oleh keretapi tetapi dendamnya yang melampau terhadap lelaki membuatkan bahagian atas badannya mengesot untuk terus membalas dendam. 

Walaupun putus dua, dia masih boleh bergerak dengan sangat laju dan kalau dia berjaya menangkap mangsanya, dia akan cuba memotong badan mangsanya kepada dua dengan sabit yang diciptanya.


Kisah hantu-hantu spesis dari Jepang ni lebih kurang juga dengan kisah-kisah hantu di negara kita. Walhal kisahnya tidaklah begitu menyeramkan namun macam biasalah..bila manusia sudah mencampur aduk dan tambahan dalam cerita tu untuk menampakan ia lebih seram dan menakutkan.


(Sekadar bahan bacaan hiburan)
Share:

Isnin, 15 Februari 2016

KISAH SERAM GANGGUAN PUNTIANAK JALAN SUNGAI ULAR


Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan sederhana.

Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil langkah memperlahankan kenderaan.

Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan. Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di sini,”katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara tiba-tiba.

Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas saja melepasi sebatang sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan menjadi semakin perlahan.

Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah- olah berlari menuju ke arah jalan dan sekelip mata hilang.

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang dipandu juga hampir terbabas  mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,”katanya.

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul disebabkan dahulunya ada  seorang wanita mengandung dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa tahun lalu di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam menyebabkannya  malam.

Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.

Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi sekali.

“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,”katanya.

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa amat berat sekali.

Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas minyak.

“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya.

Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.

“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh menafikan kewujudannya,”katanya.

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran saya pun tak tahu,”katanya

TONTON INI

Share:

Isnin, 25 Februari 2013

JENIS HANTU-HANTU DI DALAM MASYARAKAT MELAYU KUNO DAN MODEN


Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog