Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Sabtu, 21 Mac 2015

SYILING DALAM TIANG SERI RUMAH SERAMBI PAHANG


Pembinaan semula Rumah Serambi Pahang milik peng­hulu Kampung Kelola, Jerantut di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor mula menarik perhatian ramai.

Selasa lalu menyaksikan Majlis Menegakkan Tiang Seri rumah berkenaan yang disempurnakan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Majlis turut membabitkan proses memasukkan semula emas dan syiling perak yang ditemui dalam lubang kuku tiang seri itu ketika kerja membuka semula rumah berkenaan awal Februari lalu.


Syiling 2014 juga dimasukkan sebagai simbolik pembinaan semula rumah berkenaan. Keseluruhannya terdapat 16 tiang termasuk dua tiang seri.


Menurut Pengarah Muzium Warisan Melayu, Dr Muhammad Pauzi Abd Latif, selepas berjaya dipindahkan awal bulan lalu ke Muzium Seni Warisan itu kerja mencuci semua bahagian kayu termasuk tiang, dinding dan lantainya dilakukan sepenuhnya.

“Apabila betul-betul kering, semua bahan binaan itu disembur kawalan perosak untuk menghalang pembiakan anai-anai.

“Semua proses ini membabit­kan enam tenaga kerja, sementara proses menegakkan tiang pula me­nyaksikan empat lagi tenaga kerja diperlukan,” katanya yang terbabit secara langsung dari proses menjadi rumah warisan itu hingga memastikan ia siap dipasang semula sepenuhnya.

Beliau juga tidak menafikan pel­bagai cabaran dihadapi ketika memindahkan rumah itu kerana kayu cengal yang digunakan adalah bahagian teras dan terkenal dengan ketahanan serta berat.

Menceritakan proses pembinaan semula rumah itu, beliau berkata ia bermula dengan pemasangan dua tiang seri diikuti tiang yang lain.“Seterusnya binaan tulang bumbung juga dilakukan, kemudian barulah lantai rumah dipasang.

“Disusuli dengan proses meletakkan bumbung sebelum pemasangan tingkap, pintu dan dinding,” katanya yang begitu mengagumi seni bina Melayu apabila binaannya mengambil kira situasi jangka panjang.

Dalam usaha terus mempertahankan keunikan rumah berkenaan, pada bahagian kayu yang sudah rosak, ia diganti dengan material jenis sama.“Penggunaan kayu cengal menjadi keutamaan dalam memulihara keaslian rumah ini,” katanya.

Dijangka siap sepenuhnya pada April nanti, rumah tradisional Pahang itu bakal menjadi salah satu khazanah unik di Muzium Warisan Melayu selepas Rumah Negeri Sembilan, Rumah Perak, Rumah Tereng­ganu.

Rumah Serambi Pahang
Tiga kali dilanda banjir besar iaitu pada 1926, 1971 dan tahun lalu cukup menguji ketahanan rumah tradisional berusia 91 tahun ini untuk diangkat antara kediaman paling unik dan sarat dengan nilai keindahan. Inilah antara satu-satunya yang mempunyai balai dan struktur kayunya masih utuh.

Ia dimiliki Penghulu Mukim Kelola, Ismail Khatib Bakar dan isterinya, Tijah Dolah.Dibina sendiri Ismail pada 1924 dan beliau dikatakan ada pertalian darah dengan Tok Pahlawan Gendut iaitu antara pejuang Pahang yang menentang pendudukan Inggeris di Tanah Melayu.

Share:

0 comments:

PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog