Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
Satu kejadian unik berlaku ke atas seorang bayi yang baru dilahirkan kerana didapati sedang ‘hamil’ anak kembar.
Menurut laporan media Hong Kong, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.
Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.
Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.
Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.
Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.
Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.
Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.
“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan