Kali ini kru PAG bersama kru PF pergi semula ke lokasi episod pertama yang dikatakan kedengarannya suara ke 5 di dalam klip tersebut.Di waktu itu kru PAG hanya 4 orang sahaja.Ketika rakaman dibuat,dengan secara tidak sengaja kamera kompak jenis Olympus Tengku AJ merekodkan suara kelima yang menyebut I KILL YOU sebanyak 2 kali.
Setelah di kaji dan diteliti semula kru PAG berasa hairan kerana suara itu timbul di celah celah kemengahan 4 orang kru PAG.Inilah sejarah permulaannya keinginan 3 adik beradik menubuhkan dan memperkuatkan lagi nama PAGparanormal yang lebih dikenali kru Pengembaraan Alam Ghaib.
Pencarian Entiti diteruskan episod demi episod sehingglah kami berkenalan dengan rakan-rakan paranormal yang lain.Terima kasih untuk mereka yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung.
Sedikit gambar di lokasi..
Kru memulakan pendakian sekitar jam 12.05 malam.
Kru PF mendaki dengan penuh teliti keadaan sekeliling.
Kru berhenti sementara untuk mengambil gambar.
Suasana sebenar di waktu malam semasa pendakian.
Az PAG teruja dapat kembali semula ke lokasi lebih lebih lagi pada waktu malam.
Gadget terbaru PAG (Wireless 4 channel infrared cctv)
Semua tenang dan gembira setelah tiba di lokasi.
Pokok Mangga yang tidak diketahui usianya.
Tengku Ash tetap ceria walaupun keletihan.
Kru meletakkan barang-barang di kawasan lapang dan berhenti berehat untuk seketika.
Atoi bersiap sedia untuk melakukan tugas dengan menggunakan EVP with PARABOLIC.
Az PAG sedang menerangkan apa yang berlaku pada rakaman episod pertama PAG.
Az PAG terdengar sesuatu di celahan rimba..
Beginilah rupa dan suasana sebuah kuaters tinggal di waktu malam.
Semak dan pokok pisang mengelilingi rumah tersebut hingga menyukarkan kru untuk memasukinya.
Beberapa Orbs berada di atas kepala kru.