Kali ini, kru Pengembaraan Alam Ghaib yang membuat kajian paranormal bersama pasukan Penyingkap Fakta bergerak ke lokasi terbaru yang dikatakan penuh dengan cerita misteri seperti dikatakan tempat perkampungan BUNIAN yang menghuni di kaki Gunung Nuang.
Tiba di lokasi, kami seramai 10 kru bersiap dan mula bergerak ke lokasi pertama. Mazidul Akmal Sidik yang mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang kewartawanan terus memulakan pengembaraan kami.
Rahmat XPAR yang berpengalaman dalam bidang paranormal (GAMBAR) memberi taklimat sedikit mengenai keselamatan dan misi-misi yang bakal di lakukan.
LOKASI PERTAMA. Kru terus menyediakan kelengkapan barang-barang paranormal seperti Video kamera dan Motion Detector yang akan diletakkan di hadapan sebatang pokok besar agar dapat merakam sesuatu.
Seperti biasa, seorang kru dengan tugasan untuk memegang Parabolic Recorder yang terus di rekod ke EVP untuk mengesan suara/bunyi Entiti yang ada di kawasan tersebut.
Kelihatan Orb yang berada di belakang Ashraf Zainon.
Seterusnya, kami terus berkumpul ke lokasi ke-2 dengan membawa kelengkapan barang untuk merakam,merekod sesuatu yang menarik di kawasan tersebut.
Kami diarahkan oleh Mazidul Akmal Sidik Penyingkap Fakta mengarahkan supaya kami semua memadamkan lampu/cahaya yang ada pada ketika itu. Dan seterusnya Mazidul terus mencabar seperti mana team paranormal luar negara pernah lakukan.. ini kata-kata Mazidul Akmal Sidik:

"Baiklah, jika kawasan ini dihuni entiti tidak mampu dilihat dek mata kasar, kami meminta kerjasama semua untuk memunculkan diri barang seketika. Kehadiran kami di sini sekadar untuk merakamkan gambar dan audio, itu sahaja dan tidak lebih dari itu.
Kami mempercayai kewujudan alam ghaib, justeru kami percaya dunia ini dikongsi bersama. Andai permintaan kami ditunaikan, kami akan meninggalkan tempat ini tepat pada jam 3 pagi kerana kami tidak berhasrat untuk mengancam sesiapa. Jadi muncullah!," kata Mazidul Akmal Sidik.

Keadaan sangat sunyi ketika itu, kru terus memerhatikan keadaan sekeliling dan cuba mendengar sesuatu yang aneh dengan menggunakan Parabolic Recorder.
Apa yang diluahkan oleh mazidul akmal sidik selama 30 minit, tiada respon yang berlaku ketika mazidul mencabar entiti tersebut untuk keluar tampilkan diri.
Setelah tepat Jam 3 pagi, kami bingkas bangun dan beredar dari kawasan berhampiran pohon buluh tersebut dan terus berkumpul ke kenderaan masing-masing.
Keputusan kajian pada malam itu agak mengecewakan kerana apa yang kami harapkan tidak berlaku. Terima kasih kepada semua kru kerana sudi untuk bersatu buat kesekian kali.