Tersebutlah al kisah kelibat wanita berambut panjang dan seekor kelawar besar yang mendiami rumah usang di kampung Juasseh n9.
Dari bualan mulut ke mulut masyarakat kampung tersebut membuatkan kami teruja untuk membuat rakaman di dalam rumah tersebut yang telah berpuluh tahun lamanya ditinggalkan.
Kisah rumah pusaka tersebut bermula dengan seorang nenek tua yang ditinggalkan keseorangan oleh tiga anak kandungnya sendiri dan tinggal bersama anak angkat yang tidak pernah penat lelah menjaganya.
Usia beliau semakin hari semakin uzur hingglah beliau menghembuskan nafas yang terakhir didalam rumah tersebut.dimandikan,dikafankan dan dikebumikan oleh anak angkat kesayangannya bersama penduduk setempat dan dari situlah bermulanya perebutan hak milik tanah dan rumah pusaka tersebut oleh tiga anak kandungnya yang sebelum ini tidak pernah menjenguk `nenek`(maknya) itu semasa hidup.
Setelah bercakaran sesama sendiri,akhirnya anak sulung berjaya mendapatkan tanah dan rumah pusaka tersebut.tidak lama kemudian,anak sulung itu secara tiba-tiba meninggal dunia di dalam rumah tersebut tanpa tahu apa puncanya.sehinggalah anak yang kedua mengambil alih wasiat itu dan juga turut meninggal dunia di rumah yang sama.begitu juga dengan anaknya yang bongsu..akhirnya rumah itu tiada pewarisnya hingga di biar usang..Setelah lama ditinggalkan,ramai penduduk setempat yang terserempak dengan kelibat wanita berambut panjang berwarna putih melintas mengililingi rumah tersebut di waktu pagi dan petang.
Jika diwaktu malam,laluan dihadapan rumah itu tidak siapa pun yang berani melaluinya.Jiran yang bersebelahan dengan rumah tersebut pula selalu mendengar bunyi pinggan mangkuk berbunyi seolah olah ada penghuni yang menggunakannya.
Sebelum ini pada tahun 2006 kami pernah mengambil gambar didalam rumah tersebut hanya dari luar kerana dinasihatkan oleh `makcik` jiran hadapan rumah tersebut supaya rumah itu tidak diganggu kerana takut perkara buruk akan menimpa kami dan orang kampung.
Akhirnya kami Kru P.A.G mengambil keputusan untuk datang semula ke lokasi yang sama untuk merakamkan sesuatu dengan bantuan jiran rumah tersebut.
Kami cuma dapat merakamkan situasi didalam rumah tersebut pada waktu siang kerana kami telah dinasihatkan tidak berbuat pada waktu malam kerana dikhuatiri membahayakan diri kami.JOM KITA SAKSIKAN...
LINK VIDEO https://www.youtube.com/watch?v=tTm2zAfm8Bs
0 comments:
Catat Ulasan