Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label MITOS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MITOS. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2015

ORANG RAMAI DAKWA IA ISTANA RAJA BERSIONG?


ALOR SETAR – Istana terbiar berusia lebih 100 tahun di Bukit Tinggi, Kepala Batas bukan Istana Raja Bersiong sebagaimana yang dihebahkan dan diperkatakan orang ramai di negeri ini.

Pengerusi Persa­tuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd. Yusof sebaliknya berkata, istana tersebut ialah kepunyaan Tunku Dhiauddin ibni Sultan Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Tunku Kudin, Raja Muda Kedah ketika pemerintahan abangnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1854 hingga 1879.

“Istana itu sama sekali bukan milik Raja Bersiong. Raja Bersiong tidak wujud dalam pemerintahan raja Kedah, ia hanyalah satu episod dalam Hikayat Merong Mahawangsa,” kata beliau di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, istana tersebut dibina Tunku Kudin selepas dia dipecat abangnya sebagai Raja Muda Kedah kerana campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor ketika Perang Saudara Selangor pada 1867.

Istana dua tingkat itu, kata Wan Shamsuddin, dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.

Selain itu, menurutnya, banyak tempat-tempat lama di Kedah dianggap mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong termasuk kubur Raja Bersiong di Kuala Muda, tiang bendera Raja Bersiong di Tikam Batu serta keris di Kampung Kota Bukit, Jeneri, namun kesahihannya diragui.

Tinjauan Bernama mendapati, istana yang terletak di jalan utama berdekatan Taman Tabung Haji, Kepala Batas itu kini terbiar dengan semak samun, malah turut diletakkan sebuah tong sampah besar di hadapan tinggalan bersejarah tersebut.

Share:

Selasa, 18 Februari 2014

SERIGALA JADIAN WUJUD? FAKTA ATAU AUTA?


Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan bertukar menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.

Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.

Kepercayaan tahyul
Mempunyai musuh yang amat ketat, iaitu puntianak (vampire).
Kebal terhadap kebanyakan senjata, kecuali yang diperbuat daripada perak.

Serigala Jadian Wujud


PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.

Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.

Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.

Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?

Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.

Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.

Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.

Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!

Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.

Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.

Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ?lycanthropy? dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.

Pengarang buku ?Penyakit Mental Luar Biasa?, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: ?Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.?

Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.

Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.

Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.

Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.


Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog