Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Memaparkan catatan dengan label Gambar Hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Hantu. Papar semua catatan

Isnin, 10 Julai 2017

PENGHUNI BAHARU TERTANGKAP GAMBAR HANTU BUDAK KECIL


Ini adalah gambar yang diambil disebuah rumah bekas berlakunya kes pembunuhan sebuah ahli keluarga pada 13 November 1974.

Gambar ini diambil selepas rumah ini dibeli oleh pasangan George dan Kathy Lutz. Walaupun telah dimaklumkan tentang apa yang pernah berlaku dirumah ini suatu ketika dahulu, mereka tetap ingin membelinya. 

Dan ini apa yang mereka dapat!
Share:

Rabu, 14 Jun 2017

ADA ORANG SENGAJA BUBUH GAMBAR HANTU KAT SITU..


Di laman sosial heboh sejak Isnin apabila gambar yang dirakamkan penyanyi Wany Hasrita wujud imej wanita berambut panjang di belakangnya dipercayai 'hantu'.

Namun penyanyi Menahan Rindu itu berkata, perkara itu tidak benar dan ia sekadar gurauan pengguna media sosial.

"Mana ada hantu, itu semua mereka sunting sahaja, kalau lihat gambar asal tiada apa-apa pun di belakang saya.

"Gambar itu diambil tahun lalu, entah mengapa baru disunting dan mereka letak imej hantu pula. Tapi saya sudah jelaskan di ruangan komen gambar tersebut supaya peminat tidak mempercayainya," ujar Wany.

Dalam pada itu, Wany berkata, dia tidak mengambil serius perkara berkenaan kerana bukan perkara besar.

Namun dia mengakui bimbang perbuatan suntingan gambar oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan tidak baik.

"Dalam hal ini mereka sengaja ingin bergurau tapi secara jujurnya memang ada rasa bimbang kerana gambar suntingan seperti ini jika disalah guna akan jadi lebih teruk.

"Ia seperti melibatkan kes-kes artis beberapa hari ini yang mana boleh menjejaskan imej mereka," ujarnya.

Share:

Rabu, 16 Disember 2015

PENDUDUK RAKAM GAMBAR HANTU DI BELAKANG RUMAH


Foto ini di ambil oleh seorang penghuni sebuah taman yang mendakwa selalu mendengar bunyi-bunyi aneh di belakang rumahnya. Pada mulanya ia menyangka ianya sekadar bunyi deruan angin kerana sekarang musim hujan. Namun bunyi-bunyi aneh tersebut masih lagi berulang setiap hari.

Yang peliknya para jiran-jiran tidak mendengar apa-apa yang aneh berlaku di kawasan terbabit. Dengan rasa ingin tahu, beliau terpaksa meminjam sebuah camcoder `night vision` dari seorang rakan pejabat. Pada suatu malam beliau merakam beberapa gambar (footage) yang menyeramkan,

Waktu itu jam 2.15 pagi dan keadaan semakin dingin. Beliau tabahkan diri untuk melakukannya. Setelah merakam, beliau pulang dan mengupload kesemua rakaman terbabit ke dalam lappy (laptop) beliau. Beliau terkejut kerana didalam gambar terbabit terlihat beberapa objek atau entiti yang menyeramkan. Beliau sendiri terkejut dengan hasil rakaman itu.

Sehingga kini beliau masih diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan misteri. Beliau juga mendakwa kawasan terbabit adalah kawasan `orang lain` sebelum kawasan perumahan itu di bangunkan. Namun pihak pengkaji alam ghaib (paranormal) masih belum mensahihkan gambar terbabit adalah benar atau sebaliknnya.

Share:

Ahad, 23 Ogos 2015

PENSYARAH TAK TIDUR MALAM KERANA KELIBAT POCONG?


Georgetown: Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, semalam.

Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.

Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya di Georgetown, di sini, semalam.

Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.

"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.
Share:

Selasa, 4 November 2014

RAKAMAN JELMAAN PUNTIANAK HOSPITAL BANTING


Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.


Berhenti sebar gambar!!

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.
Share:

Jumaat, 25 April 2014

RAKAM GAMBAR HANTU DI ISTANA TANTALLON SCOTLAND

Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.

Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.

Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.

Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.

Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap.

"Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun.

"Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace. - Agensi

GAMBAR menunjukkan imej dipercayai hantu (dalam bulatan) yang dirakam di Istana Tantallon, Scotland 32 tahun lalu.
Share:

Rabu, 2 April 2014

SAINTIS MAHU SIASAT KESAHIHAN GAMBAR HANTU


LONDON - Sekumpulan saintis mengundang orang ramai menghantar koleksi gambar hantu kepada mereka bagi merungkai misteri paranormal, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis tersebut meminta orang ramai menghantar gambar itu supaya mereka boleh melakukan kajian teliti mengenai imej hantu.

Projek itu adalah sebahagian daripada program Festival Sains Edinburgh.

Satu daripada foto yang paling pelik diterima kumpulan itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh seorang remaja, Matthew Summers, 17, pada tahun lalu.

Gambar sekumpulan rakan yang dirakamkan Summers menunjukkan kepala seorang kanak-kanak menjulur keluar dari celah paha seorang rakannya.

Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.

"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."

Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.

Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.

"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding,"


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog