Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 26 November 2013

PEMBURU HANTU DAKWA DAPAT TANGKAP EMPAT LANGSUIR DALAM SATU MALAM


KELANTAN : “Berikutan rupanya di belakang serta wajahnya tidak seperti perempuan, langsuir pemalu kepada wanita, namun meminati lelaki,” kata pengamal perubatan tradisional, Ramli Yusof, 41, yang mendakwa berjaya menangkap ribuan hantu sepanjang empat tahun pembabitannya dalam bidang itu.

Terbaru, lelaki berasal dari Kampung Gong Manok, Semerak, dekat sini, mendakwa berjaya menangkap empat langsuir, masing-masing dua di Gong Pasir, Gong Tinggi (satu) dan Gong Lapang (satu), dekat sini, minggu lalu.

Sebelum itu, 5,000 penduduk dari tiga kampung terbabit selain Kampung Tasek dan Penaga Putar (Jerteh, Terengganu) dikatakan takut keluar rumah terutama selepas jam 9 malam sejak beberapa minggu lalu.

Ini kerana ada beberapa penduduk mendakwa pernah terserempak dan diganggu makhluk itu yang dikatakan suka mengilai dan terbang.

Ramli berkata, dia bersama seorang lagi rakannya berjaya menangkap empat langsuir itu selepas dikatakan sering mengganggu penduduk di kampung berkenaan.

Katanya, makhluk itu ditangkap dalam tempoh tidak sampai sepuluh minit dengan membaca beberapa ayat suci Al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya’ balik ke tempat asal selepas 40 hari ditangkap. Ia tidak boleh dilepaskan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri boleh mengganggu orang lain.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu penduduk memberitahu terdengar langsuir melolong seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang tidak dapat menunjukkan langsuir yang ditangkap kerana bimbang menimbulkan riyak dan ia adalah syarat perubatan yang perlu dipatuhinya.

 Cerita langsuir yang dikatakan mengganggu penduduk membabitkan beberapa kampung berkenaan menjadi bualan hangat apabila isu itu dikesan tersebar meluas di laman sosial Facebook.

 Tinjauan mendapati, ada penduduk mendakwa terserempak dengan makhluk itu yang dikatakan berbadan merah menampakkan seperti isi daging manusia dengan dua gigi taring tajam di bibir bawah.

 Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia menyaksikan sendiri kelibat lembaga terbang sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan motosikal seorang diri, kira-kira jam 12 tengah malam, minggu lalu.

 Katanya, walaupun tidak nampak secara jelas, dia memberanikan diri untuk memberhentikan motosikal dan ketika itu, kedengaran jelas suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya berdiri.

“Perasaan takut datang lagi ketika tersedar daripada tidur pada malam itu kerana sebelum ini saya ada terdengar orang kampung bercerita mengenai langsuir, namun, saya tidak percaya sehinggalah berdepan dengannya sendiri,” katanya.

“Suara langsuir itu cukup menyeramkan saya,’ katanya.

 Sementara itu, Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai gangguan langsuir itu kerana hanya mengetahuinya melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya, tak nak percaya tak boleh juga, kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma, jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman, kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

 Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’, namun, mereka (bomoh) itu perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura-pura terperangkap.

“Sekalipun langsuir yang didakwa penduduk itu mungkin betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin jahat yang hanya mahu mengganggu manusia.

“Paling penting, orang ramai terutama yang beragama Islam perlu yakin Allah sentiasa menguji makhlukNya supaya tidak lupa serta sentiasa mengingatiNya,” katanya.

Petikan dari Harian Metro Online 26 Nov 2013

Share:

Isnin, 18 November 2013

KES REMAJA HILANG DI BANGLO VILLA NABILA JOHOR


Berita Paranormal dari JB : Ramai yang melaporkan bahawa sekumpulan 23 dari 30 orang telah 'ghaib' di sekitar kawasan Villa Nabila di Johor Baharu.Sebilangan mereka adalah lepasan SPM.Ya atau tidak berita ini belum di sahihkan.

*Krew PAG dari JB (Tengku Yusz) akan melaporkan keadaan semasa disana.

 Kisah yang pernah kami (PAG) dengar 5 tahun lepas sebelum kami pergi sendiri ke lokasi yang dikenali Banglo Villa Nabila.Benar atau tidak hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

Info dari seorang individu yang lebih ...dikenali sebagai guru silat dari Perak.Beliau pernah menceritakan kisah suku sakat jin ifrit dan iblis dari setiap pelusuk dunia berkumpul seolah olah bermesyuarat di rumah terbabit pada malam dan tarikh tertentu.

Ada diantara mahluk terbabit bukan sahaja berbentuk ngeri dan menakutkan dan ada di kalangan mereka mampu menyerupai seekor biawak besar,labah-labah besar dan juga kelawar besar.

Saiznya boleh dikatakan luar biasa jika ia menjelma di depan manusia. Kita sebagai manusia yang tidak nampak akan kewujudan mereka mungkin melakukan kesilapan ketika berada di lokasi terbabit dan membuatkan mereka marah..Wallahu a'lam.

"This property located at hillside of Johor known as Danga Bay. Villa Nabila has been evacuated and abandoned as result of robbery incident which claims the life of the entire tenants residing in it previously. Basically, it was learnt that the building belongs to a rich family, and it was attacked by armed robbers who went ahead and kills all the occupants’ ‘what a wickedness’’. It was reported that the souls of those killed were roaming around the compound which turn the place to be very haunting. Actually, some ghost investigators went in and miss on the process ,only to escape right after dawn."

InsyaAllah penghujung tahun 2013 ini PAGparanormal akan kembali merungkai segala kisah mistik banglo misteri ini.

Jom tonton video ketika PAGparanormal melakukan tinjauan di villa terbabit. Klik Sini

Update berita terkini dari Krew PAG Ron Asraff Tengku Yusz.

Share:

PAG & WPT BUAT KAJIAN PARANORMAL BERSAMA SECARA LIVE STREAMING


Buat pertama kali PAGparanormal Malaysia dan Wujud Paranormal Team melakukan kajian bersama.Kajian kali ini memperlihatkan sesi rakaman secara live streaming oleh pihak WPT dan rakaman offline (youtube) oleh pihak PAGparanormal.

Dua sukarelawan akan di bawa ke lokasi dan masing-masing dibawa oleh WPT & PAG sendiri.Sila layari Facebook PAGparanormal untuk keterangan lebih lanjut.Sekian terima kasih.
Share:

Rabu, 6 November 2013

KISAH MISTERI KERETA VOLKSWAGEN KUNING DALAM FILEM SERAM KARAK

Gambar dari Filem KARAK

Seram! Misteri Kereta Volkswagen Kuning Di Lebuhraya KARAK  yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu pengguna lebuhraya tersebut (Lihat gambar dibawah).

Kehadiran Hantu Volkswagen kuning ini yang mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, akan tetapi kewujudannya tidak dapat disahihkan kerana tiada bukti kukuh.Mungkin juga ia sekadar cerita yang inginkan pengguna jalanraya terbabit sentiasa berhati-hati ataupun ianya sekadar cerita seram yang direka untuk menakut nakutkan orang.

Sehingga kini kisah lebuhraya KARAK sentiasa dibualkan oleh masyarakat dan terkenal dengan kisah-kisah misterinya tersendiri.


Buat pertama kali kisah KARAK telah di MOVIEkan oleh sebuah produksi terkenal iaitu KRU Studios.Bagi kami filem seram KARAK ini adalah salah satu filem seram yang berjaya di layar perak.Dari segi teknik penggambaran dan special efeknya juga amat memuaskan hati penonton.

Pengarah
Yusry Abd Halim
Penerbit
Norman Abdul Halim
Yusry Abd Halim
Edry Abdul Halim
Pengarang
Yusry Abd Halim (Lakon layar)
Norman Abdul Halim (Cerita Asal)
Lakonan
Shahir AF8
Shera Aiyob
Kilafairy
Md Eyzendy
Penyuntingan
Hafizan Malek


Trailer Karak dari KRU Studios
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog