Social Icons

Wednesday, August 24, 2011

Membongkar kisah seram di Penjara Pudu

Episod kali ini kru PAG bersama rakan2 kru PF teruja untuk berada di lokasi yang amat dikenali dengan kisah2 seram dan mistiknya iaitu Penjara Pudu.
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.



Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Tembok Penjara Pudu siap dibina 1892


Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X


Sebelum bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892. Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.

Pada tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.Blok D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960 hingga 1993.
Penempatan utama blok C dan D bangunan pertama didirikan pada tahun 1891.Pada mulanya kru PAG yang menerima tugas untuk menyiasat blok D dari aras 1 hingga ke aras 2 tidak mengetahui kisah asal usul blok D tersebut.Dengan hati yang tenang dan penuh berhati-hati kami teruskan pencarian.

Intro dari Kru PAG di lokasi.
Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini.Kru PAG agak hampa kerana dlm keadaan gelap gelita dan suasana penuh seram,malangnya kami tidak menjumpai bilik GANTUNG tersebut.


Muatan asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah dengan kadar muatan selesa.
Pada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.
Bilik penempatan yang menjadi saksi pada tahun 1985 banduan terpaksa tidur bergilir-gilir kerana kesesakan.

Sedikit gambar yang dapat kami rakamkan..






Dokumentari PAGparanormal Penjara Pudu.

 
Blogger Templates