Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 20 Januari 2020

PATUNG ELSA BERHANTU??


Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak patung Elsa, watak dari filem animasi Frozen kembali semula ke kediaman mereka selepas dua kali dibuang.

Anak patung berkenaan milik anaknya, Aurelia yang diberikan sebagai hadiah sempena perayaan Krismas.

Emily Madonia berkata, ketika mula patung itu dibawa ke kediaman mereka, ia sudah menunjukkan keanehan apabila menyanyi dan bercakap dalam bahasa Sepanyol ketika ia dalam mod ‘off’.

Media disana melaporkan, Emily dan suaminya membuat keputusan untuk membuang patung berkenaan.

“Namun, beberapa minggu kemudian, patung berkenaan dijumpai duduk di atas bangku di luar rumah kami.

“Kejadian itu menyebabkan kami berasa sangat hairan dan membungkusnya dengan plastik sampah yang kemudian dimasukkan ke dalam plastik lain dipenuhi pelbagai sampah.

“Plastik itu kemudian diletakkan pada bahagian paling bawah dalam tong sampah dan ia dikutip oleh lori pada hari sama,” katanya.

Keluarga itu kemudian keluar bercuti selama beberapa hari dan tidak teringat mengenai anak patung itu.

“Tetapi, selepas kami pulang, Aurelia mengatakan bahawa dia ternampak anak patung itu berada di belakang rumah kami,” katanya.

Emily berkata, memandangkan cara membuang patung itu tidak berjaya, maka mereka membuat keputusan untuk menghantar kepada rakannya yang tinggal berjauhan.

“Saya mengirim patung itu kepada Chris yang tinggal 2,400 kilometer dari sini dan menceritakan kisah aneh yang berlaku.

“Sejak menerima Elsa, dia menyimpan anak patung itu di bonet keretanya untuk memastikan ia tidak ke mana-mana,” katanya.
Share:

1 comments:

HAMIDIsP berkata...

Macam-macam kisah misteri di dunia ni kan. Menakutkan.

PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog