Presiden Filipina, Rodrigo Duterte (gambar kecil) menolak untuk tinggal di Istana Malacanang kerana mempercayai tempat itu berhantu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Istana yang terletak di Manila itu dibina pada tahun 1750 dan didiami oleh barisan presiden Filipina sejak negara tersebut mencapai kemerdekaan pada 1945.
Duterte bagaimanapun mendakwa bahawa istana rasmi Presiden Filipina itu mempunyai terlalu banyak hantu.
Penghuni paling terkenal mendiami istana itu ialah diktator Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda Marcos. Mereka tinggal di Istana Malacanang sejak 1965 sehingga digulingkan dalam kebangkitan rakyat Filipina dalam tahun 1986.
Suasana di dalam istana terbabit
Sepanjang pemerintahan pasangan suami isteri itu, ramai musuh politik dan pembelot dipercayai diseksa dan dibunuh di sebuah kamar di Istana Malacanang yang dikenali sebagai Bilik Hitam.
Duterte turut memberitahu bahawa beliau pernah mengalami pengalaman seram ketika bertugas sebagai perunding untuk Presiden Gloria Arroyo sekitar 15 tahun lalu.
“Saya dipanggil bertemu Arroyo pada pukul 2 pagi dan dibawa ke ruang tamu yang dipenuhi dengan lukisan presiden Filipina.
“Kesemua presiden itu merenung ke arah saya. Bulu roma saya meremang, saya lantas keluar dari tempat itu,” ujar Duterte.
Menurut Duterte, beliau berkemungkinan tinggal di sebuah banglo berdekatan, Arlegui. Rumah agam itu pernah didiami oleh Presiden Cory Aquino dan Fidel Ramos sekitar tahun 1990-an.
Satu gambar yang di kaitkan dengan hantu tanpa kepala di hadapan istana terbabit
0 comments:
Catat Ulasan