Gua gelap terletak ribuan kaki di sisi Gunung Timbac di lokasi terpencil di Filipina menjadi tempat persemadian akhir Ibaloi. Bagi upacara pengebumian mereka, orang Ibaloi menyalai mayat selama beberapa bulan untuk menjadikannya mumia yang digelar 'mumia api' sebelum diletakkan di dalam gua berkenaan.
Amalan pengebumian puak itu dilakukan sehingga penjajahan Sepanyol, 400 tahun lalu malah ada antara mumia disimpan di situ sejak lebih 1,000 tahun lalu tanpa diusik atau dirosakÂkan sehingga kurun ke-19.
Sayangnya, walaupun hanya beberapa gua dibuka kepada orang ramai, kebanyakannya menjadi sasaran penjarah dan vandalisme sejak beberapa tahun kebelakaÂngan ini.
Dipercayai hanya beberapa orang tua Ibaloi mengetahui lokasi khusus 80 gua yang dianggap suci itu, malah pelbagai ritual kuno masih dilakukan di lokasi berkenaan sehingga hari ini.
Edgar Alan Zeta-Yep, 31, sanggup mendaki Gunung Timbac untuk merakamkan gambar mumia api berkenaan, dua dekad selepas melihat salah satu mumia berkenaan dipamerkan di muzium di Bangoiu.
"Mumia ini sungguh mempesonakan. Perasaan bercampur-baur ketika merangkak di dalam gua untuk mengambil gambarnya, tidak dinafikan terasa juga seram dan ngeri.
"Selepas membaca mantera, pemandu Ibaloi kami mengangkat kain yang menutup mumia itu. Semuanya terbaring dalam keadaan meringkuk di dalam keranda kayu, malah ada yang tangannya dilihat menutup muka seolah-olah silau dengan lampu suluh kami.
"Mumia ini diawet dengan baik sehingga kami dapat melihat tatu yang masih melekat pada tangan serta kaki," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan