Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Khamis, 28 Ogos 2014

MAMPUKAH "JIN" MENYETUBUHI MANUSIA DAN CARA ATASI GANGGUANNYA


Boleh kah jin menyetubuhi manusia?
Jawapannya - boleh.

Bagaimana jin menyetubuhi manusia?
Jawapannya - ada dalam tidur, ada separa sedar dan ada disetubuhi sewaktu jaga
.
Bolehkah manusia melahirkan anak Jin?
Jawapannya - boleh. Jin perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jika bersetubuh dengan manusia lelaki dan manusia perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jin jika disetubuhi jin.

Bolehkah seseorang perempuan yang disetubuhi jin hilang dara?
Jawapannya ialah besar kemungkinannya. Apa yang berlaku dikebanyakkan kes ialah tangan mangsa digunakan jin untuk dimasukkan kedalam kemaluan. Ada juga kes simangsa dapat rasa kemasukan kemaluan jin secara fizikal kedalam kemalaun dimangsa. Mudah cakap boleh hilang dara.

Apakah Simptom seseorang yang disetubuhi dengan jin / bunian?
Jawapannya ialah banyak simptom yang ada. Antara simptom yang jelas dan amat ketara adalah seperti berikut:-
bermimpi dalam tidur atau separa tidur melakukan hubungan seks dengan sesuatu atau seseorang dan perasaan mimpi itu dirasakan seolah olah benar-benar berlaku.

Mimpi. iaitu mimpi berkahwin dengan seseorang dan mempunyai bayi dan menjaga bayi tersebut. Perasaan sayang yang terlampau pada pasangan 'mimpi' dan juga pada bayi 'mimpi' tersebut.

Simptom-Simptom Awal Gangguan Jin

A) Di dalam keadaan berjaga
Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah
Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
Bau nafas yang terlalu busuk
Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
Bayi kerap menangis
Belakang tengkuk / bahu terasa berat
Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
Berubah hati terhadap semua orang yang disayanginya
Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
Bunyi guli di atas syiling
Bunyi orang berjalan di dalam / bahagian atas rumah
Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
Darah haid turun lebih dari 15 hari
Gagal melakukan hubungan kelamin
Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
Hujung jari kaki / tangan terasa menyucuk / kebas
KemurunganKerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
Kerap keguguran
Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
Malas mengerjakan Solat dan beribadat
Marah secara keterlaluan / panas baran
Melihat jin / hantu secara terus
Mendengar suara berbisik / menyergah
Nafsu seks yang melampau / tidak normal
Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik
Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
Sakit Jiwa / Mental
Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
Sakit perut tanpa sebab klinikal
Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
Sering pengsan tanpa sebab klinikal
Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil
Suka bangun tidur selepas tengahari
Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga-diri
Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
Suka melihat diri di dalam cermin
Suka menggulung rambut dengan jari
Suka tidur pada siang hari
Sukar mendapat jodoh
Sukar mendapat zuriat / Mandul
Sukar tidur malam
Tanda lebam pada anggota badan
Terasa ada lembaga tidur bersama / menganggu / berdialog ketika tidur
Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
Terasa bahu ditepuk dari belakang
Terasa terkena renjisan air

B) Di dalam tidur
Bermimpi bayi / kanak-kanak 
Mengunyah gigi sewaktu tidur
Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
Mimpi makan 
Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
Mimpi yang menakutkan
Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
Terdapat pelbagai lagi simptom-simptom yang ada selain dari yang di atas..Wallahu a’lam bis sha'wab.

Cara penyelesaiannya?
Bagaimanakah caranya untuk kita menghindari diri dan keluarga kita dari segala gangguan makhluk-makhluk halus ini. Ada beberapa cara untuk kita memastikan kelangsungan kehidupan kita bebas dari segala perkara sebegini, namun ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan haruslah juga diistiqamahkan perbuatan kita. Berikut adalah antara caranya untuk menghindari dari sebarang gangguan makhluk halus.
Menghidupkan rumah kita dengan ibadah solat-solat sunat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, khususnya Surat Al-Baqarah di rumah kita, karena sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin akan lari dari rumah yang sering kedengaran bacaan Surah Albaqarah di dalamnya.

Membaca Ayat Kursi sebelum tidur, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, syaitan dan jin tidak akan mampu mendekati orang yang membaca Ayat Kursi sebelum tidurnya sehinggalah ia bangun kembali dari tidurnya.

Membaca Surat Al-falaq dan An-Nas setiap pagi dan petang, kerana sebagaimana sabda Rasulullah saw, tidak ada pelindung diri yang lebih kuat dari keduanya.

Susunan Ayat-Ayat Ruqyah

Al-Fatihah
Al-Baqarah 1-5
Al-Baqarah 102
Al-Baqarah 163-164
Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
Al-Baqarah 285-286
Ali-Imran 18-19
Al-'Araf 54-56
Al-'Araf 117-122
Yunus 81-82
Toha 69
Al-Mukminun 115-118
As-Soffaat 1-10
Al-Ahqaaf 29-32
Ar-Rahman 33-36
Al-Hasyr 21-24
Al-Jin 1-9
Al-Ikhlas
Al-Falaq

Cukupkan enam perkara ini di dalam diri kita..InsyaAllah selamat dunia akhirat.
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Share:

Rabu, 27 Ogos 2014

TAHUKAH ANDA MAHLUK LEPRECHAUN SAMA SEPERTI TOYOL?


Toyol? Didalam adat resam cerita-cerita hantu yang di momokan oleh nenek moyang orang melayu mahluk "Toyol" adalah sejenih hantu atau jin yang boleh dikatakan mahluk halus yang digunakan untuk tujuan mencuri.Si toyol mampu mencuri dengan menyelinap masuk kesesuatu tempat dengan begitu mudah sekali tanpa dikesan.

Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Ok..itu sedikit sebanyak cerita singkat mengenai toyol di dalam hikayat cerita-cerita hantu orang melayu.Apa kata kita cuba bandingkan persamaanya dengan mahluk yang lebih kurang samanya identitinya iaitu "Leprechaun" dikenali si kerdil yang kaya.

"Leprechaun" adalah sejenis hantu yang agak famous di kalangan orang Amerika namun ada sesetengah meraka menganggap Leprechaun ini seperti pari-pari jantan dan ada pula mengatakan yang mahluk ini adalah seekor hantu kerdil yang suka mencuri dan menyimpan harta kekayaannya.

Kenakalan mahluk ini juga telah di filemkan sekitar tahun 1983 sebagai filem bergenre komedi seram.Adakah filem ini di adaptasi dari filem toyol yang terlebih dahulu di filemkan pada sekitar tahun 1981?Cuma bezanya kedua dua mahluk ini adalah Leprechaun berbaju dan toyol pula tidak.Dari segi identiti dan misi mahluk ini lebih kurang sama iaitu suka pada emas dan duit.


Share:

Selasa, 26 Ogos 2014

JENIS JENIS "POKOK BERHANTU"


Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman ternampak kelibat pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu. Namun kita tidak harus percaya ia bulat-bulat.Mungkin ada sebab musababnya mengapa cerita "pokok berhantu" ini telah diceritakan oleh tok nenek kita.


Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa. Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.


Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.


Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 


Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.


Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.


Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.


Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.


Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.


Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.


Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.


Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.
Share:

Khamis, 21 Ogos 2014

KISAH POKOK KURMA MENANGIS


Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah dengan meletakkan di belakangnya batang pokok kurma.

Pada suatu hari datang seorang wanita dalam kalangan Ansar telah meminta izin daripada Nabi SAW untuk membuatkan mimbar untuk Baginda. Setelah mendapat persetujuan Baginda, beliau menyuruh pekerjanya yang mahir dalam bidang pertukangan untuk membuatkan mimbar itu.

Maka pada hari Jumaat berikutnya Rasulullah SAW mulalah menggunakan mimbar baharu itu dan meninggalkan batang pokok kurma yang biasanya menjadi tempat Baginda bersandar semasa khutbah sebelum itu. Lalu pokok kurma itu menangis bagaikan bayi. Nabi SAW memberitahu para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud, "Sesungguhnya pokok kurma ini berasa sedih setelah ditinggalkan." (Riwayat al-Bukhari no.2095, Ahmad no.14151, al-Baihaqi dalam Dala'il an-Nubuwwah no.830.)

Dalam riwayat lain, daripada Thufail bin Ubay bin Ka'ab daripada ayahnya, dia berkata kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasul! Izinkanlah saya membuatkan mimbar untuk tuan bagi membolehkan tuan menggunakannya semasa khutbah Jumaat agar mereka dapat melihat nabi!" Lalu Ubay membuatkan untuk Nabi SAW mimbar yang terdapat tiga anak tangga.

Apabila Rasulullah menuju ke mimbar baharu itu, Baginda akan melalui pokok kurma yang merupakan tempat Baginda bersandar semasa menyampaikan khutbah sebelum itu. Tiba-tiba pokok kurma itu bergerak-gerak hingga hampir rebah.

Melihat keadaan itu Rasulullah SAW kembali kepadanya lalu mengusapnya hingga pokok itu tenang kembali. Setelah itu Nabi SAW kembali semula menaiki mimbar Baginda.
Menurut Ubay bin Ka'ab, apabila Masjid Nabawi mula dirobohkan untuk diperbaharui1, beliau telah mengambil batang pohon kurma itu untuk disimpan di rumahnya hingga batang pohon itu hancur dimakan anai-anai.2

Riwayat daripada Anas r.a. pula menyebut, mimbar itu mula dibangunkan apabila jumlah umat Islam bertambah menyebabkan Rasulullah meminta ditegakkan mimbar yang membentuk tiga anak tangga. Apabila mimbar tersebut siap dan Nabi SAW memulakan khutbah di atasnya, tiba-tiba kayu itu menangis seperti bayi. Anas meriwayatkan, beliau sendiri mendengar tangisan hinggalah Rasulullah turun mengusapnya dan pohon kurma kembali tenang.3

Riwayat daripada Ibnu Buraidah al-Aslami daripada ayahnya, bahawa Nabi SAW berkhutbah dengan berdiri dalam tempoh masa yang lama, hingga kelihatan Baginda seperti kurang selesa. Lalu para sahabat mengambil sebatang pohon kurma dan ditanam berdekatan tempat khutbah nabi bagi membolehkan Baginda bersandar padanya. Mulai waktu itu Nabi SAW sentiasa menjadikan batang pokok itu sandaran Baginda ketika berkhutbah.

Seorang warga asing yang kebetulan datang menziarahi Madinah melihat Baginda dalam keadaan kurang selesa, lantas dia mencadangkan agar dibina tempat yang selesa untuk Baginda berkhutbah. Dengan tempat itu diharapkan nabi dapat berdiri atau duduk mengikut keselesaannya. Nabi menerima pandangannya dan mengizinkannya membuat mimbar tersebut.

Sejak itu Nabi SAW menyampaikan khutbah dengan bersandar kepada mimbar yang baharu dan tidak lagi menggunakan pokok kurma tersebut. Peristiwa itulah yang menyebabkan pokok kurma itu menjadi sedih dan merintih sebagaimana rintihan unta kerana ditinggalkan oleh Nabi SAW.

Menurut Ibnu Buraidah dia mendengar ayahnya menceritakan bahawa ketika Nabi SAW mendengar batang pohon itu menangis maka Nabi SAW turun memegangnya sambil berkata, "Sekarang engkau boleh memilih sama ada ditanam di tempatmu semula dengan cara itu engkau akan berkembang menjadi pohon yang subur seperti sebelumnya atau engkau ditanam di Syurga yang engkau akan tumbuh di sisi sungai-sungai dan mata air, lalu engkau akan mengeluarkan hasil berupa buah-buahan yang akan dipetik oleh para kekasih Allah. Apa pilihanmu?"

Ketika itu, ayah kepada Buraidah mendengar Nabi SAW berbisik dengan katanya, "Ya! Aku akan kabulkan permintaanmu."
Nabi mengulanginya dua kali. Setelah itu seorang sahabat bertanya dan jawapan nabi ialah: "Pokok itu memilih untuk aku menanamnya di Syurga." (Riwayat al-Darimi)

Ibnu Aqil memberikan komentar tentang mukjizat itu dengan katanya, kita tidak perlu berasa harian tentang kejadian ini kerana Allah SWT yang berkuasa menjadikan magnet untuk menarik besi kepadanya. Maka Dia juga berkuasa menjadikan Rasulullah menarik makhluk-makhluk yang lain kepada Baginda.4

1.Pada zaman Umar al-Khattab; Syarah Muhammad Fuad Abdul Baqi kepada Sunan Ibnu Majah.

2.Riwayat Ahmad no.21248 dan Ibnu Majah no.1414

3.Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi no.828 dalam Dala'il an-Nubuwwah.

4.Rujuk asy-Syifa' fi Huquq al-Musthafa dan al-Wafa' Bi Ahwal al-Musthafa karangan Ibnu al-Jauzi.

Hikmah dan Pengajaran
•Risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah ialah Risalah Rahmat untuk seluruh alam. Maka tidak ada makhluk Allah di atas muka bumi ini yang akan dizalimi andai syariat Allah dipatuhi sepenuhnya.
•Selain itu, pada diri Baginda terdapat seribu satu keberkatan yang bukan saja menjadi rebutan manusia seperti para sahabat, malah binatang dan tumbuhan juga mahukan keberkatan Baginda itu.

•Sistem penggunaan masjid tidak statik malah boleh berkembang mengikut keperluan asalkan tidak lari dari objektif sebenarnya dan dilakukan dengan ijtihad yang teliti.

•Kisah ini mahu menginsafkan umat Islam agar mencari-cari cinta Rasulullah persis pokok kurma yang kesedihan apabila tidak lagi dapat berbakti kepada Rasulullah SAW. Sewajarnya umat Islam juga mencari-cari sudut manakah yang boleh dijadikan saluran untuk mereka menggembleng tenaga dan fikiran bagi tujuan berbakti kepada syariat yang dibawa oleh Baginda.

•Pokok kurma mengajar kita untuk memilih ganjaran dan kebahagian yang tiada tolok tandingnya lagi kekal selamanya iaitu Syurga. Lantas mengapakah kita sering alpa dengan ganjaran dunia yang hanya bersifat sementara?

Share:

Khamis, 7 Ogos 2014

TANAM `POCONG` BELAKANG RUMAH ORANG


`POCONG` Penduduk Kampung Manjoi, di sini, gempar susulan penemuan kain kafan berwarna putih menyerupai bentuk ‘pocong’ serta beberapa kelengkapan mayat di dalam lubang mirip kubur sedalam dua meter di belakang sebuah rumah di Jalan Raja, di sini, pagi semalam.

Pemilik rumah, Noriasha Ahmad, 56, berkata, kain kafan serta kelengkapan itu ditemui di belakang rumahnya kira-kira jam 8 pagi, selepas dia melakukan pemeriksaan di sekitar rumah.

Menurutnya, dia meninjau kawasan sekitar rumah itu selepas suami Ahmad Tohar Kulup, 56, bertanya sama ada ada menanam apa-apa tanaman di belakang rumah sehari sebelum ‘kubur’ itu dijumpai.

“Saya yang tidak sedap hati terus meninjau kawasan sekitar dan terkejut selepas mendapati ia kubur. Malah, sebungkus plastik hitam berisi kapas dan kapur barus juga ditemui bersebelahan kubur itu,” katanya.

Menurut Noriasha, dia segera menghubungi polis selepas meragui isi di dalam kubur berkenaan yang berkemungkinan ada mayat manusia.

“Saya terus membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dimaklumkan tidak ada mayat di dalam kubur itu,” katanya.

“Memang kawasan sekitar rumah saya ini agak sunyi, namun kejadian penemuan kubur ini amat memeranjatkan saya. Saya juga bimbang jika perbuatan terkutuk seperti amalan ‘menurun’ atau ilmu hitam dilakukan di kawasan ini,” katanya.

Pendakwah terkenal, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika dihubungi berkata, penemuan kubur bersama kelengkapan mayat itu berkemungkinan antara kaedah untuk membuang saka dan juga amalan ilmu hitam.

Menurut beliau, lazimnya perkara khurafat itu dilakukan waris terdekat pemilik saka terbabit untuk membuang saka supaya tidak diganggu kemudian hari.

“Bagaimanapun, dalam kes seperti ini jika baju yang ditemui bukan milik tuan rumah itu, dia tidak seharusnya berasa bimbang kerana ia tidak dituju kepadanya. Namun tuan rumah boleh mengamalkan ayat al-Quran seperti surah Al-Baqarah untuk mengelak gangguan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan jam 9.15 pagi semalam dan hanya menemui kelengkapan pengebumian dan tiada mayat dijumpai.

“Barangan dijumpai termasuk beberapa kapas dan kapur barus serta sehelai kemeja yang belum dikenal pasti miliknya,” katanya.
Share:

Isnin, 4 Ogos 2014

"SEGITIGA BERMUDA" MISTERINYA MASIH BELUM TERUNGKAI


Nama `Segitiga Bermuda` yang tak pernah lekang dari bualan mulut orang mengenai kaitannya dengan kehilangan pesawat-pesawat atau kapal-kapal yang melalui kawasan terbabit masih kekal misteri sehingga kini.

Ada juga yang mengaitkan ia sebuah medan magnetik pusat bumi yang terkuat mampu mengakibatkan sistem elektronik buatan manusia tidak mampu berfungsi dengan baik.Namun sains di dunia masih tidak mampu merungkai misteri di Segitiga Bermuda ini.

Kini genap 145 hari kehilangan MH370, namun kepulangan pesawat itu masih dinanti keluarga penumpang, saudara, rakan, sahabat serta rakyat Malaysia amnya.

Walaupun diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat malang terbabit berakhir di Lautan Hindi penghujung Mac lalu, teori yang timbul selepas itu sedikit sebanyak meniup semangat kepada waris yang menanti.

Dalam pedih akibat kehilangan orang tersayang, luka waris terubat tatkala Najib menegaskan bahawa Malaysia kekal komited mencari pesawat berkenaan.

Mesej ingatan sempena hari ke-100 kehilangan MH370 itu disuarakan Najib menerusi akaun Twitter peribadinya.

Malah, kerajaan turut mengumumkan bahawa Malaysia sudah membelanjakan RM27.6 juta setakat ini dalam fasa pertama pencarian.

Ia turut dibantu beberapa negara termasuk Australia, China, negara ASEAN serta Amerika Syarikat.

Mengingati semula tarikh 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu dilaporkan hilang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam sebelum gagal dikesan menara kawalan mulai jam 1.23 pagi.

Gerakan mencari kemudian dimulakan di kawasan Laut China Selatan sebelum beralih ke selatan Lautan Hindi. Namun hasilnya tetap menghampakan.

Kini, selepas hampir lima bulan mencari dan berharap, pasti ramai antara kita yang menjadi sayu setiap kali memandang ke arah laut.

Andai dulu panorama indah laut menjadi saksi pasangan bercinta, namun hari ini banyak hati bertaut luka kerana mengenangkan kehilangan MH370.

Begitupun tiada siapa yang dapat menolak hakikat bahawa laut memang indah dari kejauhan, tapi boleh jadi menakutkan sekiranya kita berdepan ombak tinggi bergulung atau bertembung dengan pusaran besar di tengah hamparannya.


Ayuh kita lihat misteri dan fenomena aneh di enam laut berikut:

Segitiga Bermuda

Lokasi yang mendapat jolokan Segitiga Syaitan ini kerap menjadi topik perbualan dan sering dikaitkan dengan misteri kehilangan kapal terbang di laut.

Terletak di barat laut Lautan Atlantik, kawasan ini dikatakan mencecah jutaan persegi, melingkungi Kepulauan Bermuda, Puerto Rico dan Fort Lauderdale.

Nama Segitiga Bermuda mula popular ketika satu pasukan tempur yang terdiri daripada lima pengebom torpedo Angkatan Laut hilang pada 5 Disember 1945.

Hingga kini jasad 14 kru pesawat dan bangkai kapalnya tidak ditemui.

Malah, beberapa laporan turut menyebut, lebih 50 kapal dan pesawat dilaporkan hilang di wilayah berkenaan.

Begitupun, pada 1980-an, Segitiga Bermuda mula hilang rekod misterinya kerana tidak lagi ‘melahap’ apapun yang melintas di atasnya.

Namun demikian, sejumlah teori hadir mengungkap misteri kawasan itu dari segi pseudosains, paranormal hinggalah kepada penemuan UFO.

Bagaimanapun, tidak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat.


Laut Sargasso

Ramai yang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda.

Padahal perairan ini terletak di tenggara Segitiga Bermuda iaitu di Samudera Atlantik.

Ada beberapa keunikan di wilayah ini termasuk samudera bergerak mengikut arah jarum jam dan banyak rumpai laut Sargassum di dalamnya.

Selain itu, laut ini turut memiliki pusaran raksasa dengan aturannya sendiri. Suhu di dalam pusaran jauh lebih tinggi daripada bahagian luarnya.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat emparan yang kemudiannya menciptakan pusaran kecil.

Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara yang cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.


Laut Syaitan (Devil’s Sea)

Ini adalah wilayah di pasifik, sekitar Pulau Miyake iaitu kira-kira 100 kilometer dari selatan Tokyo.

Mendapat jolokan The Dragon’s Triangle, ‘saudara’ kepada Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun pelaut memilih untuk menghindarinya.

Badai di kawasan itu dikatakan boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sekelip mata.

Ikan paus, lumba-lumba, bahkan burung tidak hidup di wilayah terbabit.

Sembilan kapal hilang dalam tempoh lima tahun iaitu sekitar 1950-an. Antara yang menjadi buah mulut adalah kehilangan kapal penyelidikan Jepun, Kaiyo Maru No 5.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak secara malar dan berterusan manakala pulau volkanik muncul dan menghilang secara biasa.

Wilayah ini juga diketahui aktif dengan aktiviti siklonnya.


Tanjung Harapan

Dikenali juga sebagai Tanjung Badai, kawasan ini mempunyai sejarah menenggelamkan kapal besar dalam kurun waktu ratusan tahun.

Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk dan dipukul ombak bergulung.

Golongan ilmuwan menyebutnya sebagai gelombang soliter yang tingginya boleh mencapai sehingga 30 meter.

Gelombang raksasa itu turut menghasilkan rongga besar yang boleh menelan apa saja objek di atasnya.


Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Persia

Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri berikutan wujud lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Anggota laut Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat daripada gempa bawah laut yang menimbulkan pendaran plankton, sekali gus mewujudkan gerakan seperti putaran roda.

Bagaimanapun, hipotesis itu menerima banyak kritikan kerana gagal menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik.

Tambahan pula, sains moden tidak mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek berkenaan.


Pusaran air (maelstrom)

Meskipun tidak sehebat pusaran air di Laut Sargasso, namun pelaut sedar kehadiran fenomena menakjubkan itu.

Pusaran air terbabit terjadi dua kali sehari di bahagian barat laut Laut Norwegia dan perkataan ‘maelstrom’ itu sendiri dipopularkan oleh Edgar Alan Poe.

Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air daripada pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut.

Kekuatannya mencecah puluhan kali ganda berbanding arus biasa. Apa yang anehnya, pusaran ini berubah arah berlawanan setiap tiga hingga empat bulan.

Keadaan ini boleh terjadi di mana pun termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.


Dean’s Blue Hole

Lubang laut paling dalam di dunia ini turut dikenali sebagai lubang biru dan berada dekat kota Clarence di Long Island, Bahamas.

Sebahagian besar lubang biru dan lubang tanah mencapai kedalaman maksimum 110 meter, namun Dean’s Blue Hole mencecah lebih dari 200 meter.

Lubang laut ini mempunyai diameter antara 25 hingga 35 meter. Selepas penyelam turun pada kedalaman 20 meter, lubang akan semakin melebar jauh ke dalam gua dengan diameter mencapai 100 meter.

Walaupun kedengaran menakutkan, Dean’s Blue Hole tetap menjadi lokasi popular untuk iklan menyelam dan snorkeling.

Pada 2012, piala dunia selam bebas menjadi milik William Trubridge dari New Zealand. Beliau terjun ke Dean’s Blue Hole dan menyelam hingga kedalaman 121 meter tanpa menggunakan sebarang bantuan oksigen sama sekali.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog