Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 13 Oktober 2014

CETUSAN FENOMENA "THE WALKING DEAD" SEASON 5


Di angkat ke drama siri pula, jika secara kasar tidak banyak boleh diolah mengenai kisah zombie yang dipenuhi adegan bunuh membunuh dan suspens. Popular sejak dulu, bagaimanapun kisah zombie barangkali sekarang tidak lagi terlalu mengujakan penonton.

Bagaimanapun, The Walking Dead (TWD) mencetuskan gelombang tersendiri yang jelas setiap musim mengumpul semakin ramai pengikut. Tidak dinafikan, drama itu ada keistimewaan sehingga peminat tegar tidak sabar melihat apa berlaku pada episod seterusnya.

Ura-ura sebelum ini yang mengatakan siri itu bakal dihentikan pula, apatah lagi awal dulu pengikutnya tidak seramai sekarang jelas tidak akan berlaku. Bahkan, permintaan semakin tinggi menuntut produksinya mencari formula terbaik menjadikan ia kekal relevan untuk diikuti.

Sekian lama menanti, musim kelima TWD akhirnya bakal memulakan tayangan episod pertamanya hari ini, jam 9 malam di saluran FOX (Astro 710) yang tentu sekali menjawab pelbagai persoalan pada musim sebelumnya. Terkandas di Terminus dan menjadi tawanan, apakah nasib kumpulan Rick (Andrew Lincoln) pada musim ini?

Semestinya sangat mendebarkan, apatah lagi bukan saja perlu berhadapan ancaman zombie, musim lalu Rick dan rakan-rakannya terpaksa mengenepikan rasa belas kasihan mereka. Kekejaman memaksa mereka untuk turut membunuh sesiapa juga yang mendatangkan ancaman termasuklah manusia.

Bukan itu saja, mereka yang mulanya bergerak secara kumpulan dan saling bersatu walau apa juga ancaman mendatang dihambat dugaan besar selepas masing-masing terpisah. Terutama buat Rick, dia tidak tahu langsung bagaimana agaknya nasib anak kecilnya, Judith selepas keadaan memaksa mereka berpisah.

Bersempena kembalinya siri itu untuk musim kelima di mana tayangannya di negara ini pada hari sama di Amerika Syarikat hari ini, FOX International Channels (FIC) turut mengadakan sesi pratonton eksklusif kepada media baru-baru ini. Berlangsung di Black Box, Publika, Kuala Lumpur, Rap menjadi yang bertuah menonton episod pembuka musim baru itu.

Ternyata makin hebat dan mendebarkan, banyak khabar gembira nampaknya akan mengisi musim baru berkenaan. Tidak bermakna mereka sudah bebas daripada sebarang ancaman, sebaliknya khabar gembira itu baru permulaan kepada dugaan besar yang bakal dihadapi mereka kelak.

Mana tidaknya, cukup percaya Terminus adalah tempat yang mereka cari-cari selama ini untuk memberikan harapan dapat kehidupan lebih baik, ternyata impian itu sia-sia. Jelas Terminus hanyalah sebuah jerat yang tidak ada bezanya dengan bahaya ancaman zombie di luar sana.

Episod penutup musim keempat lalu meninggalkan penonton dalam keadaan berdebar selepas Rick, Daryl (Norman Reedus), Glenn (Steven Yuen), Maggie (Lauren Cohan), Carl (Chandler Riggs), Michonne (Danai Gurira) dan yang lain dikurung menjadi tawanan tanpa tahu apakah nasib mereka seterusnya.

Yang pasti, mereka tahu mereka sudah membuat kesilapan paling besar kerana mempercayai Terminus adalah rumah perlindungan. Sebaliknya, di situlah pengakhiran sebenar takdir mereka, adakah boleh meneruskan kehidupan atau tidak.

Menerusi episod pertama malam ini, penonton akan menyaksikan beberapa babak gembira, namun tidak kurang babak menyedihkan serta kejutan. Bahkan, nyawa watak-watak penting juga ternyata berada di hujung tanduk yang mana mereka bagaikan sudah tiada harapan untuk hidup.

Paling menarik, selain watak asal yang ada, satu lagi watak di masa silam bakal muncul kembali dan semestinya itu petanda warna cerita TWD bakal berubah lagi. Sesudah Terminus, satu-satunya harapan tinggal adalah mencari dalang di sebalik berubahnya dunia apabila manusia bertukar zombie demi mengakhiri zaman gelap itu.

Banyak persoalan akan turut dirungkai musim ini terutamanya berjayakah mereka menemui penawar yang dicari-cari selama ini? Berjayakah mereka dipersatukan dengan orang tersayang yang terpisah daripada mereka? Nyawa siapakah pula akan jadi taruhan selepas ini?

Pada sesi pratonton itu juga, pihak FOX tidak ketinggalan menghangatkan suasana dengan membawa sebuah tong besar sebagai promosi kepada musim kelima siri itu. Dinamakan 'Terminus, Sanctuary No More', pengunjung Publika tidak ketinggalan boleh merasai sendiri pengalaman diserang zombie.

Bercakap mengenai kembalinya semula siri itu dengan musim baru, Pengarah Pemasaran FIC, Penny Tan menyifatkan TWD kini bukan saja menakluk AS bahkan di Malaysia sendiri pengikutnya sudah cukup membanggakan.

"Kami tentu sekali gembira dapat membawakan musim baru siri ini apatah lagi di AS sendiri TWD menjadi kegilaan dan begitu juga di Malaysia. Tidak ketinggalan, kami serikan acara kali ini dengan replika tong kotainer seperti dalam Terminus itu sendiri bagi pengunjung merasai pengalaman bersama zombie," katanya.
Share:

0 comments:

PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog