Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

TERKINI !! Satelit Australia Dakwa Kesan Objek Seperti MH370 Di Lautan Hindi..




Tiga pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan di selatan Lautan Hindi di mana objek-objek yang dipercayai berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 dikesan, menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Aset-aset itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat.
   
"Pesawat Poseidon itu dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," kata pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan AMSA John Young dalam satu kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan oleh Pusat Penyelarasan Menyelamat Australia (RCC Australia) AMSA untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran.
   
Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan.
   
Awal hari ini, RCC Australia menerima imejan objek dari satelit berkemungkinan berkaitan dengan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang.
   
Young berkata imejan itu dirakamkan oleh satelit dan penilaian ke atasnya yang disediakan oleh Australian Geospatial-Intelligence Organisation sebagai kemungkinan petunjuk objek di sebelah selatan kawasan carian yang menjadi fokus pencarian.
   
"Imej itu adalah di sekitar kawasan carian yang ditakrifkan dan diperiksa dua hari lepas, Empat pesawat itu telah diorientasikan semula ke kawasan 2,500 kilometer di barat daya Perth hasil maklumat ini.
   
Sebuah kapal dagang yang memberi respons kepada siaran perkapalan yang dikeluarkan RCC Australia pada Isnin dijangka tiba di kawasan itu kira-kira 6 petang.
   
Beliau berkata kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi jaraknya memakan masa beberapa hari dari kawasan itu. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370, katanya.
   
Usaha mencari pesawat yang hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dan 239 penumpang dan anak kapal itu kini memasuki hari ke-13.
   
Pesawat itu hilang daripada skrin radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.
   
Kawasan pencarian diperluaskan meliputi kawasan yang luas di arah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah melencong dari laluan asal selepas seseorang dengan sengaja mematikan sistem komunikasi dalam pesawat itu dan menurut satelit Inmarsat, pesawat itu dikesan terbang beberapa jam selepas itu.
   
Usaha itu kini ditumpukan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand; dan koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Petunjuk paling kukuh

Penemuan dua objek, satu daripadanya berukuran 24 meter panjang yang dikesan di Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia, dianggap petunjuk paling kukuh sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilancarkan sejak pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang 13 hari lalu.

Bagaimanapun, Pensyarah Institut Oceanografi dan Sekitaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata, kawasan perairan dua objek yang ditemui itu dikenali sebagai lokasi ombak besar yang ketinggian melebihi 10 meter.
“Laut bergelora sepanjang masa serta cuaca buruk antara cabaran terbesar perlu dihadapi pasukan SAR.

“Misi ini mungkin mengambil masa berbulan-bulan dan tidak mustahil bertahun berikutan kawasan itu cukup besar dengan kedalaman lebih empat kilometer,” katanya.
Menurutnya, selatan Lautan Hindi yang ketiga terbesar di dunia selepas Lautan Atlantik serta Pasifik.

PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog