Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, tulis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam facebook.
Bekas Mufti Perlis itu menambah, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam.
"Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam," jelasnya.
Menulis sebelum itu, beliau menyatakan kehilangan MH370 telah membingungkan para pencari dan pengkaji.
Tambahnya, teknologi yang dimiliki oleh manusia sehingga setakat ini masih gagal memberi jawapan.
“Ini semua mengingatikan kita bahawa logik yang dimiliki oleh manusia belum tentu dalam menjawab semua perkara tentang alam ini.
“Akhirnya kita akur bahawa Tuhan dengan segala rahsia alam-Nya menguasai segalanya. Pada-Nya jua apa yang kita tahu dan kita tidak tahu,” tulisnya lagi.
Petikan dari Akhbar Tempatan
Video Ini Sekadar Hiburan
)