Ketika dunia sedang sibuk mencari pesawat MAS MH370 yang hilang masuk hari ke 5..wujud pula kisah-kisah yang dicipta khas oleh Dajjal-dajjal kecil ini untuk memulakan provokasi dan propaganda yang berniat jahat.Sebuah video laporan dari media negara jiran yang dianggap tidak membantu ini amat mengejutkan seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia sendiri.Apakah niat mereka?Apakah tujuan mereka?Adakah kerajaan kita berani mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka?Video itu amat menyinggung perasaan sesetengah pihak terutama waris kepada individu-individu yang berada di dalam pesawat terbabit.
"Video ini sudah tentunya menimbulkan kekecewaan rakyat Malaysia. Kru MAS yang telah menonton video ini mengatakan bahawa kenyataan wanita ini tidak benar dan telah ditokok tambah dengan niat tertentu. Malah, kelihatan mencurigakan. Wanita ini memberi kenyataan untuk mempertikaikan keselamatan kokpit pesawat Malaysia Airlines antaranya:
1. Pilot berfoya-foya,
2. menghisap rokok di dalam kokpit,
3. mengajak mereka untuk berada di kokpit sepanjang penerbangan (nampak benar bohongnya!).
Memang ada penumpang yang bergambar bersama juruterbang di kokpit tetapi ada protokolnya. FYI, pilot tersebut adalah salah seorang pilot pesawat MH370 yang masih hilang ini. Tidak adil hanya mendengar penjelasan wanita ini sahaja. Tidak adil mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja."
Pihak berkuasa tempatan KERAJAAN MALAYSIA digesa untuk melakukan penyiasatan akan hal ini dan mengambil tindakan sepatutnya. Ini adalah salah satu cara media barat menjatuhkan negara kita dengan cara yang sungguh licik.
Kembalilah kepada Al-quran
dan Sunnah Nabi Shallahu 'Alaihi Wasallam
Surah Al-Kahfi menceritakan segalanya..Sedarlah wahai umat Muhammad..
)