Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Rabu, 28 September 2016

3 INDIVIDU HEBAT LABUR AS$100 JUTA CIPTA ALAT BURU MAKHLUK ASING


Bagi merealisasikan matlamat untuk menjejaki makhluk asing, tiga individu hebat di dunia melabur sebanyak AS$100 juta (RM411.4 juta) dalam projek yang dinamakan Breakthrough Listen bagi memburu makhluk itu di planet Proxima b.

Memetik laporan Mail Online, Mark Zuckerberg, Yuri Milner dan Stephen Hawking berkata, pelaburan itu akan membolehkan mereka melengkapkan misi itu bagi pembelian teleskop tercanggih di dunia bertujuan untuk mendengar isyarat-isyarat dari angkasa lepas.

"Kami mempunyai sasaran tepat yang membuatkan misi ini lebih jelas," ujar Milner.

Planet berbatu Proxima b yang digelar sebagai Earth 2.0 dipercayai mempunyai persekitaran yang boleh menampung kehidupan dan terletak kira-kira 40 trilion kilometer dari bumi.

Kini pasukan Breakthrough Listen telah pun mengumpulkan data dari sistem bintang lain menggunakan teleskop Radio Green Bank di West Virginia dan Pusat Pemerhatian Pencarian Planet Automatik Lick di California.

Projek yang bermula pada Januari lalu ini akan mengumpul data mengenai planet Proxima b dalam tempoh 10 tahun.

Dengan penggunaan kelengkapan tercanggih, kapasiti carian akan menjadi 50 kali lebih sensitif, 10 kali lebih dekat dengan langit, dan dengan kelajuan pencarian 100 kali lebih pantas.
Share:

Sabtu, 24 September 2016

MUMIA ÖTZI BERSUARA SEMULA?


Selepas mati 5,300 tahun lalu, mumia dikenali sebagai Ötzi the Iceman akhirnya mampu ‘bersuara.’

Menggunakan imbasan CT, sekumpulan sainitis berjaya mencipta semula suara lelaki kuno itu yang garau.

Pasukan berkenaan berjaya mencipta semula pita suara, tekak dan mulutnya, seterusnya membolehkan mereka menghasilkan bunyi vokal Ötzi secara digital. Suaranya dianggarkan mempunyai frekuensi antara 100 hertz hingga 150 hertz iaitu sama seperti lelaki biasa hari ini.

Ketua penyelidik dan pakar laringologi di Hospital San Maurizio, Bolzano, Rolando Füstös berkata: “Kami tidak dapat mengatakan berjaya menghasilkan semula suara Ötzi kerana masih ada maklumat penting daripada mumia itu yang gagal diperoleh.

“Namun, dengan dua ukuran panjang saluran vokal dan pita suara, kami berjaya menghasilkan semula bunyi yang dianggarkan hampir serupa dengan suara asal mumia berkenaan.
Share:

Sabtu, 17 September 2016

RAKSASA TASIK MUNCUL KEMBALI


Seorang pekerja di gudang wiski secara tidak sengaja berjaya menangkap gambar raksasa tasik Loch Ness yang turut digelar ‘nessie’ lapor Perkhidmatan Berita South West (SWNS).

Ian Bremner, 58 tahun menangkap gambar raksasa tersebut pada mulanya tidak menyangka bahawa itu adalah ‘nessie’ namun setelah diteliti, kemungkinan besar gambar tersebut adalah raksasa tasik itu.

Menurutnya, dia berada di kawasan itu  berhampiran dengan persisiran barat tasik tersebut untuk mencari rusa merah.

“Ini merupakan kali pertama saya melihat ‘nessie’. Tentu hebat jika saya orang pertama yang dapat menjumpainya.

“Sebelum ini, saya tidak begitu mempercayai kewujudannya namun kini saya sudah bertukar fikiran,” katanya kepada The Scotsman.

Tiada siapa yang menyangkal kemungkinan gambar yang diambil oleh Bremner itu adalah raksasa tasik Loch Ness namun begitu masih tiada yang mengesahkan gambar tersebut adalah benar.

Kali terakhir ‘nessie dilihat adalah pada tahun 2015 oleh Google Street View yang membolehkan pengguna menyelami dasar tasik Loch Ness itu.

Bagaimanapun ada netizen yang menyangkal kesahihan gambar terbabit yang telah di sunting (edit) teknik crop copy and paste. Gambar di hadapan memperlihatkan s
Share:

Selasa, 13 September 2016

SUPERNATURAL DAN PARANORMAL DALAM FILEM ALIFF DALAM 7 DIMENSI


APABILA bercakap mengenai filem seram, pasti kita sudah boleh membayangkan kehadiran 'hantu' yang menakutkan, gelap dan kesan bunyi yang mendebarkan.

Namun lari daripada stereotaip filem seram tempatan yang biasa dipertontonkan sebelum ini, Aliff Dalam 7 Dimensi tampil dengan jalan ceritanya yang tersendiri.

Bukan sekadar untuk menakut-nakutkan penonton dengan elemen seram semata-mata, tetapi filem arahan Faisal Ishak ini turut mengaitkannya dengan unsur-unsur sains.

Idea dan jalan cerita filem ini dibangunkan dengan begitu menarik apabila  mengetengahkan perjuangan watak utamanya yang mahu bebas daripada saka yang terperangkap dalam dirinya selain kecenderungan anak-anak muda zaman sekarang yang suka kepada aktiviti paranormal.

Pertembungan dua elemen ini menjadikan ia  sesuatu yang baharu dan segar untuk penonton kita hari ini.

Apatah lagi yang sering mengaitkan entiti seperti makhluk halus, jin, saka dan sebagainya ini sebagai sesuatu yang tahyul atau tidak wujud.

Menerusi perjalanan watak utamanya, penonton dibawa menjelajah ke dunia supernatural.

Selain babak-babak seram yang dipaparkan, filem ini turut diselitkan dengan elemen komedi untuk mengurangkan tekanan penonton. Pun begitu ia dilakukan dengan cukup sederhana tanpa mengalihkan tumpuan penonton terhadap ‘mood’ seram sepanjang perjalanan cerita.

Meskipun ada beberapa syot dan babak aksi yang kelihatan tidak begitu kemas, namun percubaan filem ini untuk memberikan sesuatu yang berbeza buat penonton harus dipuji.

Dari segi lakonan pula, pujian harus diberikan kepada Izzue dan Alif yang berjaya mengemudi watak mereka dengan baik sekali.

Kedua-dua pelakon ini memberikan rasa yang cukup kepada jalan cerita sambil dibantu Juliana dan Kaka.

‘Aliff Dalam 7 Dimensi’ mengisahkan tentang Aliff Lamin (Izzue Islam) yang kurang bergaul dengan teman-temannya di kampus kerana dia tidak mahu kelebihannya memiliki saka mampu melihat dunia halus diketahui orang lain.

Namun suatu hari ketika dia cuba menyelamatkan rakan sekelasnya, Anna (Juliana Evans) daripada makhluk halus, rahsianya mula diketahui teman-temannya.

Anna kemudiannya mengajak Aliff untuk menyertai pasukannya yang aktif dalam aktiviti paranormal bagi tujuan menyudahkan kajian tesisnya.

Sejak itu bermulalah aktiviti Aliff, Anna dan Naim dengan mendokumentasikan kejadian paranormal di sekitar Universiti.

Apakah yang berlaku seterusnya? Berjayakah Aliff membantu rakan-rakannya atau terperangkap dengan kejadian yang bakal memusnahkan hidupnya?

Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam yang berdekatan.

PENGARAH: Faisal Ishak
PELAKON: Izzue Islam, Juliana Evans, Alif Satar & Kaka Azraff.
GENRE: Aksi Supernatural
DURASI: 1jam 51minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 08 Sept 2016
KESELURUHAN: 3.5 bintang

Share:

Khamis, 8 September 2016

JIN IBLIS PUN TAKUT DENGAN USTAZ NI


TERENGGANU :  “Tuan aku marah! Dia nak cari mu, nak tembak mu, nak bunuh mu,” teriak seorang wanita dengan muka marah menyinga memandang pengamal perubatan Islam, Ustaz Nor Azman Albanjary atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Jin.

Ugutan itu bagaimanapun langsung tidak mengubah riak wajah lelaki berusia 45 tahun itu, sebaliknya meneruskan rawatannya hingga wanita yang pada awalnya dirasuk itu kembali sedar.

Sesi rawatan percuma secara terbuka yang dijalankan di Mak Chili, di sini, itu disaksikan sendiri kira-kira 400 pesakit yang bukan sahaja datang dari serata daerah ini, malah ada juga dari Kuala Terengganu, Kelantan, Selangor, Brunei dan United Kingdom.

Demi memulihkan kembali diri yang mengalami gangguan jin, sihir, ilmu hitam, saka, santau dan seumpamanya, pesakit dari luar sanggup datang ke daerah ini kerana memahami rawatan yang dilakukan perawat mereka itu tidak tertumpu pada  satu-satu tempat sahaja.

Mereka yang mengalami gangguan itu perlu menjalani rawatan sekurang-kurangnya tujuh kali untuk pulih sepenuhnya yang mana kaedah rawatannya hanya menggunakan bacaan ayat suci al-Quran.

Nor Azman berkata, sesi rawatan di Kemaman sudah bermula sejak 21 Julai sebelum berakhir pada 12 Ogos lalu namun disebabkan permintaan ramai maka rawatannya disambung semula sejak 15 Ogos lalu dan waktu rawatan bermula pada jam 9 malam dan berlanjutan sehingga ke Subuh.

Katanya, kira-kira 10 peratus pesakit yang mendapatkan rawatannya di daerah ini adalah disebabkan mengalami gangguan jin dan terkena sihir.

“Bahayanya penangan sihir ini hingga membuatkan ada kanak-kanak tidak mampu berjalan. Walaupun dunia kini sudah moden, namun masih banyak lagi kes-kes angkara sihir dan gangguan makhluk halus ini berlaku dalam masyarakat kita.

“Sebab itu juga kita buat rawatan di tempat terbuka untuk beri kesedaran kepada orang ramai bahawa masalah ini masih terjadi seterusnya untuk mendidik masyarakat agar mempunyai ilmu untuk menghindar diri daripada gangguan jin, sihir, ilmu hitam  dan seumpamanya,” katanya.

Nor Azman yang berasal dari Melaka memberitahu, meskipun rawatan percuma secara menjelajah ke setiap negeri menuntutnya untuk menghabiskan masa lama di sesebuah tempat namun keadaan itu tidak menjadi bebanan untuknya dan enam sukarelawan yang  membantunya mengadakan rawatan demi niat berjihad di jalan ALLAH.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog