Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 26 April 2016

AGAK AGAK KORANG SANGGUP TAK MAKAN KEK DESIGN MACAM NI?


SEBAGAI jururawat terlatih, Katherine Dey sudah lali melihat anatomi manusia dan organ. Namun, apabila dia kembali ke kabinnya di Nunda, New York, jururawat berusia 30 tahun itu mempamerkan sisi lainnya dengan mencipta semula anatomi dan organ manusia dalam bentuk kek.

Katherine, pelajar ilustrasi dan arca di Rhode Island School of Design dan bekerja dalam bidang robotik sebelum menjalani latihan sebagai jururawat, mengkhusus dalam pembuatan kek berdasarkan organ dan bahagian anggota manusia.

Ibu kepada dua anak ini mula membuat kek beberapa tahun lalu sebagai hobi. Projek pertamanya adalah tunggul pokok yang dipenuhi cendawan sebelum beralih kepada subjek yang lebih mengerikan.

“Saya mula membuat kek cendawan untuk kelab cendawan saya, Rochester Area Mycological Association.

“Saya menghasilkan tunggul kayu dipenuhi ‘cendawan’ yang diukir daripada marshmallow. Nyata pengalaman itu sangat menyeronokkan menyebabkan saya terus menjadikannya satu hobi selepas itu.”

Selain tugasnya sebagai jururawat dan membuat kek, Katherine sudah berkahwin dengan dua orang anak kecil menyebabkannya perlu bijak membahagikan masa.

“Selalu saja saya bergelut mencari masa melakukan semuanya. Saya bekerja sebagai jururawat, berkahwin dan mempunyai dua anak, mempunyai seekor anak anjing dan 30 ayam. Jadi bahan diperlukan mesti sentiasa ada supaya boleh dilakukan bila-bila masa terluang,” katanya.

Pada masa kini, dia menghasilkan kek hanya untuk suka-suka tetapi mahu menjadikannya sebagai satu perniagaan satu hari nanti.

“Saya berharap dapat membuka kedai roti. Saya sangat sukakan semua proses membuat kek ini dan tidak mustahil melakukannya sepenuh masa. “Saya suka mencipta rekaan yang membuatkan orang merasai pelbagai emosi dalam satu masa.

“Inspirasi yang saya dapat, datang dari pelbagai perkara. Saya suka perasaan aneh yang saya rasa apabila sesuatu itu nampak benar tetapi tidak.

“Atau kek yang nampak tidak menyelerakan tetapi sebenarnya sangat sedap. Saya suka membuat orang merasai konflik mengenai dua perkara pada satu masa,” katanya.

Biarpun mengerikan, Katherine berkata setakat ini belum ada yang menolak untuk menikmati kek ciptaannya.

Katherine turut menghasilkan video bagaimana membuat kek selepas menerima permintaan dari orang ramai yang ingin mengetahui bagaimana dia melakukannya.

Share:

Isnin, 25 April 2016

PENEROKA TERKEJUT LIHAT ANAK KAMBING SEPERTI WAJAH MANUSIA


Di Johor seorang peneroka Felda Sungai Mas Kota Tinggi, dekat sini, terkejut apabila kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik dengan keadaan fizikalnya seakan-akan manusia.

Ibrahim Basir, 63, berkata, penemuan itu disedari rakan kongsinya yang dikenali sebagai Jamaludin, 50, ketika memantau kandang haiwan berkenaan di Kampung Baru Sungai Mas, pada jam 11 pagi kelmarin.

“Selepas dimaklumkan mengenai ‘benda ganjil’ itu, saya segera memeriksa dan mendapati keadaan fizikalnya tidak seperti kambing lain termasuk berhidung pesek, bermulut lintang dan empat kakinya juga pendek berbanding kambing lain,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dilihat dari segi kelahiran anak kambing itu, ia berbeza kerana tidak mempunyai tali pusat.

“Itu membezakan anak kambing ini dengan yang lain. Ini kerana selalunya setiap anak kambing dilahirkan mempunyai tali pusat,” katanya yang memaklumkan ia kejadian pertama sejak mengusahakan ternakan itu pada 2007.

Katanya, anak kambing itu mati dan dia akan merujuk kepada Pejabat Veterinar Daerah Kota Tinggi.

“Buat masa ini saya menyimpan anak kambing di dalam kotak polisterin bersama ketulan ais,” katanya.

Sementara itu, gambar penemuan haiwan pelik itu dikongsikan menerusi Facebook (FB) Demi Rakyat Johor memaparkan beberapa keping gambar anak kambing dalam pelbagai posisi.

Share:

Khamis, 21 April 2016

RAKAM KELIBAT LEMBAGA HITAM DI PERCAYAI POCONG


KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini, diberi cuti peristiwa hari ini berikutan kes histeria sejak Isnin lalu.

Pengetua, Siti Hawa Mat, dalam sidang medianya sebentar tadi, berkata cuti itu hanya diberikan kepada 1,044 pelajar tetapi guru masih hadir seperti biasa.

"Ia adalah bagi memberi peluang kepada pelajar terutama yang diserang histeria memulihkan semula semangat mereka.

"Kesempatan itu juga digunakan memulihkan keadaan sekolah bagi membolehkan sesi persekolahan berjalan semula seperti biasa," katanya.

Siti Hawa berkata, dalam usaha pemulihan, pihaknya sudah pun menjemput beberapa pengamal perubatan Islam ke sekolah itu.

Beliau dimaklumkan oleh pengamal perubatan Islam terbabit terdapat beberapa kawasan yang didakwa 'keras' dan usaha memulihkan keadaan itu sedang dilakukan.

"Kami tidak diberikan sebarang pantang larang sebaliknya hanya membaca al-Quran selain beberapa pelan intervensi yang dilakukan termasuk bacaan Yasin dan berzikir.

"Buat masa kini keadaan sudah semakin pulih dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan terus kepada Jabatan Pendidikan negeri (JPN) termasuk menyambung cuti jika diperlukan," katanya.

Dalam kejadian bermula Isnin lalu hingga semalam, lebih 50 pelajar termasuk lapan guru mengalami histeria yang menyebabkan mereka menjerit dan meracau.

Keadaan itu menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan waktu persekolahan ditamatkan sedikit awal pada hari pertama.

Seorang mangsa yang juga guru Pendidikan Jasmani, Norlelawati Ramli, 32, berkata beliau hampir dirasuk sebaik selesai menenangkan mangsa histeria di sebuah kelas di tingkat empat.

"Saya rasa kedua-dua tangan menjadi berat dan ternampak sekilas kelibat lembaga hitam di hadapan.

"Saya cuba lawan dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah keadaan saya tidak serius," katanya
Share:

Selasa, 19 April 2016

HANTU RAYA MENYERUPAI GADIS YANG SEDANG MANDI MANDA?


Kisah entiti menyerupai gadis yang sedang mandi manda bersama rakan yang menjadi viral baru-baru ini menjadi perbualan hangat di kalangan nitizen.Penyebar gambar terbabit menyatakan ia adalah foto original yang di ambil di sebuah tempat rekreasi.

Ada juga nitizen yang menyangkal foto terbabit adalah foto yang telah di edit dengan sempurna dan ada juga yang berkata ia adalah si kembar gadis itu. Ada juga yang menyatakan hantu tak akan muncul di siang hari.

Kita lihat gambar ini pula dan cuba buat perbandingan..(Klik gambar untuk besarkan).


Ada juga pihak yang menyifatkan entiti yang menyerupai gadis terbabit adalah jenis `hantu raya`. Mahluk halus yang mampu menyerupai manusia. Apa-apa pun..hanya Allah yang Maha Mengetahui segala kejadian alam. Sahih atau tidak ianya terletak di tangan maha Esa.

Share:

Rabu, 13 April 2016

HANTU-HANTU TU DAH MULA BERANI MENJELMA DI KAWASAN KAMPUNG KAMI


Gangguan makhluk halus dialami penduduk Kampung Lapan, Tengkera di sini, bukan lagi kisah dongeng atau tahyul apabila sebahagian besar daripada mereka terserempak jelmaan puntianak, pocong dan toyol sejak tiga minggu lalu.

Pelbagai gangguan dialami penduduk seperti melihat jelmaan puntianak melayang melewati pokok pisang selain kanak-kanak bertelanjang bulat dipercayai toyol berjalan di semak berhampiran kediaman mereka pada waktu malam.

Untuk rekod, kampung berkenaan dihuni 1,000 penduduk.

Penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata, gangguan makhluk halus atau hantu terbabit menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekali gus menjadikan kampung terbabit sunyi sepi.

“Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.
Share:

GURU DAN PELAJAR HISTERIA NAMPAK KELIBAT HANTU POCONG


Lebih 50 pelajar dan guru sekolah di Pengkalan Chepa di sini yang diserang histeria sejak Isnin lalu, semakin pulih dengan bantuan ustaz.

Dalam kejadian berkenaan, difahamkan pelajar ternampak makhluk halus dipercayai pocong di kelas dan tandas sebelum merebak kepada pelajar dan guru lain.

Seorang bapa pelajar berusia 50an yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh anaknya yang turut bersekolah di sekolah berkenaan.

"Anak saya maklumkan lebih 50 pelajar dan guru wanita dilihat meracau sebelum ditenangkan oleh ustaz di sekolah itu.

"Saya difahamkan esok sekolah ditutup sementara pihak sekolah mencari jalan penyelesaian," katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Jaafar Ismail ketika dihubungi berkata, siasatan mengenai perkara itu sedang jalankan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah.

"Sidang media dijangka dibuat esok untuk memberi penjelasan mengenai perkara itu," katanya.
Share:

Selasa, 12 April 2016

GANGGUAN API MISTERI MULA SERANG KEJIRANAN


Kejadian api misteri yang mengganggu sebuah keluarga di Taman Rima Gamelan, Bercham di sini semakin membimbangkan kejiranan di kawasan berkenaan apabila mula merebak ke rumah penduduk lain.

Dalam kejadian terbaharu semalam, sebuah kotak fius di salah sebuah rumah penduduk di situ menjadi sasaran apabila dipercayai terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu mengejutkan penghuni rumah berkenaan, S. Ratha, 40, apabila dia mendengar bunyi letupan di luar rumahnya.

Menurut Ratha, dia yang merasa cemas keluar rumah sebelum terlihat percikan api pada kotak suis itu.

“Saya merasa pelik bagaimana kotak fius rumah boleh terbakar secara tiba-tiba.

“Mujurlah kebakaran tidak merebak ke bahagian lain dan api berjaya dipadamkan bomba yang tiba kemudian,” ujarnya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Share:

Jumaat, 1 April 2016

KEWUJUDAN MANUSIA `HOBBIT` DI KEPULAUAN INDONESIA?


Satu kajian mendapati spesies manusia kenit yang digelar Hobbit te­lah pupus lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Penyelidik kelmarin berkata, pengiraan semula usia tulang spesies yang dinamakan sebagai Homo floresiensis dan ditemui di dalam sebuah gua di Flores itu dijangka pupus kira-kira 500,000 tahun lalu berbanding 12,000 tahun se­perti jangkaan sebelum ini.


Penemuan Hobbit pada 2003 mewujudkan sensasi saintifik. Homo floresiensis mempunyai ketinggian cuma 106 sentimeter, bertubuh kecil, mempunyai saiz otak cimpanzi, menggunakan peralatan daripada batu dan mungkin memburu gajah pigmi.

Menurut penyelidik, tiada bukti langsung yang menunjukkan manusia Hobbit bertemu manusia moden, namun dinyatakan bahawa spesies manusia kini telah mendiami pulau-pulau lain di rantau itu sekitar waktu tersebut dan telah tiba di Australia kira-kira 50,000 tahun lalu.

Ahli kronologi geografi, Bert Roberts daripada Universiti Wollongong, Australia berkata, kajian tidak menolak kemungkinan manusia moden memainkan peranan kepada kepupusan manusia Hobbit dan isu itu akan menjadi fokus utama penyelidikan seterusnya.

“Bagi saya, persoalannya ialah adakah Hobbit akan pupus jika manusia tidak pernah menjejaki Pulau Flores? dan jawapannya adalah tidak.

“Kami percaya ada faktor penentu dalam kematian mereka, namun kami masih perlu mencari bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini,” kata Roberts.

Banyak haiwan telah pupus di Pulau Flores pada masa itu, kata ahli antropologi paleo, Matt Tocheri daripada Universiti Lakehead, Kanada termasuk gajah kecil, burung botak marabou gergasi, burung hering dan cicak naga Komodo gergasi.


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog