Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 21 Mac 2016

SEORANG PETANI DAKWA `ALIEN` SURUH DIA BINA PIRAMID DI KAWASAN GURUN


Seorang petani berasal dari Mexico Raymundo Corona membina sebuah piramid Aztec setinggi 6.7 meter di kawasan gurun Mexico, 74 kilometer dari persempadanan Mexico-Amerika Syarikat.

Memetik laporan media tempatan Mexico, alasan Corona membina piramid Aztec di tengah-tengah gurun adalah kerana mendapat arahan daripada makhluk asing yang pernah menemuinya.

Corona menggambarkan makhluk asing yang mengunjunginya sebagai 'seorang lelaki' yang mempunyai ketinggian luar biasa dengan mata berwarna keemasan seperti madu dan berambut putih yang bernama Herulayka.

Berdasarkan cerita Corona, ia mengaku Herulayka berasal dari planet Nefilin, iaitu sebuah planet yang mempunyai ukuran  20 kali lebih besar daripada Bumi dan berada di orbit Orion.

Ujarnya lagi, walaupun sesetengah masyarakat memandangnya sebagai 'lelaki gila' dek kerana usaha dan ceritanya itu, namun beliau tidak mengendahkannya. Menurut cerita Corona, ia dikunjungi Herulyaka pada tahun 1984, ketika dia berusia 33 tahun.

Ujarnya ketika itu, isterinya sedang hamil dan akan melahirkan seorang bayi perempuan ketika Herulayka 'singgah' di dalam mimpinya.

Namun, pada suatu malam, beberapa hari setelah mimpi itu terjadi, ia mendapati ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Tanpa disangkanya makhluk di dalam mimpinya itu benar-benar datang untuk mengunjunginya.

"Ia memerintahkan aku untuk membina sebuah piramid," kata Corona.

"Ketika aku bertanya kenapa  piramid, ia mengatakan,'bangunan itu harus seperti keyakinanku, sesuatu yang tak musnah dibadai oleh angin ataupun badai, namun akan selalu teguh  ke atas,", katanya.
Share:

Isnin, 7 Mac 2016

PENDUDUK DENGAR BUNYI ANEH DAN SUARA MENGILAI SEBELUM BERLAKUNYA KEMALANGAN MAUT


JOHOR : Penduduk Rumah Pangsa Rosmerah di pinggir Lebuhraya Pasir Gudang sudah biasa dengan petanda menyeramkan setiap kali akan berlaku kemalangan maut di lebuh raya berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduknya, Mohd Fauzi Mokhtar berkata, penduduk bukan sahaja akan mendengar bunyi pelik, malah menyaksikan sesuatu yang menyeramkan kurang tiga hari sebelum berlaku kemalangan maut sejak lebih kurang 15 tahun menghuni rumah pangsa berkenaan.

Menurutnya, situasi itu menjadikan penduduk lali setiap kali berlaku kemalangan di lebuh raya yang hanya terpisah kurang 20 meter dari rumah pangsa yang berada di pinggirnya.

Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tiga hingga empat kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami ni, setiap bulan pula pasti ada yang maut.

Malah kami diberi tanda yang pelik dan menyeramkan seperti terdengar suara mengilai serta ada 'benda' tergantung di dahan pokok besar sepanjang lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami.

“Jika menyaksikan sesuatu yang aneh tu, kami dah tahu pasti ada kemalangan maut yang akan berlaku dalam masa terdekat dan biasanya kurang tiga hari kemudian akan ada yang menjadi korban,” katanya, semalam.

Lembaga putih merangkak

Samsidah Moharam, 53, berkata, anak perempuannya yang ketika itu berumur 19 tahun pernah menyaksikan satu lembaga putih seolah seperti seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu.

Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan.

“Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada,” katanya.

Samsidah berkata, sebelum itu dia hanya mendengar cerita dari jiran yang pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya berkenaan.

Lihat kereta melayang

Abd Kadir Yusuf, 65, berkata, dia pernah melihat kejadian aneh apabila kereta boleh melayang sehingga tersangkut di celah pokok besar yang bercabang di tepi lebuh raya.

Sebelum lebuh raya ini siap dinaik taraf, memang ada banyak pokok besar di pinggir lebuh raya ini, apabila waktu malam memang kelihatan agak menyeramkan.

“Penduduk memang akan berlari cuba menghulurkan bantuan setiap kali terdengar kemalangan, tapi apabila menyaksikan keadaan mangsa yang terputus kepala kadang-kala badi mayat terkena pada kita,” katanya memberitahu paling ramai yang menjadi korban lebuh raya tersebut adalah penunggang motosikal.

Bagi Abu Hashim Abd Manaf, 61, pusingan-U di lebuh raya berhampiran dengan kediamannya itu berisiko mengancam keselamatan penduduk kerana menyebabkan beberapa kejadian kenderaan terjunam ke bawah.

Katanya, penduduk rumah pangsa berkenaan kerap mengadakan majlis agama untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Kita minta pihak bertanggungjawab memasang tembok di pinggir lebuh raya berhampiran kediaman penduduk kerana beberapa kejadian membabitkan kereta terjunam ke bawah kediaman kami sangat membimbangkan.

“Kita kerap mengadakan majlis agama mohon perlindungan daripada ALLAH SWT terutama mengelak gangguan makhluk halus dan keselamatan kepada pengguna lebuh raya Pasir Gudang,” katanya.

TONTON INI
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog