Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Khamis, 31 Disember 2015

PAKAR ARKEOLOGI DAKWA JUMPA OBJEK TELEFON BIMBIT ZAMAN PURBA KALA?


Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.

Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.

Share:

Rabu, 30 Disember 2015

SENI MALAPETAKA YANG SUKAR DI BAYANGKAN


Gambaran hari kiamat atau bencana alam besar yang memusnahkan bumi mungkin sukar dibayangkan malah tiada siapa yang mahu melihatnya.

Namun, lain pula ceritanya seorang artis dari Britain, Steve McGhee yang mengambil tema hari kiamat dan bencana alam untuk menghasilkan imej yang menakjubkan.

Dengan menggunakan teknik fotografi unik, McGhee menggunakan imaginasinya bagi menunjukkan keadaan yang mungkin berlaku apabila hari kiamat tiba nanti.

Kapal terbang terhempas di kota New York, lubang hitam yang menelan puluhan kapal di Pelabuhan Sydney sehinggalah tsunami setinggi pencakar langit adalah antara gambaran kiamat yang dihasilkan McGhee.

McGhee berkata, dia suka menonton filem yang berlatar belakangkan bencana alam sehingga ia mempengaruhi hasil karyanya. Mungkin saya terlalu banyak menonton filem berkaitan bencana alam dan hari kiamat.

“Saya memang terpesona dengan sesuatu yang manusia tidak mampu kawal seperti bencana alam,” katanya.

Ujarnya, bencana berlaku hampir setiap hari di seluruh dunia tetapi media hanya melaporkan kejadian yang besar sahaja. Setiap hari pasti ada seseorang di dunia yang terbabit dalam bencana yang mengancam nyawa.

“Ia tidak perlu ombak gergasi setinggi pencakar langit untuk menjadi bencana,” jelasnya.

McGhee menggunakan pelbagai teknik fotografi manipulasi untuk menghasilkan gambaran dramatik dan menakjubkan.

Reaksi dari orang ramai sangat baik dan ramai yang memuji hasil seni saya. Saya sangat menghargainya.

Karya saya mencerminkan kesilapan manusia, nasib malang dan pengalaman menakutkan yang dialami manusia.

“Ada yang menyukai hasil karya saya ini dan ada yang kurang meminatinya,” katanya.

Tambahnya, karyanya bukan bertujuan menyokong atau membenarkan tindakan keganasan atau meraikan kehilangan jutaan nyawa dalam bencana alam sebelum ini.

“Karya ini menceritakan betapa lemahnya kewujudan manusia dan sebagai menghormati mereka yang menderita akibat kehilangan orang tersayang,” ujarnya.







Share:

Ahad, 27 Disember 2015

PENDAKI MERACAU LALU HILANG KETIKA MENDAKI BUKIT FRASER


PAHANG - Hasrat sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur menghabiskan masa cuti menjejaki Pine Tree Trail di Bukit Fraser bertukar tragedi apabila seorang daripada 22 pelancong terbabit sesat dalam perjalanan keluar.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki dikatakan bersama tiga lagi rakannya tertinggal dari kumpulan berkenaan kerana seorang remaja perempuan dari kumpulan tersebut mengalami kekejangan otot.

Mangsa dikatakan telah meracau seperti dirasuk sebelum lari memasuki laluan trail meninggalkan rakannya lalu hilang.
Share:

Rabu, 16 Disember 2015

PENDUDUK RAKAM GAMBAR HANTU DI BELAKANG RUMAH


Foto ini di ambil oleh seorang penghuni sebuah taman yang mendakwa selalu mendengar bunyi-bunyi aneh di belakang rumahnya. Pada mulanya ia menyangka ianya sekadar bunyi deruan angin kerana sekarang musim hujan. Namun bunyi-bunyi aneh tersebut masih lagi berulang setiap hari.

Yang peliknya para jiran-jiran tidak mendengar apa-apa yang aneh berlaku di kawasan terbabit. Dengan rasa ingin tahu, beliau terpaksa meminjam sebuah camcoder `night vision` dari seorang rakan pejabat. Pada suatu malam beliau merakam beberapa gambar (footage) yang menyeramkan,

Waktu itu jam 2.15 pagi dan keadaan semakin dingin. Beliau tabahkan diri untuk melakukannya. Setelah merakam, beliau pulang dan mengupload kesemua rakaman terbabit ke dalam lappy (laptop) beliau. Beliau terkejut kerana didalam gambar terbabit terlihat beberapa objek atau entiti yang menyeramkan. Beliau sendiri terkejut dengan hasil rakaman itu.

Sehingga kini beliau masih diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan misteri. Beliau juga mendakwa kawasan terbabit adalah kawasan `orang lain` sebelum kawasan perumahan itu di bangunkan. Namun pihak pengkaji alam ghaib (paranormal) masih belum mensahihkan gambar terbabit adalah benar atau sebaliknnya.

Share:

Selasa, 15 Disember 2015

AKSI LETAK ULAR DAN KATAK BERBISA AMAZON DALAM MULUT


Seorang aktivis memasukkan ular dan katak berbisa ke dalam mulutnya sebagai bantahan terhadap aktiviti penebangan hutan di Amazon.

Satu rakaman video menunjukkan aktivis itu, Arteval Duarte melakukan aksi bahaya berkenaan di kawasan hutan di Amazon baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Duarte dilihat memegang seekor anak ular berbisa dan seekor katak beracun.
Dia kemudian melilit ular itu pada katak sebelum memasukkan kedua-dua haiwan berkenaan ke dalam mulutnya.

Kedua-dua haiwan berkenaan dibiar berada dalam mulut Duarte selama beberapa saat sebelum ia keluar dengan sendirinya. Duarte memegang kedua-dua haiwan berkenaan sebelum melepaskannya kembali ke hutan.

Katanya, dia melakukan aksi bahaya itu sebagai tanda protes terhadap aktiviti memusnahkan hutan yang kini berlaku di Amazon.

“Sekiranya hutan ini musnah, haiwan yang luar biasa seperti ini pasti akan pupus,” katanya.

Duarte memberitahu, dia sudah bermain dengan haiwan berbisa selama 15 tahun. Dia sebelum ini pernah memasukkan tiga labah-labah berbisa ke dalam mulutnya.
Share:

Isnin, 7 Disember 2015

BERPULUH TAHUN MENCARINYA YANG TERKUBUR BERATUS TAHUN..AKHIRNYA IA KETEMUI


Pihak berkuasa semalam mengumumkan ia menemui rangka kapal Sepanyol yang sarat dengan emas, perak dan batu berharga, 300 tahun selepas ia dikaramkan Britain di Laut Caribbean.

“Ia penemuan harta karun paling bernilai pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata Presiden Juan Manuel Santos, semalam.

Dia berkata demikian di bandar pelabuhan Cartagena, berhampiran tempat pakar menemui harta itu.
Pemburu harta karun berusaha mencari kapal itu sejak puluhan tahun lalu yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai ibu kepada semua kapal yang karam.

Jumlah harta yang dipercayai berada dalam rangka kapal itu dianggarkan bernilai sekitar AS$2 bilion (RM8.4 bilion).

Nilainya sepatutnya lebih tinggi tetapi menurun kerana kejatuhan mendadak harga perak, menurut Sea Search Armada (SSA) yang berpejabat di Amerika Syarikat.

SSA yang mendakwa menemui tempat rangka kapal itu terdampar pada awal 1980-an, terbabit dalam pertelingkahan sengit dengan kerajaan Colombia mengenai hak ketuanan terhadap harta itu.

Kapal itu, San Jose, karam pada Jun 1708 berhampiran Islas del Rosario, di pesisir pantai Colombia ketika bertempur dengan kapal Britain yang cuba merampas kargonya, sebahagian daripada Perang Rebut Takhta Sepanyol.

San Jose kapal utama mengetuai sekumpulan kapal membawa emas, perak dan barangan berharga lain dari tanah jajahan Sepanyol di benua Amerika untuk Raja Philip V.

Share:

Sabtu, 5 Disember 2015

GARA-GARA NAK TUAH PUNYA PASAL..


Penduduk di sebuah kampung kecil di India dilapor menggolekkan anak mereka dalam najis lembu dengan kepercayaan ia akan membawa tuah kepada kanak-kanak itu.

Tradisi itu dikatakan menjadi amalan penduduk di kampung Betul di Madya Pradesh sejak dulu lagi.

Penduduk berkenaan percaya dengan mengotorkan anak mereka dengan najis haiwan itu akan membantu mereka menjalani kehidupan sihat dan bebas daripada penyakit.

Mereka juga yakin ‘kesucian’ lembu itu akan membawa nasib yang baik kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.

Beberapa minggu sebelum ketibaan Deepavali, ibu bapa akan mengumpulkan najis berkenaan dan melonggokkannya di satu tempat.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog