Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 28 September 2015

FENOMENA GERHANA BULAN BERDARAH


Gerhana bulan penuh atau ‘Super Blood Moon’ iaitu gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan gerhana bulan dijangka berlaku pada hari ini.

Pegawai Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohd Zamri Shah Mastor berkata, fenomena itu bagaimanapun hanya dapat di lihat di benua Eropah, Amerika, Afrika serta sebahagian barat dan selatan Asia saja.

Katanya, fenomena terbabit ialah gabungan tiga kejadian perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.

Beliau berkata, gabungan bulan penuh dan Perigee atau ‘Super Moon’ (bulan dapat dilihat dengan jelas pada waktu siang) serta gerhana (Blood Moon) berlaku pada tarikh itu.

Fenomena Super Moon berlaku kerana bulan berada di kedudukan orbit paling hampir dengan bumi dikenali sebagai Perigee. Semasa bulan di kedudukan Perigee, ia dalam fasa penuh menyebabkan kelihatan lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa.

Fenomena gerhana bulan pula menyebabkan ia kelihatan berwarna merah disebabkan bayang-bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.

“Kita juga akan dapat lihat bulan bersaiz lebih besar iaitu 14 peratus lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata, semasa fenomena Super Blood Moon, bulan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerahan semasa gerhana.

Zamri berkata, fenomena ini mudah dilihat orang ramai di kawasan ia berlaku.

Katanya, orang ramai boleh melihat fenomena itu tanpa memerlukan kepada sebarang peralatan bantuan penglihatan serta mudah dikenali.

Menurutnya, di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh dapat disaksikan dengan mata kasar pada April lalu.

“Kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 nanti. Di Malaysia pula, gerhana bulan penuh dapat dilihat pada 2018 nanti,” katanya.

Beliau berkata, fenomena itu akan mempengaruhi pasang surut air laut namun tidak menyebabkan berlakunya bencana.

“Super Moon boleh memberi kesan kepada kejadian pasang surut air laut, namun tidak akan menyebabkan sebarang bencana alam. Hal ini kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut,” katanya.


Share:

Ahad, 27 September 2015

MAHALNYA MUNTAH SI IKAN PAUS..


Satu ketulan muntah ikan paus yang dijumpai seorang lelaki hanyut di pantai dijual pada harga £11,000 (RM73,503) dalam satu lelongan kelmarin.

Ketulan muntah ikan paus yang dikenali sebagai ambergris itu dijumpai seorang lelaki di pantai Anglesey, utara Wales pada awal tahun ini.

Ambergris boleh dijadikan bahan dalam minyak wangi itu dijual kepada seorang pembida melalui telefon.

Pemilik syarikat lelongan itu, Adam Partridge berkata, dia sangat teruja dengan lelongan berkenaan.

“Seorang lelaki datang kepada kami dan meminta untuk menjual ketulan muntah sebesar bola ragbi ini.

“Banyak benda boleh disalah anggap sebagai ambergris dan selepas dihantar untuk ujian kami dapati ketulan ini sangat berharga,” katanya.

Ambergris seberat lebih satu kilogram dan berbau busuk itu mungkin hanyut di laut selama berpuluh-puluh tahun sebelum terdampar di pantai.

Partridge memberitahu, ini adalah kali pertama di dunia Ambergris dilelong.

Ambergris dihasilkan dalam usus ikan paus sperma untuk melindungi organ itu dari benda tajam seperti paruh sotong yang dimakan haiwan itu.

Ia kemudian dikeluarkan dari usus dengan cara memuntahkan.

Ambergris digunakan dalam industri minyak wangi kerana ia menjadikan minyak wangi tahan lebih lama.
Share:

Khamis, 24 September 2015

DUA PENYIASAT PARANORMAL DITEMUI MATI


Dua penyiasat terkenal dan pernah menyertai kajian bersama team paranormal Ghost Adventures di temui mati di kediaman mereka.

Polis telah mengesahkan identiti si mati iaitu Mark dan Contastinos.Kedua dua mereka di jumpai mati di dalam bilik anak perempuan mereka.

Polis juga telah mengesahkan ada seorang lagi mayat yang di temui di bilik berlainan dan mengesyaki itu adalah pembunuh pasangan terbabit.

Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis untuk mengesahkan kenapa mereka dibunuh.
Share:

Isnin, 21 September 2015

BOMOH DAN PAWANG TERUS BUNTU MENGESAN KANAK-KANAK ORANG ASLI YANG HILANG


Gua Musang: Sekurang-kurangnya 40 bomoh dan pawang tampil membantu mengesan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang masih hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah mereka sejak sebulan lalu.

Ada antara pengamal perubatan itu dijemput sendiri masyarakat Orang Asli selain ada juga menawarkan diri selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk mengenai kanak-kanak itu hingga hari ini.

Malah, ibu bapa mangsa turut mengakui menjemput Tok Halak iaitu orang kepercayaan paling dihormati masyarakat Orang Asli dari Bidor, Perak untuk melakukan ritual sewang berubat minggu lalu.

Upacara dilakukan tiga malam berturut-turut untuk mendapat petunjuk lokasi tujuh murid berada, namun masih belum berhasil.

Midah Angah, 40, ibu kepada Noreen Yaacob, 10, dan Haikal, 8, berkata, dia sekeluarga sudah puas menggunakan khidmat bomoh dan pawang termasuk menjemput Tok Halak, namun masih belum berhasil.

Share:

Ahad, 20 September 2015

PAG BERKONGSI CERITA SERAM BERSAMA WARTAWAN UTUSAN MALAYSIA


KISAH SERAM mengenai jalan Bentong lama dan juga sebuah bangunan yang digelar sebagai Balai Polis Lama Gombak sentiasa dibualkan oleh orang ramai.

Memang boleh dikatakan tempat ini selalu menjadi tumpuan pengkaji paranormal seperti kami yang ingin mendapatkan bukti mengenai fenomena atau kejadian-kejadian mistik yang dikaitkan dengan kehadiran hantu-hantu yang menyeramkan.

Kru PAGparanormal tidak melepaskan peluang berkongsi cerita dan kajian kami bersama akhbar tempatan iaitu Akhbar Utusan Malaysia. 

Selepas berkongsi cerita mengenai kejadian aneh di Highland Tower, pihak Utusan telah menghubungi kami untuk input mengenai kajian kami di Jalan Bentong lama dan Balai Polis Lama Gombak. Anda boleh klik gambar untuk baca artikel.


Klik gambar untuk besarkan.
Share:

Jumaat, 18 September 2015

JANGAN MAIN MAIN DENGAN HUTAN SIMPAN AYER HITAM PUCHONG


PUCHONG : Keterujaan dua remaja merentas Hutan Simpan berhampiran dengan Taman Wawasan dekat sini kelmarin, berakhir tragedi apabila kedua-duanya sesat hampir 15 jam sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, mangsa yang pertama kali masuk ke hutan simpan berkenaan menuju ke satu lokasi air terjun pagi kelmarin untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, selepas dikatakan meminum seteguk air terjun terbabit, kedua-duanya tidak nampak dan buntu mencari jalan keluar.

Difahamkan kawasan hutan simpan terbabit memang di akui mempunyai kisah mistiknya. Mungkin kerana lokasinya terletak di tengah-tengah bandar metropolitan, orang beranggapan ianya tempat yang mungkin menyeronokan untuk beriadah.

Ada juga pihak mendakwa kawasan terbabit tempat perkampungan bunian dan dan tempat orang membuang saka suatu ketika dahulu.

Orang tempatan juga menasihatkan supaya setiap individu yang ingin memasuki ke kawasan terbabit perlu mengesahkan dahulu kepada balai polis berdekatan agar perkara tidak diingini berlaku.


Share:

Selasa, 15 September 2015

MISTIK AIR MANI GAJAH, AKIDAH DAN LOGIK AKAL


MAHU kelihatan beraura dan dipuja lebih ramai wanita, segelintir golongan lelaki di negara ini dikesan mengamalkan pemakaian cincin batu permata air mani gajah sebagai ilmu pengasih.

Cara untuk mendapatkan lebih keberkesanan, batu yang diikat pada cincin itu dikatakan perlu direndam ke dalam air zamzam terlebih dahulu dan dibacakan selawat serta diniatkan tujuan dikasihi, disayangi dan dicintai, lalu dipakaikan ke jari manis pada sebelah tangan kanan.

Cincin itu dibenarkan dibawa masuk ke tandas tetapi tidak boleh dipakai pada jari di tangan kiri yang digunakan untuk beristinjak.

Cerita yang diperoleh daripada seorang penjual batu permata dan ubatan tradisional di sebuah pasar di sini, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama tentang hukum si pemakai dan tujuan mereka memakainya.

Adakah ia khurafat untuk mempercayainya, apatah lagi mengamalkannya sehingga mengenakan pada anggota badan umat Islam.

Ganggu akidah
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, memberi nilai tambah kepada sesuatu batu yang disebut air mani gajah sebagai batu yang mampu membuatkan seseorang itu dicintai, dikasihi atau perniagaan menjadi semakin laris serta sebagainya, sebenarnya akan mengganggu akidah.

Air mani itu sendiri tidak najis tetapi berbalik kepada tujuan si pemakai cincin air mani gajah tersebut.

Kita dibenarkan memakai perhiasan seperti cincin dan dibolehkan bagi tujuan itu, namun bukan pula untuk tujuan pengasih mahupun pelaris.

“Sama juga kalau memakai cincin delima atau zamrud yang ada pelaris, ia tidak berapa sesuai dengan kehendak agama dan sudah lari daripada ajaran Islam sebenar, malah tidak tepat serta boleh mengelirukan serta menyeleweng,” katanya.

Seperti penulis, beliau turut membayangkan keberanian pencari air mani gajah yang masuk ke dalam hutan belantara dan bertembung dengan sepasang gajah yang sedang kemaruk bercinta.

Sedang dia menunggu untuk mengambil benih binatang besar tersebut, berkemungkinan orang itu menemui ajalnya di situ apabila digulingkan binatang liar tersebut sebelum sempat membawa air mani tersebut pulang.

Gajah cukup sensitif, kalau duk menunggu pada masa tu, rasanya ‘dighembah’ (dibelasah) gajah.

Saya tidak nampak dengan jelas, kalaulah mereka dapat sekalipun, banyak mana sangat sampai boleh dijual.

“Macam besi dibuat keris, ada kegunaannya, air boleh jirus pokok tetapi tidaklah sampai boleh melariskan. Jual laris apabila masakan itu sedap. Ini tidak, kita bimbang, takut berkemungkinan ada unsur penipuan,” katanya.


Harga cecah RM2,000 untuk sebentuk cincin
Air mani gajah boleh didapati di pasaran dan dijual secara terbuka dalam bentuk ketulan pelbagai saiz dengan harga serendah RM60.

Air mani yang mengeras seperti batu itu akan dibawa ke kedai cincin untuk dicanai kepada bahagian yang lebih kecil dan diikat kepada cincin mengikut cita rasa pelanggan.

Pada peringkat ini, harganya akan menjadi lebih mahal, boleh mencapai sehingga RM2,000 bagi sebentuk cincin.

Mohamad Shukri berkata, umat Islam perlu berwaspada, jangan sampai terperangkap dalam unsur penipuan. Jika terbukti menipu, pihak berkuasa perlu bertindak, namun sejauh mana mereka boleh mengambil tindakan.

"Masyarakat sendiri yang perlu menilai perkara itu, ditambah dengan perkembangan pada zaman moden dan pemikiran serba maju, seharusnya menilai sesuatu biar ada kemunasabahannya," katanya.

Beliau turut menasihatkan umat Islam berhati-hati pada kepercayaan yang khurafat, buat penilaian secara rasional supaya tidak mudah terperangkap dengan penipuan.

"Kalau kita fikir air mani gajah boleh kuatkan seks, mungkin ada kebenaran dengan merujuk kekuatan gajah. Ini tidak, dari segi saintifik, daripada mani gajah, wanita boleh terpikat, macam mana?”, katanya.


Paling laris sejak 1990
Seorang pencanai permata, Mohd Rafizi Hassan, 30, berkata, enam tahun menyambung perniagaan milik mertua di kawasan tempat letak kereta, bangunan Jalan Putera Semerak, di sini, batu permata daripada air mani gajah adalah yang paling laris sejak 1990 hingga kini.

Pada mula-mula diperkenalkan, batu ini sangat popular dalam kalangan peminat cincin permata dan mampu jual sehingga 20 hingga 30 bentuk sehari. Saya hanya menjual kepada pelanggan dan tidak mengambil pusing sama ada ia tulen atau tidak.

Kebanyakan pelanggan yang datang lebih arif dan berpengetahuan tentang ketulenan batu air mani gajah yang dimahukan. Mereka datang daripada seluruh negeri termasuk Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

“Tidak kurang juga yang datang dari Singapura dan Indonesia serta negara jiran, Thailand untuk mendapatkan batu yang tulen daripada air mani binatang tersebut,” katanya.

Katanya, batu air mani gajah memiliki kelas-kelasnya tersendiri dan nilainya akan semakin tinggi jika terdapat jalur-jalur dikatakan darah pada warna batu kekuningan serta warna lebih pekat.

Seorang peminat cincin, Husni Wadi Hussin, 36, pula berkata, dia memakai cincin air mani gajah sekadar perhiasan, tetapi mengakui ramai rakannya menegur dia memiliki aura tersendiri dan mempunyai ramai kenalan.

“Saya dapat batu ini hadiah daripada bapa seorang rakan dan pernah ditawarkan RM600 oleh seorang kawan, tetapi saya tidak berniat untuk menjualnya kerana sayang batu ini, sebab ia pemberian daripada seseorang,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga tudung lelaki berusia 38 tahun pula mengakui menyimpan batu air mani gajah untuk tujuan melariskan perniagaannya yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

“Ikut kata orang, ia pelaris, tetapi semua dengan izin ALLAH SWT. Kalau malas, asyik tidur, buat kerja apa pun tidak jadi, niaga pun tidak laku juga,” katanya.
Share:

Ahad, 6 September 2015

TERLALU TAKSUB DENGAN KEPERCAYAAN MISTIK


Kepercayaan segelintir manusia terhadap perkara Kepercayaan mistik menebal kononnya organ harimau belang mempunyai kuasa magis antara punca berpuluh ahli perniagaan tempatan diperbodohkan kerana sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi memperoleh kuku, taring atau kulit haiwan itu.

Berdasarkan maklumat, ramai mangsa termasuk orang kenamaan sanggup melabur wang membeli kuku atau taring harimau yang disadur dengan emas untuk dijadikan loket rantai.

Sumber berkata, masih ramai taksub kuku harimau boleh membawa tuah dan kuasa perlindungan kepada mereka yang memakainya.

“Malah, ada antara kedai emas atau kedai menjual barangan antik dikesan menjual kuku harimau ini secara eksklusif termasuk bagi menyembuh penyakit insomnia dan kebal demam.

“Terdapat kepercayaan lain kononnya misai harimau dan ekor haiwan buas ini mempunyai kuasa ajaib melindungi individu daripada disihir atau santau,” katanya.

Bagaimanapun kulit pada bahagian dahi kepala harimau dianggap paling mahal berikutan ia dianggap boleh membawa tuah dan mengubah nasib malang pemiliknya.

“Selain itu segelintir pengamal perubatan tradisional percaya zakar dan hempedu harimau mampu mengubati penyakit tulang, sawan, kusta dan sendi.

“Lebih menggelikan hati apabila tahi haiwan itu turut diburu kerana didakwa boleh merawat bisul, buasir dan menyembuhkan ketagihan arak jika dimakan,” katanya.mistik menebal kononnya organ harimau belang mempunyai kuasa magis antara punca berpuluh ahli perniagaan tempatan diperbodohkan kerana sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi memperoleh kuku, taring atau kulit haiwan itu.

Berdasarkan maklumat, ramai mangsa termasuk orang kenamaan sanggup melabur wang membeli kuku atau taring harimau yang disadur dengan emas untuk dijadikan loket rantai.

Sumber berkata, masih ramai taksub kuku harimau boleh membawa tuah dan kuasa perlindungan kepada mereka yang memakainya.

“Malah, ada antara kedai emas atau kedai menjual barangan antik dikesan menjual kuku harimau ini secara eksklusif termasuk bagi menyembuh penyakit insomnia dan kebal demam.

“Terdapat kepercayaan lain kononnya misai harimau dan ekor haiwan buas ini mempunyai kuasa ajaib melindungi individu daripada disihir atau santau,” katanya.

Bagaimanapun kulit pada bahagian dahi kepala harimau dianggap paling mahal berikutan ia dianggap boleh membawa tuah dan mengubah nasib malang pemiliknya.

“Selain itu segelintir pengamal perubatan tradisional percaya zakar dan hempedu harimau mampu mengubati penyakit tulang, sawan, kusta dan sendi.

“Lebih menggelikan hati apabila tahi haiwan itu turut diburu kerana didakwa boleh merawat bisul, buasir dan menyembuhkan ketagihan arak jika dimakan,” katanya.Kepercayaan mistik menebal kononnya organ harimau belang mempunyai kuasa magis antara punca berpuluh ahli perniagaan tempatan diperbodohkan kerana sanggup membayar ratusan ribu ringgit bagi memperoleh kuku, taring atau kulit haiwan itu.

Berdasarkan maklumat, ramai mangsa termasuk orang kenamaan sanggup melabur wang membeli kuku atau taring harimau yang disadur dengan emas untuk dijadikan loket rantai.

Sumber berkata, masih ramai taksub kuku harimau boleh membawa tuah dan kuasa perlindungan kepada mereka yang memakainya.

“Malah, ada antara kedai emas atau kedai menjual barangan antik dikesan menjual kuku harimau ini secara eksklusif termasuk bagi menyembuh penyakit insomnia dan kebal demam.

“Terdapat kepercayaan lain kononnya misai harimau dan ekor haiwan buas ini mempunyai kuasa ajaib melindungi individu daripada disihir atau santau,” katanya.

Bagaimanapun kulit pada bahagian dahi kepala harimau dianggap paling mahal berikutan ia dianggap boleh membawa tuah dan mengubah nasib malang pemiliknya.

“Selain itu segelintir pengamal perubatan tradisional percaya zakar dan hempedu harimau mampu mengubati penyakit tulang, sawan, kusta dan sendi.

“Lebih menggelikan hati apabila tahi haiwan itu turut diburu kerana didakwa boleh merawat bisul, buasir dan menyembuhkan ketagihan arak jika dimakan,” katanya.
Share:

Selasa, 1 September 2015

KENALI PEMBAWA WATAK SERAM `FREDDY KRUEGER`.


Fred "Freddy Krueger" adalah antagonis utama bagi filem seram (A Nightmare on Elm Street). Beliau pertama kali muncul di Wes Craven A Nightmare on Elm Street sebagai pembunuh bersiri melecur terbakar yang menggunakan sarung tangan bilah pisau.

Watak Freddy Krueger ini dicipta oleh Wes Craven. Watak-watak yang pernah melakonkan watak si kejam ini ialah :


KOLEKSI BERSIRI FILEM SERAM FREADDY KRUEGER

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog