Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 28 April 2015

PAKEJ MELANCONG KE "KAPAL BERHANTU" DI DASAR LAUTAN ATLANTIK


Kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik kira-kira 103 tahun dulu, dianggap sebagai tragedi maritim paling buruk dalam sejarah dunia.

Lebih 1,500 orang maut dalam tragedi berkenaan tetapi itu juga menyebabkan Titanic dianggap sebagai kapal paling ikonik di dunia.

Walaupun dianggap sebagai kapal paling terkenal di dunia, tidak ramai berpeluang melihat kapal berkenaan secara dekat.

Paling hampir kapal itu boleh dihampiri ialah dengan melawat muzium Titanic di Belfast, Ireland Utara atau menonton filem Titanic yang dilakonkan aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Namun, sebuah syarikat kini menawarkan pengalaman menyelam pada kedalaman 3.81 kilometer untuk melihat bangkai kapal itu di dasar Laut Atlantik.

Lawatan itu membawa pengunjung melihat tangga mewah Titanic, sauh kapal yang besar dan bilik Marconi yang memancarkan isyarat kecemasan SOS buat kali pertama di dunia.

Peluang sekali seumur hidup itu ditawarkan syarikat Bluefish dan harga pakej istimewa yang sungguh mengejutkan.

Pakej mewah mengembara ke dasar laut dan melihat bangkai kapal paling terkenal di dunia itu bernilai kira-kira £41,000 (RM222,101).

Walaupun harga pakej itu seakan-akan tidak masuk akal, tetapi lebih 40 individu menempah pakej lawatan berkenaan.

Pengarah Bluefish, Steve Sims berkata, mereka menghantar 40 individu ke dasar Lautan Atlantik untuk melihat bangkai Titanic.

“Antara pelanggan kami termasuk isteri seorang bilionair terkenal dalam bidang teknologi. Titanic masih menarik minat sebahagian besar daripada kita,” katanya.

Sims berkata, Bluefish terkenal kerana menyediakan perkhidmatan lawatan menakjubkan dan paling sukar ditemui di dunia.

“Lebih ramai orang pernah pergi ke angkasa lepas daripada melihat Titanic dengan mata mereka sendiri,” katanya.

Pelanggan yang menempah pakej itu akan tinggal di kapal Keldysh sementara menunggu keadaan laut yang sesuai untuk melihat Titanic secara dekat.

Mereka dibawa menaiki kenderaan dasar laut dikenali sebagai MIR I yang mampu menyelam sehingga enam kilometer dan menahan tekanan luar biasa.

Kenderaan itu diperbuat daripada tembaga boleh memuatkan seorang pemandu serta dua penumpang.
Misi selaman itu mengambil masa selama 11 hingga 12 jam dan apabila sampai ke dasar laut, lampu berkuasa tinggi akan dipasang bagi membolehkan pelawat melihat bentuk kapal berkenaan.

Selain badan kapal, pelawat boleh melihat barangan peribadi penumpang seperti kasut dan beg yang melekat pada besi yang berkarat.

Pemandangan itu sudah cukup membayangkan ketakutan penumpang ketika kapal itu karam pada malam 14 April 1912.

Titanic adalah kapal paling besar pada waktu itu dan karam pada pelayaran sulungnya selepas terlanggar bongkah ais.

Kapal itu karam di utara Lautan Atlantik ketika dalam perjalanan dari Southampton, Britain menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Selain lawatan yang menakjubkan, pelawat diberi taklimat dan penemuan terkini saintis mengenai kapal sepanjang 269 meter itu.

Selepas lawatan berkenaan, satu majlis bagi memperingati tragedi itu serta semua mangsa yang terkorban turut diadakan.

Kapal Keldysh dan MIR I membuat lebih 15 ekspedisi ke lokasi Titanic bersemadi serta melakukan beratus-ratus selaman.

Tujuan selaman itu bukan hanya pelancongan semata-mata tetapi untuk mendapatkan imej, data dan sampel dari bangkai kapal berkenaan.

Semua maklumat itu digunakan untuk tujuan kajian dan uji kaji saintifik oleh beberapa saintis dari seluruh dunia.

Sejak ekspedisi laut dalam dijalankan di tapak bangkai Titanic pada 1998, tiada sebarang artifak dialihkan.

Dari 2002 hingga 2006, seramai enam individu melawat tapak berkenaan tetapi kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan pakej pelancongan mewah itu terpaksa dihentikan.

Kini perkhidmatan itu disambung semula dan pelawat boleh menempah pakej lebih murah berharga kira-kira £6,820 (RM36,851).





Share:

Isnin, 20 April 2015

JIRAT BERAPI


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.
   
Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, kataya dalam kenyataan di sini, malam ini.
   
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.
   
Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. - Bernama

Share:

Khamis, 16 April 2015

SANGGUP CURI BATU AKIK HINGGA KE TANAH PERKUBURAN.


JOGJAKARTA: Demam batu akik yang melanda sebahagian masyarakat Indonesia kini tidak terkawal lagi.

Nilai ekonomi batu berkenaan yang kian melambung mendorong sebahagian penduduk negara itu tidak dapat berfikir secara rasional.

Kerana ingin meraih keuntungan segera, mereka sanggup menceroboh tanah perkuburan untuk mencuri batu nisan yang dibuat daripada batu itu seperti yang berlaku pada kubur seniman Sapto Hudoyo dan Bagong Kussudiardja di daerah Bantul.

Perbuatan mencuri batu nisan di kubur Bagong di sedari anaknya Djaduk Ferianto kelmarin, sehari selepas kehilangan batu itu di kubur Sapto.

“Sebaik mendengar berita mengenai kehilangan batu nisan Sapto, saya ke kubur bapa saya. Jelas, batu nisan bapa saya juga hilang selepas dicungkil pencuri,” kata Djaduk.

Menurutnya, batu itu dibeli bapanya di Pacitan sebelum meninggal dunia dengan harga Rp5 juta (RM1,427).

“Bapa saya berpesan supaya batu itu dijadikan nisannya apabila dia meninggal dunia,” kata Djaduk.
Sementara itu, kehilangan batu akik di kubur Sapto Hudoyo disedari penjaga tanah perkuburan di Desa Imogiri, Djamhari.

Menurutnya, terdapat dua batu akik jenis kecubung berukuran sebesar buah kelapa diletakkan di kubur bekas seniman itu.

“Saya sedari batu itu tidak ada lagi di kubur Sapto. Saya tidak tahu jenisnya. Selepas melaporkan kehilangan batu nisan itu, ada orang memberitahu saya tahu ia akik jenis kecubung,” katanya.

PENJAGA tanah perkuburan menunjukkan keadaan kubur Sapto selepas batu nisannya dicuri.

Gambar ini dipercayai tempat penjualan batu akik curi.

Share:

Rabu, 15 April 2015

KAMBING AJAIB DI PALESTIN DI SEMBELIH

SEMENANJUNG GAZA : Pihak berkuasa Palestin di sini menyembelih seekor kambing jantan yang dianggap ajaib kerana boleh mengeluarkan susu selepas orang ramai percaya susu haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit.

Media melaporkan, pihak berkuasa membayar pampasan kira-kira AS$680 (RM2,523) kepada pemilik kambing itu, Jassir Abu Al Saeed.

Pegawai di Kementerian Pertanian, Zakaria Al Kafarna berkata, kambing jantan itu disembelih selepas terdapat laporan mengatakan susu haiwan berkenaan boleh menyembuhkan banyak penyakit.
Katanya, selepas disembelih daging haiwan itu dijual kepada seorang penduduk kaya.

“Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini selepas ia mencetuskan kegemparan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk,” katanya. Menurutnya, kambing jantan itu mengeluarkan susu akibat masalah hormon.

“Susu yang dikeluarkan oleh kambing jantan ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit sebaliknya ia boleh membahayakan kesihatan,” tegasnya.

Tambahnya, kementerian mengambil keputusan menyembelih kambing itu bagi menamatkan kekeliruan selepas haiwan berkenaan menjadi berita hangat akhbar dan media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Jassir, 45, berkata, dia membeli kambing berkenaan daripada seorang petani yang mengimport haiwan itu dari sebuah ladang di Israel. - Agensi

Share:

Khamis, 9 April 2015

KISAH MISTERI BATU PUTIH DI SEBUAH KAMPUNG


SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG BATU PUTEH. Kampung Batu Puteh telah dibuka pada tahun 1876 oleh sekumpulan peneroka datang dari Kendal, Jawa Tengah, Indonesia yang diketuai oleh Haji Senawi. 

Mereka membuka kebun untuk bercucuk tanam dengan tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya. Tujuan asal mereka datang ialah untuk mengembangkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. 

Mereka mendirikan masjid dan rumah-rumah kediaman dan pada awalnya kampung ini dinamakan Kampung Haji sempena nama ketua kumpulan yang mula-mula meneroka tetapi setelah penduduk bertemu dengan longgokan batu berwarna putih berkilauan disatu kawasan mereka sepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Batu Puteh.

Catatan Sejarah oleh mantan Ketua kampung
Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn




Kisah Batu Putih di sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar.  Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah.  Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa  dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.

Kampung batu putih ini diteroka oleh beberapa orang yang datang dari Jawa Tengah yang diketuai oleh Haji Sanawi pada tahun 1876.  Diteroka dari tepi sungai Simpang Kiri hingga jejak ke Parit Kuda tengah Mukim 1, Lubuk. Pada mulanya kampung ini hendak dinamakan kampung Parit Haji Sanawi tetapi oleh kerana terjumpanya batu tersebut sebulat suara menamakan kampung Batu Putih hinggalah sekarang.

Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.

Pada tahun 1905, pada malam isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya.  Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar.

Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan (menghampiri)  di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.

Pada Tahun 1924 berlaku satu lagi peristiwa iaitu angin puting beliung dari kawasan batu putih menuju bangunan masjid yang ada sekarang. Di lain-lain kawasan yang berdekatan tidak terjejas. Waktunya dalam pukul tiga petang.  

Dengar cerita  orang tua-tua situ mengatakan orang yang bertapa di Batu Putih telah keluar perkara ini memang berlaku. Setahu saya  pada tiap-tiap awal muaharan hinggalah 10 muharam ada orang yang bertapa dalam tempoh 10 hari tetapi semenjak kebelakangan ini sudah tidak ada lagi.

Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. 

Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . 

Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. 

Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk  dengan memegang sebilah parang panjang.  Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.

Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai.

Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun.

Dengar cerita dongeng, Batu Putih itu asalnya daripada Tanah Jawa. Dilemparkan oleh seorang wali ketempat tersebut kerana untuk menindihkan sebilah keris yang bernama Sitruku Mabtar (kalau tak silap eja lah). Keris ini menjadi rebutan oleh orang-orang Jawa. 

Kononnya barang siapa yang dapat menyimpan keris tersebut orang itu menjadi mulia hidupnya dan boleh memerintah. Dengar lagi satu cerita mengatakan keris tersebut telah dibawah oleh orang yang bertapa semasa kejadian ribut puting beliung berlaku.
Share:

Selasa, 7 April 2015

MUKA ANEH PERANGAI PUN ANEH!


Sepasang suami isteri Tito dan Amanda Watts ditahan kelmarin kerana menjual ‘tiket emas ke syurga’ kepada beratus-ratus orang.Pasangan berkenaan yang menjual tiket itu dengan harga AS$99.99 (RM362) setiap satu memberitahu pembeli tiket berkenaan dibuat daripada emas padu dan setiap tiket itu melayakkan pembelinya satu tempat di dalam syurga.

Mereka hanya perlu menunjukkan tiket itu untuk memasukinya.Seorang jurucakap polis Jacksonville, Florida berkata: “Semua orang boleh menjual tiket ke syurga. Tetapi apa yang dilakukan pasangan Watts itu ialah mereka memutar belit produk yang mereka jual.Tiket itu hanya kayu yang disembur dengan warna emas lengkap dengan kata-kata ‘Tiket ke Syurga - Untuk Seorang.’

Anda tidak boleh menjual sesuatu dengan berkata ia emas sedangkan ia sebenarnya bukan emas.”Dalam kenyataannya kepada polis, Tito berkata: Saya tidak peduli apa yang polis cakap. Tiket itu emas padu. Saya tidak menyembur cat padanya. Jesus yang memberinya kepada saya di belakang restoran KFC dan memberitahu saya boleh menjualnya supaya saya boleh pergi ke angkasa lepas.

Saya bertemu seorang makhluk asing bernama Stevie yang berkata jika saya sudah mempunyai wang secukupnya, dia akan membawa saya dan isteri terbang ke planetnya dan menghisap dadah.“Kami boleh hisap seberapa banyak dadah yang kami mahu dan ia percuma.

Kami tidak bersalah jangan cuba masukkan kami dalam penjara kerana kamu akan terima padahnya nanti. Saya bersedia untuk perangkap Jesus jika kamu mahu kami lakukannya.”Isterinya, Amanda pula memberitahu polis: “Kami hanya mahu meninggalkan bumi ini, pergi ke angkasa lepas dan hisap dadah. 

Saya tak mahu apa-apa lagi. Tito jual tiket itu. Saya hanya memerhatikannya.Polis merampas wang tunai berjumlah lebih AS$10,000 (RM36,200), tiga paip ganja dan seekor anak buaya daripada pasangan itu.

Share:

Isnin, 6 April 2015

RAKYAT JEPUN DIHANTUI 'MATI DALAM KESEPIAN'


Pada bulan Mac, sisa-sisa tubuh seorang lelaki tua telah dijumpai di lantai pangsapurinya di tengah-tengah bandar Tokyo. Dia telah mati selama sebulan.

Jiran-jiran tidak perasan ketiadaan lelaki yg berusia lapan puluh tahun ini. Bank yang membuat penyewaaan kepada warga tua terbabit menyatakan yang ahli keluarganya langsung tidak melawatnya sehinggakan penemuan mayat yang telah berbau busuk dan mengganggu penyewa lain di tingkat bawah.

Dalam pesat penuaan Jepun, ramai orang yang mati tanpa disedari di negara yang mempunyai 127 juta penduduk itu.

Untuk itu kes seperti ini di panggil "MATI DALAM KESEPIAN".Kini wujud sebuah pasukan yang menjalankan tugas pembersihan yang di kelola oleh Hirotsugu Masuda dan beberapa krew pembersihan datang untuk menyelamatkan pangsapuri di mana mayat penghuni yang telah lama mereput di dalam kediaman mereka tanpa disedari oleh orang ramai.

"Ini telah mula menjadi sedikit lebih biasa di dunia dan ia menjadi lebih diiktiraf yang ada seperti ini kerja," kata Masuda, perkhidmatan yang dikehendaki 3-4 kali seminggu pada musim panas apabila badan mengurai lebih cepat.

Apabila pasukan Masuda hadir di lokasi, polis terlebih dahulu telah mengambil mayat akan tetapi cecair mayat yang mereput telah meresap ke lantai pangsapuri. Kelihatan lalat-lalat di sekitar periuk berisi nasi. Kalendar lama dan kertas bertaburan di bilik-bilik tidak disentuh selama bertahun-tahun.

Pekerja memakai pakaian perlindungan semburan seperti di dalam filem BIOHAZARD dan JANGKITAN VIRUS ZOMBIE dengan pantas menghalau serangga dengan menggunakan tangan bersarung getah. Latihan enam jam diberikan kepada krewnya agar lebih berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan kuman mudah merebak.

FOTO KREW PEMBERSIHAN SISA MAYAT DI JEPUN




Share:

Jumaat, 3 April 2015

EMPAT BULAN BURU HAIWAN ANEH INI..AKHIRNYA JUMPA JUA


Selepas empat bulan diburu, beruang matahari yang ditemui pekerja ladang sawit dalam keadaan kekurangan zat berjaya diselamatkan semalam.

Beruang matahari atau nama saintifiknya ‘Helarctos Malayanus’ diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini, sekitar jam 9 pagi.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan.

“Disebabkan keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC.

“Susulan itu, SFC menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini.

“Sebaik tiba, kami akan menjalankan pemeriksaan ke atas haiwan untuk mengenal pasti punca penyakit dan memberi rawatan sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum ini, SFC mengesahkan haiwan misteri ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari.

Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Pasukan SFC berusaha menyelamatkan haiwan, namun mereka dilaporkan tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih ditenggelami air akibat banjir.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog