Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Jumaat, 27 Februari 2015

TERAKAM GAMBAR PUNTIANAK HINGGAP DI BALKONI ASRAMA UITM.


SETIAP pelajar yang pernah tinggal di asrama pastinya mempunyai pengalaman mistik atau sekurang-kurangnya, mendengar kisah-kisah seram daripada senior.

Jarang ada yang dapat membuktikannya melainkan melalui cerita mulut sahaja, justeru gambar yang didakwa berjaya dirakam penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini sungguh mengemparkan.

Makhluk ini didakwa sebagai pontianak yang sedang berdiri di balkoni asrama!

Kejadian dikatakan berlaku Ahad lalu di sebuah cawangan IPTA tersebut yang terletak di Negeri Sembilan.

Pun begitu, baik kiranya kami rahsiakan lokasi tepat asrama berkenaan kerana gusar boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan penuntut.

Gambar yang mula tersebar di laman sosial ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada ianya asli atau tidak.

Meskipun ada pihak menganggap kisah makhluk halus adalah tahyul, namun ramai juga beranggapan kewujudannya tidak boleh diketepikan.

Bagaimanapun harus diingat, manusia adalah sebaik-baik kejadian di muka bumi ini maka kita tidak seharusnya takutkan makhluk lain yang juga ciptaan Allah SWT.


Share:

Khamis, 26 Februari 2015

PASANGAN KEKASIH DITELAN BUMI??


Viral kini di laman Youtube, satu rakaman CCTV yang memaparkan sepasang warga Korea Selatan kelihatan melalui detik cemas apabila terjerumus secara tiba-tiba ke dalam laluan pejalan kaki.

Menerusi video kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya turun dari sebuah bas kemudiannya ketika berjalan pada bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh dan menyebabkan pasangan tersebut jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat dihubungi dan segera ke tempatkejadian untuk membantu keluarkan mangsa. Mujurlah pasangan itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang itu terbentu di bawah jubin dan mungkin berpunca dari pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Setelah itu laluan itu ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
Share:

Isnin, 23 Februari 2015

SUPERHERO MATI KERAS


Puerto Rico: Seorang lelaki pelik yang dikenali kerana kostum adiwira Green Lantern berakhir dengan memakai kostum berkenaan walaupun selepas mati.

Mayat Renato Garcia, 55, diawet sebelum dipakaikan kostum itu untuk menyambut kedatangan tetamu di majlis pengebumiannya.

Garcia dikenali penduduk di bandar ini kerana gemar memakai kostum itu yang ditemuinya dalam kotak berhampiran tong sampah beberapa bulan lalu.

Dia meninggal dunia akibat penyakit lelah dan keluarganya memutuskan mengebumikannya dengan memakai kostum berkenaan.

Mayatnya diletakkan dalam keadaan berdiri di satu penjuru di kediaman adiknya dikelilingi jambakan bunga dan jarinya turut dipakaikan cincin yang kononnya menjadi punca kuasa watak Green Lantern.

Share:

Rabu, 18 Februari 2015

LOKASI YANG MENGGERUNKAN

Bayangkan cerunan gunung yang menegak atau ombak besar maut menggunung, jalan cerun yang menggayatkan. Demi minat dan kepuasan untuk merakam lokasi-lokasi berbahaya ini, ia tentu tidak menjadi terlalu bermasalah walaupun nilainya mungkin memakan nyawa sendiri.

Walaupun begitu, sejumlah lokasi amat berbahaya ini mungkin memerlukan anda berfikir lebih daripada sekali sebelum menyahut cabarannya.

Berikut adalah antara lokasi rekreasi paling berbahaya di dunia:

Half Dome, Taman Negara Yosemite



Setinggi hampir 1,500 meter dari Lembah Yosemite, Half Dome adalah lejenda di kalangan pendaki.
Memerlukan masa seharian dan jerih untuk sampai ke puncak, jarak 120 meter terakhir ‘kubah’ ini hampir menegak 90 darjah.

Pendaki perlu menggunakan kabel logam sebagai alat bantu untuk menjejakkan kaki di puncaknya.Namun, perlu diingatkan bahawa di peringkat inilah kemalangan paling banyak terlaku dan dilaporkan, kira-kira 60 orang terbunuh di sini.

Pada 2011 seramai tiga pendaki maut, dengan dua daripadanya dihanyutkan arus di bawahnya.Jika itu belum cukup menggerunkan, ini mungkin dapat memberikan gambaran lebih jelas: Sesetengah pendaki maut kerana disambar petir!


Lawatan ke gunung berapi Hawaii



Aktiviti mengunjungi gunung berapi aktif semakin popular di kalangan pelancong yang dahagakan cabaran. Namun ia ternyata tidak semakin selamat.

Taman Negara Gunung Berapi Hawaii melaporkan ada sebanyak 40 kematian dan 45 kecederaan serius antara 1992 hingga 2002.

Pada 2007 mereka menutup aktiviti berbasikal di Kilaluea tempat gunung berapi paling aktif di dunia selepas tiga orang maut dalam tempoh setahun.

Kini dibuka semula, pelancong terdorong untuk ke puncak gunung berapi sebelum boleh berbasikal ketika menuruni cerunnya.Risiko yang ditempah?

Hilang kawalan, cedera parah, melecur akibat terkena lahar dan terhidu gas beracun yang membunuh.
Mont Blanc, Perancis & Itali

Daripada 20,000 pengunjung yang cuba mendaki pergunungan tertinggi di kalangan negara Kesatuan Eropah ini, berpuluh-puluh terbunuh.

Dengan ketinggian 4,810 meter, pelancong sering menjadi korban akibat perubahan cuaca mengejut, jumlah pengunjung melampau dan runtuhan batu.

Kejadian terburuk direkodkan dalam tempoh beberapa tahun ini ialah pada 2012 apabila sembilan pendaki dari Switzerland, Jerman, Britain dan Sepantyol terbunuh dirempuh runtuhan salji.


Jalan Maut, Bolivia



Dianggap satu daripada laluan paling berbahaya di dunia, Jalan Yungas Utara sering dirujuk sebagai Jalan Maut. Ia tidak menghairankan jika melihat kepada kadar kematian dicatatkan di situ sehingga 300 orang setahun.

Laluan 64 kilometer dari puncaknya menarik lebih 25,000 penunggang motosikal setiap tahun.Jalan yang sempit, tanpa penghadang keselamatan dan tebing tinggi menjadi ujian kepada mereka.


Kokoda Track, Papua New Guinea



Popular ketika Perang Dunia Kedua, Kokoda Track menjadi tempat kunjungan warga Australia yang ingin memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban ketika konflik berkenaan.

Laluan sepanjang 96 kilometer itu melalui kawasan hutan, sungai dan pergunungan.Setakat ini ia sudah mengorbankan enam pengunjung Australia, selain 50 yang lain terpaksa diselamatkan melalui helikopter.


Teahupoo Gigantic Wave 



Disenarai sebagai antara 10 lokasi berombak besar paling bahaya di dunia, ada lima kematian dicatatkan sejak 2000.

Menjadi lokasi kejohanan dunia setiap tahun, ombaknya boleh mencapai ketinggian tujuh meter bersama kekuatan yang menyebabkan kematian atau kecederaan parah.Nama Teahupoo boleh diterjemah sebagai “Tempat Tengkorak.”


Gunung Huashan, China



Bersatu dengan pergunungan suci Tao, laluan di sini adalah antara yang paling bahaya di dunia.Tangga yang curam dibina mengelilingi gunung setinggi 2,154 meter itu dengan rantai sebagai tempat berpaut.

Pendaki yang berani akan mendapat ‘habuan’ jika mereka berjaya tiba di puncak iaitu secawan teh.
Walaupun tiada statistik rasmi mengenai kematian di sini, dianggarkan 100 orang terbunuh setiap tahun.


Pantai Acapulco



Jangan terpedaya bahawa keindahan pantai akan menjamin keselamatan.Kawasan perkelahan Acapulco memang terkenal dengan jenayah tinggi dengan kadar pembunuhan sebanyak 142 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Firma pelancongan Australia pula menyarankan warga negara itu hanya melawat kawasan yang sering dikunjungi ramai, tetapi masih mengingatkan lokasi itu tetap berdepan risiko pembunuhan dan penculikan.

Kebanyakan jenayah berlaku di kejiranan kelas pertengahan yang terletak tidak jauh dari apartmen mewah, pusat peranginan dan kedai eksklusif.


Rangkaian sungai Colorado



Ia mungkin rangkaian sungai paling popular di Amerika Syarikat, tetapi dibayangi pelbagai kecelakaan dengan sesetengahnya menyebabkan kematian.

Pada 2014, berlaku 15 kematian dalam tempoh tujuh bulan pertama menjadikan tahun lalu sebagai tempoh paling buruk dalam sejarahnya.

Jabatan Taman dan Hidupan Liar Colorado menyalahkan salji cair dari bahagian hulu menyebabkan paras air meningkat mendadak serta kian deras.

Mereka juga mendakwa pengambilan arak dan kekurangan pengalaman menyumbang kepada banyak kemalangan.


Skellig Michael



Terletak di barat Ireland, Skellig Michael diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1996 berdasarkan kepada kewujudan biara purba unik di situ.

Ia boleh dicapai selepas anda mendaki 600 anak tangga berusia lebih 1,000 tahun sambil mengharungi deruan angin kencang serta lereng curam.Tergelincir dan terjatuh adalah kemalangan paling lazim di sini.

Pada 2009, dua kematian direkodkan dan mendorong pihak yang berkenaan mengkaji semula aspek keselamatan sedia ada.Namun di sebalik kemalangan berkenaan, mereka tetap tidak memasang palang keselamatan di situ.

Share:

Selasa, 17 Februari 2015

PEKERJA RUMAH MAYAT MENGAKU 'MAIN' DENGAN MAYAT


Accra (Ghana) - Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital di sini mengaku banyak kali membuat hubungan seks dengan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.

Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya.

Lucas memberitahu seorang wartawan stesen televisyen Adom TV bahawa dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya itu menakutkan mereka.

“Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis enggan berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat.

“Saya boleh memuaskan nafsu saya di rumah mayat ini kerana tiada wanita di luar sana yang mahu keluar dengan saya,” katanya.

Lucas juga mendakwa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat.

“Latihan ini perlu dilakukan kerana selepas anda tidur dengan mayat anda tidak takut dengan mayat lagi,” ujarnya.Sejak wawancara berkenaan, Lucas dipecat majikannya dan dia kini diburu pihak polis.

Lucas juga menafikan dia mempunyai masalah mental selepas wartawan stesen televisyen berkenaan bertanyakan sekiranya dia menghadapi masalah kesihatan.
“Saya ok, saya ok,” tegasnya. - Agensi
Share:

Isnin, 16 Februari 2015

PERKAHWINAN PELIK DALAM KERANDA

SEPASANG pengantin baring dalam keranda, kononnya untuk memastikan kehidupan berumah tangga mereka direstui.

Bangkok: Ramai pasangan memikirkan hari perkahwinan mereka sebagai permulaan untuk hidup baru bersama.Beberapa pasangan Thai mengambil idea itu lebih serius dengan baring dalam keranda ketika melafazkan ikrar perkahwinan.

Upacara perkahwinan itu yang dijalankan oleh sami kononnya untuk membolehkan pasangan menyucikan diri daripada nasib malang dengan ‘dihidupkan semula’ dan ia dipercayai dapat membawa cinta sejati, kemewahan dan dilidungi daripada bahaya.

Seramai 10 pasangan mengambil bahagian dalam upacara besar-besaran yang luar biasa itu di sebuah kuil di pinggir bandar Bangkok, kelmarin.

Peserta melakukan upacara keagamaan di depan sami sebelum mengambil tempat mereka bersebelahan antara satu sama lain di dalam keranda merah jambu sambil memegang bunga rapat pada dada mereka.

Share:

Jumaat, 13 Februari 2015

KOMPUTER RIBA BERPUAKA JADI REBUTAN!!


Amerika Syarikat: Sebuah komputer riba Apple MacBook yang didakwa dikuasai makhluk halus kini menjadi rebutan di Internet.Ia ditawar untuk dijual menerusi eBay oleh seorang lelaki di sini.

Sekurang-kurangnya 130 bidaan diterima dan ia membantu meningkatkan harga komputer itu kepada AS$3,000 (RM10,800). Tawaran itu akan ditutup Ahad depan.

Lelaki berkenaan mendakwa komputer itu mula dirasuk selepas dia secara tidak sengaja meninggalkannya di sebuah tanah perkuburan berhampiran sebuah hospital sakit jiwa.

Menurutnya, dia melakar batu nisan dan menggunakan komputer itu untuk memainkan muzik bagi menemaninya ketika berada di tanah perkuburan itu, tetapi terlupa untuk membawanya pulang.

“Kejadian pelik mula berlaku apabila saya kembali ke tanah perkuburan itu untuk mengambilnya. Semua lagu dalam iTune bertukar menjadi muzik yang menakutkan. Latar belakang komputer itu berubah menjadi gambar menyeramkan.

“Saya pernah melihat komputer itu terangkat sendiri. Ada beberapa kejadian menunjukkan skrin dan papan kekunci buka dan tutup seolah-olah mahu bercakap,” kata lelaki itu yang hanya menamakan dirinya Wfatzinger.Dia juga berkata, komputer itu berkomunikasi dengan menulis mesej dari kubur.

“Ia akan mengambil pen antara papan kekunci dan skrin dan menulis pada kertas di pejabat saya. Saya yakin makhluk halus yang menguasai komputer saya hidup sebelum era komputer kerana ia kelihatan tidak tahu menggunakan komputer itu yang kini menjadi tempat tinggalnya,” kata Wfatzinger.Katanya, dia cuba mengusir makluk itu daripada komputer riba model 2007 itu tetapi tidak berjaya.

Share:

Rabu, 11 Februari 2015

MISTERI ANAK BABI MUTAN


Seorang petani terkejut apabila babi peliharaannya melahirkan anak ‘mutan’ dengan wajah seakan manusia serta kemaluan lelaki pada dahinya.

Tao Lu, 40, berkata, anak babi itu dilahirkan hidup, tetapi tidak diterima ibunya. Haiwan ganjil itu mati selepas enggan minum susu dari botol.

Tao kemudian memuat naik gambar haiwan malang itu ke Internet sebelum menjadi viral dan dibeli agensi berita China.

Katanya, sebaik gambar itu viral dia mendapat pelbagai tawaran wang yang tinggi daripada pihak yang mahu membeli haiwan itu kerana disangka masih hidup.

“Sayang anak babi itu mati, jika tidak pasti kami sekeluarga dapat merasa habuannya,” katanya.
Sebanyak 18 lagi anak babi dilahirkan tidak menunjukkan sebarang kecacatan.

Berikutan itu, Tao berkata dia akan mempamerkan bangkai babi itu untuk mereka yang berminat melihatnya.

Share:

Isnin, 9 Februari 2015

BAYI DALAM PERUT HAMIL ANAK KEMBAR?

Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.

Satu kejadian unik berlaku ke atas seorang bayi yang baru dilahirkan kerana didapati sedang ‘hamil’ anak kembar.

Menurut laporan media Hong Kong, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.

Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.

Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.
Share:

SUARA GHAIB MAHU NYAWA IBU


Gara-gara mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib, seorang anak bertindak kejam apabila memukul ibunya menggunakan batang cangkul sehingga mati di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini.

Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Hamidah Mat Zin, 47, berehat di ruang tamu rumahnya.

“Sebelum itu, anaknya dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu rumah itu sebelum bertindak ganas memukul kepala ibunya bertubi-tubi.

“Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus kejadian. Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan kemudian terlihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, saksi kejadian itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum meninggal dunia sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, anak saudara mangsa itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini.
“Polis berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian.

“Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah mental sejak berusia 16 tahun dan mendakwa sering mendengar suara ghaib. Dia mendakwa suara ghaib itu mengarahkannya memukul ibu sehingga mati,’ katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad, di sini.Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Share:

Sabtu, 7 Februari 2015

IBU DAN ANAK TERKEJUT BEBOLA API MISTERI SERANG RUMAH

IBU mentua Nor Hawa, Hamimah (kiri) bersama Hafsah melihat kesan kebakaran di rumahnya di FELDA Kahang Timur.

Kluang: Seorang ibu dari Felda Kahang Timur di sini, terpaksa berpisah buat sementara dengan anak perempuan berumur 10 tahun bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan kebakaran misteri yang dicetuskan oleh bebola api berterusan berlaku setiap kali dua beranak itu bersama.

Nor Hawa Ahmad, 34, mendakwa kejadian pelik itu berlaku sejak November tahun lalu, apabila mula diganggu perkara pelik seperti pintu dan tingkap rumah ditutup dan dibuka sendiri.

Katanya, gangguan itu berpanjangan sehingga beberapa barangan dalam rumahnya seperti telekung, langsir, tilam, selimut serta pakaian pula tiba-tiba terbakar.

“Selepas beberapa minggu melalui kejadian pelik itu, kami bercadang menumpang di rumah ibu mentua berhampiran, namun kebakaran itu berlaku pula di rumahnya.

“Ia berlarutan apabila kami berpindah ke rumah ibu saya di Kulaijaya dan keadaan menjadi lebih teruk kerana kebakaran berlaku lebih besar sehingga memerlukan bantuan bomba untuk memadamkan api,” katanya yang ditemui di rumahnya di felda itu, semalam.

Share:

Jumaat, 6 Februari 2015

WANITA MENDAKWA DIA DI RENTAP OLEH HANTU

Cecilia Carrasco

Wanita ini berkata, dia telah ditolak ke lantai oleh "HANTU" dan di rakam oleh kamera keselamatan litar tertutup cctv.Kelihatan di dalam "footage" itu dia tercampak ke lantai seolah olah kakinya direntap kuat oleh sesuatu.

Beliau berkata : Saya terjatuh ke lantai dengan kuat dan terpaksa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans.

Saya berada di hospital selama tiga hari dan saya masih tidak mampu bekerja akibat kecederaan dan trauma.


Kelihatan Cecilia sedang berjalan masuk di hadapan kaunter pertanyaan.

Rakaman menunjukan beliau jatuh dengan kuat secara tiba-tiba.


Saya tidak nampak "siapa" di depan saya kerana waktu itu sy sedang bercakap dengan seorang gadis, dan pada waktu itu saya sedang memandang ke arah penyambut tetamu dan tiba-tiba saya merasakan ada dua pasang tangan merentap kedua-dua kaki saya .

Setelah melihat kembali rakaman litar tertutup cctv itu, sehingga kini saya dan keluarga masih bingung akan apa yang terjadi.Misteri ini tak mampu dihuraikan dengan kata-kata dan ia akan kekal menjadi igauan ngeri saya.
Share:

Khamis, 5 Februari 2015

KUCING MATI KEMBALI KE RUMAH


Seekor kucing kesayangan mati telah dikuburkan tuannya akibat terlibat kemalangan di jalan raya mengejutkan tuannya setelah dijumpai berada berhampiran rumahnya selepas lima hari kejadian berlalu.

Menurut laporan NY Post, kucing tersebut dikatakan dirempuh sebuah kereta. Selepas itu kucing itu dikebumikan dan lima hari kemudian, ia dijumpai berada di kawasan kejiranan.

"Kucing tersebut sudah kelihatan seperti tidak bernyawa dan tuan kucing terbabit mengebumikannya. Lima hari kemudian, kucing yang sama dilihat berada di halaman jirannya - dalam keadaan masih bernyawa!", kata wakil dari Humane Society of Tampa Bay di Florida.

Ketika ditemui semula, kucing tersebut cedera parah, lemah dan mengalami dehidrasi. Kucing terbabit dikatakan menggali sendiri untuk keluar dari kuburnya dan merangkak perlahan-lahan untuk pulang kepada tuannya.

Kerana tidak mempunyai wang yang cukup, tuan kepada kucing yang bernama Bart itu membawa kucingnya kepada Humane Society untuk rawatan. Mulut Bart terpaksa dijahit manakala salah satu matanya terpaksa dibuang.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog