Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Isnin, 26 Januari 2015

SALAI MAYAT DI PUNCAK GUNUNG


Gua gelap terletak ribuan kaki di sisi Gunung Timbac di lokasi terpencil di Filipina menjadi tempat persemadian akhir Ibaloi. Bagi upacara pengebumian mereka, orang Ibaloi menyalai mayat selama beberapa bulan untuk menjadikannya mumia yang digelar 'mumia api' sebelum diletakkan di dalam gua berkenaan.

Amalan pengebumian puak itu dilakukan sehingga penjajahan Sepanyol, 400 tahun lalu malah ada antara mumia disimpan di situ sejak lebih 1,000 tahun lalu tanpa diusik atau dirosak­kan sehingga kurun ke-19.

Sayangnya, walaupun hanya beberapa gua dibuka kepada orang ramai, kebanyakannya menjadi sasaran penjarah dan vandalisme sejak beberapa tahun kebelaka­ngan ini.

Dipercayai hanya beberapa orang tua Ibaloi mengetahui lokasi khusus 80 gua yang dianggap suci itu, malah pelbagai ritual kuno masih dilakukan di lokasi berkenaan sehingga hari ini.

Edgar Alan Zeta-Yep, 31, sanggup mendaki Gunung Timbac untuk merakamkan gambar mumia api berkenaan, dua dekad selepas melihat salah satu mumia berkenaan dipamerkan di muzium di Bangoiu.

"Mumia ini sungguh mempesonakan. Perasaan bercampur-baur ketika merangkak di dalam gua untuk mengambil gambarnya, tidak dinafikan terasa juga seram dan ngeri.

"Selepas membaca mantera, pemandu Ibaloi kami mengangkat kain yang menutup mumia itu. Semuanya terbaring dalam keadaan meringkuk di dalam keranda kayu, malah ada yang tangannya dilihat menutup muka seolah-olah silau dengan lampu suluh kami.

"Mumia ini diawet dengan baik sehingga kami dapat melihat tatu yang masih melekat pada tangan serta kaki," katanya.




Share:

Jumaat, 23 Januari 2015

MULUT LONGKANG TEAM PUAKA X


Kalau korang nak tau inilah video klip Puaka Balai Gombak yang bakal di tayangkan di pawagam di penghujung Januari 2015 ni.

Dikatakan budak-budak yang berlakon dalam filem ini menyangkal habis habisan mengenai misteri dan kewujudan hantu yang disiasat dan di bongkar oleh pasukan-pasukan paranormal yang ada di Malaysia.

Puaka X ialah nama pasukan mereka.Dengan hanya dianggotai oleh 3 orang anak muda yang kental lagi gila.

Didalam video klip terbabit menunjukan mereka telah pergi ke sebuah lokasi yang menyeramkan iaitu Balai Gombak Lama di daerah Gombak-Bentong.

Pasukan PAGparanormal juga telah melibatkan diri di dalam mempromosikan filem ini pada November 2014 lalu.
Share:

Rabu, 21 Januari 2015

BAYI API


Seorang bayi berusia enam hari yang dikatakan terbakar tiba-tiba kini diperiksa oleh doktor di India.
Bayi itu dimasukkan ke Kolej Perubatan dan Hospital Kilpauk di Chennai selepas didakwa terbakar sendiri. Dia kini dipantau sepanjang masa oleh petugas perubatan.

Ibu bayi itu, K Rajeswari berkata, kaki anaknya tiba-tiba terbakar Khamis lalu, enam hari selepas dilahirkan.Sekumpulan doktor di hospital itu, termasuk pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar bedah plastik menjalankan pemeriksaan terhadak kanak-kanak berkenaan.

Dekan hospital Dr N Gunasekaran berkata: “Kami sudah mengambil sampel kecederaan untuk ujian makmal. Keputusannya diketahui beberapa hari lagi.”

Sementara itu, Rajeswari, 22, berkata, ini bukan kali pertama dia melalui pengalaman itu. Pada 2013, anak sulungnya yang berusia tiga bulan ketika itu, juga terbakar tiba-tiba.Dia mendakwa anaknya mengalami kejadian itu empat kali.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap anak sulung Rajeswari merumuskan, dia tidak terbakar tiba-tiba.Mereka sebaliknya berkata, kanak-kanak itu mungkin didera atau melecur akibat kebakaran yang tidak disengajakan.

Dalam pada itu, beberapa saintis berkata, elektrik statik mungkin menjadi punca kejadian seumpama itu.

Share:

PULAU TIOMAN PULAU NAGA?


ROMPIN – “Pada mulanya saya tak percaya legenda Pulau Tioman yang didakwa terbentuk daripada seekor naga, namun setelah lihat sendiri dengan jelas keadaan bentuk pulau berkenaan ketika sedang bersiar di Pantai Hiburan.

MITOS Pulau Tioman diceritakan dalam pelbagai versi yang berkisar mengenai seekor naga dari Tasik Cini yang terkena sumpahan lalu bertukar menjadi pulau.

Tidak mahu terlalu bergantung pada cerita yang biasa didengar,kami menjejak warga paling tua di Kampung Mukut yang dikhabarkan dapat berkongsi kisah asal-usul Pulau Tioman.

"Cerita ini cerita dongeng, tapi ada logiknya juga,'' seloroh Mohd. Dom Mohd. Ajam, 85, atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Dom sebelum memulakan ceritanya dengan nada seorang sang penglipur lara.


Tetapi dalam cerita Tok Dom, tidak disebut kisah naga bernama Seri Pahang yang bertukar menjadi pulau selepas terdengar bunyi ayam berkokok seperti yang biasa diceritakan.

Namun ceritanya tidak lari daripada kisah naga Tasik Chini.

Menurut Tok Dom, asal-usul Pulau Tioman bermula daripada kisah seekor naga yang meninggalkan Tasik Chini selepas kalah dalam pertarungan dengan naga penghuni tasik tersebut iaitu Naga Seri Gumum.

Katanya, selepas tewas kepada Seri Gumum, naga jantan bernama Daik itu membawa diri dengan berenang ke Kepulauan Riau yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

"Daik yang malu atas kekalahannya melarikan diri dan meninggalkan pasangannya sendirian di Tasik Chini.

"Selepas menyedari kehilangan Daik, naga betina itu kemudian mengambil keputusan untuk keluar menjejak Daik,'' katanya.

Katanya, dalam perjalanan merentasi perairan Mersing, naga betina itu dikatakan tersangkut pada sebuah bubu lalu terkena sumpahan dan bertukar menjadi sebuah pulau.

Pulau yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah Pulau Tioman yang mempunyai dua 'tanduk' iaitu Gunung Nenek Semukut dan Batu Sirau.

"Bubu yang dilanggar oleh naga betina itu bukan sembarang bubu. Ia adalah bubu yang menjadi tempat kurungan pasangan adik-beradik yang dihukum kerana dituduh melakukan sumbang mahram.

"Bubu itu dikatakan timbul dan tidak tenggelam ke dasar laut kerana mereka sebenarnya difitnah oleh penduduk kampung. Begitulah ceritanya menurut orang dulu-dulu,'' jelasnya lagi.

Sementara itu katanya, kerinduan yang ditanggung oleh Daik selepas berpisah dengan pasangannya menyebabkan naga itu turut menjelma menjadi pulau di Riau.

"Jadilah ia Pulau Daik kerana kecewa menunggu pasangannya yang tidak kunjung tiba,'' tambahnya.

Menariknya menurut Tok Dom, Pulau Daik yang kini berada di daerah Lingga, Kepulauan Riau itu mempunyai banyak persamaan dengan Pulau Tioman.

Antaranya adalah nama-nama kampung di pulau tersebut yang sama dengan kampung-kampung di Pulau Tioman seperti Mukut, Genting, Juara, Salang dan Paya.

Katanya, selain persamaan pada nama-nama kampung, kedua-dua pulau itu juga mempunyai bentuk yang cukup mirip kerana mempunyai puncak gunung berbentuk tajam seperti tanduk atau cula naga.

"Cuma..., Pulau Daik itu culanya ada tiga, Tioman culanya dua. Cula tiga itu tandanya si jantan dan cula dua itu tandanya si betina,'' ujar beliau merujuk cerita yang diperturun oleh nenek moyangnya.

Jelas beliau lagi, persamaan nama-nama kampung itu turut membuktikan dakwaan yang mengatakan penduduk Pulau Tioman berasal dari Kepulauan Riau ada kebenarannya.

"Orang-orang terawal yang membuka penempatan di Pulau Tioman ini dipercayai adalah golongan pelayar dari Pulau Daik.

"Bila sampai ke sini, mereka abadikan nama-nama kampung yang ada di kampung asal mereka,'' katanya.


Share:

Selasa, 20 Januari 2015

POSTER PAG TERPAMPANG DALAM FILEM PUAKA X


Salam sejahtera buat semua. Cerita meletop lagi hangat sejak dua menjak ini iaitu kisah mengenai sebuah produksi yang telah `menempelkan` gambar (poster) PAGparanormal di dinding dalam sebuah filem terbaru mereka.

Sebenarnya isu ini adalah isu kecil namun ianya dipandang serius oleh beberapa individu yang nampak tidak berpuashati dengan tindakan produksi filem terbabit yang tidak memohon kebenaran dan memperlihatkan mereka seolah olah `senang` mengambil kesempatan yang ada pada PAGparanormal.

PAGparanormal bukanlah sebuah pasukan paranormal yang sangat terkenal di Malaysia namun segala hasil titik peluh mereka membuat kajian dan mempromosi nama mereka dianggap berharga dan tidak boleh sewenang wenangnya di ambil begitu sahaja.




Share:

PUJA LABU AIR GERGASI UNTUK NOMBOR EKOR?


Johor Bahru: Kebun milik seorang mak andam di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, di sini, kini menjadi perhatian selepas tiga pokok labu air yang ditanam mula berbuah dan bersaiz besar.Amira Mukri, 53, berkata, tiga biji labu gergasi yang terdapat di kebunnya itu berukuran kira-kira satu meter panjang dan seberat tujuh kilogram setiap satu.

Bagaimanapun, dia kecewa apabila labu gergasi berkenaan dipuja oleh segelintir kaki nombor ekor tanpa kebenaran keluarganya kerana percaya ia memiliki kuasa luar biasa iaitu membawa rezeki.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya terkejut apabila terserempak dengan sekumpulan lelaki pada awal pagi minggu lalu berkumpul dan membakar kemenyan di kebun yang terletak bersebelahan kediamannya.

“Saya dan adik lelaki menanam pokok serta sayuran lain di kebun berkenaan sejak dua tahun lalu dan labu air berkenaan hanya berusia kira-kira dua hingga tiga minggu, namun semakin memanjang hingga mencecah satu meter.

“Beberapa penduduk datang ke kebun kami untuk merakamkan gambar kerana menyatakan mereka tidak pernah melihat labu air aneh seperti ini,” katanya.
Share:

Rabu, 14 Januari 2015

AWIE DI SIHIR ISTERI?


Pelbagai barangan syirik dan khurafat seperti botol berisi cecair, patung kemaluan lelaki bersalut emas, patung sami diperbuat logam berserta tangkal ditemui penyanyi rock Awie di rumahnya yang disyaki milik isterinya, Rozana Misbun.

Peguam syarie Awie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa penemuan tersebut merupakan antara lapan sebab Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, memfailkan permohonan hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anaknya pada Julai tahun lalu.

Menurut Zaidi, Awie mempercayai isterinya mengamalkan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul ekoran barangan terbabit ditemui disorok di bawah tilam, dalam almari pakaian, tertanam dalam pasu bunga dan disembunyikan dalam rak barangan perhiasan di rumah mereka.

“Barangan itu ditemui selepas Awie berubat dengan seorang ustaz setelah mengalami sakit misteri pada 1 Jun 2014 sebelum ustaz itu memberitahu Awie terkena sihir disyaki dilakukan oleh orang yang sangat hampir dengannya,” kata Mohd. Zaidi.

Mohd. Zaidi berkata demikian semasa memberi hujahan lisan ketika kes permohonan ubah perintah sebelah pihak (ex-parte) bagi hak penjagaan anak pasangan itu di hadapan Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain yang dimohon Rozana, 37.

Share:

Selasa, 13 Januari 2015

GAMBAR HANTU YANG DI NAFIKAN?


BANDAR WEM, Britain - Misteri identiti satu lembaga budak perempuan yang dianggap hantu dan dirakamkan oleh jurugambar amatur, Tony O'Rahilly semasa sebuah dewan terbakar di sini pada 1995 mungkin telah diselesaikan.

Menurut seorang pesara jurutera, Brian Lear, 77, lembaga budak perempuan itu sama seperti dengan imej budak perempuan yang dilihat berdiri di tepi pintu yang terdapat pada sekeping poskad tahun 1922.

Jurutera itu mengesan wajah budak perempuan itu semasa imej poskad tersebut disiarkan semula bagi ruangan mengimbas kenangan di sebuah akhbar tempatan.

"Saya tertarik untuk mendapati budak perempuan itu kelihatan seperti budak perempuan yang digambarkan sebagai hantu Wem," katanya.

Pada mulanya, gambar tersebut dirakamkan oleh O'Rahilly yang merupakan seorang pekerja pembetungan ladang yang melihat dewan berusia 90 tahun tersebut terbakar pada November 1995.

Pekerja pembentungan itu hanya mengetahui imej lembaga tersebut semasa dia mencuci filem berkenaan.

Imej itu mendapat liputan meluas sekali gus menyebabkan imej lembaga berkenaan diberi gelaran sebagai hantu Wem.

Namun, seorang anggota Persatuan Jurugambar Diraja, Dr. Vernon Harrison menganggap bahawa lembaga budak perempuan itu mungkin terjadi disebabkan oleh teknik cahaya dan bukannya kerana kewujudan hantu. - Agensi
Share:

Isnin, 12 Januari 2015

LAUT MATI SEMAKIN SURUT?


Sejak ribuan tahun, Laut Mati menggamit pelancong yang datang untuk berenang kerana kononnya untuk mendapatkan manfaat kesihatan daripada kemasinannya.

Bagaimanapun, tarikan pelancong ke laut itu mungkin berakhir selepas pakar mendapati paras airnya semakin menurun dengan purata semeter setiap tahun.

Ukuran pertama dilakukan pada 1927 dan sejak itu paras air laut itu yang terkenal kerana menjadi sebahagian daripada sejarah agama, semakin susut.

Paras air itu dipantau oleh Institut Kajian Limnological menggunakan boya kecil yang diapungkan di tengah laut bagi mengukur kedalamannya.Menurut institut berkenaan, paras air Laut Mati susut lebih 40 meter sejak 1950-an.

Paras rendah itu dikatakan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah air yang masuk dan keluar. Pakar berkata, wujud pengurangan besar air yang memasuki laut itu dari Sungai Jordan.

Ini mungkin disebabkan air itu menyerap ke dalam tanah atau diambil dari sungai berkenaan dengan alasan tertentu.Laut Mati itu yang juga dikenali sebagai Laut Garam, memisahkan Israel dengan Jordan.

Ia dikenali begitu kerana kandungan garamnya yang hampir 10 kali ganda masin berbanding laut biasa hingga menghalang ikan dan tumbuhan hidup di dalamnya.

Permukaan laut itu dan pantainya berada 429 meter di bawah paras laut, menjadikannya tanah paling rendah di bumi.Dan dengan kedalaman 304 meter, ia adalah tasik air masin paling dalam di dunia.

Share:

Sabtu, 10 Januari 2015

KEANEHAN AL-NASLAA SI "BATU BELAH"


Terdapat banyak kejadian ANEH alam semula jadi yang mungkin menjadi teka teki. Salah satu daripadanya adalah Pembentukan batu Al Naslaa yang terletak di dia gurun Tayma, Arab Saudi.

Al Naslaa adalah salah satu batu yang berbentuk aneh di kawasan itu. Rekahannya yang sempurna antara kedua-dua batu berdiri dan permukaan rata benar-benar menjadikan ia sebuah batu yang paling aneh didunia.

Lihat saja kekaki kecil yang menyokong batu sudah cuku membuatkan kita terpegun dan tertanya-tanya. Berapa lama ianya akan tetap seimbang di situ? Bagaimana ia dipotong dan ia kelihatan seolah olah di potong dengan pedang yang tajam? Banyak persoalan yang tidak dapat di tafsirkan menyebabkannya menjadi begitu unik dan misteri.

Sehingga kita kisah kejadian batu ini masih kekal misteri.
Share:

Khamis, 8 Januari 2015

KEWUJUDAN KOTA IBLIS DI NEGARA CHINA?


Di China, wujud sebuah kota misteri yang di beri nama Xinjian. Di kota ini, terdapat satu daerah usang dan terbengkalai yang digelar sebagai kota iblis (Devils Town). Disana ada beberapa buah istana kuno yang masih masih wujud dan kekal misteri. Orang-orang tempatan menggelarnya Kota Moguicheng yang bererti Kota Iblis. 

Moguicheng, yang merupakan padang pasir terletak di wilayah Xinjian. Daerah ini merupakan daerah yang terbengkalai dan tidak ada seorang pun yang tinggal disini.

Disebut kota iblis kerana kota ini menyimpan misteri. Jika kita berjalan pada hari yang cerah kearah istana-istana ditemani tiupan angin sepoi, maka kita akan mendengar alunan melodi yang menyerupai dentingan loceng ataupun petikan gitar yang dimainkan dengan lembut.

Namun ketika badai datang, pasir yang beterbangan membuatkan langit menjadi gelap seketika. Alunan melodi itu akan berubah menjadi suara ngauman harimau, tangisan bayi, suara haiwan yang sedang disembelih, jeritan wanita dan akhirnya semua akan berubah menjadi suara teriakan, tangisan dan kemarahan.

Sehingga saat ini, fenomena ini tetap jadi misteri. Tidak ada yang cuba untuk membongkar misteri apa sebenarnya yang menyebabkan terdengarnya suara sedemikian. Mitos yang mengatakan bahawa mereka adalah suara hantu.



Share:

Selasa, 6 Januari 2015

10 USTAZ MENJEJAKI AIRASIA INDONESIA QZ8501


Pangkalan Bun: Pencarian baki mayat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 diteruskan dengan bantuan lapan ustaz yang diterbangkan menggunakan helikopter Super Puma ke lokasi dipercayai terletaknya bangkai pesawat berkenaan di Laut Jawa, pagi ini.

Komandan Lapangan Terbang Iskandar Letkol Jhonson Simatupang berkata, mereka membaca doa sebagai ikhtiar untuk memudahkan usaha penemuan mayat mangsa dan serpihan pesawat.

"Mereka berada di dalam helikopter untuk berdoa. Lokasinya (berdoa adalah) di kawasan sektor 1 dan 5," katanya.

Salah seorang ustaz, Muhammad Ali berkata, mereka berdoa supaya proses pencarian berjalan lancar dan baki 125 mayat mangsa dapat ditemui segera.

"Kami sebenarnya dalam hati sudah lama berdoa, sebelum ada inisiatif dari pimpinan kami (dibawa ke sini). Bagaimanapun, kita manusia masih ada kelemahan," katanya.

Tinjauan di lapangan terbang berkenaan mendapati, lapan ustaz yang memakai pakaian serba putih itu berjalan memasuki helikopter sekitar jam 6.50 pagi.

Share:

Isnin, 5 Januari 2015

POVEGLIA - PULAU BERHANTU DI ITALI


POVEGLIA: Pulau ini disebut dalam sejarah, apabila orang-orang dari Padua dan Este melarikan diri dari pencerobohan orang gasar . Dalam abad ke-9 penduduk di pulau ini mula berkembang , dan dalam abad yang berikut populasinya berkembang dengan pesat , sehingga ia ditadbir oleh Podestà yang berdedikasi . Dalam tahun 1379, Venice telah diserang dari armada Genoan dan kesemua rakyat Pulau Poveglia telah berpindah ke Giudecca .

Pulau ini masih tidak didiami pada abad-abad yang berikutnya.Kisah seram Pulau Poveglia ini telah di dokumentasikan untuk episod kedua terbaik bagi season terbaru Ghost Adventures. Pulau Poveglia , di luar pantai Venice, Itali , ini adalah salah satu pulau paling gelap di dunia . Menurut lagenda , pulau ini terbentuk daripada abu mangsa yang di bakar hidup-hidup dibakar, dan telah di jadikan sebuah penjara buat penjenayah dan sebuah hospital bagi pesakit mental yang tidak diterima oleh ahli keluarga.

GAMBAR-GAMBAR DI SEKITAR PULAU POVEGLIA YANG DI KAITKAN DENGAN KISAH SERAM DAN MISTERI.


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog