Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 16 Disember 2014

KISAH KERANDA TERBANG DI SABAH MASIH MISTERI?

Imej yang di katakan keranda terbang di rakam oleh cctv KKIA Sabah

Kejadian ini berlaku pada tahun 2002. Imej yang berjaya ditangkap ini popular sekejap di akhbar tempatan dan pernah masuk Misteri Nusantara TV3 satu ketika dulu. Imej yang berjaya ditangkap oleh kamera pengawasan pihak lapangan terbang menunjukkan objek berkenaan berbentuk seperti keranda.

Keranda berkenaan terbang ke udara dari laut menuju ke terminal dengan kelajuan yang tinggi dan menghilang di sebalik bukit yang berdekatan. Semuanya berlaku dengan pantas. Beberapa orang pegawai lapangan terbang yang bertugas pada masa itu sempat menyaksikan sendiri keranda terbang ini dan pakcik sekuriti yang bertugas juga turut memberitahu yang beliau nampak keranda terbang ini. Apa yang pelik ialah radar tidak dapat mengesan objek ini.

Teori 

Banyak teori berkaitan dengan keranda terbang ini. Antaranya ialah Unidentical Flying Object aka UFO. Ada yang cakap lagi, ini cuma pembiasan cahaya antara cahaya spotlite, cahaya pesawat, cahaya lampu rumah dekat airport dan cahaya bulan. Keranda yang kita nampak ialah pesawat yang berlepas. Separuh imej pesawat hilang sebab biasan cahaya.

Namun setiap imej dan rakaman tentang imej ini telah di padam dan di rahsiakan.

Apapun objek yang terbang di airport itu, masih kekal misteri sehingga sekarang.
Share:

Isnin, 15 Disember 2014

TAHUKAH ANDA NABI SULAIMAN a.s MEMAHAMI BAHASA SEMUT?


Nabi Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperolehi keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah, 

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, “Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia  untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.” (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

“Sebesar biji gandum,” jawabnya. 

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Tok Nenek kita pernah berpesan..
JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..^^ Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya..

IKUTI KISA NABI SULAIMAN, JIN DAN RATU BALQIS
Di Sini!!

Share:

Isnin, 8 Disember 2014

MAYAT BERUSIA 500 TAHUN DIJUMPAI SEMPURNA DI PUNCAK GUNUNG


Penemuan ajaib ini terjadi sekitar tahun 1999 di mana beberapa orang penyelidik telah menjumpai mumia seorang gadis yang dianggarkan berumur 15 tahun ketika dia dikorbankan untuk dijadikan persembahan bagi dewa dewa kuno.

Gadis ini tidak dibunuh, bahkan ia diletakkan di sebuah puncak gunung untuk mengawasi kawasan, seperti malaikat pelindung . Ritual itu dinamakan Capacocha .

Berbanding penemuan mumia - mumia pada umumnya , mungkin inilah mumia dengan bentuk tubuh yang paling sempurna. Ia seperti baru meninggal seminggu sebelumnya, bukan seperti sudah bertahun -tahun. Setelah diteliti , gadis ini meninggal kerana ada jangkitan bakteria , rambut dan organnya utuh , darah juga masih mengalir pada paru- paru dan jantung. Ia juga mempunyai kulit yang halus dan wajah yang masih sempurna .

Para saintis sedang memeriksa keadaan mayat..


Share:

Rabu, 3 Disember 2014

KEWUJUDAN RUMAH SERIGALA JADIAN

Percaya atau tidak ......
Inilah rumah yang dikatakan milik si serigala jadian itu

Thrillvania , di Terrell , Texas , wujud satu cerita seram dan menakutkan mengenai seorang "werewolf" (serigala jadian) bersama seorang isterinya yang berdarah "vampire" (puntianak) telah mendirikan sebuah rumah yang menyeramkan.Pernah di ceritakan mengenai kehidupan mereka yang ditakuti oleh masyarakat setempat.

Apabila tibanya bulan purnama, hamba (kuli) yang bekerja untuk mereka telah pergi ke kampung-kampung untuk membunuh manusia untuk dijadikan santapan kepada serigala jadian dan isterinya.Daging manusia khas buat si suami dan darah pula buat si isteri.

Kisahnya masih menjadi misteri namun rumah yang dikatakan itu masih wujud sehingga ke hari ini.

Share:

Selasa, 2 Disember 2014

PARANORMAL AKTIVITI DI HOSPITAL LAMA DAERAH PILGRIM


Apa pendapat anda tentang rakaman cctv ini?Ianya telah di rakam oleh kamera litar tertutup pengawal di bangunan 55 Brentwood iaitu salah sebuah bangunan lama Hospital Daerah Pilgrim yang sangat terkenal dengan paranormal aktivitinya.

Di setiap penjuru bangunan terbabit telah dipasang dengan cctv kerana terdapat aduan mengenai remaja-remaja yang suka merosakan harta benda awam di situ.Bangunan lama itu turut menempatkan sebuah unit rawatan rapi sakit mental yang menakutkan.

Pernah juga kakitangan pejabat baru di kawasan itu diganggu oleh perkara-perkara aneh hingga membuatkan mereka berasa takut untuk bekerja hingga lewat malam.

Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog