Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Rabu, 26 November 2014

PULAU HANTU DI NAGASAKI JEPUN


Pulau hantu ini dikenali sebagai Gunkanjima atau lebih dikenali (" Pulau Battleship " ) , Pulau Hashima ini terapung di perairan Nagasaki di Jepun , yang dikelilingi oleh dinding laut konkrit yang memberikan penampilan berbentuk kapal perang berperisai .Asalnya pulau itu penuh didiami oleh
orang Jepun namun ia musnah sama sekali akibat taufan dan tidak sesuai dijadikan tempat tinggal .

Pada tahun 1887-1974 sebagai tempat perlombongan arang batu , Gunkanjima menempatkan beribu-ribu pekerja di masa era kejayaannya . Pulau kecil ini mempunyai bangunan apartmen , sekolah , hospital , kuil , kedai-kedai runcit dan restoran dan menjadi tempat yang paling padat dengan penduduk di dunia bagi satu meter persegi dengan lebih 5,000 penduduk dalam tahun 1950-an . Apabila perlombongan arang batu menurun , operasi di kemudahan itu berhenti dan pulau yang ditinggalkan pada tahun 1974 .

Sekarang ia menjadi sebuah pulau tinggal dan tidak berpenghuni.Bagi sesetengah pihak seperti jurugambar ianya tidak ubah seperti Pulau Hantu yang realiti seperti yang diceritakan melalui novel-novel ataupun filem.Bagi pihak penjejak entiti paranormal pula ia bagaikan syurga dan destinasi yang baik untuk membuat kajian namun pihak berkuasa jepun sukar membenarkan pulau tersebut dijejaki oleh orang ramai.

FOTO GUNKANJIMA


Share:

KOTA ATLANTIS KE-2 DI TEMUI DI DASAR LAUT MESIR?


ALEXANDRIA - MESIR. Sebelum ini ramai menyangka bahawa kota purba, Thonis-Heracleion hanyalah sebuah kota lagenda.

Namun penemuan ke atas kota tersebut pada tahun 2000 sekaligus menyangkal dakwaan pelbagai pihak, menjadikan kota yang selama ini dikatakan mitos, sebenarnya wujud di bumi ini!

Kota purba ini dikatakan lenyap di sekitar kawasan Mediterranean sekitar 1,200 tahun dahulu.

Menurut laporan yang dipetik menerusi portal Mirror.co.uk, ciri-ciri yang terdapat pada sejarah, ukiran dan binaan yang terdapat di kota tersebut hampir menyerupai kota purba Atlantis.

Sekumpulan penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di bahagian utara pantai Mesir.

Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama itu yang berada jauh di dasar laut.

“Setakat ini, pihak kami telah menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota tersebut.

“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.

Selain itu, pihaknya melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir Purba di tapak penemuan kota tersebut.

Berdasarkan teori awal penyelidik, kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.

Sebelum kota Thonis-Heracleion hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.

“Andaian itu dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.

“Patung tersebut juga merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

 Antara teori lain yang turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun lamanya.
Share:

Selasa, 25 November 2014

MACKAMEY MANOR RUMAH HANTU PALING SERAM DI DUNIA?


Sanggupkah anda merasai pengalaman di rumah hantu paling menakutkan di dunia? Percaya atau tidak, McKamey Manor, San Diego, California mempunyai 24,000 dalam senarai menunggu yang rata-rata tidak gerun memasuki rumah hantu itu.

Mungkin juga mereka tercabar mahu menjadi yang pertama mampu menghabiskan keseluruhan pengembaraan disediakan di dalam McKamey Manor. Sejak dibuka 14 tahun lalu, belum ada seorangpun pengunjung berjaya sampai ke garisan penamat.

Lihat saja gambar-gambar ini-amat menggerunkan! Jika memasuki rumah ini, bersedialah untuk diikat, disumbat dalam sangkar ular dan disimbah darah palsu.

Tidak hairanlah jika orang yang paling gagah sekalipun-termasuk anggota tentera marin-ada yang menangis ketakutan 'dikerjakan' hantu-hantu di McKamey Manor.

Kalau sekadar ingin menjenguk, anda boleh melihat pengembaraan menakutkan yang mengambil masa antara empat hingga lapan jam untuk dihabiskan secara online.

Pengasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz kreatif memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor.

"Ini penting kerana acara kami berunsur sinematik. Jadi kami mengubah temanya setiap tahun namun apa yang penting, pengunjung akan rasa diikat anggota badan atau mulut, dimasukkan dalam kandang ular atau dipaksa makan telur busuk," katanya.

Syaratnya hanya dua pengunjung boleh memasuki rumah itu pada satu-satu masa dan latar belakang mereka juga diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Tidak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke rumah hantu itu namun pengunjung mesti berusia 21 tahun ke atas dan sihat mental serta fizikal selain menandatangani dokumen penepian terlebih dulu.

McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia.

"Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik-tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri," katanya.

Share:

Isnin, 24 November 2014

RUMAH BERHANTU YANG TERKENAL DI SWEDEN - BORGVATTNET VICARAGE


Borgvattnet Vicarage ( Borgvattnet spökprästgård di Sweden ) , yang dikenali sebagai salah satu lokasi yang paling berhantu di Sweden , dan reputasinya sebagai tempat paling seram, menarik minat para paderi untuk memberi penjelasan mengenai roh-roh yang terdapat disitu.

Dibina pada tahun 1876 , rumah yang terletak jauh dari pandangan kejiranan didapati berhantu yang pertama dilaporkan pada tahun 1927 apabila seorang paderi yang bermastautin di daerah yang sama melaporkan kejadian paranormal. 

Peristiwa ghaib yang berterusan dalam dekad berikutnya dengan hampir setiap paderi baru atau keluarga atau tetamu yang mendakwa mengalami gangguan entity paranormal. 

Perkara itu yang telah dihebahkan dari bualan mulut orang, menyebabkan berlakunya jeritan histeria di kalangan gadis dan wanita disitu apabila telah mendengar bisikan, terlihat bayangan mahluk halus dan kerusi goyang yang mennyeramkan. 

Legenda menceritakan asal-usul mengenai seekor hantu pembantu rumah yang sarat mengandung telah mati didera dan bayinya ditanam di belakang rumah.

Pada awal 1980-an lokasi yang berhantu ini terkenal dan menarik perhatian ramai paderi termasuk pendita yang bernama Tore Forslund , iaitu “ghostpriest” itu . Ini adalah gangguan musuh dari alam ghaib.Kita memerlukan ilmu alam ghaib menghapuskan roh-roh jahat ini.Kata beliau.

Malangnya beliau tidak lama bermastautin di situ.Beliau dikatakan sakit teruk akibat gangguan yang dahsyat dari alam ghaib.

Sehingga kini rumah terbabit dibiarkan dan menjadi tarikan pelancong yang ingin merasakan suasana seram didalamnya.


Share:

Sabtu, 22 November 2014

DEFINISI SI "HANTU GALAH" MENGIKUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU


"Hantu Galah" merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin atau syaitan.

Ia dikatakan berbentuk seperti manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan mampu menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.

Hantu galah dikatakan nampak dalam keadaan normal apabila kita pertama kali melihatnya tetapi menjadi tinggi dan tinggi sampai ke satu masa kita hanya melihat kakinya. Seseorang dinasihatkan supaya tidak mendongak ke atas atau kepala kita akan selama-lamanya mendongak ke atas.

Seseorang juga dinasihatkan tidak berjalan di celah kakinya atau hantu ini akan mengepit orang itu dengan kakinya yang panjang.

Kalau ditakdirkan terjumpa hantu galah, dinasihatkan supaya meniarap. Kerana tubuh makhluk ini yang tinggi lampai, ia tak akan perasan manusia yang meniarap.

Hantu galah antara hantu-hantu yang dikatakan direka ceritanya untuk menakut-nakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Sesetengah orang Melayu percaya hantu galah dapat dilihat jika seseorang itu mempercayai kewujudannya
Share:

Jumaat, 21 November 2014

LEMBAGA `TOK KERAMAT` MUNCUL KEMBALI


Gempar!! Penduduk di tepi Sungai Perai berhampiran Pengkalan Machang terkejut dengan kemunculan seekor buaya tembaga yang besar sedang bersantai di tepi sungai itu.

Penunggu sungai yang berukuran 6 meter lebih itu kelihatan naik ke tepi sungai itu kira-kira jam 11 pagi sebelum turun semula ke sungai sejam kemudian.

Penduduk menyifatkan ia penjaga sungai sejak zaman dahulu lagi yang telah lama menghilangkan diri dan kini ia muncul semula untuk membuktikan sungai terbabit masih dikuasainya.
Share:

Isnin, 17 November 2014

WAHAI "SI BURUNG KAYANGAN" ..


Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Kepercayaan masyarakat nusantara
Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.


Share:

Khamis, 13 November 2014

REMAJA HILANG DI ALAM GHAIB SELAMAT DI TEMUI

Mangsa yang selamat di temui di peluk ibu

Jitra Kedah: "Naluri saya kuat mengatakan anak saya yang hilang sejak petang semalam (kelmarin), masih berada di Hutan Lipur Bukit Wang ini. Alhamdulillah, dia ditemui selamat walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Dengan iringan doa, bacaan Yasin dan solat hajat di lokasi pencarian malam tadi (kelmarin), dia selamat ditemui," kata Sahidah Azizan ibu Mohd Yahya Ahmad Bakri, 24, yang ditemui pada jam 10.15 pagi semalam, tiga kilometer (km) di hilir Sungai Bukit Wang dari lokasinya dilaporkan hilang petang kelmarin ketika berkelah bersama keluarga.

Sebaik mangsa ditemui, keluarga, terutama ibu bapanya, Ahmad Bakri Rejab, 55, kelihatan sebak dan berpelukan.

Mangsa ditemui tidak bermaya di kawasan sungai oleh penduduk kampung kebetulan melalui kawasan itu. Ketika ditemui dia hanya berseluar panjang tanpa baju dan tidak berkasut.

Sahidah, 52, berkata, dia gembira sebaik anak kedua daripada tujuh beradik itu diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Share:

Rabu, 12 November 2014

KAJIAN TERBARU BERSAMA WUJUD PARANORMAL TEAM DI N. SEMBILAN


Kajian terbaru PAGparanormal bersama Wujud Paranormal Team di sebuah daerah di N. Sembilan.

Lokasi (rumah lama) yang di katakan mempunyai "penjaganya" dan cerita-cerita orang setempat yang menyatakan ada melihat kelibat-kelibat atau lintasan entiti mahluk halus di rumah terbabit.Jadi kru PAG dan WPT terpanggil untuk menyiasat kejadian paranormal yang didakwa berlaku disitu.

Tujuan kami kesana bukanlah untuk membuktikan kebenaran cerita seram atau hantu semata-mata.Kami kesana adalah tujuan untuk membuktikan kesahihan dan kebenaran mengenai entiti yang diceritakan oleh orang ramai.



Share:

BOMOH AUTA TARIK WANG DARI ALAM JIN


Di Ampang seorang 'bomoh' warga Georgia mendakwa mampu menarik wang dari alam jin sebanyak 1.6 bilion.

Suspek juga mendakwa mampu berkomunikasi dengan mahluk dari alam ghaib untuk berurusan menyedut wang jenis dolar dari alam ghaib.

Pembohongan licik itu bagaimanapun dapat memperdaya seorang ahli perniagaan tempatan berusia 40an yang sanggup memberikan suspek wang tunai RM393,500.

Bomoh auta itu turut mengarahkan mangsa membeli sebentuk cincin sakti berharga RM2,000 kononnya sebagai 'kunci' untuk menarik wang daripada alam jin.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penipuan itu dikesan bermula selepas mangsa bertemu suspek di kawasan Pandan Indah, di sini, September lalu.

Share:

Selasa, 11 November 2014

RAKSASA "LOCH NESS" MUNCUL KEMBALI


Seorang lelaki Scotland mendakwa beliau telah dapat merakam kemunculan seekor raksasa mitos 'Loch Ness' di perairan tasik itu dengan menggunakan iPhone beliau.

Lelaki tersebut, Richard Collis, 58, berkata, dia melihat satu objek pelik sedang terapung di permukaan tasik berkenaan ketika sedang memandu berhampiran kawasan itu pada minggu lalu.

“Saya melihat seperti ada seekor haiwan berleher panjang sedang terapung di permukaan tasik dan saya terus mengambil telefon bimbit untuk merakamkan gambar serta video.

“Saya yakin objek berkenaan adalah raksasa yang mendiami tasik ini sejak beratus-ratus tahun lalu,” katanya.

Tasik tersebut terkenal dengan legenda raksasa Loch Ness selepas seorang lelaki, Christian Spurling merakamkan gambar objek menyerupai seekor raksasa berleher panjang sedang berenang pada tahun 1993.

Sejak itu ramai individu mengaku berjaya merakamkan imej raksasa misteri tersebut di tasik berkenaan.Namun kesahihan dan bukti-bukti menunjukan kebanyakan rakaman adalah palsu dan dibuat-buat oleh individu-individu nakal dan tidak bertanggungjawab.

Share:

Sabtu, 8 November 2014

ADOLFINA OCAMPOS DI PANAH DAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA DITUDUH MENYIHIR


Di Paraguay, masyarakat dan kaumnya tidak suka pada ahli sihir dan mereka tidak sesekali mampu menerima ahli sihir.

Baru-baru ini , penduduk di negara Amerika Selatan itu telah menuduh seorang wanita pribumi yang menjadi penyihir. Adolfina Ocampos , 45, diikat pada sebuah tiang , ditembak penuh dengan anak panah dan ditanam hidup-hidup selepas dia dituduh sebagai tukang sihir.

Dia dijatuhi hukuman mati oleh ketua masyarakat dari kumpulan etnik Mbyá Guarani . Akhbar tempatan ada terima laporan mengenai kejadian terbabit , namun tidak dapat mengesahkannya.


Share:

Jumaat, 7 November 2014

TERAKAM IMEJ POCONG SEDANG DUDUK


Belum pun reda pasal kelibat puntianak di Hospital Banting, kini muncul pula si pocong yang sedang duduk di perkarangan Hospital Kulim.

Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin.

Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan.

Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong si laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia.

“Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. - Sumber Sinar Harian
Share:

Rabu, 5 November 2014

TUBUH AHMAD RAFIKIN DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN DAN BACAAN YASIN


Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.



“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Share:

Selasa, 4 November 2014

RAKAMAN JELMAAN PUNTIANAK HOSPITAL BANTING


Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.


Berhenti sebar gambar!!

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.
Share:

Isnin, 3 November 2014

SEJARAH DAN KISAH MISTERI ASAL USUL KAMPUNG LUBUK PUSING


Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa.

Tidak hairanlah, apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan airnya berpusing-pusing.

Mengikut sejarahnya pula, sebahagian besar Kampung Lubuk Pusing asalnya dari Sungai Bernam yang menjadi laluan kapal-kapal besar menjalankan aktiviti perdagangan, namun terdapat misteri disebalik sungai itu!.

Kisah sungai berpusing-pusing ini menjadi igauan ngeri kepada penduduk kampung dan kapal dagang setiap kali melalui kawasan ini ia seolah-olah tak ubah seperti kawasan Segi Tiga Bermuda yang seringkali dikaitkan sebagai kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan kapal terbang dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2 kilometer persegi.

Diasaskan pada tahun 1914


Kampung Lubuk Pusing terletak di Mukim Sungai Panjang ini diasaskan Tuan Haji Chik atau namanya sebenar Sheikh Ahmad Marzuki pada 1914.

Sheikh Ahmad Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika itu.

Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lubuk Pusing Bagan Terap, Mohd Razif Md Maini berkata, terdapat dua dakwaan yang menyebabkan pusaran air itu menjadi surut seperti yang diketahuinya melalui pembacaan dan ceritaan lisan daripada penduduk lama.

“Menjadi kebimbangan penduduk dan pedagang setiap kali melalui sungai berpusing ini, maka mereka minta kewalian Sheikh Marzuki ini untuk hentikan pusaran lubuk.

“Maka, Allahyarham Sheikh Marzuki bersama penduduk mengadakan solat hajat bagi menghentikan pusaran air berpusing di sungai terbabit yang menenggelamkan beberapa buah kapal dagang yang melalui sungai ini.

“Ada satu cerita lagi, Sheikh Marzuki dipercayai melontarkan serbannya ke dalam lubuk pusaran sungai itu hingga Allahyarham memberitahu dengan rakan dan saudara terdekat bahawa suatau masa kawasan ini akan jadi daratan,” katanya.

Menurut Mohd Razif, sejak peristiwa itu, berlaku perubahan pada aliran sungai dan dasar sungai yang menyebabkan pusaran air semakin cetek.

“Dengan mendapan demi mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk pusing ini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur.

“Kini pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan. Yang tinggal kini hanyalah empat tempat yang berbentuk kolam-kolam air,” katanya.

Masjid berusia 100 tahun

Di sebalik cerita pusaran itu, Mohd Razif memberitahu, terdapat beberapa cerita menarik kampung itu seperti pembinaan masjid yang turut diasaskan Sheikh Marzuki di sebelah tapak rumahnya sejak kedatangannya ke kampung berkenaan.

Nazir Masjid Marzukiah Kampung Lubuk Pusing, Norrodin Khalil, 55, berkata, di masjid itu terdapat sebuah bangunan kayu lama yang suatu ketika dahulu pernah dijadikan tempat pengikut tarikat Naqshabandariah dari Sumatera bersuluk iaitu membersihkan hati dengan berzikir.

Katanya, bangunan itu kini kosong, namun ia masih dikekalkan bagi memastikan ia terus menjadi bahan sejarah kepada generasi akan datang termasuk sebuah perigi tempat mengambil air solat yang terletak bersebelahannya.

“Jemaah suluk suatu ketika dahulu dari segenap pelusuk tanah air setiap kali bulan Rejab dan Syaaban akan tinggal beberapa hari di pondok ini untuk berkumpul beramai-ramai dengan menunaikan ibadah dan berzikir,” ujarnya.

Pengunjung singgah ambil air kolam

Selain itu, Norrodin yang juga sebahagian daripada keturunan Sheikh Marzuki memberitahu, di sisi kiri hadapan masjid, terdapat makam Sheikh Marzuki dan anaknya, Muhammad Ilham atau lebih dikenali sebagai Haji Ikhsan.

“Sheikh Marzuki berkahwin dua iaitu seorang isterinya di kampung ini dan seorang lagi di Indonesia. Beliau mempunyai dua anak iaitu Muhammad Sulamuddin dan Haji Ikhsan. Muhammad Sulamuddin berhijrah ke Kampung Terjun Pelabuhan Keli Sumatera, manakala Haji Ikhsan terus menetap ke kampung,” jelasnya.

Berhadapan makam itu, Norrodin berkata, terdapat sebuah kolam yang didakwa pernah digunakan Sheikh Marzuki untuk mengambil wuduk dan mandi.

Kata Norrodin, air dari kolam itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan ramai pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin mengambil berkat air dari kolam terbabit.

“Setiap hari pasti ada yang singgah ke sini untuk mengambil berkat air kolam yang pernah digunakan Sheikh Marzuki. Mungkin ini ikhtiar kita untuk merawat tetapi kuasa ALLAH yang menyembuhkan,” jelasnya yang memberitahu masjid yang berusia 100 tahun itu masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisionalnya sehingga sekarang.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog