Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Selasa, 30 September 2014

AUTA BOMOH ARAB SAUDI MENJADI


Arab Saudi: Seorang "bomoh" sempat memperkosa seorang remaja yang sedang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.

Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya.

Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya.

Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.

“Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis.

Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.

“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza.

“Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya.

Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” - Agensi
Share:

Ahad, 28 September 2014

LELAKI "666" SEMBAH "SYAITAN" DIJATUHI HUKUMAN

Caius Veiovis ketika dijatuhi hukuman

Springfield (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dengan dua baris tanduk serta tatu ‘666’ pada dahinya semalam didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga lelaki dan mencincang mayat mereka.

Sebaik hukuman itu dibacakan di mahkamah Springfield, Massachusetts, Caius Veiovis menjerit ke arah juri: “Saya tunggu anda di neraka.” 

Juri berkenaan menimbang kes lelaki itu sejak minggu lalu.

Veiovis juga didapati bersalah atas tiga tuduhan menculik dan tiga dakwaan mengancam saksi dalam pembunuhan David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditanam di tanah persendirian di Becket.

Dua lelaki lain yang dituduh bersama Veiovis turut didapati bersalah tetapi masih menanti hukuman.

Seorang defendan itu mahu Glasser mati supaya dia tidak boleh menjadi saksi perbicaraan satu kes lain terhadapnya.

Dua lagi dibunuh kerana mereka melihat pembunuhan Glasser.

Veiovis bersama-sama Adam Lee Hall dan David Chalue menculik, membunuh dan mencincang David Glasser, Edward Frampton dan Robert Chadwell dengan parang.

Menurut undang-undang Massachusetts, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Veiovis pernah dipenjara tujuh setengah tahun di Maine pada 1999 atas kesalahan mencederakan seseorang.

Dia yang ketika itu dikenali sebagai Roy Gutfinski dan teman wanitanya berusia 16 tahun mengelar belakang badan seorang remaja belasan tahun dengan pisau cukur sebelum berkucupan sambil menjilat darah.

Akhbar Kennebec Journal melaporkan, Gutfinski mendakwa dia pontianak dan penyembah setan. Dia menukar namanya ketika di penjara.
Share:

Rabu, 24 September 2014

BENARKAH ISTANA "DRACULA" WUJUD?

"Istana Hunedoara ialah Istana Dracula"

Sejarah Istana Hunedoara: Telah dibina pada tahun 1446 , pembinaannya bermula pada zaman pemerintahan John Hunyadi iaitu Hunyadi János panggilan orang Romania. Istana ini pada asalnya diberikan kepada bapa John Hunyadi ini , Voyk ( Vajk ), dengan Sigismund iaitu Raja Hungary,

Hunedoara istana , yang terletak di Transylvania , Romania adalah sekitar 185 batu barat laut Bucharest di Lembah Hitam dalam julat Gunung Carpathian dan terletak di tepi sungai Zlasti itu.

Istana ini pernah didiami oleh seorang lelaki yang di gelar Count Dracula dan sehingga kini kelibatnya rohnya didakwa kelihatan merayau-rayau. Istana Hunedoara, juga dirujuk sebagai " Hunyad Castle" dinamakan sempena Dinasti Hunyadi , raja-raja yang paling berkuasa di Transylvania. Istana ini dibina pada abad ke-13 atau ke-14 .

Ramai orang telah diseksa dan dibunuh dengan kejam dalam tembok istana itu , tentera berpangkat tinggi membawa mereka ke sini untuk diseksa dengan kejam , digantung , dipancung dan banyak perkara kejam yang lain.

Walaupun istana ini mempunyai dinding batu yang tebal, jeritan mampu kedengaran di seluruh desa. Satu kaedah penyeksaan biasa adalah " penyulaan " yang melibatkan penggunaan pegangan kayu yang telah disapu dengan minyak.

Mangsa kemudian disula dengan kayu yang dimasukkan melalui dubur mereka hingga terkeluar dari mulut hingga membuatkan kesakitan yang tidak terperi akhirnya mati dengan penuh seksa.

Istana ini juga dapat gelaran 'Tempat Paling Seram Di Dunia'.Banyak pihak pengkaji paranormal yang datang dari setiap pelusuk dunia mengakui tempat ini adalah tempat paling berhantu.Ikuti kajian paranormal yang pernah di dokumentarikan di istana terbabit.
Share:

Isnin, 22 September 2014

AHLI KUBUR DI ARAH BERPINDAH?


Berbekalkan tukul dan topeng bagi melindungi mukanya, seorang pembersih kubur di Guatemala mula menjalankan tugas memecahkan binaan kubur dan mengeluarkan apa sahaja yang berada di dalamnya.

Tengkorak manusia lengkap dengan rambut ditarik keluar daripada sebuah binaan kubur gelap dan sebuah keranda kecil bayi dihias bunga putih dikeluarkan dari satu lagi kubur.

Lelaki berkenaan memindahkan mayat yang warisnya tidak mampu membayar ‘sewa’ tapak kubur peribadi dan sebaik sahaja tempoh sewaan tamat, pekerja pembersihan kubur akan datang dan mengosongkan ruangan berkenaan untuk pelanggan baru.

Mayat yang tidak dituntut akan disimpan di dalam beg plastik, dilabel dan dihantar ke tanah perkuburan besar untuk dikebumikan semula.

Kebanyakan mayat yang dikeluarkan sudah reput namun mayat yang dikebumikan di ‘tingkat atas’ yang berkeadaan panas dan kering, akan terawet secara semula jadi, menjadikannya seperti mumia.

Penampilan petugas pembersihan kubur di Guatemala tidak jauh beza dengan buruh binaan atau pekerja di pusat kitar semula.

Beg berisi mayat yang reput akan ditimbunkan membuatkannya kelihatan seperti timbunan sampah sebelum dipindahkan menggunakan foklif ke kawasan perkuburan baru.

Dalam satu gambar yang dirakamkan, mayat berambut panjang yang masih elok dilihat ‘tersepit’ dicelah timbunan beg mayat yang akan dipindahkan.

Satu lagi ‘mumia’ dengan kaki dimasukkan ke dalam beg plastik diletakkan di tepi dinding yang tertulis ‘jangan buang sampah disini.’

Apabila mayat sudah dipindahkan, banyak keranda yang akan dilupus diletakkan di tempat pembuangan sampah dan kayu reput berhampiran kawasan perkuburan.

Mayat yang dituntut waris akan diletakkan di dalam kotak kecil dan dihantar ke tanah perkuburan awam.

Jurugambar yang merakamkan proses berkenaan, Jorge Dan Lopez berkata pemandangan itu mengerikan namun sangat menarik.

“Burung hering beterbangan mengelilingi kawasan perkuburan seolah-olah memerhatikan setiap gerak-geri pekerja yang memindahkan mayat berkenaan.

“Saya dapat melihat pelbagai keadaan mayat dan ia suatu pemandangan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Semuanya, dari tapak kubur sehingga hujung rambut mayat mengeluarkan bau yang menusuk hidung,” katanya.
Share:

Khamis, 18 September 2014

KISAH SERAM MENGHANTUI PENGUNJUNG PUSAT MEMBELI BELAH


Sebelum ini admin ada terima beberapa hint dan info dari sahabat-sahabat yang berada di Seremban yang mengatakan ada sebuah pusat membeli belah di daerah itu ada "hantu".Ada juga yang menyarankan team PAG pergi membuat kajian disana.

Kisahnya bermula dengan gangguan kecil yang berlaku di dalam sebuah panggung wayang di dalam bangunan terbabit.Namun selepas itu boleh dikatakan pengunjung kerap di ganggu sehingga ke dalam tandas.Kesahihan mengenai gangguan terbabit masih samar-samar dan tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Bangunan itu sebenarnya telah lama terbengkalai selama 10 tahun sebelum ini dan telah di renovation semula untuk menjadi sebuah pusat membeli belah yang cantik.Semuanya bermula selepas khabar angin yang disebar oleh sebuah akhbar bahasa mandarin yang mendakwa munculnya kelibat yang tidak diingini di dalam tandas pusat beli-belah tersebut. Disebabkan dari kejadian itu, semua tandas di bangunan terbabit tidak dipasangkan cermin.


Ada juga yang mengeluarkan statement, beberapa orang pengunjung yang sedang menonton wayang diganggu dimana rambut mereka diusik-usik oleh entiti yang tidak mampu di lihat oleh mata kasar.

Selepas dari itu pihak management bangunan terbabit telah mengesahkan tiada lagi gangguan-gangguan aneh yang berlaku kepada pengunjung.Itu disahkan sendiri oleh para pengawal yang menjaga syif malam.
Share:

Selasa, 16 September 2014

JARUM KELUAR DARI TUBUH PESAKIT


Seorang doktor di daerah Bihar (INDIA) bingung dengan keadaan dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengeluarkan jarum dari beberapa anggota badannya sehingga menyebabkan dia terlantar kesakitan.

Doktor Ashok Kumar yang membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa berkata, “Kami tidak tahu bagaimana jarum itu boleh dibuat dalam badan mangsa, namun sekilas pandang nampaknya seperti jarum berkenaan dimasukkan ke badannya atau dia sendiri menelannya.

“Kes ini memang pelik namun kami hanya boleh mendapat lebih banyak jawapan selepas menjalankan pemeriksaan penuh terhadapnya,” katanya. 

Anggota keluarga mangsa, Jyoti Kumar berkata, setakat ini 20 jarum berukuran empat hingga lapan sentimeter (cm) keluar dari badannya sejak tiga tahun lalu.

Jarum yang dapat dilihat akan mula keluar dari badannya selepas 10 hingga 15 hari. 
Menurut keluarga Jyoti, jarum-jarum kini tersangkut pada tekaknya menyebabkan mangsa sukar untuk makan.

Namun dari segi fakta pengkaji paranormal, mangsa kemungkinan besar terkena sihir.Melalui fikiran logik pula mustahil bagi mangsa untuk menelan benda tajam seperti jarum yang berkuantiti banyak semata-mata untuk di masukan kedalam badan sendiri.
Share:

Isnin, 15 September 2014

PENGGALI KUBUR BER-SELFIE DENGAN MAYAT DI GANTUNG KERJA


Sepanyol: Seorang "penggali kubur" sempat ber-selfie bersama mumia seorang lelaki yang mati 23 tahun lalu digantung kerja, semalam.

Dalam sekeping gambar, Celestino Reyna dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula. Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.

Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.

Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

“Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

“Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya.
Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen.
Share:

MENGAPA SUSUK ITU HARAM?


"Susuk" adalah sesuatu perkara yang salah di sisi Islam. Kerana ia boleh membawa kita ke lembah kesyirikan ( menyekutukan Allah ).

Sebab apa? Kesimpulan mudahnya adalah, kita seolah – seolah meminta bantuan sesuatu yang lain dari Allah, dan menganggap ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah S.W.T. Nazubillahi min dzalik. Sepatutnya, kita wajib meng-Esakan Allah, dan hanya Dialah selayak-layak tempat untuk kita memohon pertolongan.
   
Seterusnya kita berikhtiar ( berusaha ) untuk mendapatkannya. Selebihnya kita bertawakal ( berserah ) kepada Allah agar mengizinkan perkara tersebut berlaku. Dan apabila kita perlukan bantuan di dalam kesulitan dan inginkan sesuatu, seharusnya kita hanya memohon doa kepadaNya.


Surah Al-Fatihah – Ayat 4:

“Hanya kepada Engkau tempat kami menyembah dan memohon pertolongan”

Tetapi kita juga harus pastikan niat, tujuan dan keinginan kita itu benar-benar suci lagi baik di sisi Allah S.W.T.

Di antara keburukan susuk:
1. Menjadi syirik(menyekutukan Allah).
2. Solat dan amal ibadah tidak diterima selama 40 hari.
3. Pengguna susuk selalu bermimpi yang buruk-buruk sewaktu tidur.
Dan susuk ada jenis-jenis kategorinya:
1. Susuk biasa, iaitu susuk luaran seperti pembedahan plastik, botox dll.
2. Susuk luar biasa(susuk yang syirik), seperti susuk yang memasukkan sesuatu ke dalam muka atau tubuh dan ianya menggunakan Jin sebagai khadam.
Tapi sama ada anda percaya atau tidak, di zaman IT ini ada lagi satu jenis susuk yang canggih, iaitu ‘Susuk Digital’.

Susuk tersebut, membuat sesuatu foto digital boleh disunting menjadi macam-macam rupa menggunakan perisian seperti ‘Adobe Photoshop’.
Contohnya:

1. Seseorang yang kurang cantik, boleh menjadi bertambah cantik di dalam foto berkenaan dengan menggunakan kesan khas tertentu.

2. Ianya mungkin boleh di salah guna oleh segelintir wanita yang menyunting foto tersebut di dalam internet, bagi menipu lelaki demi mendapatkan sesuatu yang diingini dari pihak lelaki.

3. Lalu si lelaki tertipu/terpikat dengan kecantikan yang palsu itu.

4. Maka ianya memudahkan si lelaki yang ingin mencari pasangan hidup itu tertipu dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar batas-batas agama demi mendapatkan wanita berkenaan.

Apa yang aku ingin maksudkan adalah, sekiranya perkara sebegitu rupa berlaku, ia adalah kesalahan akhlak oleh kedua-kedua pihak yang menyalah guna teknologi IT dengan perbuatan yang diharamkan agama.

Kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak:
1. Si wanita melakukan penipuan dengan foto beliau sendiri.

2. Si lelaki terlalu mudah ditipu dan terpukau dengan kecantikan yang sementara sehingga melakukan pergaulan yang tidak sihat di alam maya(internet).

Mencari jodoh itu wajib, kerana perkahwinan itu sunnah Rasulullah S.A.W. Tetapi caranya juga mestilah halal mengikut syarak.

Ciri-ciri jodoh yang paling ditekankan oleh Baginda:
1. Agamanya.
2. Keturunannnya.
3. Hartanya.

Di dalam Islam beberapa perkara telah digariskan di dalam pergaulan. Pergaulan bebas adalah haram sama sekali.

Jadi kerana itulah Islam melarang berpasang-berpasangan sebelum bernikah.
Mungkin demi menghalalkan berpasangan sebelum nikah, ada juga orang yang memberikan alasan,

“Apa salahnya berpasangan sebelum nikah, kerana kami tidak buat apa-apa”
Tetapi bagi saya, jika kita berpasangan sebelum bernikah, macam-macam perkara tidak diingini boleh berlaku. Risiko ke lembah zina amatlah tinggi.
Cuba anda lihat, kes-kes kejadian buang bayi semakin berleluasa di kala ini. Semuanya jelas berpunca dari kejadian zina. Punca zina pula, akibat daripada pergaulan bebas yakni berpasangan sebelum nikah.

Surah Al-Zalzalah – Ayat 7 & 8:
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya”
“Barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, maka ia akan diperlihatkan balasannya juga”

Kesimpulannya: ‘Susuk Digital’ juga benar-benar berbahaya, sungguh pun ia tidak menyebabkan kesyirikan. Kerana ianya membuat lelaki lebih mudah tertarik untuk melihatnya. Seterusnya ia juga boleh menyebabkan berlakunya zina, iaitu zina mata.

Sungguh pun begitu, ia tidak sepenuhnya berpunca dari ‘Susuk Digital’. Ia juga boleh berpunca oleh keaslian kecantikan seseorang wanita itu. Oleh itu, para wanita yang mempunyai paras rupa menawan, jangan terlalu mudah memaparkan foto-foto mereka di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Kerana ianya juga boleh mengundang sesuatu perkara yang tidak ingini.
Share:

Isnin, 8 September 2014

RITUAL "MAINENE" SULAWESI


Sulawesi Selatan - Satu ritual dinamakan "MaiNene" atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos.

Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan.

Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik.

Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan.

Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi
Share:

Ahad, 7 September 2014

BUAT RITUAL MAHU ANAK HIDUP SEMULA


Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.

Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.

ISTERINYA ketika dibawa ke balai polis.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

Sumber dari Akhbar Tempatan
Share:

Khamis, 4 September 2014

CAHAYA DARI LANGIT GEMPARKAN NEGERI DI BAWAH BAYU


Kemunculan cahaya merah di langit Sabah yang jelas dilihat selama beberapa minit bukan saja menyebabkan orang ramai panik, malah ada antaranya pantas membuat pelbagai andaian termasuk mendakwa kejadian itu disebabkan oleh meteor atau tahi bintang.

Difahamkan, cahaya merah pegun itu mula jelas kelihatan sekitar Penampang dan Putatan bermula jam 7 malam semalam, sebelum mulai kabur dan akhirnya hilang begitu saja kira-kira jam 10 malam. 

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Winnie, 22, berkata, dia menyedari fenomena itu ketika memandu kereta untuk pulang ke rumahnya, kira-kira jam 9 malam. 

“Ketika itu, saya memandu ke Tanjung Aru dan orang ramai keluar dari rumah selain ada yang membanjiri kawasan pantai.

“Saya memberhentikan kenderaan dan melihat satu garisan terang di langit dan menyangkakan ia adalah tahi bintang,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Winnie berkata, keadaan itu agak berbeza kerana kebiasaannya cahaya dicetuskan tahi bintang akan bergerak, tetapi cahaya berkenaan kelihatan pegun. 
Share:

Selasa, 2 September 2014

KEWUJUDAN "PULAU HANTU" DAN KISAHNYA


"Pulau Hantu" ialah sebuah pulau yang terletak di negara Singapura. Pulau Hantu sebenarnya terdiri daripada dua pulau, Pulau Hantu Besar Big Ghost Island dan Pulau Hantu Kecil Little Ghost Island, dengan keluasan sebanyak 12.6 hektar.

Nama Pulau Hantu diberikan kerana bahagian pertengahan pulau seakan 'hilang' semasa air pasang tinggi. Semasa air surut,

Pulau Hantu boleh dilihat sebagai salah satu pulau dengan dua teluk yang besar di sebelah utara dan selatan pulau.

Walau bagaimanapun, semasa air pasang tinggi, paras air di teluk akan naik dan bahagian tengah pulau (yang geografi yang lebih rendah daripada bahagian-bahagian lain) akan hilang di bawah air pasang dan mengakibatkan kedua-dua pulau tersebut menjadi kecil.

Lagenda
Pulau Hantu dikaitkan dengan roh pahlawan melayu yang kelihatan di pulau itu. Dikatakan dua pahlawan agung yang bertarung dalam pertempuran sengit di laut.

Ramai orang yang meninggal dunia mengakibatkan laut biru perlahan-lahan tercemar dengan darah manusia,membangkitkan kemarahan jin di bawah lautan.

Dalam keadaan marah,jin yang berkuasa menyedut dua pahlawan ke laut dalam untuk menenggelamkan mereka.Tetapi dua pahlawan tersebut tidak mengalah,mereka meneruskan perjuangan mereka.

Tiba-tiba,jin telah disembur air pada salah seorang daripada mereka. Pahlawan yang lain, melihat lawannya buta,menghunus pedangnya ke dalam abdomen. Pada masa yang sama, pahlawan cedera menjunam pedangnya ke manusia lain.

Kedua-duanya rebah dan meninggal dunia. Dewa-dewa merasakan ia adalah salah bagi semangat laut untuk campur tangan dalam hal ehwal manusia. Oleh itu, Jin mengubah kedua-dua pahlawan menjadi pulau supaya semangat mereka dapat hidup terus kepada mereka.

Salah satu pahlawan tersebut adalah lebih kecil daripada yang lain,maka terjadilah ia sebagai Pulau Hantu Kecil manakala satu yang lebih besar telah dipanggil Pulau Hantu Besar.

Moden
Walaupun menpunyai nama yang agak menyeramkan Pulau Hantu masih dikunjungi,namun bagi para pemancing,penyelam skuba dan pecinta alam mereka menganggap semua itu hanya mitos yang telah berkurun lama.

Hal ini kerana pantainya terlindung dan perairannya juga bersih menjadikan pulau ini kegemaran mereka.Kepulauan ini juga terkenal dengan aktiviti perkhemahan dan mereka yang suka pengalaman luar yang unik.

Pulau Hantu kaya dengan hasil laut seperti terumbu karang walaupun berdekatan dengan penapisan Pulau Bukom.Pelbagai terumbu karang yang boleh didapati di Pulau Hantu.Salah satu darinya adalah terumbu karang cendawan amat banyak di perairan sekitar pulau.

Kehidupan laut seperti ikan termasuk ikan badut atau anemonefish, damselfishes, wrasses dan angelfish. Kerang gergasi yang jarang ditemui dan kuda laut boleh dilihat di pulau hantu. Terdapat juga tanaman pantai yang membatasi pantai kedua pulau tesebut.

Cerita Seram (Filem)
Pulau Hantu 1
Pulau Hantu 2
Pulau Hantu 3
Sumber- Wikipedia
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog