Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Jumaat, 27 Jun 2014

MISTERI PATUNG BERHANTU "HOUGANG DOLL"



HOUGANG DOLL
Kecoh sekejap di media sosial malam semalam dan awal pagi ini mengenai satu anak patung yang menakutkan. 

Kelihatan anak patung ini ditinggalkan dibawah satu pokok dan matanya ditutupi kain dengan kalimah suci Allah. 

Menurut pemilik asal anak patung ini, anak patung ini akan bergerak sendiri. Bertukar kedudukan dan menunjukkan riak muka sedih atau senyum. Ada bukti gambar yang ia tersenyum. Memang menyeramkan. 

Oleh itu pemilik menutup mata sebelum meninggalkan anak patung berhantu ini supaya ia tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah. Macam kes kucing yang dipotong misainya tidak dapat mencari rumah tuan. 

Kedudukannya akan teralih atau beralih dengan sendiri. Kerana ketakutan pemilik menutup pandangan anak patung dengan kain putih dan ikat anak patung tersebut ke pokok berkenaan. Carian di internet mendapati insiden ini berlaku di Singapura dan bukannya di Malaysia. 

Anak patung berhantu ini dikenali sebagai misteri "Hougang Doll" yang seram. Menurut sumber, seorang Ustaz telah pergi untuk mengambil anak patung tersebut dari terus menjadi bualan masyarakat setempat. 

Ketika mengambil anak patung tersebut tiada kejadian aneh berlaku dan anak patung itu akan dihanyutkan untuk mengelakkan perkara syirik dari terus terjadi.
Share:

MISTERI TIGA ENTITI BERJUBAH PUTIH DI GUNUNG JERAI


INFO - Gambar yg diambil oleh kakitangan TM selepas selesai melakukan pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak gunung jerai kedah...pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014).

Jika di perhatikan pada tembok sebelah kiri di gambar ini,kita dapat melihat kelibat seperti 3 orang berjubah putih yg bersolat....


Namun kesahihan tentang gambar ini masih belum terungkai..
Share:

Khamis, 26 Jun 2014

MAZIDUL KOMA?


Pagi ni admin di khabarkan oleh seorang sahabat rapat kepada Mazidul Akmal sidik bahawa kini Mazidul sedang betarung nyawa di sebabkan penyakit stroke setelah terjatuh... 2 kali pembedahan telah dilakukan oleh pihak hospital untuk mengeluarkan darah beku di kepala beliau mengakibatkan kekurangan oksigen... dan sekarang masih lg koma... sama2 kite sedekahkan al-fatihah semoga beliau kuat dan selamat.

Video PAGparanormal bersama Mazidul Akmal Sidik ketika melakukan program `BANTAL` untuk membantu para gelandangan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Share:

Jumaat, 20 Jun 2014

MAZIDUL DIMASUKAN KE DALAM WAD AKIBAT PENDARAHAN DALAM KEPALA


Selepas solat Jumaat tadi pihak admin PAGparanormal telah menerima satu berita mengenai `founder` Penyingkap Fakta dan orang kuat sebuah stesen tv iaitu Mazidul Akmal Sidek telah di masukan ke sebuah hospital akibat terjatuh.

Doa kami semoga beliau cepat sembuh.

Di sini admin terpanggil untuk berkongsi sedikit doa-doa harian untuk kita amalkan.

Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. 
Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. 
Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. 
Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. 
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. 
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. 
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. 
Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya 
dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. 
Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah 
dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, 
wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, 
sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. 
(Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)

Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki,
sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)

Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir, 
na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, 
kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung 
dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

Ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, 
kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)

Doa mohon diberikan kesihatan
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, 
ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata 
‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, 
hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. 
Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, 
dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)

Doa setelah pembedahan
Allaahumma ighfir lanaa warhamnaa wardha 
‘annaa wataqabbal minnaa wa adkhilnaal jannata 
wa najjinaa minan naar wa ashlih lanaa sya’nanaa kullahu

Ertinya :
“Ya Allah, ampunilah kami, sayangilah kami, ridhailah kami, terimalah kami, 
dan masukkanlah kami ke dalam surgaMu. 
Selamatkan kami dari api neraka dan perbaikilah seluruh
kondisi tubuh kami”
(H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Doa meminum ubat
Bismillaahi asysyaafi, 
bismillaahi al kaafii, 
bismillaahi al mu’aafi. 
Bismillaahi alladzii 
laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, 
dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, 
dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. 
Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, 
baik yang di bumi maupun yang di langit. 
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii 
wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini 
dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. 
Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku 
dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)

Doa mengatasi kemandulan
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul-waaritsiin

Ertinya :
Dengan nama allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian 
dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris”
(Q.S. Al Anbiyaa’ 21:89)
Share:

BAWA BAPA YANG SUDAH MATI PERGI MELANCONG


Ada yang memilih untuk menulis sajak, sesi terapi atau mencari penyelesaian yang lebih buruk apabila kehilangan orang yang disayangi. Namun, seorang wanita di China mengambil pendekatan berbeza.

Jinna Yang, 25, memilih membawa kadbod yang dibuat menyerupai bapanya untuk mengelilingi Eropah bagi menunaikan impian bapanya sebelum meninggal dunia akibat barah perut pada usia 52 tahun.

Bapanya, Jay Kwon Yang yang pernah bertugas sebagai jurutera alam sekitar, membesarkan Jinna dan adik beradiknya secara sendirian selepas bercerai.

Dia yang juga ahli perniagaan mengenepikan impiannya menjelajah Eropah dan turut melupakan hasrat untuk menjadi pemain golf profesional semata-mata kerana untuk membesarkan anaknya.


Bagi Jinna, April di dedikasikan khas untuk menyempurnakan impian bapanya walaupun hanya mampu membawa replika kadbod bapanya mengunjungi Eropah.

Dia bersama ‘bapanya’ mengunjungi tempat terkenal seperti Paris, Itali dan Iceland sambil merakamkan gambar kenangan di lokasi berkenaan untuk merasai ‘kehadiran’ bapanya di sisi.

Kadbod itu disiapkan bapa rakannya yang bertugas sebagai pereka industri dan direka khas agar mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana.

‘Percutian keluarga’ itu menarik perhatian orang ramai yang melihat Jinna bergambar bersama kadbod potret bapanya.

“Selalunya apabila anda melihat kadbod bersaiz manusia, ia pasti mereka yang terkenal seperti Justin Bieber atau One Direction dan kebiasaannya berada di bilik tidur kanak-kanak. Ramai yang turut bergambar bersama kadbod bapa saya,” kata Jinna.- Agensi
Share:

Khamis, 19 Jun 2014

PENGAMAL SIHIR NODAI 100 KUBUR


Kejadian ini berlaku di daerah TEMERLOH PAHANG. Tindakan mengambil tanah kubur di Kampung Jawi-Jawi, Pelangai, Bentong, Rabu lalu, dipercayai ada kaitan dengan kerja-kerja khurafat untuk tujuan komersial.

Exco Gabungan Persatuan Pengubatan Islam Malaysia (Gappima), Datuk Shamsuri Shafie berkata, kerja mengambil tanah antara dua batu nisan di kawasan kubur itu dan membabitkan 100 kubur dipercayai dilakukan individu yang arif dalam kerja sihir.

Katanya, apabila terlalu banyak tanah diambil ia mungkin bertujuan untuk memuja tanah itu dan menjualnya kepada mereka yang berniat untuk jatuhkan kawan atau lawan.

“Saya perhatikan dari dua sudut iaitu sihir untuk perniagaan dan sihir untuk memusnahkan rumah tangga orang,” katanya semalam.

Shamsuri yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi berkata, jika tanah itu diambil dalam jumlah yang sedikit mungkin itu kerja individu tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak ia hampir pasti dilakukan oleh mereka yang arif dalam ilmu sihir.

Beliau berkata, tanah itu akan dipuja dan dijual kepada pihak ketiga dan diniagakan seperti beberapa kes berdasarkan pengalaman beliau merawat pesakit yang terkena sihir.

Beliau menasihati mereka yang terlibat supaya bertaubat kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Dalam kejadian kelmarin penduduk Kampung Jawi-Jawi di Bentong gempar apabila lebih 100 kubur di perkampungan itu dikorek pihak tertentu dipercayai ada kaitan dengan pemujaan.
Share:

Isnin, 16 Jun 2014

CARI WANITA MISTERI DI BAWAH POKOK BESAR?


Media tempatan semalam melaporkan, kebanyakan penduduk kampung di situ bermimpi seorang wanita misteri berdiri berhampiran sebatang pokok.

Wanita terbabit dilihat meminta tolong kerana berada di bawah pokok berkenaan sejak beratus-ratus tahun silam. Anehnya, lapor akhbar, penduduk terbabit mengalami mimpi yang sama selama beberapa malam.

Selepas mengadakan perbincangan, mereka bersepakat melawat kawasan yang dikenal pasti sama seperti dalam mimpi dan mula menggali pokok berkenaan.

Menggunakan jengkaut, mereka mengambil masa selama empat hari sebelum dapat mengalih pokok mempunyai lilitan 4.7 meter itu. Namun mereka tidak menemui sesiapa atau kesan manusia di bawah pokok berkenaan.

Penduduk tradisional Thailand percaya pokok hopea odorata (atau pokok ta-khian) itu didiami roh wanita dikenali sebagai Nang Ta-khian.

Mereka kemudian bersetuju menyimpan pokok berkenaan di kuil tempatan kerana beranggapan ia boleh mendatangkan tuah.
Share:

Selasa, 10 Jun 2014

JENIS HANTU-HANTU DI INDONESIA


Tahukah anda negara jiran kita juga kaya dengan jenis hantu-hantunya.

Contoh:

1.Akar Mimang-Jawa
Wujudnya tidak banyak yg tau, kalau ada orang jalan di hutan terus kerasa muter-muter katanya ngelewatin akar mimang

2.Banyu-Samarinda
Hantu sungai, wujudnya bisa apa aja. Biasanya mengganggu atau menakuti orang yg mandi di sungai

3.Hantu Jeruk Purut-Jakarta
Hantu pendeta tanpa kepala. Sering menampakan diri di sekitar hospital

4.Jerangkong-Jawa
Hantu berwujud tulang belulang manusia yang hidup

5.Jurig Jarian-Jawa Barat 
Hantu ini tidak banyak yg tau wukudnya. Biasanya menempati tempat sampah

6.Hantu Kemamang-Jawa
Hantu berwujud seprti bola api, dan sering muncul dengan melayang [Biasanya kalo di pesantren buat main bola Api

7.Oreng Pote-Bawean
Penampakannya berwujud manusia bertubuh putih pucat. Seperti mayat

8.Palasik-Minangkabau
Hantu berwujud badan dan kepala yg terlepas dan melayan-layang. Cari makan Dengan Mencari Orang Hamil

9.Reng Tua Malem-Madura
Penampakannya berupa orang tau yang merokok dan berjalan di malam hari. Konon yg bisa mengambil rokoknya akan menjadi sakti

10.Tuyul-Jawa
Wujudnya berupa anak kecil berkepala botak dan telanjang cuma pake sempak. Biasanya dibuat pesugihan. Menurut mitos orang yg mencukur alisnya bisa melihat tuyul

11.Bayi Trek-Jawa
Hantu yg berasal dari arwah bayi-bayi yg keguguran. Berwujud belalang besar berkepala bayi.Kemuculannya diikuti suara kayu pecah

12.Gendruwo-Nusantara 
Suka menggoda wanita, terutama istri yg ditinggal suaminya. Mereka bisa menyamar menjadi suami si peremuan dengan syarat memakai pakaian suaminya. Wujud aslinya besar, hitam, dan berbulu.

13.Begu Ganjang-Sumatrera Utara
Hantu yg satu ini dipelihara untuk mencari kekayaan,Dengan syarat mengorbankan nyawa manusia sebagai tumbal. Jika ada yg melihat, tubuhnya akan semakin tinggi

14.Banaspati-Jawa 
Hantu yg berjalan dengan kedua tangan dan tubuhnya terbalik disertai api.

15.Kuyang-Kalimantan
Hantu ini berwujud siluman kepala manusia dengan isi tubug yg menempel tanpa kulit dan anggota badan lainnya. Suka menghisap darah wanita yg sedang/baru hamil.

16.Mbah Jenggot-Jawa
Hantu ini adalah jin pesugihan yang berwujud kakek tua dan berjenggot panjang [umumnya sampai perut].

17.Hantu Bengkek-Ketapang 
Hantu ini berada di sungai, berkepala botak dan tangannya panjang sebelah. Tangan kanannya yg panjang tidak sekuat yg kiri. Konon untuk mengusirnya dengan cara melemparkan telur ayam kampung.

18.Welthok-Surabaya
Bertubuh kecil, di kepalanya yang tak bertempurung ada bara api. Suka mencari udang di tepi sungai, udang yg akan dimasak dibakar dulu di atas kepalanya

19.Pulung Gantung-Gunung Kidul
Berwujud bola api melayang, pertanda buruk. Jika berputar-putar di atas rumah, maka penghuninya akan mati gantung diri

20.Moto Sak Tampah-Jawa 
Hantu berwujud bola mata sebesar tempeh (alat untuk memilah beras)

21.Suwanggi-Papua
Wujudnya berupa sosok bayangan hitam bermata merah

22.Matianak-Bawean 
Beda sama kuntilanak yg gak kenal jenis, hantu ini wujudnya berambut panjang, baju putih panjang (daster) dan cuma menggoda laki-laki

23.Hantu Kaki-Jawa
Hantu berwujud 1 kaki dari lutut sampai telapak kaki.

24.Jurig Bonge
Hantu ini tidak diketahui wujudnya, punya kebiasaan mengganggu, yaitu menutupi telinga orang yg berada di rel kereta api, sehingga bisa menyebabkan tertabrak kereta.

25.Pocong-Nusantara
Hantu berbalut kain kafan. Bisa bergerak melompat/terbang

26.Hantu Muka Rata-Nusantara
Hantu ini biasanya berwujud wanita, mukanya rata tidak ada mata, hidung, dan mulut.

25.Pocong-Nusantara 
Hantu berbalut kain kafan. Bisa bergerak melompat/terbang

26.Hantu Muka Rata-Nusantara 
Hantu ini biasanya berwujud wanita, mukanya rata tidak ada mata, hidung, dan mulut.

27.Anja-Anja-Jawa 
Sebuah kutukan yang menyerang pengantin baru. Biasanya karena melanggar adat setempat. Keesokan harinya setelah malam pertama mereka mati dengan tubuh membiru 

28.Memedi Bandhoso-Jawa 
Keranda yang bergerak-gerak, pertanda akan ada yang meninggal besoknya di daerah sekitar.

29.Si Manis Jembatan Ancol 
Hantu wanita berpakaian khas Betawi [berpayung]. Sering terlihat penampakannya di Jembatan Ancol.

30.Jin Tomang 
Jin bersosok telanjang dada, perut gemuk, botak, dan perut buncit.

31.Santet-Nusantara 
Seperti komet, dikirim untuk melukai orang dengan cara mamasukkan benda-benda tajam ke tubuh di korban.

32.Hantu Pirau-Jambi 
Hantu ini berwujud manusia yang sangat tinggi. Sukanya mengganggu anak-anak

33.Balum Bili-Aceh 
hantu penunggu sungai Krueng Arakundo di Aceh. Berwujud seperti kelambu dan takut dengan suara senjata api.

34.Lelepah-Jawa 
Berwujud raksasa tapi tidak terlalu besar, suka memakan daging termasuk daging manusia.

35.Jelangkung-Nusantara 
Arwah gentayangan yg memasuki perantara karena dipanggil dengan ritual. Benda yg dimasuki bisa boneka batok kelapa atau boneka lainnya.

36.Kisut-Pacitan 
Bayangan hitam yg biasa menemani pendatang yang berjalan sendirian, dengan menjelma sebagai orang yang dikenal. Namun bagi orang setempat yg melihatnya pendatang itu ditemani bayangan dan hal itu sudah lumrah.

37.Memedhi Usus-Jawa 
Berwujud usus manusia yg bergerak melilit. Sering kali muncul di tepian sungai.

38.Bis Hantu-Nusantara 
Dari bus yg kecelakaan, korban biasanya penumpang yang tidak naik dari terminal. Jarak tempuh 5 jam bisa ditempuh dalam setengah jam. Korban biasanya tertidur lalu saat bangun sudah di tujuan.

39.Ohang Pandak-Sumatera 
Seperti manusia bertubuh kerdil, menghuni gunung Kerinci.

40.Hantu Casablanca-Jakarta 
Biasanya berwujud wanita berpakaian outih [ada yg bilang merah] berambut panjang. Sering muncul di terowongan Casablanca. Konon agar tidak diganggu dengan cara membunyikan klakson 3 kali.

Cerita-cerita di atas adalah sekadar cerita dan tiada kene mengena dengan si mati ataupun yang si hidup.Ianya sekadar paparan hiburan himpunan cerita-cerita seram.Jangan mudah ambil serius tentang kisah-kisah mistik ini di takuti boleh memesongkan akidah anda sebagai seorang muslim.Sekian Terima Kasih. 

Copy&Paste dari sebuah blog milik blogger negara jiran.
Share:

Khamis, 5 Jun 2014

PUNTIANAK GILA SEKS DAN DARAH


Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain. Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing.

Pyretta Blaze dan Andy Filth dari Wales Selatan yang muncul dalam rancangan sembang televisyen This Morning untuk menggesa orang ramai supaya lebih berfikiran terbuka adalah sebahagian daripada 15,000 komuniti pontianak di United Kingdom.Filth yang mengaku sendiri dia pontianak menyamakan perbuatan minum darah dengan seks.

“Apabila kamu meminum darah masing-masing, kamu menjadi sebahagian daripada mereka,” kata Filth.

Menurutnya, rasa darah itu tidak menyebabkan dia sakit tetapi rasanya bukan seperti strawberi.“Ia mempunyai rasa metalik,” katanya.

Pasangan itu memenuhi keinginan mereka terhadap darah di bilik tidur saja.Tetapi pada hari lain, mereka akan merayau seperti anak muda lain.

“Saya biasa menyertai perhimpunan bertukar-tukar darah,” kata Pyretta.Dia cuba meyakinkan bahawa perbuatan itu semalam dan tiada apa yang perlu dirisaukan masyarakat.

Dia juga memberi jaminan kepada penonton, kumpulan itu tidak bersembunyi dalam gelap untuk menyerang mangsa.“Kami hanya minum darah dalam kalangan kami,” katanya.

Menurutnya, setiap anggota kumpulan menjalani pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah penyakit mental dan mempunyai rekod darah yang sihat.“Semua orang sudah menjalani pemeriksaan penuh secara mental mahupun fizikal.

“Kamu pilih seorang pasangan yang kamu suka dan ia pasti selamat dan bersih,” katanya.Dia juga mengaku menganggap kegiatan itu satu bentuk seks.

“Kami amat mementingkan kesihatan sama seperti yang kamu lakukan ketika seks.Kami amat bertanggungjawab,” katanya.
Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog