Himpunan kisah-kisah aneh, misteri, seram dan fenomena paranormal yang berlaku di seluruh pelusuk dunia termasuk di Malaysia. Disediakan Oleh PAGparanormal MALAYSIA

Jumaat, 25 April 2014

RAKAM GAMBAR HANTU DI ISTANA TANTALLON SCOTLAND

Satu imej seperti kepala manusia yang memakai kolar beropol dan pakaian lama di Istana Tantallon, di North Berwick, Scotland dianggap sebagai hanya satu muslihat kamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, satu lagi gambar di lokasi sama yang menunjukkan satu lagi imej seperti kepala manusia menyebabkan sukar untuk menolak kemungkinan wujudnya hantu di istana itu.

Pada minggu lalu, satu gambar yang dirakamkan oleh Christopher Aitchison di istana itu pada Mei tahun lalu diiktiraf sebagai gambar hantu terbaik.

Beberapa ujian yang dilakukan menunjukkan gambar yang memaparkan wajah seperti manusia di sebuah tingkap di istana itu tidak dipinda menerusi digital.

Selepas gambar itu, satu lagi imej yang dirakam 32 tahun lalu di lokasi sama oleh Grace Lamb menunjukkan mendiang suaminya, Hugh dan dua anak mereka bergambar di istana tersebut.

Bagaimanapun, di belakang mereka, satu imej hantu muncul dengan merenung dari sebuah tingkap.

"Pada mulanya, saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan tetapi ia kemudian disimpan dalam laci selama 30 tahun.

"Saya tidak pernah terfikir, ia akan menjadi tumpuan," kata Grace. - Agensi

GAMBAR menunjukkan imej dipercayai hantu (dalam bulatan) yang dirakam di Istana Tantallon, Scotland 32 tahun lalu.
Share:

Khamis, 24 April 2014

AKIBAT ONANI ANAK JIN MENGAKU JADI ANAK?


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW. 

Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya.

Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat.

Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya. Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia.

Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak. Kata Azan kepada saya, “Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun.

Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”

“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungjawabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi.

‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.

Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka.

Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak?

Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama.

Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani.

Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.

WalLahHu Ta’alaa A’lam...

Firman Allah :
“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38)

“Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281)

DOA MASUK DAN KELUAR TANDAS


Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina".

Maksudnya:
"Aku memohon keampunan daripadaMu".
Share:

WANITA ELOK MANDI BERKEMBAN ELAK DI SETUBUHI JIN


Pernah kita mendengar kisah, ada perempuan yang didatangi oleh Jin dan disetubuhinya. Setelah perempuan itu menyedari dan merasakan sesuatu, apakah ini mewajibkan perempuan itu mandi atau tidak?

Ada dua pandangan ulamak tentang perkara ini :-

1. Tidak wajib mandi menurut sesetengah pendapat mazhab Hanafi. Abul Ma'ali berkata, sekiranya seorang wanita berkata, "Saya disetubuhi oleh Jin seperti seorang lelaki" tidak wajib mandi kerana tidak ada sebab yang membawa kepada wajibnya mandi iaitu "masuknya zakar". Maka ini hanya seperti bermimpi tanpa adanya keluar mani.

2. Menurut pandangan pengarang kitab Gharaibul Jin Wa-Ajaibuhu (Oleh Al-Allamah Al-Muhaddith Badrudin bin Abdullah Asy-Syibli 89) katanya, kalaulah dikatakan sebab yang mewajibkan mandi tidak wujud, maka tidaklah wajib mandi. Namun begitu, apabila ia merasakan secara jelas disetubuhi bermakna adalah sebab untuknya mewajibkan mandi. Oleh itu, wajib mandi dikala diyakini ia disetubuhi.

Untuk mengambil dua pendapat yang berbeza ini, kita hendaklah mandi apabila memang terasa disetubuhi atau ada sesuatu yang masuk ke dalam faraj manusia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang maksudnya apabila bertemu dua khitan, maka wajiblah mandi. Pokok persoalannya pula ialah setakat manakah zakar jin ini memasuki ke dalam farajnya.

Tetapi apabila mani perempuan ini keluar maka tidak syak lagi wajib mandi kerana apabila keluar mani dengan apa cara sekalipun, menurut Sabda Rasulullah s.a.w. : " " apabila keluar mani wajiblah seseorang itu mandi.

Petikan dari Buku Ust.Dato' Ismail Kamus



Tanda tanda wanita itu telah dicintai jin jantan

Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan…

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki…
samada lelaki yang sama…atau silih berganti…
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing…

…bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan
hati…

…kadang-kadang hanya saling berpandangan…
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta…

…atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan…

…tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan…

…ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana
yang mengganggu…

2.Jika jin jantan itu saka keturunan…
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi…

…untuk rawatan…
wanita ini juga perlu beramal sendiri…
…kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’
sampai ke mati…

3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang
asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga…

…kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di-
ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau
mungkin wanita itu diperkosa…

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak…

…ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas…

…iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab…

…dari satu segi…
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin…
dan kadang-kadang di luar kawalan…

…dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala…

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki…
walaupun ia telah bersuami..

…dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya…

…ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam…

…dan siangnya ia sering merasa lemas badan…

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana…

10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa…

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di-
datangi makhluk menyerupai suami…atau orang
lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan…
samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan
tangkal dan sebagainya…

…apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak…
maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’
tanpa kawalan tuannya…

…itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya…

2.Wanita yang ada gangguan ini…
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah…
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci…
atau cemburu pada si suami yang…

…tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan…
jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang
mengganggunya…

3.Bagi yang sudah bersuami…
kecenderungannya berlaku curang sangat besar…
dari sebab hasutan jin…

…ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja…
terutama lelaki yang didampingi jin betina…

…malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal…
juga dari sebab hasutan jin betina…

…kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu…
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi…


wallahu a’lam..
Share:

Selasa, 22 April 2014

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN PADA MANUSIA


Kepada mereka yang mengalami tanda-tanda seperti di bawah. Bekemungkinan anda telah terkena gangguan jin/makhluk halus.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.·
Suara berubah ketika marah.·
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala iamengigit lidahnya.·
Berjalan terhoyong-hayang.·
Cara makannya menjijikkan.·
Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidakberzikir dan tidak bersolat.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
Selalu bermimpi.·
Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan danbertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapatiia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.· Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap oranglain.·
Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·
Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecualidengan kepayahan yang amat sangat.·
Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti samasekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·
Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
Waswas·
Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.· Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.·
Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut. 

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh·
la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhaadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
Kerap terjaga tidur di waktu malam/serta gelisah.
Mimpi berjumpa/diserang dengan haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus·
Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).·
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
• Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
• Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
• Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
• Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja 
atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
• Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
• Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
• Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil,
mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
• Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
• Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
• Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin
terpikat dan jatuh cinta.
• Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
• Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan 
seseorang yang hasad dengki.
• Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
• Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 
a. Terlalu marah.
b. Terlalu takut.
c. Nafsu syahawat yang tinggi.
d. Manusia yang lalai.
e. Jahil
• Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat 
yang berkait dengan jin sehingga memakan diri/sanggup terima Jin Saka 


MUKADIMAH
Apa yang di paparkan dalam blog ini adalah merupakan tanda-tanda gangguan sahaja. Untuk mendapatkan kepastian sama ada ianya gangguan atau tidak sila dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan yang selari dengan syarak.

Segala maklumat yang ada dalam blog ini di dapati dari blog-blog perubatan dan juga sumber2 lain. Semoga Manfaat

Artikel dari Blogger Gangguan Mahluk Halus


Share:

Rabu, 2 April 2014

SAINTIS MAHU SIASAT KESAHIHAN GAMBAR HANTU


LONDON - Sekumpulan saintis mengundang orang ramai menghantar koleksi gambar hantu kepada mereka bagi merungkai misteri paranormal, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis-saintis tersebut meminta orang ramai menghantar gambar itu supaya mereka boleh melakukan kajian teliti mengenai imej hantu.

Projek itu adalah sebahagian daripada program Festival Sains Edinburgh.

Satu daripada foto yang paling pelik diterima kumpulan itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit oleh seorang remaja, Matthew Summers, 17, pada tahun lalu.

Gambar sekumpulan rakan yang dirakamkan Summers menunjukkan kepala seorang kanak-kanak menjulur keluar dari celah paha seorang rakannya.

Seorang pakar psikologi yang mengkaji hantu, Profesor Richard Wiseman yang mengetuai kumpulan itu berkata: "Kadang-kadang anda melihat muka dalam keadaan samar-samar tetapi ia sebenarnya permainan cahaya.

"Otak manusia diprogram untuk melihat muka. Keadaan itu berlaku kerana wajah manusia adalah perkara paling penting yang dapat dilihat di sekeliling kita."

Menurutnya, sepuluh peratus daripada populasi mempunyai pengalaman melihat hantu.

Namun, katanya, tidak ada mana-mana pihak yang melakukan kajian berhubung bentuk pengalaman yang dihadapi oleh mereka yang pernah melihat hantu.

"Kita mengetahui hantu cenderung untuk dilihat sebagai satu bentuk jasad dan hanya mendedahkan diri sebagai hantu sebenar apabila ia melakukan sesuatu seperti berjalan menembusi dinding,"


Share:
PAGparanormal Malaysia ©. Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI MEMAPARKAN KISAH-KISAH ANEH, PELIK, MISTERI DAN FENOMENA PARANORMAL
Official Blog Of 'PAGparanormal Malaysia' known as Pengembaraan Alam Ghaib Crew or Journey To The Unknown Crew

Attention!! Many paranormal investigators believe there are real dangers of a spiritual nature that ghost hunting groups should be aware of.It seems that ghost hunting has become quite a popular endeavor over the last several years. Whether it be a historic location, public venue or a private residence, what could be more exciting than going to a supposed haunted location to seek out the paranormal? Some people say cemeteries are very notorious for sightings of spirits, and many people hoping to get a thrill by going to such places to catch a glimpse these spirits, ghosts or entities.

(When we are investigating, we are always looking out for causes for the activity; but we should always be on alert for dangers that are present around us, both seen and unseen). PAGparanormal Malaysia ©


KNOWING US

Propellerads

Total Pageviews

Facebook Followers

Rakan Blog